Artikel 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ARTIKEL 3 Artikel The motivation of boys who leave school early : Impact of teacher (2007) di tulis oleh Ingrid

Harrington , School of Education, University of England Armidale, Australia. Artikel ini melaporkan kajian meneroka motivasi kanak-kanak lelaki yang meninggalkan sekolah awal. Seramai 22 orang kanak-kanak lelaki berumur 16 tahun dari daerah Queensland telah diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Secara ringkasnya artikel ini meneroka isu-isu yang berkaitan dengan keputusan kanak-kanak lelaki meninggalkan sekolah kaitanya dengan pengalaman di sekolah dan bersama guru. Dalam kajian ini Ingrid Harrington hanya memfokuskan kepada satu faktor sahaja iaitu kesan atau impak dari guru. Kajian ini mempersoalkan kenapa kanak-kanak lelaki lebih ramai yang meninggalkan sekolah lebih awal berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini kerana peratusan kanakkanak lelaki yang meninggalkan sekolah awal di Australia lebih tinggi dari kanak-kanak perempuan. Mereka mendakwa persekitaran sekolah adalah satu persekitaran yang tidak merangsang dan tidak mempunyai hubungan yang meluas untuk mereka. Selain itu mereka mendakwa tiadanya sokongan dan rujukan dari agensi yang bersesuaian yang dapat membantu mereka dengan masalah peribadi dan akademik. Wujudnya hubungan yang negatif antara guru dan pelajar ditambah dengan peraturan yang menafikan mereka sudah matang dan bertanggungjawab dalam komuniti sekolah. Tiga faktor penting yang menyebabkan ramai kanak-kanak lelaki meninggalkan sekolah awal ialah sekolah sering menafikan kanak-kanak lelaki ini dari lingkungan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dikalangan kanak-kanak lelaki dan menimbulkan kemarahan , kebencian akibatnya ramai dari mereka yang berhenti. Sekolah sering menolak retorik pendidikan contohnya keadilan, penghormatan, kelonggaran, satu perayaan perbezaan, tetapi menghasilkan bertentangan pada praktiknya. Faktor utama , dan paradoks yang paling susah untuk budak-budak lelaki, ialah terdapat juga banyak guru-guru tidak sesuai atau memburukkan lagi masalah-masalah budak lelaki. Ingrid Harrington telah menggunakan kaedah temuduga yang bercorak semi berstruktur. Temubual semi berstruktur ini lebih bersifat fleksibel dan membolehkan responden menghurai apa yang difikirkan oleh penyelidik ( Merriem 1998). Selain itu kaedah temubual ini digunakan kerana latar belakang pelajar yang tidak sama.

Dalam artikel ini menjelaskan konteks sekolah, pengalaman di sekolah kanak-kanak lelaki ini merupakan motivasi mereka untuk meninggalkan sekolah awal adalah dipengaruhi oleh guru. Menurut Maslow, manusia didorong oleh keperluan-keperluan tertentu iaitu keperluan yang rendah atau bawah perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum dapat meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Guru menjadi penyebab mereka meninggalkan sekolah lebih awal. Mereka mendakwa bahawa guru memberi kesan negatif kepada mereka terhadap pembelajaran. Ada juga antara mereka yang mengatakan bahawa guru seorang yang jahat. Sesetengah guru telah menyalahgunakan kuasa dan autoriti mereka terhadap pelajar di dalam kelas. Ada juga kanakkanak lelaki ini mendendami guru kerana menafikan keupayaan mereka.

You might also like