Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TUGASAN 1 Pilih salah satu tajuk berikut: Operasi tolak

Huraikan secara terperinci bagaimana tajuk yang anda pilih dapat diperkembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid pemulihan khas.

PENGENALAN Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaan matematik dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai status sebuah negara perindustrian pada tahun 2020. Penekanan kepada bidang matematik mula dirasakan apabila Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menyatakan bahawa salah satu faktor yang menjejaskan kejayaan seseorang ialah kelemahannya dalam menguasai bidang matematik. Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya. matematik juga sering dikaitkan sebagai subjek yang mempunyai taraf dan jenis matapelajaran yang tinggi. Isi kandungannya juga adalah sangat berturutan dan berhiraki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi dan perlu memenuhi turutan kognitif iaitu berfikir secara analisis, rasional, logik, berupaya membuat penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah. Pembelajaran matematik KBSR (1993) dirancang supaya mencapai matlamat iaitu untuk meningkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat murid terhadap matematik. Mereka diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara berkesan dalam penyelesaian masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka. Pada masa dahulu guru mengajar matematik dengan menggunakan kaedah mengajar yang hanya boleh menyebarkan ilmu matematik sahaja. Mereka juga mengamalkan teori-teori dalam aktiviti pengajaran. Akibatnya matematik merupakan suatu matapelajaran yang bukan sukar dipelajari, malah membosankan. Akhirnya murid kehilangan minat daripada pembelajaran matematik. Sebenarnya jika anda tahu bagaimana matematik itu dibentuk, dengan sendirinya seseorang itu akan jatuh cinta dengan matematik.

Prinsip pemulihan dan tujuan pelaksanaannya Menurut Kamarudin (1992), pendidikan pemulihan mempunyai objektif dan matlamatnya sendiri. Oleh itu pelaksanaannya harus mengikut peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip tertentu. Di antara prinsip-prinsip yang digariskan adalah seperti berikut : Program pemulihan matematik harus dijalankan secepat mungkin sebaik sahaja muridmurid dikesan mempunyai masalah tertentu di dalam pembelajaran matematik. Ia perlu diatasi segera supaya tidak menghalang pembelajaran murid. Pendidikan pemulihan matematik juga mesti diberikan kepada murid-murid yang bermasalah di dalam kemahiran-kemahiran matematik yang tertentu. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid. Aktiviti harus dikembangkan daripada yang mudah kepada sukar dan daripada konkrit kepada abstrak. Aktiviti pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan matematik yang telah dikesan (Mok Soon Sang, 1986) Menggunakan kaedah mengajar yang sesuai supaya murid-murid dapat mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih mudah. Memberi pelbagai jenis latihan yang mudah dan menarik untuk menolong murid-murid tersebut memperkukuhkan konsep dan kemahiran matematik. Kejayaan yang diperolehi dalam sesuatu aktiviti matematik akan mendorong mereka mempelajari matematik dengan usaha yang lebih gigih. Tujuan pemulihan Menolong murid-murid lembam membina konsep matematik asas dan menguasai kemahiran supaya tidak ketinggalan daripada murid-murid lain. Melatih murid hingga dapat menggunakan kemahiran asas untuk menyelesaikan masalah matematik dan seterusnya membina keyakinan diri. Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dipelajari. Memberi peluang kepada murid-murid mempelajari matematik mengikut kadar kebolehan sendiri.

Murid murid yang mempunyai masalah pembelajaran perlu didedahkan kepada empat operasi asas matematik terlebih dahulu iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Guru guru perlu memastikan semua murid pemulihan dapat mempelajari asas mengira, mengenal nombor dan dapat menulis nombor dengan betul. Murid murid pemulihan juga perlu dapat mengenalpasti nilai tempat dan juga dapat menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan harian. Guru guru juga perlu merancang aktiviti yang dapat menarik minat murid murid pemulihan untuk mempelajari matematik. Guru guru juga perlu membuat perancangan yang sesuai sebelum mengajar operasi tolak. Pengetahuan sedia ada murid tentang pranombor dan nombor perlu dianalisa terlebih dahulu sebelum murid dapat mempelajari tentang operasi tolak. Pada peringkat awal, murid murid pemulihan telah didedahkan dengan penolakan dalam lingkungan 10. Guru juga perlu menerangkan tentang cara untuk menolak seperti:

Pengasingan dua kumpulan. Ia adalah untuk menunjukkan situasi pengurangan sesuatu kumpulan benda diasingkan kepada dua kumpulan kecil. Contohnya : Ahmad membeli tujuh biji guli tetapi tiga biji guli telah dicuri. Berapakah biji guli yang tinggal?

Tujuh biji guli akan diletakkan di dalam satu bakul. Tiga biji guli diambil oleh guru. Jawapannya adalah berapa yang tiggal di dalam bakul iaitu 3 biji

Mencari perbezaan. Teknik penolakkan dengan mencari perbezaan seperti dalam bentuk yang mudah ialah situasi perbandingan. Contohnya : Amni ada 8 biji kek, Insyirah pula ada 5 biji kek. Berapakah perbezaan kek antara Amni dan Insyirah?

Murid juga diajar untuk menulis ayat matematik seperti 5-4=

Bahan bantu mengajar maujud seperti batu, guli, dan lidi

Pengenalan penolakan secara bentuk lazim seperti : 6 3

_____ Bagi murid murid pemulihan adalah amat sukar bagi memahami konsep penolakan dalam matematik. Dalam mata pelajaran Matematik, selain dari mengenal nombor kanak-kanak perlu diberi kefahaman instrument, kefahaman relasional, dan kefahaman logik. Bloom (1989) telah menyeraikan 3 jenis tingkah laku pemahaman iaitu terjemahan, pentaksiran, dan ekstrapolasi. Sebagai seorang guru, kita harus memahami kesemua perkara tersebut bagi memudahkan guru memahami murid-murid dalam merancang pengajaran yang berkesan dalam membentuk konsep penolakan.

Kanak-kanak perlu diajar untuk memahami konsep sesuatu operasi bukan dengan menghafal sesuatu konsep. Bagi murid murid pemulihan yang hanya menghafal akan melakukan kesilapan dalam mencari beza sesuatu nilai. Sebagai contoh beza nilai 3 dan 5, kanak-kanak yang menghafal kemungkinan besar akan melakukan penolakan 3-5 sedangkan kanak-kanak yang memahami konsep penolakan memahami bahawa nilai kecil tidak dapat menolak nilai yang besar. Terdapat juga murid yang keliru dengan konsep tukar tertib iatu 5 + 2 = 2 + 5 dianggap 5 2 juga adalah sama dengan 2 5 .

Dalam mengajar operasi tolak dalam Matematik, terdapat banyak teknik, startegi dan pendekatan yang dapat menarik minat murid dalam menguasai konsep penolakan. Dalam tugasan ini saya menjelaskan 2 teknik yang dapat membantu murid pemulihan dalam menguasai kemahiran penolakaan. Antara 2 teknik yang saya ketengahkan ialah;

Penolakan menggunakan gambar rajah. Penolakan secara manipulative dengan menggunakan bahan maujud

Pada pendapat saya, penggunaan gambar dalam mengajar penolakan dalam Matematik adalah sesuatu yang sangat berkesan dalam menggambarkan konsep operasi penolakan. Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri, kedua-duanya mempunyai kekuatan dalam

menterjemahkan konsep penolakaan kepada kanak-kanak. Ini kerana guru perlu memainkan peranan sebagai pembimbing minda kanak-kanak ke arah pembinaan konsep penolakan.

1. 2. 3. 4. 5.

Berapakah kek yang dibawa oleh budak lelaki itu? Dimanakan budak lelaki itu meletakkan kek? Berapakah kek yang tinggal di atas meja? Berapa banyakkan kek yang berkurangan? Kemanakah kek yang kekurangan itu? ( Murid akan menjawab hilang, terjatuh, atau dimakan oleh budak lelaki itu)

6. 7. 8.

Berapakah kek yang dimakan oleh budak lelaki itu? Apakah jawapan bagi 3-1? Apakah jawapan bagi 3-2?

Begitu juga dengan gambar bersiri, sekiranya guru memainkan peranan dengan membimbing murid dengan soalan-soalan yang menjurus kearah konsep matematik, adalah tidak menjadi masalah sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Dalam kaedah ini, ia menggunakan benda maujud seperti, biji kacang, lidi, biji saga, anak patung dan sebagainya. Terdapat juga unsur-unsur pendekatan masteri, di mana, murid diajar pengurangan nilai 1 terlebih dahulu seperti 10-1, 8-1, 5-1 dan sebagainya. Apabila mereka telah mahir dengan pengurangan nilai 1, baru lah diajar pengurangan 2 seperti, 10-2, 82, 5-2 dan sebagainya. Melalui kaedah ini pelajar akan dibiasakan dengan pola-pola nombor untuk mencari jawapan dan ia juga mendedahkan murid dengan hubungan nombor dalam sesuatu persamaan untuk menunjukkan fakta bahawa operasi penolakkan adalah pembalikkan operasi penambahan contohnya 6,3, dan9 adalah persamaan seperti berikut, 6 + 3 = 9, 9 3 = 6 dan 9 6 =3. Menurut Mok Soon Sang (2001) Penggunaan ABM perlu dipelbagaikan

dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan

Bagi mengajar penolakan dalam lingkungan 10, murid-murid perlulah diberi masingmasing 10 biji batu dan mengikut langkah-langkah yang diarahkan oleh guru. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Guru memberi 10 biji batu kepada setiap murid. Guru mempamirkan soalan kepada murid iaitu 5 1 = Guru meminta murid memasukkan 5 biji batu ke dalam sesuatu bakul. Guru meminta murid mengeluarkan 1 biji batu Murid diminta menyatakan bilangan biji sbatu yang tinggal di dalam bekas. Latihan tersebut diulang dengan 6 1 , 7 1 , hingga 10 1 Apabila pelajar telah mahir, ditambahkan aras kesukaran operasi tolak iaitu 6 2 , 6 3, 6 4 , dan seterusnya.

Penutup

Dalam pengajaran yang saya jalankan, saya dapati kaedah yang menggunakan gambar rajah adalah sesuai untuk membina konsep penolakkan. Samaada gambar bersiri atau gambar tunggal, ia tetap menyumbangkan kepada pembinaan konsep penolakan dalam Matematik. Pada pendapat saya, amat sesuailah kaedah ini digunakan untuk pembelajaran awal penolakan. Ini kerana apabila konsep penolakan telah terbina didalam pemikiran murid, maka mudahlah bagi guru mengajar penyelesaian masalah harian yang menggunakan operasi tolak.

You might also like