Laporan Membuat Kerja Kursus Berasaskan Ilmu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Laporan Membuat Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (Kategori B) Kemahiran Belajar Pra PPISMP Ambilan Jun 2011 Yang

Bertajuk Mencari Dan Menggunakan Sumber Maklumat Ramai orang yang belajar tetapi tidak ramai orang yang dapat belajar dengan cara yang betul. Ramai pelajar yang gagal bukan disebabkan mereka malas belajar tetapi mereka gagal kerana mereka kurang kemahiran untuk mendapatkan maklumatdengan cara yang betul. Selain mendapatkan maklumat terus dari buku, terdapat banyak kaedah dan strategi yang perlu dilalui untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan. Antaranya ialah maklumat yang diperoleh dari sumber manusia, sumber media seperti media elektronik, media bercetak, media tiga dimensi, sumber persekitaran seperti bunyi, bau, warna dan seumpamanya. Sumber manusia adalah sumber rujukan yang dibuat kepada orang-orang yang mempunyai kepakaran tertentu. Mereka benar-benar dan juga berpengetahuan dan berpengalaman dalam sesuatu bidang.maklumat yang boleh diperoleh dari pakar kebiasaannya berkaitan dengan kemahiran-kemahiran tertentu yang telah mereka kuasai dengan cekap. Terdapat pelbagai jenis teknologi untuk mendapatkan sumber maklumat di dalam proses belajar. Antara jenis media untuk mendapatkan sumber maklumat yang sentiasa digunakan pada masa kini ialah media elektronik. Terdapat jenis media elektronik iaitu audio visual dan komputer. Audio visual termasuk radio, televisyen, dan video. Manakala komputer pula merangkumi internet, e-mail, perpustakaan maya, multimedia, pendidikan jarak jauh dan seumpamanya. Media bercetak merupakan media pembelajaran yang terawal dan hingga kini ia masih menjadi media utama dalam memberikan maklumat atau pembelajaran. Media bercetak adalah sangat penting kerana banyak maklumat, data, pengetahuan adalah tercatat di atas kertas. Contoh media bercetak ialah

majarah, surat khabar, jurnal, risalah, brosur, laporan, dokumen, soal selindik, istilah, ensaiklopedia, buku teks, buku kerja, nota edaran dan sebagainya. Grafik didefinisikan sebagai gambaran visual dua dimensi yang direka dan dicipta serta digubah khas untuk menyampaikan mesej atau idea.jenis grafik yang sesuai digunakan sebagai sumber pembelajaran ialah carta, geraf, poster, dan lukisan kartun. Antara prinsip grafik yang baik ialah kesederhanaan, penyantuan, garisan, imbanganwarna dan susunan. Selain itu kita boleh belajar dengan menggunakan bahan tiga dimensi apabila kaedah biasa kurang difahami. Biasanya bahan 3 dimensi digunakan untuk memudahkan kefahaman tentang sesuatu konsep yang abstrak. Contoh sumber tiga dimensi ialah bahan realia(bahan-bahan yang sebenarnya), diroma(pameran taga dimensi yang menunjukan pemandangan tempat kejadian asal, kehidupan sebuah masyarakat atau habitat binatang),mobil(bahan-bahan pelajaran yang boleh dibawa ke mana-mana), boneka(figura animasi yang digunakan untuk persembahan dalam sesebuah teater),topeng, akuarium,terrarium, dan lain-lain. Kalau sumber tiga dimensi digunakan dalam pembelajaran, ia lebih menarik dan lebih mudah memahami sesuatu dan dapat diingat dengan lebih jelas dan lama. Sumber persekitaran merupakan sumber maklumat dari bukan manusia termasuklah sumber dari alam semulajadi seperti sungai laut, bukit, gunung, paya dan seumpamanya. Bunyi, warna, bau, pergerakan dan tenaga adalah merupakan sumber semulajadi yang dapat dijadikan rujukan dalam proses pembelajaran. Kesimpulannya, kemahiran mencari dan menggunakan sumber maklumat adalah sangat penting dalam pembelajaran. Terdapat banyak sumber boleh menjadi rujukan dalam pembelajaran. Sumber-sumber ini memudahkan pelajaran dan lebih berkesan untuk kita mendapatkan ilmu pengetahuan.

You might also like