Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SEPAT MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI PERTAMA 2010

TARIKH HARI MASA TEMPAT : : : : 26HB MAC 2010 KHAMIS 12.00 TENGAH HARI KANTIN SKTS

KEHADIRAN :
1. TN.HJ. SHAHIDA BIN TAIB 2. PN.NORKHAFIDZAH BT SIBADAR 3. CIK ASLINDA BT ABDULLAH AGENDA : 1. 2. 3. 4. UCAPAN PENGERUSI UCAPAN PENASIHAT PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN HAL-HAL LAIN - GPK KOKURIKULUM - KETUA PANITIA KH - SETIAUSAHA

BUTIRAN AGENDA:

1. UCAPAN PENGERUSI
- PN.NORHAFIDZAH BT SIBADAR

1.1. Ucapan terima kasih di atas kehadiran guru-guru yang dapat hadir dalam mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup SKTS kali pertama pada tahun 2010.Beliau mengalu-alukan kehadiran Tn.Hj.Shahida bin Taib dalam mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup SKTS. 1.2. Pengerusi berharap dapat menjalankan pelbagai aktiviti yang akan dirancang dengan penuh komitmen. Seterusnya meneruskan aktiviti yang masih belum dilaksanakan. Tindakan: Makluman 2. UCAPAN PENASIHAT
-Tn. Hj. Shahida bin Taib

2.1. Ucapan terima kasih kerana diberi peluang dalam ucapan penasihat bagi mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali pertama tahun 2010. Beliau menyampaikan salam dari guru besar yang tidak dapat hadir ke mesyuarat kerana menghadiri mesyuarat di PPD Kuala Langat. Oleh yang demikian beliau menggantikan guru besar untuk melaksanakan mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup. 2.2. Beliau memaklumkan perubahan sistem fail, perubahan dan baikpulih bengkel telah dilakukan sebelum En. Mohd Fekry berpindah. Peruntukan untuk membaikpulih bengkel telah menaiktaraf bengkel KH menjadi lebih baik daripada sebelumnya. 2.3. Beliau berharap Panitia KH dapat menghasilkan satu projek tahunan Kemahiran Hidup sebagai satu mercu tanda Bengkel Kemahiran Hidup. Perancangan aktiviti tahunan boleh dilaksanakan dan perlu dimasukkan dalam fail panitia. 2.4. Beliau memaklumkan segala peuntukan akan dapat diperolehi dalam masa terdekat. Tindakan: Panitia KH / Setiausaha KH 3. PENGESAHAN MINIT 3.1. Pencadang Penyokong : : Cik Aslinda bt Abdullah Pn.Norhafidzah bt Sibadar

4. PERANCANGAN TAHUNAN

4.1. Huraian Sukatan, Rancangan Tahunan dan Buku Rekod perlu sentiasa ada semasa pengajaran dan pembelajaran mengikut arahan yang telah ditetapkan. 4.2. RANCANGAN TAHUNAN KEMAHIRAN HIDUP MENGIKUT TAHUN

TAHUN
4 MAJU 4 JAYA 4 USAHA 5 MAJU 5 JAYA 5 USAHA 6 MAJU 6 JAYA 6 USAHA

PROJEK INDIVIDU
BEKAS PENSEL KAYU BEKAS PENSEL KAYU BEKAS PENSEL KAYU TEMPAT PISAU TEMPAT PISAU TEMPAT PISAU TEMPAT PENSEL PENYEPIT TEMPAT PENSEL/PISAU/KUNCI TEMPAT PISAU/ KUNCI

PROJEK KUMPULAN
BUKU SKRAP / TAMAN MINI BUKU SKRAP/ TAMAN MINI BUKU SKRAP/ TAMAN MINI TANAMAN SAYURAN TANAMAN SAYURAN TANAMAN SAYURAN TANAMAN CILI / BUNGA HIASAN TANAMAN CILI / BUNGA HIASAN TANAMAN CILI / BUNGA HIASAN

*Pelbagai projek individu mengikut kesesuaian masa dan peruntukan yang dapat menampung perbelanjaan. 4.3. AKTIVITI TAHUNAN a) Minggu Pusat Sumber - Panitia Kemahiran Hidup mengadakan Pameran Hasil Kerja Tangan Murid b) Hari Keusahawanan Hari Kantin c) Taman Mini Menyediakan anak pokok 5. PERKARA BERBANGKIT 5.1. Panitia Kemahiran Hidup mendapat peruntukan mengikut bilangan murid Tahap 2 . Setiap murid tahap 2 mendapat RM 5.00 seorang. 5.2. Fail Panitia Kemahiran Hidup perlu dikemaskini dengan melengkapkan semua kandungan fail panitia. 5.3. Buku Rekod Penggunaan Bilik Kemahiran Hidup perlu sentiasa diletakkan di bengkel dan dicatat penggunaannya. Bengkel KH perlu terus dikemaskan dan rakrak peralatan perlu diletakkan mengikut kategori alatan bengkel. 5.4. Jadual Penggubalan Soalan akan diedarkan. Peperiksaan hanya diadakan semasa PPT dan PAT. 5.5. Cadangan Pemadam api perlu diletakkan di bengkel demi keselamatan semasa di bengkel. Alat pemadam api perlu diselaraskan semasa proses perbaharui isian pemadam api.

5.6. Panel untuk meletakkan peralatan telah siap dibina dan bahan-bahan untuk memulakan projek kayu mengikut tahun telah sampai. 5.7. Projek melukis mural di dinding bangunan dan bengkel akan diteruskan sebagai aktiviti panitia. 5.8. Guru-guru yang telah menggunakan bengkel perlulah mengemas semua peralatan dan membersihkan bengkel setelah menggunakan. Tindakan: Panitia KH / Setiausaha KH / AJK UCAPAN PENANGGUHAN Tn. Hj.Shahida bin Taib Beliau berharap segala rancangan dapat berjalan dengan lancar dan meminta semua guru Kemahiran Hidup mengambil tindakan sewajarnya dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Beliau berharap semua guru-guru dapat memberi komitmen yang baik untuk meneruskan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan. Beliau memohon maaf atas kelemahan yang terdapat sepanjang pengendalian mesyuarat ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi. Dicatat Oleh: . ( ASLINDA BT ABDULLAH ) Setiausaha, Panitia Kemahiran Hidup Disemak Oleh: ( PN.NORHAFIDZAH BT SIBADAR) Ketua Panitia, Kemahiran Hidup

You might also like