Excel Kertas 1 BM PMR

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SULIT

NAMA : ___________________ KELAS : ___________________

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 EXCEL I


BAHASA MELAYU KERTAS 1 JAN 2009 1 JAM SATU JAM 02/01

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan yang bertanda A, B , C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

________________________________________________________________________ Kertas ini mengandungi 12 halaman bercetak


02/01 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
[LIHAT SEBELAH]

Soalan 1 Soalan 7 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. _________ menjunjung titah tuanku, sembah Penghulu Kampung Bidara kepada Sultan Mahmood. A beta B patik C hamba D tuan hamba Jumariah menulis sepucuk surat _____________ sepupunya yang berada di luar negara. A kepada B pada C untuk D bagi Asmah _____________ bersikap baik dengan salah seorang kawan rapat musuhnya. A suka-suka B pura-pura C cuba-cuba D kira-kira Perbincangan mereka _____________ semua aspek berkaitan bidang kurikulum. A menyelubungi B mencakupi C memenuhi D membatasi Puan Salmah telah dilantik sebagai _____________ program malam amal kerana mempunyai suara yang merdu. A juruacara B juruhebah C jurucakap D juruulas Pakaian Cik Suhaila kelihatan ___________ dan tidak sesuai untuk dipakai di majlis keramaian. A renyok B renyam C renyuk D robek

2.

3.

4.

5.

6.

02/1 2008 Hak Cipta SPA

7.

Selepas empat belas hari penguasaan Jepun di Tanah Melayu, Kerajaan British telah ___________ darurat di seluruh Tanah Melayu. A menyatakan B memberitahu C menjelaskan D mengisytiharkan

Soalan 8 - 14 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D. 8. Guru yang prihatin seharusnya memikirkan kaedah yang terbaik untuk melahirkan A B pelajar yang tidak bersikap antisosial. Tiada kesalahan. C D Encik Murugan adalah seorang guru yang baru ditugaskan di sekolah tersebut. A B C Tiada kesalahan. D Amir menegur sikap kawannya yang suka memperlekehkan peraturan yang telah A B ditetapkan oleh pihak majikan mereka. Tiada kesalahan. C D Suhainah memberikan beberapa helai baju kepada pengemis yang memakai pakaian A B compang-camping itu. Tiada kesalahan. C D Pada zaman ini, wanita Malaysia mendamba hak yang sama dengan kaum lelaki. A B C Tiada kesalahan. D Kata-kata kesat yang diucapkan oleh Ah Keong telah mengguris hati Mai Ling. A B C Tiada kesalahan. D

10.

11.

12.

13.

02/1 2008 Hak Cipta SPA

14.

Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa A B gembira setelah selesai menjalani latihan. Tiada kesalahan. C D

Soalan 15 - 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15. I II III IV A B C D 16. I II III IV A B C D 17. I II III IV A B C D Kakak selamat melahirkan bayi lelaki yang comel di hospital pagi tadi. Wakil rakyat itu melahirkan kenyataan bahawa dia akan bertanding dalam pilihan raya sekali lagi. Novelis Ramli Awang Murshid berjaya melahirkan minat pembaca untuk menghayati karya terbarunya. Haziq melahirkan perasaan kecewanya apabila dia gagal dipilih sebagai ketua pasukan bola sepak sekolahnya. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, III dan IVsahaja II, III dan IV sahaja Dia bertaubat dan telah kembali ke jalan yang lurus. Pemuda yang bersikap lurus itu sering dipersendakan oleh rakan-rakan sekampungnya. Pandangannya yang lurus itu telah diterima sebulat suara oleh semua yang hadir dalam mesyuarat itu. Pasukan Kadet Polis berjaya membentuk barisan yang lurus semasa perhimpunan Hari Unit Beruniform. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja Nenek mengepal pulut untuk dimakan bersama santan dan gula melaka. Kakak mengepal surat yang baru diterimanya lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Pemuda yang berwajah bengis itu mengepal tangannya sambil menunjukkan penumbuknya ke arah kami. Hamidon mengepal tanah itu dengan perasaan sedih kerana tanah pusaka itu terpaksa diserahkan kepada Pak Dolah sebagai melunaskan hutang bapanya. I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja

02/1 2008 Hak Cipta SPA

Soalan 18 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18.

Bapa Kamil memandu uji kereta baharu itu sebelum membuat keputusan untuk membelinya. A uji pandu B pandu uji C pandu ujian D memandu uji

19.

Semua para pelajar telah dinasihatkan oleh guru agar sentiasa menjaga disiplin diri. A Semua pelajar-pelajar telah dinasihatkan B Para pelajar-pelajar telah dinasihatkan C Semua pelajar telah dinasihatkan D Semua para pelajar telah dinasihatkan

20.

Dari sehari ke sehari, Idayu telah berjaya mengurangkan berat badannya dengan mengikuti program diet yang betul. A Dari sehari ke hari B Daripada hari ke sehari C Dari hari ke sehari D Dari sehari ke sehari

21.

Profesor Ungku Aziz berbicara tentang kemelut perjuangan orang-orang Melayu pada masa kini. A pada masa ini B di masa ini C di ketika ini D pada masa kini

02/1 2008 Hak Cipta SPA

6 Soalan 22 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22 Pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penyakit Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) daripada merebak semula. A Untuk mengelakkan penyakit Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) daripada merebak semula, langkah berjaga-jaga telah diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan. B Kementerian Kesihatan telah mengelakkan penyakit Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) daripada merebak semula dengan mengambil langkah berjaga-jaga. C Penyakit Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) telah dielakkan oleh Kementerian Kesihatan untuk mengambil langkah berjaga-jaga. D Penyakit Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) merebak semula dengan langkah berjaga-jaga daripada Kementerian Kesihatan. Sepuluh peratus daripada markah kokurikulum diambil kira sebagai salah satu syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi. A Sebagai salah satu syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi, markah sepuluh peratus dikira daripada kokurikulum. B Markah kokurikulum diambil kira sebagai salah satu syarat sepuluh peratus daripada kemasukan ke institusi pengajian tinggi. C Sepuluh peratus daripada salah satu syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi diambil kira sebagai markah kokurikulum. D Markah kokurikulum sebanyak sepuluh peratus akan diambil kira sebagai salah satu syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

23

24

Industri pertanian sekali lagi mendapat perhatian daripada pihak kerajaan bagi meningkatkan sumber ekonomi negara. A Industri negara yang mendapat perhatian pihak kerajaan, meningkatkan sumber ekonomi pertanian. B Untuk meningkatkan industri pertanian, sekali lagi pihak kerajaan memberi perhatian pada sumber ekonomi negara. C Pihak kerajaan mendapat perhatian daripada industri pertanian sekali lagi untuk meningkatkan sumber ekonomi negara. D Pihak kerajaan telah memberikan perhatian sekali lagi terhadap industri pertanian untuk meningkatkan sumber ekonomi negara.

02/1 2008 Hak Cipta SPA

Soalan 25 27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25 I II III IV A B C D Lakarkan sebuah gambar rajah yang menunjukkan sistem penapisan air suling kata guru sains kepada pelajar-pelajarnya. Jejari tayar basikalnya telah bengkok kerana dia terlanggar sebatang pokok. Mak Usu membeli segugus anggur hijau dari gerai Pak Mamat. Adik saya suka mencecah keropok lekor dengan tomato sos. I dan IV II dan III I, II dan III II, III dan IV

26

I II III IV A B C D

Pihak polis telah menyerbu tempat penyembunyian Anggota Gagak Hitam di Taman Melati Jaya. Cahaya lampu neon yang dipasang di hadapan rumah Puan Zulaikha amat terang sekali. Wah, cantik sungguh pemandangan pada waktu senja! Kata Arisya dengan rasa kagum. Kerajaan kini berusaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. I dan II I,III dan IV I, II dan III II, III dan IV

27

I II III IV A B C D

Suara penyanyi terkenal Siti Sarah yang berkumandang di corong radio teramat merdu sekali. Bahan-bahan kek yang disediakan ibu telah kami gaulkan. Saya doakan semoga perkahwinan Idrus berkekalan hingga ke anak cucu. Makanan di restoran itu kurang menyelerakan kerana tukang masaknya menggunakan minyak tengik. I dan III II dan IV I, II dan IV II, III dan IV

02/1 2008 Hak Cipta SPA

8 Soalan 28 - 30 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut. 28 Kakak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk membeli beg berjenama kerana beg itu berkualiti dan tahan lama. Sikap kakak ibarat A alah bisa tegal biasa. B antara kaca dan permata. C indah khabar daripada rupa. D alah membeli, menang memakai.

29

Gambar rajah di atas sesuai dengan peribahasa A Seperti kerbau dicucuk hidung. B Lembu punya susu sapi dapat nama. C Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit . D Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. Peribahasa yang hampir sama dengan maksud peribahasa sudah terhantuk baru tengadah. A Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai. B Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis. C Pandai menyelam di air dangkal. D Sediakan payung sebelum hujan.

30

02/1 2008 Hak Cipta SPA

9 Soalan 31 - 35 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai CINTA Aku cinta padamu wahai laut yang bergelora kerana aku bisa belajar menjadi seorang jejaka yang tabah menerima cabaran Aku cinta padamu Wahai langit yang luas Kerana aku bisa terbang bebas Menjelajah dunia saujana Antara batas dan tradisi Aku cinta padamu wahai gunung yang tinggi kerana aku bisa menjadi seorang pendaki gagah yang tidak cepat menyerah kalah (Dipetik daripada antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka) 31 Mengapakah penyajak mencintai unsur alam yang terdapat di sekelilingnya? A Mampu menguji tahap kesabaran penyajak. B Menjadikan unsur alam sebagai sumber inspirasinya. C Menjadikannya seorang yang berani menentang musuh. D Berupaya menjadikannya seorang yang lebih berani dan kental menempuhi hidup ini. 32 Berikut merupakan pengajaran yang terungkap dalam rangkap ketiga di atas, kecuali A Setiap orang mesti menghargai alam sekitar. B Kehidupan mesti dilalui dengan tabah dan gigih. C Sebagai pendaki kita haruslah bersemangat waja. D Jangan mudah berputus asa jika mengalami kegagalan.

02/1 2008 Hak Cipta SPA

10

Aku cinta padamu


33 Unsur gaya bahasa yang digunakan dalam rangkap sajak di atas ialah A epifora B repitisi C anafora D hiperbola Bentuk yang terdapat dalam sajak di atas ialah A tujuh hingga sebelas suku kata dalam setiap baris. B empat hingga lima kata dalam setiap baris. C rima akhir rangkap kedua ialah abbcb. D bentuk sajak di atas adalah terikat. Apakah persoalan yang diutarakan oleh penyajak? A Kepentingan menuntut ilmu. B Ketabahan menempuh dugaan hidup. C Tanggungjawab menjaga alam sekitar. D Keberanian dalam menghadapi cabaran. Soalan 36-40 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Pilih jawapan yang paling sesuai 19 Februari Pagi tadi aku bertanya Cikgu Khalid tentang Yahya. Apakah penyakit gila babinya belum baik lagi. Dua kali aku nampak Yahya keletihan, menggigil, air hidungnya keluar dan badannya tersentak-sentak. Cikgu Khalid menggeleng-geleng. Katanya belum sampai masanya dia memberitahu aku mengenai penyakit Yahya. Semalam aku lihat ibunya datang ke sekolah berjumpa Guru Besar. Beberapa minit kemudian aku melihat ibunya berlari keluar seperti orang hilang akal. Yahya mengejarnya dari belakang. Kemudian, aku lihat mereka menangis dan berpelukan. Mengapa agaknya?

34

35

02/1 2008 Hak Cipta SPA

11 23 Februari Asrul, pengawas dari tingkatan tiga A bercerita kepadaku. Cikgu Ainun telah menangkap Zaitun yang sedang membaca novel dalam bilik darjah. Rasaku, tidaklah salah membaca dalam kelas, tetapi cerita Asrul memang menarik. Cikgu Ainun begitu hairan melihat Zaitun begitu tekun membaca buku teks Ilmu Alam. Tidak bergerak-gerak sehingga hampir setengah jam. Oleh sebab itu dia mengintai dari belakang. Rupa-rupanya sebalik buku Ilmu Alam itu ada novel. Kata Cikgu Ainun novel itu kurang baik, malah tak baik dibaca oleh pelajarpelajar. Cikgu Ainun mengatakan, dia faham perasaan pelajar perempuan. Akan tetapi nasihatnya, carilah novel yang baik. Dia mengesyorkan beberapa buah novel seperti Pulau Rindu, Ombak Hati, Sayang Si Nani, dan beberapa buah lagi. Aku juga meminati novel jenis ini. Telah kuminta ayahku mencarinya di pekan. Setakat ini masih belum ditemuinya. 24 Februari Aku pergi menjumpai Yusuf waktu rehat. Dia cuba melarikan diri. Dengan itu aku tahu dia bersalah. Aku terus menuduhnya menulis surat layang itu. Dia berperi-peri menafikannya dan dia mahu aku bawa saksi. Kukatakan kalau dia tidak mengaku akan kuserahkan surat itu kepada Guru Besar dan aku sanggup membawa saksi. Dia terpegun. Aku memujuknya lagi dengan menyatakan, aku akan maafkan dia dan berjanji tidak membawa ke atas sekiranya dia mengaku. Akhirnya dia mengaku. Aku tuntut dia meminta maaf dan aku maafkan dia. Dari Jalil, kawan rapat Yusuf, aku tahu Yusuf marah kerana aku menangkapnya tatkala merokok di belakang jamban. Dan satu lagi dia marah kerana aku rapat dengan Mona Aida. Mengapa agaknya? (Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Diari Seorang Pengawas, antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

02/1 2008 Hak Cipta SPA

12 36 Keadaan Yahya yang dilihat oleh aku A Keletihan , menggigil, tangan dan kakinya kejang. B Keletihan, menggigil, demam, dan mukanya berpeluh-peluh. C Keletihan, menggigil, air hidungnya keluar dan badannya tersentak-sentak. D Keletihan, menggigil, hidungnya keluar darah, dan badannya tersentak-sentak.

Telah kuminta ayahku mencarinya di pekan.


37 Apakah gaya bahasa yang terkandung dalam ayat di atas? A Simile B Sinkof C Anafora D Personifikasi 38 Yang manakah antara berikut, bukan perwatakan aku ? A aku minat membaca novel. B aku seorang yang prihatin terhadap rakan. C aku seorang yang bersyukur dengan keadaan diri. D aku seorang yang berani ketika menjalankan tugas. 39 Mengapakah Yusuf memarahi aku? A Kerana aku rapat dengan Mona Aida . B Kerana aku telah merampas kekasih Yusuf. C Kerana aku menangkap Yusuf merokok di belakang jamban. D Kerana aku telah menangkap Yusuf merokok di belakang jamban dan intim dengan Mona Aida. Peleraian cerpen Diari Seorang Pengawas ialah A aku bertemu dengan Mona Aida. B aku menulis surat kepada Mona Aida. C aku membaca surat kiriman Mona Aida. D aku membacakan Mona Aida sebuah sajak.

40

KERTAS SOALAN TAMAT

02/1 2008 Hak Cipta SPA

13

JAWAPAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 B A B B A C D D A B 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 D B C A C C D D C D 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 A A D D C D B D A A 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 D C B A B C B C D C

02/1 2008 Hak Cipta SPA

You might also like