Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB BAHAS BAHASA MELAYU INSTITUT PERGURUAN BAHASA MELAYU MALAYSIA, KUALA LUMPUR.

1.0 PENGENALAN

Perbahasan merupakan salah satu aktiviti yang dapat meningkatkan keyakinan diri dalam berhujah dalam khalayak ramai, selain itu dengan aktiviti berbahas juga mampu mendidik diri pelajar untuk mengikuti perkembangan semasa dan berani untuk memberikan pendapat berdasarkan bukti-bukti yang kukuh. Malahan mampu membentuk kemahiran interpersonal, nilai dan keterampilan diri dengan seni komunikasi yang baik.

Baru-baru ini, dua pelajar Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia telah terlibat untuk mencipta Rekod Malaysia dan Rekod Dunia dalam Bahas Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti , anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan UITM, Shah Alam. Sesuai dengan penglibatan secara aktif ini, diharap pihak atasan IPBMM mempertimbangkan penubuhan Kelab Bahas Bahasa Melayu untuk memperluaskan kemahiran berbahas dalam kalangan pelajar IPBMM khususnya.

Selaras dengan visi Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia yang bercita-cita untuk menjadi institusi yang terunggul dalam bidang bahasa, budaya dan sastera Melayu. Maka eloklah kiranya Kelab Bahas Bahasa Melayu ini ditubuhkan untuk merealisasikan visi tersebut.

2.0 RASIONAL 2.1. Pertandingan bahas merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Hal Ehwal Pengguna (FOMCA) dan sebagainya.

2.2. Aktiviti seperti ini terbuka untuk semua IPT/IPTS di Malaysia. Oleh sebab itu pelajar dari Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia telah terlibat secara langsung untuk menjayakannya.

2.3. Kebanyakan pelajar di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia ini mempunyai kebolehan serta berminat untuk mengikuti pertandingan bahas peringkat Kebangsaan anjuran dari pihak luar.

3.0 OBJEKTIF 3.1. Menggalakkan perkongsian bijak ( smart partnership) antara pelajar daripada pelbagai peringkat umur dan kursus yang terdapat di IPBMM.

3.2. Berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman dengan peserta bahas dari Institusi lain yang terlibat dalam pertandingan Bahas Peringkat Kebangsaan.

3.3. Memudahkan pengurusan pihak Institut untuk menghantar wakil bagi pertandingan Bahas Bahasa Melayu peringkat KAGUM dan peringkat IPT/IPTS.

3.4. Mengoptimumkan penggunaan Bahasa Melayu standar dalam pengucapan umum

3.5. Mengisi masa lapang pelajar Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia dengan mengadakan perbincangan kelompok bagi ahli Kelab Bahas Bahasa Melayu.

4.0 JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG

KETUA PENASIHAT

PENSYARAH PENASIHAT

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA

NAIB SETIAUSAHA

BENDAHARI

NAIB BENDAHARI

5.0 SASARAN AHLI

Terbuka untuk semua pelajar IPBMM yang berminat.

6.0 SENARAI PESERTA BAHAS IPBMM

Berikut adalah senarai peserta Bahas Bahasa Melayu yang pernah menyertai pertandingan bahas peringkat IPT/IPTS ( Anjuran Jabatan Hal Elwal Pengguna, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Dewan Bahasa dan Pustaka serta UITM, Shah Alam.) dan KAGUM.

i. ii. iii. iv. v.

Ruziatul Adibah Binti Sailin Siti Hajar Aisyah Binti Ibrahim Noor Farieza Binti Mohd Nashiruddin Nor Hasmi Bin Othman Muhammad Safwan Bin Mohd Noor Azmi

7.0 CADANGAN JADUAL LATIHAN BAHAS BAHASA MELAYU IPBMM

Di sini kami mencadangkan jadual latihan Bahas Bahasa Melayu IPBMM yang akan dijalankan, sekiranya Kertas Kerja ini diluluskan oleh pihak Tuan. Hal ini menunjukkan bahawa kami benar-benar serius tentang penubuhan kelab ini.

Bil 1

Minggu Pertama

Hari Jumaat Sabtu

Masa 3:00 5:00 ptg 9:00 11:00 pg 3:00 5:00 ptg 9:00 11:00 pg

Ketiga

Jumaat Sabtu

Berdasarkan jadual di atas, kami akan mengadakan latihan pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Untuk makluman pihak Tuan, kami juga tidak akan mengganggu sebarang proses Pengajaran dan Pembelajaran (kuliah) yang diadakan oleh pihak Institut. Hal ini menunjukkan bahawa kami juga mementingkan aspek akademik di samping bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

8.0 PENUTUP

Penubuhan Kelab Bahas Bahasa Melayu ini akan memberikan peluang kepada para pelajar Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan, berkeyakinan serta mempunyai tahap pemikiran yang kritis dan dinamis.

Seandainya Kelab Bahas Bahasa Melayu ini diluluskan, kami mohon kerjasama daripada pihak Tuan untuk menyediakan sebuah bilik bagi mengadakan perbincangan dalam kalangan ahli dan bagi memudahkan pengurusan kelab ini berjalan dengan lancar.

Diharap Kertas Kerja Kelab Bahas Bahasa Melayu ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak atasan Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia demi mempertingkat mutu dan kualiti penggunaan Bahasa Melayu yang sempurna dalam kalangan pelajar.

You might also like