Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Biodata Ustaz Abdul Hisham Bin Mad Jani dilahirkan pada 25 Ogos 1969, di Kampung Chohong, Jasin, Melaka.

Kini beliau adalah pensyarah Pendidikan Islam dan Moral di Kolej Matrikulasi, Johor.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chohong pada tahun 19761981. Kemudian ke Sekolah Agama Merlimau sehingga mendapat Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad hingga tingkatan 6 Atas Syariah.

Minat yang mendalam terhadap bidang perguruan menjadi pendorong kepada beliau untuk menjadi seorang pendidik. Untuk merealisasikan impian, beliau telah memohon untuk memasuki Maktab Perguruan Islam, Bangi. Setelah mengajar beberapa tahun, beliau meneruskan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2001-2004 dalam bidang Pengajian Islam Pengkhususan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah pada tahun 2009 hingga kini di Kolej Matrikulasi Johor. Banyak jasa dan sumbangan beliau curahkan samada di peringkat kampung hinggalah kebangsaan. Beliau merupakan seorang pensyarah yang amat mengambil berat kebajikan para pelajarnya serta seorang yang berdedikasi terhadap tugas sebagai pensyarah.

Di kampung Chohong, beliau seorang yang disegani dan dihormati kerana beliaulah tempat masyarakat kampung merujuk tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama. Selain itu, beliau dilantik sebagai bendahari Masjid Kampung Chohong. Pada setiap hari Selasa, beliau akan menjalankan tugas sebagai penceramah di Surau Kampung Kumpai, Cenderah, Jasin. Selain menjadi penceramah beliau juga sering dijemput sebagai pakar motivasi bagi Mata Pelajaran Agama Islam untuk pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

The report Setelah keluar dari Maktab Perguruan Islam Bangi, Ustaz Abdul Hisham Mad Jani memulakan perkhidmatan sebagai pendidik pada tahun 1992 di Sekolah Kebangsaan Nyalas, Jasin, Melaka sebagai guru beredar bagi Mata Pelajaran Agama Islam. Selain Sekolah Kebangsaan Nyalas, beliau juga mengajar di Sekolah Kebangsaan Masjid baru dan Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh selama 1 tahun. Pada tahun 1994 beliau mula menjadi guru tetap di Sekolah Kebangsaan Nyalas. Komitmen beliau terhadap tugas telah berjaya melahirkan insan-insan berjiwa dan berbakat besar dalam agama. Di Sekolah Kebangsaan Nyalas, beliau berjaya mengetengahkan bakat murid apabila beberapa pelajarnya berjaya dalam pertandingan Tilawah al-Quran, bercerita dan pertandingan nasyid peringkat daerah hingga ke peringkat Negeri.

Selain itu, semasa di sekolah ini beliau berjaya membawa kejayaan kepada para pelajarnya dalam pertandingan sepak takraw hingga menjadi juara peringkat Daerah selama 3 tahun berturut-turut. Perkhidmatan beliau di Sekolah Kebangsaan Nyalas berakhir pada tahun 1998 apabila beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Chohong. Di sini beliau mengajar Mata Pelajaran Agama Islam dan Bahasa Melayu Tahun 4. Di sekolah ini beliau telah dilantik menjadi guru kaunseling, pelbagai masalah yang melibatkan murid-murid berjaya diatasi. Beliau menggunakan pendekatan mengambil hati murid dan menganggap mereka sebagai anak sendiri. Disebabkan minat beliau dalam bidang kaunseling menyebabkan beliau memohon mengikuti Kursus 14 Minggu dalam Bidang Kaunseling di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bharu.

Di Sekolah Kebangsaan Chohong, beliau mengajar dengan penuh tekun dan dedikasi memandangkan sebilangan besar para pelajarnya adalah saudara beliau sendiri. Oleh itu, beliau ingin melihat kejayaan yang akan mereka kecapi agar menjadi insan yang berguna pada masyarakat dan Negara. Sepanjang beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Chohong banyak kejayaan yang telah diperolehi. Antaranya ialah, Johan dalam bercerita Pentandingan Tilawah al-Quran Peringkat Daerah sehingga ke Peringkat Kebangsaan selama 2 tahun berturut-turut.

Semasa mengajar di Sekolah Kebangsaan Chohong, beliau telah memohon untuk menyambung pengajian Peringkat Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pengajian Islam Pengkhususan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam. Beliau menyambung pengajian di UKM sepenuh masa dari tahun 2001-2004. Walaupun bebanan kerja dan tugas yang banyak ketika menyambung pengajian di UKM, tetapi tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 4 orang anak tidak pernah diabaikan. Berkat dorongan dan sokongan keluarga beliau berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Setelah selesai menamatkan pengajian dan berjaya memperolehi ijazah , beliau memulakan tugas di SMK Parit Bunga, Muar, Johor pada tahun 2004-2009. Semasa di SMK Parit Bunga, beliau telah dilantik sebagai penanda Kertas Agama Islam untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama tiga tahun berturutturut. Disamping betugas sebagai pendidik , beliau sering mendapat jemputan sebagai pakar motivasi bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR dan SPM. Banyak kejayaan yang diperolehi sepanjang mengajar di SMK Parit Bunga, dimana kejayaan yang paling manis apabila beliau berjaya menaikkan peratus bagi Mata Pelajaran Agama Islam dalam PMR dan SPM. Kejayaan itu adalah disebabkan komitmed yang tidak berbelah bagi dan kelas-kelas tambahan yang sering diadakan pada setiap minggu. Dalam kegiatan Kokurikulum pula, sebagai jurulatih pasukan bola sepak sekolah beliau telah berjaya membawa pasukan bola sepak sekolah tersebut tempat keempat dalam pertandingan bola sepak peringkat Daerah. Beberapa orang pemainnya pula berjaya diserap sebagai pemain Negeri.

Perkhidmatan beliau di SMK Parit Bunga berakhir pada tahun 2009 apabila beliau dilantik sebagai pensyarah di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) hingga kini. Di KMJ, beliau begitu komited dengan tanggungjawab sebagai seorang pensyarah dan mentor kepada para pelajarnya di sana. Beliau menjadi pensyarah di Unit Pendidikan Islam Dan Moral. Oleh itu, tanggungjawab yang diberikan kepadanya digalas dengan penuh komited.

Disamping mejawat jawatan sebagai pensyarah, beliau merupakan penceramah bebas. Pada setiap malam Selasa, beliau akan menjadi penceramah tetap di Surau Kampung Kumpai, Chenderah, Jasin, Melaka. Selain itu, beliau menjadi pakar rujuk agama di kampung jika ada masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Beliau juga telah dilantik menjadi Benhari Masjid Kampung Chohong, Jasin. Beliau juga telah dilantik menjadi Guru Agama bagi penduduk Kampung Chohong dalam mengajar mereka Fardhu Ain iaitu mengaji alQuran dan hal-hal agama pada setiap malam Rabu dan Khamis di Masjid Kampung Chohong. Akhir sekali, di kampung beliau merupakan seorang yang disegani dan dihormati oleh penduduk-penduduk disebabkan pengetahuan agamanya yang luas.

You might also like