Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Question 1 (a) Explain the integration process in details using Malaysia as example.

Terangkan proses intergrasi dengan terperinci menggunakan Malaysia sebagai contoh. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama atau lebih dikenali sebagai sebuah masyarakat majmuk. Kewujudan kepelbagaian hubungan etnik ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan bagi menjamin keharmonian negara kita. Apatah lagi, bagi sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaaian dari segi agama, bahasa dan budaya. Perpaduan dan intergrasi juga amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya memastikan kemajuan pembangunan negara berjalan dengan lancar dan baik. Perkara ini juga telah ditegaskan oleh peminpin negara kita, Tun Abdul Razak, iaitu perpaduan dan integrasi amat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada usaha memajukan negara dan bukan digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan integrasi? Mengikut Kamus Dewan Edisi 2008, integrasi bermaksud gabungan dua atau beberapa kaum, unsur atau bahagian menjadi satu kesatuan. Namun jika kita lihat dalam konteks hubungan etnik ini, integrasi bermaksud satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit dan politik (Ahmad Haji Kambar, 1987). Terdapat beberapa unsur integrasi yang ada. Antaranya integrasi wilayah, integrasi sosial, integrasi ekonomi, integrasi pendidikan, integrasi kebudayaan dan integrasi politik. Jika semua unsur integrasi ini, dapat ditunaikan nescaya sebuah identiti nasional mampu diwujudkan. Apakah yang dimaksudkan dengan setiap unsur tersebut dan proses yang dilakukan? Integrasi wilayah bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan pembagunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Usaha ini untuk membuatkan Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menegaskan proses integrasi antara wilayah dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain adalah selaras dengan konsep 1 Malaysia. Beliau berkata, integrasi yang membentuk semangat satu 1 Malaysia dan impian itu amat penting untuk membangunkan negara secara keseluruhan. Beliau berucap ketika merasmikan Hotel Four Points

di Kuching (Sumber dari Utusan Malaysia, 18 Jun 2009). Antara contoh integrasi wilayah ialah integrasi wilayah antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia antara Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Kerajaan telah mengagihkan pendapatan, kemudahan asasi, pelajaran, kemudahan kesihatan dan rekreasi, perumahan serta peluang pekerjaan dengan sama rata. Melalui proses ini, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mampu ditingkatkan dengan saksamana dan adil sekaligus membangun negara kita, Malaysia. Tambahan lagi, integrasi ekonomi bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik. Pelbagai usaha atau rancangan yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi merapatkan jurang ekonomi ini. Antaranya merancang pembagunan ekonomi di Malaysia dalam jangka masa yang panjang. Malaysia telah merancang pembagunan ekonomi lima tahun dan dasar-dasar kerajaan untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi atara kaum dan mengehadkan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti utama. Perkara ini bertujuan untuk jangka masa panjang. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustafa Mohamed telah menegaskan kepentingan integrasi ekonomi ini ketika beliau berada di Bali pada tahun 2011 (sumber dari Berita Harian, 20 November 2011). Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi tujuan merapatkan jurang perbezaan ekonomi. Matlamat dasar ini adalah untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional dalam negara kita. Dasar ini telah berjaya mengurangkan kemiskinan yang berlaku dengan meningkatkan pendapatan serta menambah peluang pekerjaan untuk rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa. Integrasi kebudayaan pula adalah usaha untuk membentuk satu kebudayaan kebangsaan yang bermaksud semua kaum atau etnik mampu menerimanya dalam kehidupan seharian mereka. Perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah melakukan satu usaha bagi mencapai integrasi kebudayaan ini iaitu membuat aspirasi 1 Malaysia. Melalui program ini, kita dapat lihat hubungan silaturahim antara kaum menjadi lebih erat berbanding sebelumnya. Sebagai contoh, masyarakat Melayu sudah boleh menerima budaya masyarakat berbangsa lain. Mereka boleh menyambut perayaan bersama-sama. Selain itu, amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan dan perkahwinan kaum Baba dan Nyonya di Melaka sudah mula diterima. Hal ini menunjukan proses yang dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai integrasi berjaya dalam usaha integrasi kebudayaan.

Integrasi sosial adalah usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui program-program sosial. Contohnya seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mencapai integrasi sosial ini. Antaranya mengadakan karnival-karnival pendidikan, mengadakan program-program yang melibatkan pelbagai kaum dan banyak lagi. Pihak kerajaan juga telah menubuhkan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional bagi merapatkan lagi hubungan antara rakyat kita. Integrasi pendidikan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani, emosi, dan rohani. Oleh itu, kerajaan telah meningkatkan sistem pendidikan di negara kita agar integrasi pendidikan ini mampu diwujudkan atau dilahirkan. Antara usaha kerajaan dalam integrasi pendidikan ini ialah mewujudkan Dasar Pendidikan Negara. Dasar ini juga telah melahirkan satu sistem pendidikan yang bercorakkan kebangsaan. Melalui dasar seperti ini, Wawasan 2020 yang diidamkan mampu tercapai dengan berjayanya. Integrasi politik pula adalah usaha untuk menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Contohnya mengalakan barisan kepimpinan sesuatu organisasi itu disertai oleh pemimpin yang pelbagai kaum. Hal ini, dapat mewujudkan integrasi dalam politik. Kesimpulannya, pelbagai usaha atau proses yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mencapai integrasi nasional ini. Kita sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik, hendaklah bersama-sama menyokong dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan. Jika perkara ini berjaya, nescaya negara kita mampu melangkah dengan lebih jauh lagi.

Question 1(b) Discuss the importance of having harmonies ethnic relationship to a country. Bincangkan kepentingan keharmonian hubungan etnik kepada sesebuah Negara. Tangggal 13 Mei 1969, merupakan tarikh yang paling bersejarah dalam setiap jiwa masyarakat Malaysia khasnya anak-anak pasca merdeka. Jika kita sebut sahaja peristiwa 13 Mei, orang ramai pasti akan ingat bagaimana negara kita Malaysia bermandikan darah dan terpaksa bergelap pada jangka masa yang panjang. Tanggal tersebut mengakibatkan kadar kehilangan nyawa serta harta benda pada kadar yang sangat tinggi dan merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara kita. Peristiwa ini berlaku adalah kerana tidak wujudnya keharmonian dalam setiap hubungan etnik. Semenjak peristiwa itu, kerajaan Malaysia tidak berhenti berusaha untuk menangani dan mengekalkan perpaduan di negara kita agar peristiwa seperti itu tidak akan berulang lagi. Antaranya, mewujudkan aspirasi 1 Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaiaan Diutamakan, mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mewujudkan sekolah kebangsaan bagi semua kaum, mewujudkan Hari Malaysia, memperkenalkan kursus hubungan etnik di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA), mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan berbagai-bagai lagi. Walaupun langkah-langkah atau usaha ini telah dilaksanakan, namun rakyat Malaysia masih lagi memandang remeh terhadap isu ini. Mereka tidak sedar bahawa keharmonian dalam setiap hubungan etnik itu amat penting dalam semua aspek khasnya kepada negara kita sendiri, Malaysia. Jadi, apakah kepentingan yang mampu diperoleh dari langkah-langkah yang dilakukan bagi mewujudkan keharmonian dalam setiap hubungan etnik itu kepada sesebuah negara? Kepentingan yang utama sekali yang dapat diperoleh dari keharmonian hubungan etnik adalah dapat mengelakan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Contohnya Negeri Kelantan Darul Naim, pemimpin mereka Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diakui berjaya mewujudkan keharmonian pelbagai kaum di negeri tersebut. Perkara ini telah diakui oleh Jawatankuasa Mempromosi Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPA) yang diketuai oleh Datuk Azman Amin ketika melawat negeri tersebut pada Febuari 2012. Datuk Azman Amin berasa kagum dengan masyarakat negeri tersebut kerana mereka mampu hidup dalam keadaan aman tanpa berlakunya perselisihan faham. Beliau juga berkata

masyarakat Kelantan sendiri mendakwa kepada beliau tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh mereka walaupun pemimpin mereka beragama Islam, perkembangan ini jelas membuktikan suatu kehebatan yang ada di negeri Serambi Mekah itu (Sumber dari surat khabar Harakah, 18 Febuari 2012). Hal ini, menjelaskan lagi keharmonian sesebuah etnik itu dapat mengelakan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Tambahan lagi, keharmonian ini juga mampu menjadikan sesebuah negara itu merealisasikan atau mencapai objektif yang diinginkan. Contohya, negara kita sendiri Malaysia. Malaysia ingin menjadi sebuah negara maju dan sebuah negara perindustrian sepenuhnya menjelang tahun 2020. Namun, terdapat sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara sebelum mencapai Wawasan 2020. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia ialah membentuk sebuah negara yang bersatu padu. Maksudnya keharmonian dalam setiap hubungan etnik perlulah diwujudkan sebelum mencapai atau melaksanakan cabaran yang lain. Timbalan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin juga telah menegaskan keharmonian dalam setiap kaum perlu ada bagi mencapai Wawasan 2020. Beliau berucap ketika majlis perasmian kempen kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 di Stadium Utama, Kangar, Perlis (Sumber dari Oriental Daily News, 11 September 2011). Hal ini menunjukan betapa pentingnya keharmonian dalam hubungan etnik untuk mencapai objektif atau matlamat sesebuah negara tersebut. Selain itu, keharmonian hubungan etnik dalam sesebuah negara mampu menjamin kebahagiaan dan keselamatan masyarakat dalam negara tersebut. Sebagai contoh, marilah kita mengimbau kembali pada zaman Rasulullah S.A.W. iaitu ketika temeterainya Piagam Madinah pada tahun 622 M. Piagam ini digubal berasaskan persetujuan orang Islam iaitu Muhajirin dan Ansar, orang bukan Islam iaitu yahudi dan suku Arab yang lain. Kandungan piagam ini mengambil kepentingan semua pihak, lengkap dan menyeluruh sehinggakan wujudnya kebahagian dalam setiap kaum dalam negara tersebut. Apabila wujudnya keselamatan dan kebahagian dalam masyarakat maka wujudlah keharmonian dalam setiap hubungan etnik di negara tersebut. Piagam ini juga telah mengatur hubungan antara mereka supaya mereka hidup dalam keadaan hormat-menghormati dan bertanggungjawab. Peristiwa ini telah menjelaskan kepada kita, betapa pentingnya keharmonian dalam setiap hubungan etnik tersebut. Tambahan lagi, laporan daripada Global Peace Index, telah melaporkan negara kita, Malaysia berada pada

kedudukan ke-19 pada tahun 2011 berbanding negara-negara lain. Kedudukan ini membuktikan negara kita adalah antara negara yang selamat dan aman. Kedudukan yang baik adalah kerana wujudnya keharmonian dalam hubungan etnik di negara kita. Kedudukan ini juga telah menjelaskan sekali lagi betapa pentingya keharmonian dalam hubungan etnik tersebut. Secara tuntasnya, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah sedar betapa pentingnya keharmonian dalam setiap hubungan etnik tersebut terhadap sesebuah negara itu. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menyokong setiap langkah atau usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mencapai keharmonian yang jitu dan unggul. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jadi, marilah kita berganding bahu bagi melaksanakannya dengan jayanya.

Question 2 (a) Discuss the characteristic of plurality and pluralistic society in Malaysia before British colonization and after. Bincangkan ciri-ciri pluraliti dan masyarakat pluralistik di Malaysia sebelum penjajahan British dan selepas. Malaysia! Nama ini diguna pakai sejak pada tahun 1963 lagi. Nama ini lahir apabila negerinegeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak membentuk sebuah

persekutuan baru. Nama Malaysia ini juga dipecayai pernah digunakan di beberapa kawasan di Asia Tenggara dengan sewenang-wenangnya. Pada tahun 1914, sehelai peta terbitan Chicago telah meletakan nama Malaysia di beberapa wilayah di dalam Kepulauan Melayu. Selain itu, Filipina juga pernah bercadang meletakkan nama negara mereka Malaysia tetapi tidak sempat kerana kita telah merampasnya dahulu. Negara Malaysia ini terletak di Asia Tenggara bersamasama dengan negara lain. Seperti Indonesia, Myamar, Thailand, Filipina, Laos, Singapura dan lain-lain. Jika kita kaji masyarakat Asia ini, terdapat dua konsep yang menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara iaitu pluraliti dan masyarakat pluralistik. Jadi, apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan pluraliti dan masyarakat pluralistik ini dan kesannya kepada masyarakat? Pluraliti ini bercirikan semula jadi, tanpa paksaan dan fleksibel dalam apa jua keadaan sekalipun. Antara kesan pluraliti ini dalam masyarakat ialah ia mampu mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem, amalan dan adat resam pendatang atau orang asing diterima dengan baik oleh penduduk tempatan dan sebagainya. Masyarakat pluralistik pula bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Kesan yang paling ketara ialah sesebuah masyarakat itu gagal berasimilasi dengan orang lain, alam sekitar dan sistem. Selain itu, ia akan melahirkan sebuah kelompok masyarakat yang hidup dengan sistem sendiri dan tak kenal antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Terdapat satu persamaan di antara kedua-dua ciri ini iaitu kedua-dua ciri ini mampu mewujudkan masyarakat yang pelbagai bangsa dan kaum. Seperti Cina, India, Eropah, Melayu dan lain-lain. Kedua-dua ciri ini juga wujud ketika negara kita dijajah oleh penjajah dahulu khasnya semasa dan selepas zaman penjajahan British. Jadi, apakah ciri-ciri pluraliti dan masyarakat pluralistik di Malaysia sebelum dan selepas penjajahan British?

Pluraliti ini wujud ketika zaman kesultanan melayu Melaka lagi. Hampir semua aspek pada zaman itu bercirikan pluraliti. Antaranya dari segi pemerintahan, perdagangan, kependudukan dan kebudayaan. Dari segi pemerintahan, zaman kesultanan melayu Melaka merupakan puncak zaman keemasan dan keagungan kerajaan melayu. Pada waktu itu, sistem pemerintahan ditadbir daripada campuran orang-orang Melayu tempatan dengan bangsa-bangsa asing yang datang berdagang dan menetap di istana. Perkara ini menunjukan pluraliti yang wujud antara mereka sendiri. Mereka mampu terima dengan hati terbuka walaupun berlainan bangsa dan agama. Selain itu, kedua-dua perlembagaan Melaka dilaksanakan berdasarkan agama Islam iaitu Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Ini menjelaskan lagi masyarakat pada waktu itu pluraliti dengan undang-undang tersebut. Selain itu juga, pada zaman itu pemerintahan diperintah berdasarkan diplomasi dan terbuka. Hal ini juga, menyebabkan nama Melaka terkenal di seluruh pelusok dunia. Dari segi perdagangan pula, ia berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan yang terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Masyarakat Melaka mampu terima dengan hati terbuka. Apabila Undang-undang laut Melaka dilaksanakan, tahap keselamatan yang diberikan kepada semua pedagang dapat dijamin dengan baik. Panglima dan laksamana Melaka proaktif mengawal keselamatan dari sebarang ancaman khasnya perompak dan lanun. Mereka dapat mewujudkan sebuah negara yang aman damai apabila adanya pluraliti dalam diri masingmasing. Dari segi kependudukan pula, para pendagang tidak memerlukan pasport atau visa bagi menduduki atau berehat di sesuatu tempat. Mereka bebas untuk berhijrah ke mana sahaja yang diinginkan tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak. Hal ini juga, menyebabkan interaksi yang aktif berlaku dalam setiap kaum dan bangsa. Pedagang arab, China dan India dapat berasimilasi dengan pendudukan tempatan dengan baik sekali dan mampu mewujudkan masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak. Ini menunjukan ciri-ciri pluraliti yang wujud sejak dahulu lagi. Dari segi kebudayaan pula, sikap keterbukaan pemerintah pada empayar Melaka ini telah menyebabkan Melaka mampu menerima kehadiran pedagang daripada seluruh pelusok dunia pada waktu itu. pelabuhan Melaka berkembang menjadi salah satu pelabuhan terpenting di dunia. Kemajuan perdagangan yang pesat ini menyebabkan Melaka wujud sebagai sebuah kota multi-

budaya atau sebuah kota metropolitan pada zaman itu. Hal ini kerana, ciri-ciri masyarakat Melaka yang pluraliti antara satu sama lain. Mereka boleh terima orang asing dengan hati yang terbuka dan bukan secara terpaksa atau dipaksa. Masyarakat pluralistik pula wujud selepas datangnya British ke tanah air kita. Hal ini kerana, sistem pemerintahan British berbeza dengan penjajah-penjajah lain. Penjajah-penjajah lain seperti Portugis dan Belanda, telah menekan penjajahan berbentuk Imperialisme iaitu menjajah secara fizikal sahaja. Mereka hanya inginkan kekayaan muka bumi kita sahaja demi kepentingan mereka sendiri. Perkara ini, berbeza dengan penjajah British, British telah menekankan penjajahan berbentuk Imperialisme dan Kolonialisme yang bermaksud mereka menjajah secara fizikal dan mental juga. Mereka telah memperkenalkan pelbagai sistem sosial, politik dan agama kepada penduduk tempatan bagi mengawal pemikiran mereka. Walaupun kolonialisme British ini sedikit bilangannya namun mereka berjaya menjajah dan mengawal kehidupan masyarakat kita yang ramai dengan menggunakan cara ini. Mereka juga menjadi titk pemisah antaral plural dan masyarakat pluralistik ini. Apa yang telah dilakukan oleh British sehingga wujudnya masyarakat pluralistik? Antara perkara yang telah mereka lakukan ialah mereka telah memisahkan agama dan pentadbiran. Sebelum kedatangan mereka, sistem pentadbiran kerajaan mencantumkan keduadua aspek ini, agama dan pentadbiran negara. Pentadbiran dan agama saling bertautan antara satu sama lain. Namun, setelah kedatangan British, mereka telah memisahkan pentadbiran dan agama. Mereka telah mengehadkan kuasa Sultan atau Raja dalam sistem pentadbiran. Mereka telah meletakan agama di bawah kuasa Sultan manakala pentadbiran di bawah kuasa peminpinpemimpin mereka sendiri. Perkara ini telah mewujudkan sebuah masyarakat yang pluralistik pada zaman itu. Masyarakat terpaksa mengikut cara atau sistem yang telah dilakukan. Pada zaman British, mereka telah memusnahkan keharmonian etnik yang pernah wujud sebelum kedatangan mereka. Mereka telah mewujudkan dasar pecah perintah yang telah memisahkan semua kaum bagi memudakan mereka mengawal. Mereka telah mengasingkan setiap kaum mengikut ekonomi yang mereka inginkan. Contohnya, Melayu diletakan di kawasan pendalaman bagi tujuan pertanian, Cina diletakan di kawasan bandar bagi tujuan perlombongan dan perniagaan manakala India diletakan di kawasan pendalaman bagi tujuan ladang dan estet.

Pengasingan ini telah mewujudkan masyarakat pluralistik. Mereka hidup dalam kelompok mereka sendiri dan menjalani hidup mengikut adat resam dan tradisi etnik masing-masing. Kesimpulannya, pelbagai ciri pluraliti dan masyarakat pluralistik yang telah wujud di negara kita sebelum dan selepas penjajahan British. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengambil iktibar dengan apa telah berlaku. Bak kata pepatah, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Perkara yang negatif dijadikan pengajaran buat diri kita semua.

Question 2 (b) Discuss the major issue of economy which relates to ethnic relationship in Malaysia. Bincangkan isu utama dalam ekonomi yang berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia. Konsep sesebuah negara yang maju dan berjaya banyak bergantung kepada ekonomi negara tersebut. Jika ekonomi mereka berjaya, maka berjaya dan majulah negara tersebut. Jika kita mengimbau kembali pada zaman dahulu kala, ciri-ciri sesebuah tamadun yang berjaya juga adalah disebabkan ekonomi mereka yang bagus dan cemerlang. Hal ini menunjukan betapa pentingnya ekonomi dalam sesebuah negara tersebut. Sebagai contoh, negara kita Malaysia sendiri menekankan aspek ekonomi dalam pembangunan negara. Pada zaman penjajahan orang asing dahulu, negara kita sering menghadapi konflit ekonomi yang berkaitan dengan hubungan etnik yang ada di Malaysia. Masalah-masalah ini juga sering melanda di negara kita pada zaman pemodenan hari ini. Jadi, apakah isu-isu utama dalam ekonomi yang sering menjadi konflit di negara kita yang berkaitan dengan hubungan etnik? Antara isu yang sering dibangkitkan ialah isu yang berlaku ketika zaman penjajahan British. British telah memperkenalkan Dasar Pecah dan Perintah kepada masyarakat tanah melayu. Mereka telah mengasingkan golongan etnik mengikut sektor ekonomi. Contohnya, masyarakat Melayu diletakkan di kawasan pendalaman bagi sektor pertanian, masyarakat Cina pula diletakkan di kawasan bandar bagi sektor perniagaan dan perlombongan manakala masyarakat India diletakkan dibahagian ladang dan estet untuk menoreh getah. Konflit ini sering dijadikan masalah utama dalam ekonomi negara kita. Selain itu, perbezaan pekerjaan ini menghalang integrasi antara kaum yang berlainan. Perkara ini hanya dapat memperkukuhkan semangat perkauman antara mereke sendiri yang mana akan menghancurkan negara kita sendiri. Selain itu, isu yang sering yang timbul dalam ekonomi ialah penguasaan ekonomi yang berdasarkan golongan etnik. Dalam penguasaan ekonomi ini, wujud jurang yang luas antara setiap hubungan etnik ini. Kebanyakan masyarakat Melayu menguasai sektor pertanian manakala masyarakat Cina menguasai sektor yang lebih maju iaitu sektor perniagaan. Hal ini, telah menyebabkan jurang sumber pendapatan yang ketara diantara kedua-dua kaum ini. Masyarakat Cina sudah tentu dapat keuntungan yang lebih besar berbanding masyarakat melayu. Apabila perkara ini wujud, persaingan diantara kedua-dua golongan etnik akan lahir bagi mendapatkan

keuntungan yang lebih besar. Hal ini juga sering membawa ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk di negara kita, Malaysia. Perkara ini juga sering menjadi konflit atau isu dalam negara kita sehingga hari ini. Tambahan lagi, isu yang sering timbul dalam bidang ekonomi pada hari ini ialah kuota pengambilan pekerjaan mengikut kaum tertentu. Isu ini pernah melanda negara kita pada tahun 2010. Sebuah artikel yang bertajuk "Ethnic dominance in the civil service" telah dikeluarkan oleh MerdekaReview telah mendapatkan respons dan kritikan yang amat tinggi oleh masyarakat kita. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah mewujudkan fakta yang tidak benar ini bagi mengucar kacirkan pentadbiran negara kita. Sebenarnya, perkara ini tidak wujud sama sekalipun dalam negara kita. Secara tuntasnya, pelbagai isu dalam ekonomi yang berkaitan dalam hubungan etnik telah wujud di negara kita. Walaupun perkara-perkara seperti ini, makin berkurangan namun kita sebagai rakyat Malaysia perlulah sentiasa mengambil berat dan tidak memandang enteng terhadap isu-isu yang diwujudkan agar dapat manjamin keharmonian dan keamanan negara kita.

RUJUKAN Buku 1. Philip Mathews. (2007). The Chronicle of Malaysia 1957-2007, Penerbit Didier Millet.

2. Shamsul Amri. (2007). Modul Hubungan Etnik. Penerbit UPENA, UiTM.

3. Abdul Rahman Abdul Aziz (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Penerbit Prentice HallPearson Malaysia.

4. Zaid Ahmad (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Penerbit Oxford Fajar Sdn. Bhd, Shah Alam Selangor.

5. Hj.Mohamad Khadafi Hj. Rofie (2007). Realiti dan Cabaran Hubungan Etnik. PHE Enteprise Artikel 1. 11 September 2011. Keharmonian Malaysia Penuh Saingan. Oriental Daily News,

2. Prof. Madya Kamarulzaman Askandar. 20 Ogos 2006. Perpaduan dan Perdamaian Etnik. Utusan Malaysia. Internet 1. Hubungan Etnik di Malaysia. Ditulis pada 2 febuari 2012 http://zahirzainudin.blogspot.com/2007/09/hubungan-etnik-di-malaysia.html

2. Sambutan Kemerdekaan ke-54. http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/mutiarakata/tun-abdul-razak

You might also like