Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 69

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No.

K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

TAJUK 1 : FUNGSI BAHASA MELAYU 1. Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan pelbagai fungsi
Bahasa Melayu.

Bahasa Kebangsaan Dasar identiti Negara. Timbul dari semangat kebangsaan.

Bahasa Pengantar Penggunaan meningkat sejak Penyata Razak (1956) Digunakan diperingkat rendah, menengah dan universiti.

Bahasa Rasmi Digunakan dalam urusan rasmi dan pentadbiran Negara. Diiktiraf sebagai bahasa rasmi yang pertama di Malaysia.

FUNGSI BAHASA MELAYU


Bahasa Perpaduan Penyatuan rakyat berbilang kaum. Menyatakan mereka dalam satu masyarakat bahasa. Alat perpaduan. Bahasa Komunikasi Bahasa perhubungan. Cara lahirkan perasaan, pemikiran dan menjelaskan yang tersirat. Wujud laras bahasa berlainan.

Bahasa Ilmu Bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden. Keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Menjadi bahasa bertaraf tinggi.

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

2. Kesepaduan bahasa lisan dan bahasa tubuh. Anda boleh mengambil


contoh dari mana-mana sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah anda laksanakan di sekolah untuk memberikan bukti sebenar.

JAWAPAN Guru boleh menggunakan beberapa cara untuk mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah samada ia melibatkan komunikasi lisan (verbal) atau bukan secara lisan (non-verbal). Jika diperhatikan guru lebih banyak menggunakan komunikasi lisan dalam bilik darjah kerana apa yang ingin disampaikan adalah berbentuk fakta. Namun kesinambungan kedua-duanya akan lebih memberi kesan kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Kata-kata dan tingkah laku guru dalam bilik darjah mempunyai pengaruh yang besar kepada murid-murid kerana ia mengandungi maklum balas samada positif atau negatif. Bagi membuktikan kesepaduan bahasa lisan dan bukan lisan dalam komunikasi dapat memberi kesan lebih mendalam antara pemberi dan penerima maklumat, saya akan memberi satu contoh sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan di sekolah : Nama Sekolah Minggu P & P Tarikh Mata pelajaran Tahun Masa Tempat Bilangan murid Isi pembelajaran Objektif : SK Majidi Baru : Minggu Ke-9 : 27 Februari 2006 :Jawi ( Kelas Pemulihan) : 1 Anggerik : 3.20 4.20 ( 60 minit) : Bilik j-QAF SKMB : 7 orang : Mengenal huruf jawi tunggal : Murid-murid dapat mengenal, melakar dan membaca huruf jawi tunggal ( ) dan ( )

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Induksi set

: Set orientasi, set peralihan Guru masuk ke kelas, berdiri seketika di hadapan murid-murid dan memandang kepada semua murid. Guru memberi salam lalu dijawab oleh murid dan guru memberi senyuman kepada murid tanda berpuas hati dengan sikap hormat muridmurid.

Guru menadah tangan tanpa bersuara lalu murid-murid membaca doa secara kelas dengan bersemangat, guru memberi pujian dan murid-murid tersenyum.

Guru memanggil nama murid-murid yang terlibat dengan kelas pemulihan jawi dan mengarahkan mereka untuk segera ke bilik j-QAF, murid beratur dan berjalan ke bilik tersebut.

Murid bersedia untuk belajar. Guru menarik minat murid dengan menunjukkan beberapa gambar yang berkaitan dengan huruf jawi tunggal, murid-murid terus menyebut gambar-gambar tersebut ( contoh : tali, titi, baju, buku ).

Guru menerangkan tentang huruf-huruf Jawi tunggal, guru menyebut dan diikuti oleh murid dengan menyebutnya secara kelas dan individu. Guru menunjukkan jari kepada salah seorang murid dan menyuruhnya membaca, murid lain cuba memberitahu huruf yang tidak dapat disebut oleh murid itu lalu guru meletakkan jari telunjuk di bibir dan murid-murid lain diam. Apabila selesai membaca guru menggosok kepala murid tersebut dan memberi pujian dengan mengangguk dan memberi senyuman, guru menepuk tangan dan diikuti oleh murid-murid lain.

Guru melirik kepada murid yang tidak memberikan tumpuan dan memanggil namanya, maka dia memberi tumpuan semula kepada pelajaran yang sedang berlangsung.

Setelah setiap murid dapat membaca huruf-huruf tunggal, guru menggunakan alat bantu mengajar berbentuk permainan iaitu permainan boling. Pada setiap pin telah tertulis huruf-huruf tunggal Jawi. Setiap murid dikehendaki membaling bola untuk menjatuhkan pin-pin tersebut.

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

seterusnya murid menyebut huruf pada pin yang telah dijatuhkan tadi. Setiap murid yang berjaya akan diberikan tepukan dan guru memberikan semangat kepada murid-murid untuk menjatuhkan lebih banyak pin. Ketika permainan dijalankan komunikasi verbal dan non-verbal berlaku secara langsung dan tidak langsung.

Kemudian guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid pengukuhan. Di akhir pembelajaran guru mengarahkan murid-murid mengemas kembali peralatan yang digunakan. Guru berdiri dan murid-murid mengucapkan terima kasih, guru mengarahkan agar murid beratur dan kembali semula ke bilik darjah.

Berdasarkan contoh P & P di atas jelaslah kepada kita bahawa komunikasi verbal dan non-verbal saling berkaitan dan mengukuhkan lagi mesej yang hendak disampaikan. Setiap komunikasi yang berlangsung akan memberi kesan kepada pemberi dan penerima. Sebagai seorang guru setiap perkataan yang diucapkan dan perbuatannya akan diperhati oleh murid-murid kerana ia akan memberi maklum balas terhadap tindakan tersebut.

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

TAJUK 2 : WACANA 1. Pilih satu petikan yang panjangnya 200 perkataan daripada mana-mana
laras bahasa. Baca dengan teliti, kemudian garisi perkataan-perkataan yang berfungsi sebagai penanda wacana dan nyatakan fungsinya dalam petikan tersebut. BLACK METAL IDEALISMA SONGSANG (Utusan Malaysia, Isnin 30 Januari 2006) Sekali lagi fahaman seni songsang melanda remaja Melayu. Kesongsangan ini menyusup masuk dengan wadah seni. Berselindung di sebalik cengkerang seni muzik, remaja Melayu yang tidak panjang akal terus saja menerima sebagai idealisma. Isu Black Metal sekali lagi menjadi bualan. Tetapi seperti biasa sesetengah daripada kita lebih suka membanteras benda-benda yang boleh dilihat. Mereka jarang menyusup di sebalik yang dilihat untuk merungkai akar permasalahan sosial ini. Black Metal adalah masalah remaja Melayu. Yang memijak Quran dan kencing atas Quran dulupun adalah remaja Melayu. Perlakuan melampau ini menjadi sensasi tetapi malangnya kita jarang melihat melampaui sensasi ini. Sebenarnya bukan mudah untuk membuat justifikasi antara Black Metal dengan muzik beraliran under-ground. Ini kerana tidak semua yang under-ground itu Black Metal. Black Metal adalah sub-jenre saja dari aliran under-ground itu. Kerana itu membanteras fahaman songsang Black Metal tidak semudah melarang remaja-remaja Melayu memakai baju melayu t-hitam. Atau tidak semudah melarang mereka memakai aksesori yang selalu dipakai oleh pemuzik Black Metal.

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Tersalah menafsirkan Black Metal mencetuskan kemarahan remaja-remaja yang meminati aliran under-ground. Sekiranya dalam satu persembahan itu dipenuhi dengan muzik yang bingit, bolehkah diklasifikasikan sebagai black metal ? Sebenarnya membanteras sesuatu yang menjadi fahaman kepada sesuatu golongan bukanlah suatu yang mudah. Menggunakan kuasa undang-undang hanya menyembunyikan black metal. Tetapi ini bukan membetulkan idealisma songsang penganut-penganut Black Metal. Penganut Black Metal yang mencetuskan kebimbangan kita di negara ini bukanlah peminat muzik. Penglibatan dalam kesongsangan ini hanyalah satu escapisme daripada realiti sosial yang menjadikan mereka ketinggalan dan kecewa. Black Metal adalah berjiwa memberontak, sejarahnya bermula di Norway dan menentang fahaman Kristian. Black Metal menentang sosial arus perdana maka dalam konteks negara ini mereka perlu menentang apa saja yang berkaitan Islam dan Melayu. Suatu yang hendak diberitahu di sini ialah kerja-kerja pembanterasan bukanlah semudah kecaman retorik seperti yang selalu kita dengar. Jangan terlalu panik hingga apa saja muzik yang bingit itu dikatakan Black Metal. Malah burung-burung kakaktua juga diminta kalau boleh jangan terlalu ghairah berkata-kata. Anda juga barangkali setuju dengan saya bahawa mengharamkan Black Metal saja bukanlah jaminan masalah ini akan selesai. Black Metal adalah fahaman songsang, bukan muzik atau baju hitam. Moral ceritanya jangan ambil mudah. Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Penanda wacana Sekali lagi Di sebalik Tetapi Seperti Sebenarnya Ini kerana Kerana itu Sekiranya Sebenarnya Fungsi Urutan Pertentangan Pertentangan Contoh Pengesahan Sebab dan kesan Sebab dan kesan Pertentangan Pengesahan

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

TAJUK 3 : LARAS BAHASA


1. Pilih lima petikan daripada pelbagai laras bahasa. Banding bezakan kelimalima petikan tersebut untuk melihat aspek yang berikut : ( 100 p/p) 1. pilihan perkataan 2. istilah 3. struktur ayat JAWAPAN 1. LARAS AGAMA Berikut adalah contoh laras agama : " Rukun haji itu 5 perkara : Ihram, Wukuf, Tawaf, Sa'ie dan Tahallul. Ihram iaitu memasang niat mengejakan haji atau umrah sambil memakai pakaian ihram pada miqat. Ketentuan miqat zamani, iaitu dari awal bulan syawal sampai terbit fajar Hari Raya Haji, Ihram Haji wajib dilakukan dalam masa tersebut, dua bulan sembilan setengah hari. Adapun ketentuan mengikut makani telah terkenal bagi jemaah haji, tempat mana menuju jalan ke Mekah dari seluruh penjuru dunia. Ketentuan miqat makani ditentukan lima tempat bagi semua jemaah haji yang datang menuju Mekah dari pelbagai negara dan jurusan. Miqat bagi orang Islam dari Malaysia, ialah apabila kapal mereka telah bertepatan dengan Bukit Yalamlam di daratan Tanah Arab. Memakai ihram ialah menanggalkanpakaian berjahit iaitu menyarungi, dan hanya memakai sehelai kain dan sehelai selendang yang tidak berjahit bagi lelaki. Disunatkan yang putih dan baru atau bersih. Adapun bagi wanita cukup dengan pakaian biasa, tetapi muka dan telapak tangannya harus terbuka. Dalam berihram, ada beberapa cara yang perlu dilakukan, sebagaimana ada hal-hal yang dilarang melakukannya. Dalam kitab-kitab pedoman haji atau dalam kitab-kitab fekah pada bab haji, dijelaskan tentang cara-cara berihram dan hal-hal yang dilarang mengerjakannya. (Dipetik daripada Dinul Islam oleh Nasaruddin Razak)

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

2. LARAS UNDANG-UNDANG Contoh laras undang-undang di bawah diambil daripada sebuah surat cara pajakan tanah : " Jika penerima pajak gagal memperolehi lesen tanpa syarat untuk menggunakan tanah tersebut dan bangunan yang didirikan di atasnya untuk menyimpan barang keluaran minyak untuk maksud atau kegunaan biasa yang lain seperti kegunaan sebagai stesen minyak dan perkhidmatan, atau jika lesen yang telah diperolehi itu dibatalkan, ditarik balik atau tidak diperbaharui tanpa syarat atau lesen itu tak sah disisi undang-undang atau jika penerima pajak berpendapat bahawa mustahil atau tidak praktik untuk menggunakan tanah dan bangunan yang didirikan di atasnta secara berfaedah untuk apa-apa maksud, maka dalam manamana yang tersebut setelah memberikan notis bertulis atau satu bulan genap kepada pemberi pajak yang menyatakan niatnya untuk menamatkan pemajakan tersebut dan apabila habis tempoh notis tersebut, maka pajakan itu akan terhenti dan tamat tertakluk kepada peruntukan fasal 4 surat cara tersebut".

2. LARAS KLASIK Contoh teks laras klasik di bawah dipetik daripada Hikayat Indra Putera. " Sebermula diceritakan oleh yang empunya citera ini sekali persetua Raja Dewa Lela mengerna pergi dengan segala bala tenteranya sekalian maka ia pun beroleh kijang emas terlalu indah-indah itu maka disuruhnya hantarkan kepada tuan puteri Ratna Gemala Mehran dengan sekita itu juga sampai maka ia pun masuk ke dalam istana maka dilihatnya tuan puteri duduk dengan seorang laki-laki dihadap oleh segala bidadari panggil ia maka tiada didengarkannya maka segeralah juga ia berlari-lari kembali maka dayang itu pun kembalilah kepada tuan puteri seraya berdatang sembah ya tuanku tuan puteri maka sudahlah patik panggil bantera itu maka ia tiada mahu juga datang manghadap tuan puteri maka tuan puteri pun berkata kepada Indera Putera, " Hai saudaraku bahawa datanglah fitnahnya bentara

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

itu akan kita " maka ujar Indera Putera " Hai adinda tuan haraplah juga kepada tuhan yang maha besar setelah itu maka tuan puteri pun masyghullah hatinya".

3. LARAS KANAK-KANAK Berikut adalah contoh laras kanak-kanak. "Kononnya pada masa dahulu di Daerah Kelang di negeri Selangor, masih penuh dengan hutan rimba. Di dalam hutan itu terdapat longgokkan batu-batu besar. Kata penduduk di situ, salah sebuah batu-batu itu berpuaka. Mereka menamakan batu itu Batu Belah Batu Bertangkup atau Batu Belah sahaja. Batu Belah kuat makan. Apabila lapar ia akan mengaum dengan kuatnya. Apa saja yang berada berhampiran dengannya akan disedutnya. Binatang-binatang di hutan seperti rusan dan pelanduk selalu menjadi mangsanya. Di tepi hutan rimba itu ada sebuah kampung yang bernama Bukit Berapit. Di kamping itu tinggal seorang gadis bernama Melur bersama emaknya yang bernama Tanjung dan adik lelakinya yang bernama Pekan. Sejak ayah Melur meninggal dunia, ibunya selalu sahaja bersedih. Dia tidak lagi pergi mencari akar-akar kayu untuk dibuat ubat. Melur pula yang membuat kerja itu. Pada suatu hari, ibu Melur teringin hendak makan telur ikan Tembakul. Dia pergi ke sungai menangguk ikan. Wah, bukan main suka hatinya apabila dia dapat menangkap seekor ikan tembakul !

4. LARAS IKLAN Contoh laras iklan di bawah dipetik daripada iklan bercetak sebuah kereta sport : GARANG MELARAM EGOISTIK MENUNJUK !

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

" Terimalah kenyataan. Kalau anda memandu kereta ini, anda tidak akan menjadi pria paling popular di jalan raya. Tapi kalau anda berada di belakang stereng salah sebuah kereta berkelajuan tinggi yang penuh stail, orang sebenarnya iri kepada anda. Tapi tidak mengapa, dengan memiliki kereta yang mempunyai enjin 1.8, 16 injap DOHC dan EF ; anda tidak sempat melihat wajah iri pemandu-pemandu lain. Kereta ini akan meluncurkan anda dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh 8.9 saat ! Walaupun kereta ini jenis prestasi tetapi ia boleh digelar limosin. Bahagian dalamnya direka mewah. Tempat duduk poliuteran barunya membuat perjalanan jauh pengalaman yang indah. Model FL TX3 dengan stail baru. Kalau anda tidak suka menjadi perhatian orang, jangan pandu. IRI TIDAK MEROSAKKANNYA, ANDA BAGAIMANA ?

Banding beza laras bahasa.

JENIS LARAS 1) LARAS AGAMA

PILIHAN PERKATAAN Terdapat kata pinjaman daripada Bahasa Arab. Cth ; rukun, jemaah haji. Ada juga unsure bahasa klasik terutama pada perbendaharaan kata. Cth; adapun.

ISTILAH Menggunakan istilah khusus bagi sesuatu agama. Cth; ihram, wukuf, tawaf, saie.

STRUKTUR AYAT Berbentuk cerita, kias, ibarat, dan penjelasan disamping huraian. Banyak mengambil pengajaran dari Alquran.

2) LARAS UNDANG-UNDANG

Terdapat frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal

Istilah hanya diguna oleh pakar perundangan ; peguam, hakim,

Terdiri dari prinsip undang-undang diikuti oleh syaratsyarat dan diakhiri

10

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

lain. Cth; pajak, fasal.

pendakwa apabila mereka menulis atau bercakap.

dengan keputusan undang-undang juga. Teks asalnya dalam tulisan jawi. Tidak mengandungi tanda baca dan perenggan. Menggunakan struktur ayat pasif.

3) LARAS KLASIK

Mengandungi perbendaharaan kata klasik, contohnya bahasa istana seperti tuanku, sembah, dayang.

Penggunaan istilah banyak dipengaruhi oleh Bahasa Arab dan Sanskrit, contoh ; empunya, hatta, kalakian, tersebutlah kisah, pesertua.

4) LARAS KANAKKANAK

Perbendaharaan kata lebih kecil yang terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja dan kata sifat.

Istilah yang mudah difahami oleh kanak-kanak sahaja.

Banyak menggunakan ayat aktif berbentuk tunggal.

Tidak menggunakan bunga bahasa atau bahasa perlambangan.

Imbuhan kata juga terhad, contoh ; ke.an.

Imbuhan yang membawa makna konsep tidak digunakan.

Imbuhan untuk menerbitkan makna pelaku, perbuatan, tempat dan alat sahaja.

11

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

5) LARAS IKLAN

Untuk mempromosikan barangan, perkhidmatan atau jawatan kosong.

Istilah yang digunakan bebas mengikut kehendak pengiklan.

Ayat pendekpendek dan menggunakan ayat tunggal.

Lebih kepada memujuk pengguna untuk guna sesuatu produk/perkhidmat an yang ditawarkan oleh pengiklan.

Penumpuan kepada susun letak perkataan, penggunaan huruf kecil dan besar, nama syarikat.

Penggunaan ilustrasi grafik yang ketara, gambar bergerak, muzik untuk iklan pandang dengar (tv).

TAJUK 4 : TERJEMAHAN

12

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

1. Baca suratkhabar berbahasa Inggeris. Pilih satu artikel pendek dan buat
terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

Easy path to UTAR (An article taken from New Straits Times, Wednesday, March 16, 2005) Established in 2002, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) offer degree programmes from four faculties Degree programmes are offered by the Faculty of Information and Communication Technology and the Faculty of Arts and Sosial Science are conducted at the Petaling Jaya campus. The lecture and the tutorial rooms provide students with ample study space, while have many choices regarding accommodation. The cyber-hostels 24-hour security assures students a safe environment. There is also a cafeteria, a cyber caf, a bookshop, a convenience store and laundry service. The locality of the Petaling Jaya is boosted by its easy access to public buses, feeder buses from the nearby PUTRA LRT station and taxis. UTAR also provides students with its own bus service to the LRT station and surrounding housing areas. UTARs Faculty of Engineering and Science is located at the purpose-built UTAR complex in Setapak, Kuala Lumpur. The newly-constructed campus is situated next to Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). With a built-up area of 200000 square feet, the UTAR Complex promotes students learning experience. It include a seven-storey administration building, a Student Internet Center and ICT Centre.

13

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Early this year, UTAR expanded its campusnya to include a 10-storey building in the self-contained township of Bandar Sungai Long, Cheras, Selangor. Housing UTARs largest faculty, the Faculty of Accountancy and Management, the building gives one sense of space and is equipped with 18 lecture rooms and 35 tutorial rooms, 17 computer laboratories, cafeteria and library. Terjemahan: Laluan mudah ke UTAR Ditubuhkan pada 2002, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menawarkan program Sarjana Muda Kepujian dari empat fakulti iaitu Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Fakulti Kesenian dan Sains Sosial yang dijalankan di kampus Petaling Jaya. Bilik kuliah dan tutorial menyediakan ruang belajar yang selesa kepada pelajar, manakala makmal komputer pula membolehkan pelajar mengikuti perkembangan samasa bidang pengajian mereka. Dari apartment, rumah hinggalah asrama-ciber berdekatan, pelajar mempunyai banyak pilihan berkenaan tempat kediaman. Kawalan keselamatan 24 jam di asrama-ciber memastikan pelajar sentiasa berada dalam persekitaran selamat. Terdapat juga sebuah kafeteria, kafe ciber, kedai buku, stor yang memuaskan dan kedai cuci pakaian yang menawarkan perkhidmatan di sana. Kampus yang bertempat di Petaling Jaya menjadi lebih selesa dengan adanya kemudahan mendapatkan perkhidmatan bas awam, bas penghubung ke stesyen Putra LRT berdekatan dan teksi. UTAR juga menyediakan perkhidmatan basnya sendiri untuk pelajar untuk ke stesyen LRT dan tempat-tempat di sekitar kawasan tersebut. Fakulti Kejuruteraan dan Sains UTAR pula terletak di bangunan utama Komplek UTAR di Setapak, Kuala Lumpur.

14

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Kampus yang baru dalam pembinaan pula terletak bersebelahan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Dengan pembinaan di kawasan seluas 200000 kaki persegi, Komplek UTAR memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman belajar. Ia termasuk sebuah bangunan pentadbiran tujuh tingkat, Pusat Internet Pelajar dan Pusat ICT. Awal tahun ini, UTAR meluaskan lagi kampusnya dengan membina sebuah bangunan 10 tingkat di bandar milik persendirian, Bandar Sungai Long, Cheras, Selangor. Menempatkan fakulti terbesar di UTAR, Fakulti Kira-kira dan Pengurusan, bangunan tersebut menyediakan ruang yang selesa dimana ia dilengkapkan dengan 18 bilik kuliah dan 35 bilik tutorial, 17 makmal komputer, kafeteria dan perpustakaan.

TAJUK 5 : SURAT RASMI

15

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

1. Sila layari internet untuk mendapatkan contoh dan format penulisan surat rasmi berdasarkan Surat Pekeliling Jabatan Perdana Menteri berikut : Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1980 bertarikh 1 Oktober 1980.

16

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

2. Anda dikehendaki mengenal pasti kesilapan-kesilapan yang sering berlaku


dalam penulisan surat rasmi. Beri huraian anda mengenai kesilapan tersebut. JAWAPAN Surat menyurat merupakan alat perantaraan utama yang boleh dihantar dalam bentuk surat, pekeliling, memo, teleks dan telegram. Surat rasmi ialah surat yang ditulis dalam urusan-urusan rasmi seperti urusan yang berhubung dengan urusan pejabat, misalnya pejabat-pejabat kerajaan, badan berkanun, syarikat-syarikat perniagaan, tempat-tempat pengajian, firma-firma, dan dalam urusan pekerjaan serta urusan persekolahan. Surat rasmi boleh ditulis oleh seseorang atas nama peribadinya atau nama pejabat atau syarikat dan sasaran yang dituju juga boleh merupakan perseorangan, pejabat ataupun syarikat. Contoh tiga pucuk surat rasmi berdasarkan tiga contoh format yang telah diberikan di dalam modul ini, dan antara kesilapan-kesilapan yang sering berlaku: 1. Alamat pengirim Ciri-ciri yang perlu ada dalam format surat kiriman rasmi antaranya ialah alamat pengirim yang mana ia hendaklah ditulis di tepi iaitu pada bahagian sudut atas sebelah kiri surat dengan menggunakan huruf besar. Namun masih terdapat penulis yang tidak menulis alamat dengan sempurna, menggunakan huruf kecil dan tidak menulis pada tempat yang sepatutnya. Sebagai contoh, masih ada yang menulis alamat di sebelah kanan atau di tengah sudut surat. 2. Garisan panjang melintang Satu garisan melintang harus dibuat selepas alamat pengirim namun ada juga penulis yang tidak membuat garisan tersebut. 3. Nombor telefon Terdapat juga penulis yang tidak menulis nombor telefon sedangkan ia harus ditulis di sudut kanan surat iaitu sebelum garisan melintang pada baris yang sama dengan

17

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

baris akhir alamat pengirim. Nombor telefon harus ditulis bagi sesetengah surat rasmi seperti surat-surat kerajaan atau firma-firma tertentu. 4. Nombor rujukan Surat menyurat mestilah mempunyai nombor rujukan fail dan tarikh seperti : a) Rujukan Tuan b) Rujukan Kami Kedua-dua rujukan ini ditulis di sudut kanan surat selepas garisan melintang dan sebelum tarikh. Kadang kala hanya terdapat satu rujukan sahaja dan tidak ditulis nombor rujukannya. Ini akan menyulitkan pihak tertentu untuk memberi maklum balas kerana biasanya ketika menjawab surat, nombor rujukan dan tarikh pengirim perlu dinyatakan dengan jelas supaya mudah untuk membuat rujukan. 5. Tarikh Kadang kala ramai yang terlupa untuk menulis tarikh di sudut kanan surat. Ia seharusnya ditulis di sebelah kanan surat iaitu selepas garisan melintang dan pada baris yang sama dengan alamat penerima. 6. Nama dan alamat penerima Terdapat juga penulis yang hanya menulis nama penerima sahaja tanpa menulis alamatnya. Nama dan alamat penerima harus ditulis di bawah garisan melintang iaitu di tepi sudut kiri surat pada bahagian lipatan dan sejajar dengan alamat pengirim. Baris akhir pada alamat penerima hendaklah digariskan namun ramai yang tidak menggaris alamat tersebut. 7. Melalui dan salinan Susunan hendaklah mengikut protokol ke sebelah kanan jawatan / aliran surat namun kadang kala penulis tidak menulisnya dengan tepat. Pihak yang telah dinyatakan dalam ruangan ini juga tidak perlu diulangi lagi pada akhir surat (atau sebaliknya). 8. Perkataan yang membahasakan diri dalam surat

18

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Perkataan yang biasa digunakan dalam surat kiriman rasmi seperti Tuan, Puan, Dato', Tan Sri dan sebagainya. Penulis harus peka dengan perkara ini kerana panggilan tersebut akan mempengaruhi status seseorang penerima. Ia hendaklah ditulis di sudut kiri surat pada bahagian lipatan selepas alamat penerima dan ditinggalkan satu baris kosong. Ia juga hendaklah sejajar dengan alamat pengirim dan penerima surat. 9. Tajuk Tajuk surat hendaklah ditulis di tepi sudut sebelah kiri surat sejajar dengan alamat pengirim dan penerima iaitu selepas ganti nama diri dan ditinggalkan sebaris kosong. Biasanya masih terdapat penulis yang meletakkan tanda noktah di bahagian akhir tajuk tersebut sedangkan ia tidak seharusnya berbuat demikian. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil juga menjadi satu kesilapan penulis. 10. Pemerengganan Perenggan pertama (pendahuluan) dan akhir (penutup) tidak bernombor dan ia juga dimulakan di tepi kiri surat iaitu pada bahagian lipatan. 11. Isi Biasanya isi surat akan menyatakan sesuatu perkara dan ia boleh dinyatakan dalam 3-4 perenggan berlainan namun ada juga yang menulis panjang lebar dengan mengabaikan kepentingan perenggan yang sesuai dalam penulisan surat. Isi surat harus dinyatakan dengan jelas supaya pihak yang menerima surat dapat membuat rujukan dengan mudah. 12. Penutup Lazimnya dalam perenggan terakhir sering digunakan rangkai kata dengan ayat seperti " Semoga tuan / puan akan mengambil tindakan yang segera", " Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai" dan sebagainya mengikut kesesuaian surat yang dikirim. Perkara yang sering penulis terlupa ialah menulis nama dengan menggunakan huruf besar selepas tandatangan dan tidak meletakkan tanda kurungan serta tidak meletakkan pangkat atau jawatan yang disandang.

19

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Surat yang baik mestilah ditulis dengan sempurna dan teratur kerana ia merupakan alat perhubungan yang berkesan untuk menyampaikan maklumat dan buah fikiran seseorang. Kaedah yang tertentu harus digunakan mengikut tatacara yang betul kerana surat yang ditulis akan menggambarkan peribadi orang atau firma yang mengirimkan surat tersebut. Setiap surat yang hendak ditulis harus dikarang mengikut peraturan yang betul untuk menentukan keberkesanannya.

20

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

3. Tulis sepucuk surat rasmi kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan kebenaran bagi mengadakan suatu majlis forum pendidikan di sekolah anda.

21

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

JAWAPAN

Persatuan Agama Islam Sekolah Kebangsaan Majidi Baru Jalan Cempaka Majidi Baru 81200 Johor Bahru Johor Darul Takzim

Pengarah Pendidikan Negeri Johor Jabatan Pendidikan Johor Wisma Pendidikan Jalan Tun Abdul Razak 80604 Johor Bahru Johor Darul Takzim

Ruj. kami: SKMB (1)/02/30/(75) Ruj. tuan : Tarikh : 15 Mac 2006

Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Forum Pendidikan

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Agama Islam Sekolah Kebangsaan Majidi Baru dalam mesyuarat jawatankuasa bertarikh 10 Mac 2006 telah mengambil keputusan untuk menganjurkan Forum Pendidikan di sekolah kami. Sehubungan dengan itu kami memohon pihak tuan membenarkan pihak kami untuk mengadakan forum tersebut. 2. Butiran tentang forum tersebut adalah seperti berikut: 2.1 Tema/Tajuk : Pengajaran dan Pembelajaran Berliterasikan Internet

22

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

2.2 2.3 2.4 2.5

Tarikh Tempat Masa

: 8 April 2006 (Sabtu) : Dewan Sekolah Kebangsaan Majidi Baru : 8.00 pagi hingga 12.45 tengahari

Panel Forum :2.5.1. Munsyi Zainal Abidin b. Hj. Kasim Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Paras 4 & 5, Blok F, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur. i. Encik Lokman b. Abd. Wahid Institut Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur. 2.5.3 Tn. Hj. Mustapha b. Abu Bakar Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Maktab Perguruan Kota Bharu, 16109 Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim.

3.

Bersama-sama ini disertakan Kertas Kerja Majlis Forum Pendidikan serta program

yang berkaitan. 4. Kami berharap permohonan kami ini akan dipertimbangkan dengan sewajarnya

dan mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

23

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Yang benar,

( NORASHIKIN KURSIAH BINTI MAJURI ) Setiausaha Persatuan Agama Islam, Sekolah Kebangsaan Majidi Baru.

s.k .

i) ii)

Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Majidi Baru

24

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

TAJUK 6 : MINIT MESYUARAT 1. Anda dikehendaki mengumpul dua contoh minit mesyuarat yang
berlainan. Kenal pasti kesilapan / kesalahan yang terdapat dalam minit mesyuarat tersebut.

JAWAPAN Berdasarkan contoh-contoh minit mesyuarat tersebut, sebahagian daripada keduaduanya tidak memenuhi ciri-ciri minit mesyuarat berkualiti sebagaimana yang telah ditetap dan diperakukan oleh Kerajaan Malaysia seperti yang terdapat dalam Lampiran A Pekeliling Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991 ( PKPA 2/1991). Antara kesilapan yang dapat dikesan ialah : 2. Minit tidak padat Catatan pada minit mesyuarat Pengetua Maktab Perguruan tidak direkodkan secara tepat, padat dan jelas. Catatan pada setiap perkara yang dibincangkan tidak diikuti oleh nota yang jelas yang menunjukkan samada tindakan lanjut diperlukan atau makluman sahaja. Namun berbeza pada minit mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengawas Kali Kedua yang mana catatannya agak baik dan ditulis dengan jelas. 3. Mempunyai kolum Minit mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengawas Kali Kedua mempunyai tiga kolum iaitu agenda, butiran dan tindakan. Ia jelas menunjukkan bahawa ia tidak mematuhi KPPA Manual Latihan Pengurusan Mesyuarat dan Jawatankuasa Kerajaan yang telah dikeluarkan oleh MAMPU. 4. Tindakan Perkataan 'Tindakan' sememangnya telah dihitamkan tetapi ia ditulis di dalam kolum dengan menggunakan huruf besar bagi minit mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengawas Kali Kedua.

25

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

5. Penomboran Kedua-dua minit menggunakan sistem perpuluhan dan gabungan perpuluhan. 6. Tidak menulis senarai kehadiran Pada minit mesyuarat Pengetua Maktab Perguruan tidak dicatatkan senarai kehadiran dengan lengkap dan sempurna. 7. Gaya Bahasa Isi minit mesyuarat Pengetua Maktab Perguruan terlalu ringkas. Ayat-ayat yang digunakan juga tidak menggambarkan keputusan yang dibuat berdasarkan persetujuan ahli mesyuarat. Tiada perkataan atau ayat-ayat yang menunjukkan setiap perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut telah dibuat keputusan bersama, seperti ; " mesyuarat memutuskan " , " mesyuarat maklum " , " mesyuarat menerima pandangan" , " mesyuarat membuat ketetapan ". 8. Mengada-adakan yang tidak perlu Minit mesyuarat telah mencatatkan nama dan menurunkan tandatangan setiausaha di akhir minit. Kenyataan disemak oleh Pengerusi, ruangan tandatangan dan namanya juga telah dicatatkan pada minit mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengawas Kali Kedua.

26

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

TAJUK 7 : PUISI & PROSA 1. Anda dikehendaki mengumpul contoh-contoh prosa lama dan moden
dalam bentuk folio. Jumlah minimum contoh yang perlu dikumpul bagi kedua-dua kategori prosa ialah sebanyak 10 buah.

JAWAPAN CONTOH-CONTOH PROSA MODEN 1. SKETSA Di sebuah lapangan terbang, seorang wanita sedang menunggu penerbangannya. Ketika menunggu, dia makan biskut sambil membaca buku cerita. Anehnya, seorang lelaki di sebelahnya turut mengambil biskut yang terletak di antara mereka berdua. Setiap keping biskut yang diambilnya, lelaki itu turut mengambil sekeping biskut pula. " Tak malu betul lelaki ini. Sudahlah tak minta daripada aku, biskut yang dimakannya sama banyak pula dengan aku. Pencuri ! " rungutnya dalam hati. Dengan muka yang tenang lelaki itu meneruskan perbuatannya hinggalah tinggal sekeping biskut sahaja lagi. Si wanita menunggu reaksi si lelaki. Sambil tersenyum, si lelaki mengambil biskut yang terakhir, dipatahkannya menjadi dua keping, dan satu daripadanya diberikan kepada si wanita. Si wanita menjadi begitu marah. Namun dia tetap menahan dirinya daripada melahirkan kemarahannya itu. Dengan muka yang masam, dia merampas kepingan biskut yang dihulurkan oleh si lelaki. " Berani sungguh lelaki ini. Memang muka tidak tahu malu. Pencuri besar." Rungutnya dalam hati.

27

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan menaiki pesawat kedengaran. Sambil menarik nafas lega seolah baru terlepas daripada satu kejadian ngeri, wanita itu bergerak untuk menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai di tempat duduknya, dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sebungkus biskut yang masih elok, belum terbuka, berada di dalam begnya. " Jika biskut ini berada di dalam beg aku, ini bermakna biskut yang aku makan tadi..Ya, biskut yang kumakan tadi kepunyaan lelaki itu ! ".

28

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

2. Drama Puteri Li Po Babak 1 ----------------------------------------------------------------------------------------------------Adegan I Puteri Hang Li Po sedang berseorangan di taman. Kemudian, masuk Kembang Cina, Andam, dan beberapa orang Dayang Istana. Li Po memohon untuk beradu. Adegan II Puteri Hang Li Po yang beradu itu bermimpi didatangi oleh Jin Afrit, iaitu jelmaan Sultan Melaka. Adegan ini berakhir dengan nyanyian Puteri Li Po tentang untung nasib dirinya yang malang. Adegan III Hang Jebat dan Tun Perpatih Putih, berada di istana Hang Li Po. Li Po akan dianugerahi 'Hang' oleh Sultan Melaka. Jadi, Tun Perpatih Putih diperintah supaya menasihati Li Po supaya tentang adat menghadap di balai penghadapan. Li Po meluahkan perasaannya atas kekecewaannya, terutama layanan baginda sultan terhadapnya.

Babak 2 ---------------------------------------------------------------------------------------------------Adegan I Di balai penghadapan selepas majlis penganugerahan gelaran 'Hang' kepada Li Po, Hang Li Po bertambah rasa kekecewaannya apabila Sultan enggan menyampaikan ucap selamat kepada ayahandanya, Maharaja Cina kerana baginda takut ketulahan. Walaubagaimanapun, Sultan akhirnya setuju. Adegan II Puteri Li Po yang kecewa marah-marah. Dia dipujuk oleh Raden Galoh.

29

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Adegan III Hang Jebat berbual-bual mesra dengan Dang Wangi, dayang Hang Li Po. Ketika itu, muncul Li Po. Puteri Hang Li Po mula meluahkan perasaan cintanya kepada Hang Jebat. Babak 3 ---------------------------------------------------------------------------------------------------Adegan I Puteri Hang Li Po mengarahkan Dang Wangi supaya menyampaikan hajatnya untuk bertemu dengan Hang Jebat. Adegan II Dang Wangi mencari Hang Jebat. Dia menyampaikan hasrat Puteri Hang Li Po tersebut. Adegan III Puteri Hang Li Po gelisah menunggu. Tidak lama kemudian, muncullah Hang Jebat dan Dang Wangi. Puteri Hang Li Po meluahkan perasaannya kepada Hang Jebat, terutama tentang kesunyiannya. Hang Jebat menyatakan bahawa dia setia kepada Sultan Melaka dan tidak rela menderhaka. Puteri Hang Li Po berasa amat malu. Adegan IV Puteri Hang Li Po berada di bilik peraduannya. Dang Wangi datang. Dia berdukacita dan malu kerana Hang Jebat menolak mentah-mentah cintanya. Dang Wangi menyatakan bahawa dia mengasihi Laksamana Hang Jebat. Puteri Hang Li Po murka kerana perkara ini tidak dimaklumkan kepada baginda. Puteri Hang Li Po mambuang Dang Wangi lalu digantikan dengan Kembang Cina. Adegan V Puteri Hang Li Po bersiap-siap menunggu kedatangan Sultan. Sultan menitahkan berita bahawa air penawar yang baginda utuskan melalui Tun Perpatih Putih berjaya menyembuhkan penyakit Maharaja Cina. Manakala kepada para pembesar, Sultan menitahkan bahawa Puteri Hang Li Po sudah pun hamil.

30

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

31

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

32

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

CONTOH-CONTOH PROSA KLASIK 1. CERITA JENAKA SI LUNCAI MEMBELI IKAN Pada suatu pagi, emak Si Luncai menyuruh anaknya membeli seekor ikan. Si Luncai pun berjalan ke pasar. Di pertengahan jalan Si Luncai ternampak seorang lelaki sedang memancing di sebatang sungai. Lelaki itu sedang menarik tali pancingnya dengan kuat. Si Luncai menghampiri lelaki itu, " Apakah yang pakcik sedang buat ? " tanya Si Luncai. Dia tidak mahu lagi berjalan ke pasar kerana jauh. Lelaki itu pun bersetuju. Selepas si Luncai membayar duitnya, lelaki itu pun pergi dari situ. Si Luncai memegang tali itu dan menarik dengan kuat. Si Luncai berasa terkejut. Benda yang ditariknya adalah seketul batu yang besar. Dia berasa takut dan cemas. Si Luncai membawa batu itu balik ke rumah. Emaknya memarahinya selepas mendengar apa yang telah berlaku.

33

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

2. LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Lama dahulu, di Pulau Langkawi tinggal seorang gadis rupawan bernama Mahsuri. Suatu hari, Penghulu pulau itu pergi ke rumah Mahsuri. Dia meminang Mahsuri untuk adik lelakinya, Darus. Tarikh perkahwinan ditetapkan, dan majlis besar-besaran berlangsung. Mahsuri hidup bahagia bersama suaminya. Setahun kemudian, mereka mendapat seorang anak lelaki. Kecantikan dan kebaikan Mahsuri menjadikannya terkenal dan Penghulu berasa cemburu. Tidak lama kemudian, Darus pergi untuk berlawan menentang Siam yang menyerang Kedah. Apabila dia dibawa pergi, Penghulu merancang memfitnah Mahsuri. Dia berkata kepada pembantunya, " Beritahu Deramang bahawa Mahsuri ingin berjumpanya". Sewaktu Deramang berada di dalam rumah Mahsuri, pengikut Penghulu datang dan menuduh Mahsuri telah berlaku curang terhadap suaminya. Mahsuri dan Deramang mengatakan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi Penghulu mengarah orangnya untuk mengikat mereka dan dipancung. Penghulu cuba membunuh Mahsuri dengan lembing tetapi dia tidak cedera. "Jika kamu mahu membunuh aku, kamu harus menggunakan keris sakti milikku yang disimpan di dalam kotak berdekatan tempat tidurku, " kata Mahsuri. Seorang pengikut Penghulu pergi untuk mengambil keris itu. Apabila pengikutnya kembali, Penghulu menikam Mahsuri dengan keris tersebut. Darah putih mengalir dari luka itu ! Dengan nafas terakhirnya, dia menyumpah pulau itu. Dia berkata pulau itu tidak akan makmur selama tujuh keturunan. Langit bertukar gelap dan ribut melanda. Seorang pengikut Penghulu segera melepaskan Deramang. Apabila suami Mahsuri pulang, dan mendengar apa yang terjadi

34

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

dia percaya bahawa isterinya tidak bersalah. Diselubungi kesedihan, dia meninggalkan pulau itu bersama anaknya. Tidak lama kemudian, tentera Siam mendarat di Pulau Langkawi. Mereka membakar tempat itu dan ramai penduduk kampong yang terbunuh. Selama tujuh keturunan selepas itu Pulau Langkawi tidak makmur. Sekarang, tujuh keturunan telah berlalu. Kini ada hotel di Pulau itu dan tempat menarik untuk dikunjungi. Ramai orang pergi ke sana untuk melancong. Dan jika berhasrat untuk melihat Makam Mahsuri ada terdapat di Kampong Mawat.

35

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

3. LAGENDA BATU KAWA Suatu masa dahulu, ada kenduri kahwin di sebuah rumah di Batu Kawa. Pasangan pengantin duduk bersanding di atas pelamin di anjung rumah. Saudara mara dan sahabat handai duduk dilantai mengelilingi mempelai. Di luar rumah, beberapa penduduk kampung sedang sibuk memasak nasi di dalam kawah batu yang besar. Mereka sedang menyediakan makanan untuk semua tetamu sebaik sahaja majlis persandingan berakhir. Seekor kucing berjalan masuk ke anjung rumah. Seorang kanak-kanak membawa kucing itu keluar dan menolak ekornya ke dalam api ! Ngiau ! Haiwan malang itu mengiau nyaring dan melompat pergi. Kucing itu berlari sekeliling sambil mengiau kesakitan. Tetapi beberapa orang budak nakal mengejar lalu menyepak kucing itu. Kucing itu sekali lagi mengiau nyaring. Budak-budak hanya ketawa. Mereka seronok melihat kucing itu melompat-lompat ke udara. Tiada seorang pun yang menghalang budak-budak itu daripada melakukan kekejaman kucing tersebut. Kemudian seorang lelaki tua berjalan menuju ke arah budak-budak itu. Dia sangat marah. " Berhenti segera ! " dia memarahi mereka. " Kamu mesti bertimbang rasa terhadap haiwan. Jika kamu mencederakan haiwan yang tak berdaya, bencana dahsyat akan menimpa kamu ". Budak-budak itu hanya mendiamkan diri. Apabila lelaki tua itu beredar, mereka sekali lagi menangkap lalu melambung kucing itu ke udara. Ngiau ! Ngiau ! Kucing itu ketakutan, tetapi budak-budak nakal itu tidak melepaskannya.

36

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Tiba-tiba angin kencang mula bertiup. Ia meniup pintu dan tingkap. Bang ! Klang ! Angin bertiup sangat kencang sehingga kawah pun terbalik. Semua orang di majlis tersebut tidak dapat bergerak dalam angin kencang itu.

Seluruh tempat itu bergegar. Bahagian demi bahagian rumah itu roboh. Kilat menyambar, kemudian bunyi guruh kuat berdentum. Apabila angin kencang reda dan matahari mula bersinar semula, hanya kelihatan batu-batu besar di mana pasangan pengantin dan tetamunya berada ! Sebab itu mengapa kita boleh melihat satu bulatan batu-batu di Batu Kawa. Kononnya dua batu besar ditengah-tengah ialah pasangan pengantin, manakala batubatu disekeliling ialah tetamu mereka.

37

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

4. PROSA KLASIK CERITA BAYAN Setelah hari pun malamlah, ia pun datang kepada sarang bayan itu. Lalu ditutupnya lubang bayan itu. Setelah hari siang, maka burung bayan itu pun hendak keluar, dilihatnya pintu lubangnya tumpat ditutup orang. Maka kata bayan, " Hai anakku, apakah kataku ? Bahawa sesungguhnya bencana ini daripada cerpelai juga datangnya, tetapi marilah kita muafakat, apabila datang budak itu hendak mengambil kita, maka kita bermatikan diri kita." Setelah sudah tinggi hari, maka budak itu pun datanglah hendak mengambil bayan itu. Maka segala bayan itu bermatikan dirinya. Maka pada hati budak itu, " Sesungguhnya mati bayan ini, oleh kerana aku lambat datang, lubangnya pun aku tutup ; itulah sebabnya maka ia mati." Maka dibuangkan ke tanah segala burung bayan itu. Maka tinggal seekor lagi burung bayan tua itu. Arkian, setelah banyak bayan itu habis jatuh ke tanah berkaparan, maka terbanglah sekaliannya. Setelah dilihat oleh budak itu akan kelakuan bayan itu, maka iapun marahlah, lalu turun ke tanah, katanya, " Binatang haram jadah ini, ditipunya kita, pura-pura mematikan dirinya. Aku lontarkan ke tanah berkaparan seperti bangkai lalu ia terbang habis. Tetapi baiklah yang tinggal ini kubunuh juga, baharu puas hatiki." ( Dipetik daripada " Cerita Bayan Tidak Menurut Kata Ibu Bapanya", Dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)

38

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

5. Hikayat Raja-raja Pasai Hikayat Raja-raja Pasai adalah hikayat Melayu yang tertua kerana di dalamnya dikisahkan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan negara kota Pasai pada penghujung abad ke-13 hingga pertengahan abad ke-14, iaitu apabila ia dijajah oleh Majapahit pada tahun 1350. Hikayat Raja-raja Pasai ini mula diterbitkan oleh Dulauvier, seorang paderi Perancis, kemudian diterbitkan pula oleh A.H.Hill, 1960. Hikayat Rajaraja Pasai dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu : a) Tentang asal usul keturunan Raja-raja Pasai dari Merah Sulu. Di sini terdapatnya unsur-unsur mitos dan fantasi. b) Cerita Tun Beraim Bapa putera kepada Sultan Ahmad. Di bahagian ini diperlihatkan kegagahan Tun Beraim Bapa, sifat-sifatnya adalah sama dengan wira-wira yang lain. c) Tentang Majapahit menyerang Sultan Ahmad serta mengalahkan kerajaan Pasai. Sinopsis Hikayat Raja-raja Pasai Hikayat Raja-raja Pasai mengisahkan dua orang raja bersaudara iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad, kedua-duanya tidak mempunyai cahaya mata. Raja Ahmad memelihara seorang budak lelaki yang dijumpainya di atas kepala gajah, diberi nama Merah Gajah. Manakala Raja Muhammad pula memelihara seorang anak perempuan yang dijumpai di rumpun buluh betung lalu diberi nama Puteri Betung. Merah Gajah dan Puteri Betung dikahwinkan. Mereka memperoleh dua orang putera iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Raja Ahmad dan Raja Muhammad berselisih faham sehingga mencetuskan peperangan di antara mereka. Merah Silu dan Merah Hasum terpaksa melarikan diri dari negeri mereka sehingga menyebabkan mereka terpisah antara satu dengan lain. Merah Silu berjaya membuka negeri baru yang diberi nama Samudera sempena penemuan seekor semut besar. Merah Silu menjadi raja di Samudera sehingga menjadikan Samudera masyhur. Pada suatu malam, Merah Silu bermimpi berpandangan dengan Rasulullah dan kemudiannya baginda diIslamkan oleh Rasulullah dalam mimpinya. Setelah Merah Silu

39

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

memeluk Islam baginda menukar nama kepada Malikul Salleh. Selepas itu Malikul Salleh mengahwini Puteri Ganggang dari negeri Perlak dan memperoleh seorang anak yang diberi nama Malikul Zahir. Apabila Malikul Zahir dewasa beliau ditabalkan menjadi Raja di Pasai. Sultan Malikul Zahir dikurniakan Allah dua orang anak iaitu Malikul Mahmud serta Malikul Mansur. Dikisahkan Malikul mahmud menggantikan tempat ayahandanya menjadi Raja di Pasai dengan Sayed Ghiatuldin sebagai Perdana Menterinya. Adindanya Malikul Mansur pula ditabalkan menjadi Raja di Samudera dengan Saiyed Asmayuldin sebagai Perdana Menterinya. Pada suatu hari, Malikul Mansur dan Malikul Mahmud bergaduh. Malikul Mahmud bertindak menangkap adindanya, Malikul Mansur dan pembesarnya, Saiyed Asmayuldin dibunuh. Akhirnya Malikul Mahmud membebaskan adindanya, Sultan Malikul Mansur. Tetapi Malikul Mansur meninggal dunia di kubur Saiyed Asmayuldin. Putera Malikul Mansur iaitu Sultan Ahmad ditabalkan menjadi Sultan di negeri Pasai. Sultan Ahmad dikurniakan Allah empat orang cahaya mata. Salah seorang dinamakan Tun Beraim Bapa. Diceritakan juga tentang kisah Sultan Ahmad telah berahikan puteriputerinya sendiri. Oleh itu Tun Beraim Bapa telah menyembunyikan kedua-dua adindanya di Tukas. Tun Beraim Bapa yang pergi ke Tukas terpaksa pulang ke Pasai untuk menghapuskan beberapa orang pendekar yang membuat huru-hara. Tun Beraim Bapa berjaya menewaskan pendekar-pendekar itu. Tetapi Sultan Ahmad bimbangkan Tun Beraim Bapa kalau-kalau menderhakainya. Akibatnya Tun Beraim Bapa diracuni bapanya sendiri. Tun Beraim Bapa dikebumikan di Bukit Fadullah. Sultan Ahmad juga bertindak kejam dan zalim dengan membunuh seorang lagi putera yang bernama Tun Abdul Jalil. Sultan Ahmad membunuh puteranya ini kerana mencintai Puteri Gemerancang yang juga dicintai oleh puteranya. Puteri Gemerancang yang kecewa dengan kematian kekasihnya bertindak membunuh diri. Raja Majapahit iaitu Sang Nata sangat marah lalu menyerang Pasai. Sultan Ahmad gagal menghadapi kekuatan perang Majapahit lalu tewas kepada Majapahit. Sultan Ahmad akhirnya terpaksa melarikan diri dari Pasai.

40

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

2. Anda dikehendaki menghasilkan sebuah cerpen ciptaan sendiri


bertemakan pendidikan. Panjang cerpen anda hendaklah dalam lingkungan 800 p/p.

ERTI ILMU Alah ayah malaslah nak belajar lagi, lepas rehat satu dua minggu ini, Ani cadang nak cari kerja. Kawan-kawan pun ramai hendak bekerja. Ayah jangan risaulah, tak semestinya Ani tak masuk universiti Ani tak dapat hidup senang. Teringat Ani akan kata-katanya sendiri enam tahun lalu. Itulah jawapan Ani ketika ayahnya membangkitkan hal menyambung pengajian selepas SPM. Waktu itu Ani memang tekad, dia tidak mahu belajar lagi, dia mahu bekerja, memiliki wang sendiri dan membeli apa sahaja yang dia mahu. Dia tak perlu belajar lagi, lagipun dia bukan mahu menyusahkan sesiapa. Dia anak tunggal dan ayahnya pula boleh dikatakan berharta. Apa yang Ani mahu adalah memiliki wang sendiri, Ani tak perlu wang ayah dan Ani juga tak perlu belajar tinggi hanya kerana mahu menunaikan harapan arwah ibu. Ani, ayah tahu Ani anak yang baik, Ani mahu bergantung pada diri sendiri walaupun Ani boleh minta apa sahaja dari ayah. Sebab itu Ani mahu bekerja, niat kamu itu memang baik, tetapi pandangan kamu tenhadap ilmu terlalu cetek. Ilmu bukanlah batu loncatan untuk memiliki harta dan kesenangan tetapi ia adalah sinar kehidupan kita, nilainya sungguh tinggi tak ternilai oleh wang ringgit. Ayah minta Ani belajar bukan semata-mata untuk menunaikan harapan arwah ibu, ayah tak kisah jika Ani tidak memiilih bidang itu, bagi ayah semua ilmu bermanfaat dan berguna, yang penting kita berusaha mencarinya, barulah terasa akan keberkatannya. Terang ayah panjang lebar. Maafkan Ani ayah, Ani tiada minat untuk belajar lagi. Kalau Ani belajar juga Ani berada dalam keadaan terpaksa. Biarlah Ani melakukan kerja yang Ani rela daripada belajar secara terpaksa. Ani bimbang Ani akan mengecewakan ayah. Terang Ani untuk meyakinkan ayahnya.

41

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Terpulanglah pada Ani, kalau itu keputusan Ani, ayah hanya menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk Ani. Terima kasih ayah . Tersenyum gembira Ani mendengar kata-kata ayahnya.

Seperti yang dirancang, Ani mula bekerja di sebuah kilang perindustrian sebagai operator pengeluaran wanita. Ani bekerja dengan bersungguh-sungguh. Dia juga bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan. Pendapatannya agak lumayan dan mencukupi untuk seorang gadis seperti Ani. Ani begitu gembira kerana dapat memiliki semua yang dia mahu dengan wang hasil titik peluhnya.

Suatu petang, pulang dari bekerja Ani dalam keadaan muram dan bimbang tetapi keresahan itu tidak di tunjukkan kepada ayahnya. Ani termenung sendirian di dalam bilik. Teringat kembali kata-kata ayah semasa memujuknya supaya menyambung pelajaran. Ani tidak dapat menolak kebenaran kata-kata ayah. Tanpa pengetahuan ayah, Ani mengisi permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Berdasarkan keputusannya peperiksaannya Ani memiliki peluang yang cerah untuk mendapat tempat di IPTA pilihannya.

Berapa bulan kemudian Ani menerima surat dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, mengatakan permohonannya untuk belajar di IPTA diterima. Bersyukuur Ani tidak terhingga kepada Allah kerana memberinya peluang untuk menimba ilmu sekali lagi.

Ayah, Ani ada hadiah untuk ayah. Kata Ani kepada ayah yang sedang duduk berehat. Hadiah? Apa yang Ani hendak beri pada ayah ni? Tak perlulah susah-susah, Ani dah penat bekerja, simpan sahaja wang itu untuk masa hadapan. Tidak ayah, Ani tidak belikan apa-apa untuk ayah. Nah! baca surat ini Ani menghulurkan sampul surat berisi berita gembira tersebut. Ya Allah, Ani betulkah ini? Ani dapat masuk universiti? Bila? Macamana Ani boleh tergerak untuk berubah fikiran? Beberapa bulan dulu ayah, kilang tempat Ani bekerja ada ura-ura untuk membuang pekerja kerana masalah

42

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

kewangan yang mereka hadapi. Jadi Ani cuba mencari kerja di tempat yang lain. Ratarata tempat yang Ani pergi, Ani bertemu dengan anak muda sebaya Ani, mereka bekerja untuk mencukupkan perbelanjaan kemasukan ke kolej atau universiti. Ani terfikir betapa berbezanya Ani dengan mereka. Ani bekerja untuk lari dari ilmu sedangkan mereka bekerja untuk mendapatkan ilmu. Oh, jadi sebab itulah Ani memohon universiti. Kenapa nak berahsia-rahsia pula? Ya ayah, itulah sebabnya. Walaupun Ani tidak dibuang kerja hingga kini tetapi Ani dah ambil keputusan untuk terima tawaran ini. Ani mohon senyap-senyap untuk surprisekan ayah,.

Mereka tergelak anak beranak. Ani, ayah benar-benar gembira, arwah ibu kamu pun tentu gembira sebab kamu bakal menyempurnakan cita-citanya. Ayah bangga dengan kamu Ani. Terang ayah dengan terharu.

Assalamualaikum Cik Mahani, sekarang masa cik untuk tingkatan 5 Dedikasi. Ani tersentak dari lamunannya yang panjang. Oh! ya terima kasih, sekejap lagi saya datang. Cikgu Ani bangun, dia memandang pakaian dan kasut yang dipakai serta menjeling kereta proton wiranya menerusi cermin tingkap bilik guru, Ani tersenyum sambil berbisik sendiri Bukan benda ini semua yang aku fikirkan ketika membuat keputusan untuk menyambung pelajaran enam tahun lalu, tetapi kerana ini semua sambil memegang erat buku-buku matematik tingkatan lima dalam dakapannya.

Tak mungkin aku dapat memiliki kepuasan mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa seandainya aku terus dengan prinsipku dahulu. Terima kasih ayah,terima kasih ibu Sambil melangkah kemas menuju ke kelas 5 Dedikasi.

43

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

3. Anda dikehendaki mengumpul contoh-contoh puisi lama dan moden dalam bentuk folio. Jumlah minimum contoh yang perlu dikumpul bagi kedua-dua kategori puisi ialah sebanyak 20 buah.

JAWAPAN PUISI LAMA (pantun, syair, gurindam, seloka, teromba, tamsil dll) 1. PANTUN BUDI Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali, Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang, Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandi berlari, Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi.

44

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

2. PANTUN PERIBAHASA Buat bangsal di Pulau Daik, Menahan taut sambil mengilau, Kalau asal benih yang baik, Jatuh ke laut menjadi pulau. Hendak layari perahu layar, Angin berpuput di laut India, Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabut nampaklah ia. Hendak belayar ke Teluk Betung, Sambil mencuba labuhkan pukat, Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

3. Syair Menyambut Pelajaran Anakku sayang salahmu nyata, Dalam pelajaran bertutur kata, Duduk menulis kalam di lata, Kembali kepada sekalian pendeta. Kerana pelajaran beratur pangkatnya, Jangan dicampur yang bukan masanya, Kerja demikian besar salahnya, Faham tidak lekat dalam keduanya. Pendengaran pasti menjadi haru, Yang ditulis pun jadi keliru, Laksana menumbuk beralas nyiru, Berasnya luluh antah menderu.

45

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Ilmu lisan tatkala disyarahkan, Sekalian anggota wajib satukan, Kehati semua kamu kumpulkan, Barulah pendengaran dapat fahamkan. Semasa mendengar orang kata, Tangan menulis pula serta, Telinga diasingkan daripada mata, Mustahillah faham terangnya nyata.

4. Syair Tenaga Muda (Gustam Negara) Tenaga pemuda kalau diasuh, Pimpin dan didik kotor dibasuh, Tidaklah ia menjadai lusuh, Amat berguna menentang musuh. Tenaga muda memang terbilang, Tenaga yang sedang gilang gemilang, Beban yang berat dapat dijulang, Benda yang jauh dapat di jelang. Tenaga pemuda tenaga bererti, Tenaga yang berani menempah mati, Tidak mengenal erti nanti, Hanya penuh kemahuan mesti. Tenaga muda mestilah sayang, Jangan dibiarkan lemah dan goyang, Di waktu muda tenaga kencang, Berani sampai berputih tulang.

46

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Tenaga pemuda kalau dijaga, Kelak akhirnya sangat berharga, Tenaga yang menjadi harapan bangsa, Gagah berani mempertahankan negara.

5. Syair Yatim Nestapa Asmara dewa lalu memandang, Dilihatnya seekor rupa binatang, Matanya seperti damar sebatang, Cahayanya tidak dapat ditentang. Puteri pun takut tidak terhingga, "Wahai adinda diamlah juga, Kepada fakir kekanda menyangka, Inilah gerangan namanya naga". " Marilah adinda kita ini lari, Kalau ditangkap kita ke mari, Takutnya kekanda tidak terperi, Memandang rupanya sangat ngeri". Asmara dewa tersenyum lalu berkata, " Sangatlah malu rasanya cita, Seteru sudah bertentang mata, Memberi aib nama yang leta. " Jikalau sudah janji di situ, Matilah kita sudah tertentu, Kita pun anak yatim piatu,

47

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Biarlah dimakan naga itu". Puteri pun tidak terkata-kata, Sangatlah benar pada cita, Daripada hidup dengan bercinta, Baiklah mati serta merta. Dewa berjalan dihampirinya, Naga yang besar didekatinya, Setelah naga mencium baunya, Kepala diangkat ternganga mulutnya. Naga melihat budak berdua, Lalulah marah rupanya dia, Bernafaslah ia mengeluarkan hawa, Serta membesarkan matanya kedua. Bertempik ia seperti guruh, Suaranya besar amatlah gemuruh, Air laut menjadi keruh, Daun kayu sampaikan luruh. Ia memandang sambil menentang, Katanya, " Hai budak dari mana datang ?, Berani sungguh engkau ini datang, Sekali kutelan kedua pun hilang.

6. PANTUN NASIB

48

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Jemur padi ditanah padang, Anak ayam disambar helang, Apa malang nasibnya badan, Burung ditangan disambar orang. Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu, Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu. Pukul gendang kulit biawak, Sedikit tidak berdentum lagi, Di mana badan hendak dibawa, Sedikit tidak beruntung lagi. Dari Jawa ke Bangkahulu, Membeli keris di Inderagiri, Kawan ketawa ramai selalu, Kawan menangis seorang diri, Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang, Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang.

7. SELOKA

49

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Seloka Emak Si Randang, Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak berhutang, Beras habis padi tak jadi.

8. GURINDAM DUA BELAS Kurang fikir, kurang siasat Tentu dirimu kelak sesat. Fikir dahulu sebelum berkata Supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajam jika dilepas Ibarat beringin racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar Boleh ditimpa bahaya besar. Siapa menggemari silang sengketa Kelaknya pasti berdukacita. Silang selisih jangan dicari Jika bersua janganlah lari.

50

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Membuat perkara amatlah mudah Jika terjadi timbullah gundah.

9. TEROMBA Malim Kunung Malim Kinang, Singgah di rumah Bilal Lata; Makan sirih dengan pinang, Saya nak mulai pangkal kata. Terbang balam terbang merbah, Terbang melayap ke dalam padi; Memberi salam serta sembah, Sembah lalu salam kembali. Baju jakun dari hulu, Anak undan di permatang tebat; Sembah ampun Datuk Penghulu, Memberi salam pada nang rapat. Anak sembilang di atas langsat, Air dalam sungai landai; Saya membilang mana yang dapat, Nang tinggal sama dipakai. Bukan lebah sebarang lebah, Lebah hinggap dalam cempaka; Bukan sembah sebarang sembah, Sembah saya sembah pesaka. Bukan lebah sebarang lebah, Lebah hinggap di ujung akar;

51

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Bukan sembah sebarang sembah, Dari ujung sampai ke pangkal. Sembah, Datuk !

10. NAZAM Alhamdulillah Puji itu bagi Allah yang tunggal Yang tiada ada baginya itu missal. Yang menunjuk atas wajib wujudnya Itu oleh ni kainat samuhanya. Maka salatullah dan salam-Nya Itu turun kedua atas Rasul-Nya. Muhammadin yang dibangkit akan dia Dengan surah tauhid Tuhan yang sedia. Pada masa sangat umum syiriknya Dengan sebab sangat banyak jahilnya. Maka menunjuklah ia akan kita Dengan bujuk lagi nasihat yang nyata. Tunjuk pula hingga perang dengan pedang Maka nyatalah agama putih terang.

52

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

PUISI MODEN

53

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

54

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

55

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

56

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

57

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

58

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

59

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

4. Anda dikehendaki menghasilkan dua buah sajak dan lima rangkap pantun
ciptaan sendiri bertemakan pendidikan.

JAWAPAN : SAJAK Di sini segalanyan bermula Cita-citaku mula dibina Mengenal erti kesabaran Mengenal erti kegigihan Mengenal erti kepayahan Erti sebuah kejayaan Ilmu dicari saban waktu Moga menjadi manusia yang berguna Demi iltizam dan tekadku Kealpaan akan kusingkir Agar hidupku dipenuhi cahaya ilmu Demi negara, bangsa dan agama Demi menggapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Cemerlang, gemilang dan terbilang

60

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

SAJAK Bangun Segera kejutkan mimpi Tak pernah membaca erti Hanya sekadar berteman kemalasan Menanti hari-hari lesu Bangun Segerakan langkah berhijrah Dari kepompong kesempitan Daerah kealpaan ke dunia pasti Yang menagih ketabahan dan cekal Memancung rintangan dan cabaran Demi mercu tanda dalam diri Bernama kejayaan

61

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

PANTUN Disengat tebuan di tepi perigi, Bengkak teruk seluruh badan, Ilmu tak boleh dijual beli, Itulah harga sebuah kejayaan. Ayam berkokok disambar helang, Dibawa terbang melayang-layang, Guru cemerlang pelajar gemilang, Masyarakat maju negara terbilang. Masuk hutan pergi berburu, Bawa bekal air dan nasi, Ilmu dicari pengetahuan diburu, Moga hidup sentiasa diberkati. Pergi belayar ke Pulau Jawa, Singgah di Riau membeli baju, Amalkan budaya rajin membaca, Masyarakat maju, masyarakat berilmu. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji dihujung dahan, Beri tumpuan ketika belajar, Itulah dia rahsia kejayaan.

62

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

TAJUK 8 : KOMUNIKASI KHALAYAK 1. Rakamkan pelbagai bentuk pengumuman di lima situasi misalnya stesen
bas, lapangan terbang dan sebagainya. Teliti ciri-ciri pengumuman tersebut dari aspek. a. Penggunaan bahasa b. Pemilihan perkataan c. Gaya penyampaian JAWAPAN : SITUASI Sekolah PENGGUNAAN PEMILIHAN PERKATAAN Penggunaan sebutan dan intonasi yang betul. GAYA PENYAMPAIAN

BAHASA Mempunyai isi yang tepat, ringkas, padat dan tegas.

Gaya pengucapan yang baik.

Penyampaian jelas dan tegas. Penggunaan suara yang lantang.

Penggunaan bahasa yang jelas, mudah difahami dan dapat diterima umum.

Struktur ayat yang gramatis. Pemakaian imbuhan yang tepat.

Pemilihan kosa kata yang betul.

Mengandungi hanya satu perkara yang hendak disampaikan. Mempunyai isi yang tepat.

Pasar borong

Ayat-ayat yang digunakan ringkas, pendek dan mudah.

Gaya pengucapan yang baik.

Mengandungi satu perkara yang

Penggunaan

63

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

hendak disampaikan.

Pemilihan perkataan yang jelas.

suara yang lantang.

Bahasa yang ringkas tetapi terdapat pengulangan.

Menjaga kesantunan untuk memikat pelanggan.

Pemilihan perkataan yang mempunyai kesantunan. Menggunakan ayat-ayat yang padat dan ringkas.

Stesen bas

Penggunaan bahasa yang jelas, mudah difahami dan dapat diterima umum.

Gaya pengucapan yang baik.

Penyampaian jelas. Penggunaan suara yang lantang.

Menggunakan ayat aktif, contoh : 'penumpang yang memegang tiket'.

Mengandungi satu perkara yang hendak disampaikan.

Penyampain yang tegas dari segi intonasi.

Terdapat kesantunan bahasa, contoh : sila, terima kasih. Penggunaan bahasa yang meleret-leret.

Tiada pembaziran perkataan. Menggunakan ayat-ayat panjang.

Pusat beli belah

Gaya pengucapan yang baik.

Mengandungi banyak perkara yang hendak disampaikan.

Pemilihan perkataan yang mempunyai kesantunan.

Penyampaian kurang jelas. Penggunaan suara yang perlahan.

Perkataan panjang dan kurang jelas.

Intonasi lemah lembut. Gaya pengucapan yang

Stesen LRT

Menggunakan dwi bahasa iaitu

Ayat-ayat ringkas, pendek

64

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

dan mudah.

baik.

Pemilihan perkataan yang mempunyai kesantunan.

Penyampaian jelas dan intonasi tegas.

Isi yang tepat, ringkas dan tegas.

Penggunaan suara yang lantang.

Tiada pembaziran perkataan.

Hanya satu perkara yang hendak disampaikan.

Menggunakan ayat-ayat aktif.

Bahasa jelas dan mudah difahami serta diterima umum.

Terdapat pengulangan pada bahagian yang penting.

2. Tuliskan ucapan pemimpin Negara. Catatkan isi-isi penting ucapan tersebut.

65

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

66

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

Petikan daripada Berita Harian, Selasa, 08 Ogos 2006. Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di TV3 jam 8.30 malam pada 07 Ogos 2006.

67

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

1. Kesinambungan tarikh 31 Oktober 2003, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


yang telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelima mengotakan janji-janjinya yang telah diterjemahkan dalam bentuk pelan pembangunan yang begitu menyeluruh dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9). Matlamat utama dalam RMK9 adalah untuk mencapai Wawasan 2020 disamping usaha membangunkan modal insane bermutu. 2. Dalam RMK9 juga, Perdana Menteri mengumumkan RM 15 bilion akan dibelanjakan untuk 880 projek yang akan ditender merangkumi projek kecil dan besar, untuk keperluan pelbagai kelas kontraktor kelas A hingga F. 3. Beliau memberi perhatian kepada defisit dan telah berjaya mengurangkan dari setahun ke setahun untuk meningkatkan ekonomi Negara. Peningkatan habuan daripada pendapatan Petronas turut menyumbang.

4. NITF ditubuhkan sebagai satu jawatankuasa pelaksanaan dimana Perdana


Menteri sebagai Pengerusi, Datuk Seri Najib sebagai Timbalan dan menteri yang mewakili agensi pusat sebagai ahli jawatankuasa. 5. Mengenai projek RMK9 yang sudah habis diberi (ditender), beliau menafikan dakwaan tersebut dan meminta supaya mengemukakan bukti sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku. 6. Beliau turut menafikan penglibatan anaknya, Khairy Jamaludin, dalam manamana konsesi kerajaan atau mengharapkan bail out atau bantuan kerajaan. 7. Perdana Menteri juga menjelaskan pengaruh Khairy sebagai ahli Pemuda yang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO. Sejauh mana pengaruh Khairy bergantung kepada usahanya sendiri dan apa yang boleh beliau lakukan bukan disebabkan beliau menantu PM. 8. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi suka menjadi PM yang dihormati bukan ditakuti. Sebagai seorang Islam katanya, matlamat tidak menghalalkan cara.

68

Bahasa Melayu Komunikasi Nama : Norashikin Kursiah Bt. Majuri No. K/P Opsyen : 770930105134 / PAI j-QAF Pusat Kursus : IPTI, JB Pensyarah : En. Abd Jalil Md. Yunos

9. Beliau mahu dilihat sebagai seorang yang tegas dalam pendirian yang difikirkan benar dan wajar. Sekiranya ada kebenaran dan keadilan, setiap keputusan yang dibuat sudah menunjukkan ketegasan seseorang. 10. Setiap masalah dalam jemaah menteri boleh dihuraikan dengan nada yang berbeza asalkan isinya sama.

11. Menyentuh isu Proton sebagai sebuah syarikat nasional yang menjadi
kebanggaan rakyat Malaysia, ia akan sentiasa dalam perhatian dan dibantu bagi memastikan Proton tidak gulung tikar.

12. Mengenai sikap berdiam diri terhadap dakwaan Tun Dr. Mahathir pula, ini kerana
beliau tidak mahu bergaduh dalam suratkhabar dan memilih supaya perkara tersebut dijawab oleh menteri-menteri yang berkaitan dalam bidang kementerian masing-masing.

13. Akhir sekali beliau turut menyentuh agenda besar dalam RMK9 iaitu termasuk
untuk membasmi kemiskinan tegar selewat-lewatnya menjelang tahun 2010 tanpa mengira kaum. Ini selaras dengan Al-Quran yang mana pemimpin mesti seorang adil pada semua manusia, bukan Islam sahaja.

69

You might also like