Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Tujuan dan Pelaksanaannya

Pengenalan kepada DEB


Pembentukan satu dasar baru yang bersepadu dan menyeluruh bagi mengimbangi jurang perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Pelancaran DEB pada tahun 1971 merupakan sejarah pelan jangka panjang iaitu bermula dari tahun 1971 sehingga tahun 1990 yang mana mengambil masa selama 20 tahun DEB merupakan satu penjuruteraan sosial yang dilaksanakan bagi mengurangkan ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kaum dan wilayah

Tujuan Pelaksanaan DEB


Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum

Strategi Pelaksanaan (DEB)


1. Membasmi Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luar bandar dan di antara wilayah.

Strategi Pelaksanaan (DEB)


v. Memodenkan kehidupan di luar bandar. vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera. vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. viii.Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Strategi Pelaksanaan (DEB)


2. Penyusunan Semula Masyarakat dan Menghapuskan Pengenalan Kaum Mengikut Fungsi-Fungsi Ekonomi

i.

Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar. ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.

Strategi Pelaksanaan (DEB)


2. Penyusunan Semula Masyarakat dan Menghapuskan Pengenalan Kaum Mengikut Fungsi-Fungsi Ekonomi

iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi. iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.

Strategi Pelaksanaan (DEB)


2. Penyusunan Semula Masyarakat dan Menghapuskan Pengenalan Kaum Mengikut Fungsi-Fungsi Ekonomi

v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Kesimpulan
Dasar Ekonomi Baru atau lebih dikenali sebagai DEB merupakan titik tolak kepada kesejahteraan dan kemakmuran yang dinikmati pada hari ini. Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara Usaha tersebut memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan malah ianya memerlukan pengorbanan, perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari segenap lapisan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

You might also like