Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Ujian rujukan Norma ;

: keputusan ujian seseorang calon dibandingkan

dengan dengan keputusan pelajar yang lain yang mengambil ujian yang sama sama ada dalam kelas yang sama atau berlainan.

Rujukan berasaskan norma digunakan sekiranya

pensyarah ingin membandingkan prestasi pencapaian individu pelajar dengan prestasi pencapaian pelajar lain sama ada dalam kumpulan yang sama atau kumpulan yang berbeza mengikut kelas atau kumpulan.
Apa yang ditekankan adalah apakah pelajar A lebih

mahir dari pelajar B? Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.

Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama

ada pelajar sudah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar.
Soalan ujian rujukan norma biasanya bersifat umum

dengan matlamat untuk memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang pelajar dengan pelajar lain.

Soalan ujian rujukan norma mengambil berat aspek

kesukaran ujian agar soalan-soalan mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu mudah dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus.
Soalan ujian rujukan norma juga mempunyai indeks

diskriminasi antara pelajar pandai dan pelajar lemah yang tinggi. Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang menggunakan kelok normal sebagai asas perbandingan pencapaian antara pelajar.

Fungsi utama ujian rujukan norma (URN) ialah untuk

membandingkan pelajar di antara pelajar di dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran yang diuji di dalam ujian itu.
Markah ujian hanyalah dapat ditafsirkan melalui

perbandingan prestasi seseorang paelajar dengan prestasi kumpulan tertentu yang mengambil ujian yang sama.

Ujian

rujukan norma yang baik dapat mendiskriminasikan pelajar. Ia seharusnya boleh membezakan pelajar yang terpandai daripada pelajar yang kedua terpandai dan pelajar kedua terpandai daripada pelajar yang ketiga terpandai dan seterusnya.

Oleh itu ujian jenis ini mengandungi soalan-soalan

yang sederhana kesukarannya kerana soalansoalan yang sederhana kesukarannya mempunyai kuasa diskriminasi yang lebih tinggi.
Ujian-ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM,

dan STPM yang melibatkan bilangan pelajar yang banyak adalah ujian rujukan norma.

Taburan Skor Ujian Rujukan Norma

Ujian

yang dibina adalah bertujuan untuk mendapatkan perbezaan yang maksimum antara murid-murid berkenaan. Bagi memastikan tercapai tujuan berkenaan, tahap kesukaran item dikawal agar tidak terlalu sukar dan terlalu mudah. Lazimnya kesukaran soalan adalah berdasarkan nisbah 25% mudah, 50% sederhana dan 25% sukar. Keputusan daripada penilaian atau ujian akan mencerminkan siapa lebih pandai atau di mana kedudukan seseorang pelajar dalam sesuatu bilik darjah atau sekolahnya.

Perkara Konsep

Ujian Rujukan Norma Ujian yang relatif yang menggambarkan prestasi kumpulan murid dalam graf yang normal. i. ii. Membandingkan prestasi antara murid atau kumpulan. Menentukan murid sama ada lulus, gagal, cemerlang dan sederhana.

Tujuan

iii. Memilih murid untuk tujuan pengiktirafan sijil

Ciri-ciri Soalan

Bermula dengan soalan yang mudah kepada lebih sukar dan mempunyai diskriminasi yang tinggi

Ciri-ciri ujian

Penentuan pangkat, gred bagi menentukan kelulusan murid pelbagai peringkat.

Kandungan cakupan Meliputi topik pembelajaran yang lebih luas

Contoh ujian

Peperiksaan akhir penggal, UPSR, PMR, SPM, STPM

You might also like