Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

DADAH Dadah adalah musuh negara. Dadah ialah satu bahan terkawal.

Ia digunakan dalam perubatan tetapi hanya sedikit sahaja kuantitinya. Jika disalahgunakan dadah ia boleh binasakan diri. Antara contoh-contoh dadah ialah ganja, heroin, morfin dan sebagainya. Punca-punca pengambilan dadah adalah kerana pengaruh rakan sebaya atau masalah keluarga yang membuatkan rasa tertekan atau dipinggirkan. Kini terdapat ramai belia yang terlibat dalam dadah. Ini telah menimbulkan pelbagai masalah berlaku. Oleh itu, kita haruslah memerangi dadah kerana itu tanggungjawab kita bersama. Selain itu, golongan belia adalah golongan yang paling ramai mengambil dadah. Mereka yang mengambil dadah dianggap sampah masyarakat. Ia juga menjatuhkan martabat keluarga dan merugikan negara. Mereka juga mudah terkena jangkitan AIDS yang boleh membawa maut. Di samping itu, terdapat cara-cara menangani dadah dengan mengadakan kempen anti dadah. Ibu bapa juga haruslah memainkan peranan supaya anak-anak tidak terjebak dalam najis dadah dan pergaulan bebas. Belia mestilah memupuk jati diri untuk memerangi dadah. Oleh itu, kita mestilah memerangi dadah kerana ia adalah musuh negara.

You might also like