Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL (SZK 2003)

KUMPULAN C
DISEDIAKAN UNTUK : PROFESOR MADYA DR. NAJIB AHMAD MARZUKI DISEDIAKAN OLEH : MIN 69696

HUBUNGAN DI ANTARA PEMBOLEHUBAH, SKALA PENGUKURAN DAN HIPOTESIS. Pembolehubah, skala pengukuran dan hipotesis adalah saling berhubungkait antara satu sama lain. Ketiga-tiga item ini merupakan perkara penting dalam membuat sebarang kajian penyelidikan. Kajian penyelidikan tercetus apabila berlaku sesuatu permasalahan dan daripada permasalahan ini wujudnya objektif kajian di mana ianya merupakan target bagi sesuatu kajian. Melalui objektif yang telah ditetapkan, pengkaji akan dapat melihat apakah item-item yang akan menjadi pembolehubah dalam kajiannya. Terdapat pelbagai jenis pembolehubah yang sering digunakan dalam melakukan kajian penyelidikan. Namun jenis pembolehubah yang sering digunakan ialah pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Permbolehubah bebas adalah pembolehubah yang boleh dimanipulasikan dan memberi kesan kepada pembolehubah yang lain. Manakala pembolehubah terikat adalah pembolehubah yang bergantung kepada pembolehubah yang lain. Skala pengukuran pula merupakan item yang digunakan bagi mengukur sesuatu data dalam kajian. Terdapat empat jenis skala pengukuran iaitu skala nominal, skala ordinal, skala interval dan skala ratio. Skala pengukuran amat penting dalam membuat kajian penyelidikan kerana skala pengukuran merupakan panduan kepada pemilihan penggunaan jenis pembolehubah serta untuk membentuk hipotesis. Hipotesis adalah merupakan satu andaian atau satu ramalan yang dibuat oleh penyelidik tentang permasalah yang akan dikaji. Ianya akan diuji untuk memastikan kesahihan hipotesis yang telah dibuat. Maka disini pembolehubah memainkan peranan yang penting kerana hipotesis adalah satu pernyataan mengenai perkaitan antara dua pembolehubah yang boleh diuji.

Kesimpulannya ketiga-tiga item ini amatlah saling berkait rapat antara satu sama lain. Jika tidak ada salah satu item tersebut, maka kajian yang dibuat pasti tidak akan lengkap kerana kajian tidak akan dapat dilakukan tanpa item-item tersebut.

You might also like