Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI 1.

1 Anatomi Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksudmemotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop. 1.2 Fisiologi Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. 1.3 Organisasi Struktur Manusia Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom dan berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2 daripada tubuh manusia. Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi khusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf. Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis tisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori. Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah aras organisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapai kesejahteraan kehidupan

Rajah :Aras kompleksiti Sturktur manusia 1.5 Sistem-sistem Tubuh Manusia Terdapat 11 jenis sistem tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi khusus Jenis-jenis Sistem Tubuh Manusia 1. Sistem Integumentari

Kompenen Utama Kulit Rambut Kuku Kelenjar Peluh

Fungsi Menglindungi dan mengelak kecerdaraan kepada tisu-tisu dalaman Pembalut luar tubuh sintensi Vitamin D Peka pada rangsangan sakit ,sejuk ,panas,tekanan dan sentuhan. Mengkumuhkan air,asid uric dan lebihan garam mineral

2.Sistem Rangka Komponen Utama Tulang rangka Kartilej Ligamen Sendi Fungsi Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan Menyokong berat badan Melindungi organ-organ dalaman Tuas untuk pergerakan badan Lokasi pembentukan sel darah merah dan putih serta platelet dalam sum-sum tulang Lokasi perlekatan otot

3.Sistem otot

Komponen Utama Otot rangka

Fungsi Menghasilkan lokomotor Mengekalkan postur badan Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot Mempamerkan ekspresi muka Menstabilkan sendi

4.Sistem Endokrin Komponen Fungsi Utama Kelenjar: Kelenjar merembeskan hormon untuk menyelaras dan Tiroid mengawal atur proses fungsi Pituitari tubuh seperti pertumbuhan, Adrenal reproduktif dan metabolism Pankreas Mengubahsuai aktiviti sistem organ-organ yang lain dengan bertindak balas secara perlahan terhadap struktur atau persekitaran

5.Sistem Saraf

Komponen Utama

Fungsi

Otak Saraf tunjang Saraf periferi Reseptor

Sistem kawalan tindak balas pantas badan Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima. Menyimpan maklumat yang diterima

6.Sistem Kardiovaskular Komponen Utama Jantung Darah Salur darah Fungsi Jantung mengepam darah Darah merupakan pengangkutan utama badan dengan membawa hormon, nutrien dan oksigen ke seluruh badan serta bahan kumuh seperti karbon dioksida ke sistem respiratori Salur darah menyerap oksigen dari paru-paru ke jantung secara resapan

7.Sistem Limfatik

Komponen Utama Nodus limfa Pembuluh limfatik Duktus torasik Timus

Fungsi

Rumah kepada sel darah putih yang menjadi sistem pertahanan badan Menghasilkan limfosit Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk diuraikan oleh hati

8.Sistem Respiratori Kompenen Utama Rongga hidung Farinks Larinks Bronkiol Paru-paru Fungsi

Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengkumuhkan karbon dioksida Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida antara paru- paru Mengekalkan keadaan dan persekitaran dalaman tubuh yang stabil (homeostasis)

9.Sistem Pencernaan

Komponen Utama Rongga mulut Esofagus Perut Usus besar Usus kecil Rektum Ileum Hati

Fungsi Memecahkan makanan kepada unit-unit kecil yang boleh diserap oleh darah Makanan yang tidak dicernakan dikumuhkan dalam bentuk najis

10.Sistem Urinari

Komponen Utama Ginjal Pundi kencing Ureter Uretra

Fungsi Menyingkirkan bahan kumuh nitrogen dari badan Mengawal air dan eletrolit Mengawal keseimbangan asid-bes dalam darah

Sistem Reproduktif

Komponen Utama Lelaki: Testis Penis Pundi postat Skrotum Vasikel semen Perempuan: Ovari Tiub Fallopio Uterus Vagina 1.6 Kesimpulan

Fungsi

Menghasilkan zuriat Testis menghasilkan sperma dan hormon seks lelaki Duktus dan kelenjar membantu menyalurkan sperma ke trek reproduktif wanita

Ovari menghasilkan telur dan hormon seks wanita Uterus merupakan lokasi persenyawaan antara sperma dan ovum dalam perkembangan janin semasa kehamilan

Sistem-sistem yang berfungsi dengan baik dapat memantapkan keefisenan organisma. Kerosakkan terhadap sistem dalam tubuh akan memberi kesan kepada sistem-sistem lain. Sebagai contoh, kesan rokok akan menyebabkan prestasi kerja menurun. Ini berlaku apabila tar daripada rokok telah menyelaputi pundi-pundi udara di alveoli dan menyebabkan resapan oksigen berkurangan. Tanpa oksigen yang mencukupi, tubuh manusia tidak dapat menghasilkan tenaga bagi keperluan aktiviti daya tahan. Secara tidak langsung juga, keupayaan aerobic akan berkurangan.

You might also like