Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1

KERTAS KONSEP KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PIALA PENGETUA SMKJ3 2012 1. 1.1 TUJUAN Memaklumkan dan mendapatkan persetujuan Pihak Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (SMKJ3) mengenai cadangan pelaksanaan Kejohanan Futsal Piala Pengetua SMKJ3 2012. Kejohanan ini adalah bertujuan memenuhi keperluan subjek Pembangunan Komuniti SKPM3053. Kertas cadangan ini juga bertujuan memohon kelulusan dan pertimbangan serta bantuan kewangan / teknikal daripada Unit Kokurikulum SMKJ3 bagi menjayakan program ini.

2. 2.1

PENDAHULUAN DAN RASIONAL Futsal adalah permainan yang semakin meningkat. Untuk memastikan peningkatan sukan aktiviti ini di

ini dapat diteruskan pihak unit sukan perlu memberi peluang kepada penganjuran sekolah. 2.2

Aktiviti fizikal seperti penganjuran sukan seperti ini merupakan pengalaman yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Pengalaman seperti ini seharusnya meningkatkan pembangunan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan selain menyediakan belia yang mantap secara keseluruhan (mental dan fizikal). Aktiviti ini berfokus kan pelajar supaya pelajar dapat mengamalkan hidup aktif yang aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman yang rapi dan tersusun.

3. 3.1

MATLAMAT Mencungkil bakat pelajar dalam sukan futsal dan sebagai pemilihan untuk mewakili sekolah dalam sukan ini.

4. 4.1 4.1.1

TEMA KEJOHANAN Satu Murid Satu Sukan. Tema 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Tema ini adalah selaras dengan usaha untuk menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Tema ini juga adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat

sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk

Kecemerlangan.

5. 5.1

OBJEKTIF Kejohanan ini mempunyai beberapa objektif antaranya: a. Meningkatkan keupayaan fizikal pelajar dengan membangun sifat mudah menyesuaikan diri dalam situasi berbeza. b. Membolehkan setiap pelajar mengalami perasaan kejayaan melalui aktiviti fizikal.
c. Memupuk semangat setia kawan dan bekerja dalam satu kumpulan.

d. Memupuk dan menanam budaya penjagaan kesihatan fizikal dan mental.


e. Mengelakkan aktiviti yang tidak berfaedah di kalangan pelajar.

6. 6.1

KUMPULAN SASARAN Pelajar-Pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan bawah 18 dan 15 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (SMKJ3) sahaja.

7. 7.1

KATEGORI Sebanyak dua kategori akan dipertandingkan iaitu: a. Kategori lelaki b. Kategori wanita

7.2

Setiap pasukan akan mempunyai 6 orang pemain yang terdiri daripada: a. 5 orang pemain b. 1orang pemain simpanan c. 1 orang pengurus pasukan (boleh bermain)

8. 8.1 8.1.1

KAEDAH PELAKSANAAN Pembentukan Jawatankuasa Pelaksanaan Kejohanan Futsal Piala Pengetua 2012 (SMKJ3) akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Induk yang akan dibentuk.

8.2

Cadangan Jawatankuasa Induk


a. Pengerusi

- Puan Rozita Binti Ahmad (Pengetua SMKJ3) - Mahfol Bin Basiron (Penolong Kanan Kokurikulum SMKJ3) - Mejar Hamizal Bin Musa - Muhammad Hilmi Bin Mahfol

b. Timbalan Pengerusi
c. Pengelola

d. Setiausaha

e. AJK Bersekutu

- Omar Shaheran Bin Zainudin - Mohd Aliff Bin Abdul Wahab

8.3 8.3.1

Penganjuran Kejohanan Futsal Piala Pengetua 2012 (SMKJ3) akan dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (SMKJ3) dengan kerjasama daripada pelajar Program Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

8.4 8.4.1

Cadangan Tarikh Dan Tempat Kejohanan Futsal Piala Pengetua 2012 (SMKJ3) akan dilaksanakan di Gelanggang Futsal SMKJ3 pada tarikh cadangan iaitu 20 hingga 21 Mei 2012 (Sabtu dan Ahad).

8.5 8.5.1

Hadiah Pertandingan Cadangan hadiah pertandingan adalah seperti berikut :

a. Hadiah - Lelaki i. ii. iii. iv.

Pertama Kedua Ketiga

: hamper + *piala pusingan + medal + sijil penyertaan : hamper + medal + sijil penyertaan : hamper + sijil penyertaan

Anugerah Bola Emas (Pemain lelaki terbaik perlawanan akhir) : hamper + piala iringan + sijil penghargaan

5 b. Hadiah - Wanita i. ii. iii. iv.

Pertama Kedua Ketiga

: hamper + *piala pusingan + medal + sijil penyertaan : hamper + medal + sijil penyertaan : hamper + sijil penyertaan

Anugerah Bola Emas (Pemain wanita terbaik perlawanan akhir) : hamper + piala iringan + sijil penghargaan

*Piala Pusingan Pengetua SMKJ3

8.6 8.6.1

Makan Minum Makan minum peserta di sepanjang kejohanan akan diuruskan sendiri oleh pasukan yang bertanding.

8.6.2

Pihak penganjur akan membantu pasukan-pasukan lain untuk

menyediakan sarapan

pagi (dibayar oleh pasukan) di tempat pertandingan sekiranya terdapat permintaan.

8.7 8.7.1

Undang-Undang Pertandingan Berikut merupakan undang-undang bagi Kejohanan Futsal Piala Pengetua 2012 (SMKJ3): a. Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang futsal yang berkuat kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh FIFA serta telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

b. Bilangan minimum pemain untuk 1 pasukan seramai 6 orang, 5 orang pemain dan 1 pemain simpanan. c. Tiada had pertukaran semasa perlawanan. Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain. d. Sekiranya dalam perkara di mana pemain di perintah keluar padang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari 3 pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan dan kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 atau jaringannya yang terbesar. e. Masa perlawanan adalah 6 minit x 1 minit x 6 minit pada pusingan awal peringkat kumpulan, separuh akhir dan akhir.
f. Hanya 2 minit masa menunggu sahaja diberikan kepada pasukan yang lewat. Jika sekiranya

pasukan yang bertanding lewat tiba melebihi masa yang diberikan maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya dengan tiga(3) mata dan jaringan tiga (3) kosong (0). g. Semua pasukan diletakkan di dalam 2 kumpulan. Perlawanan dalam peringkat kumpulan dijalankan secara liga. Dua pasukan yang mendapat mata tertinggi di peringkat kumpulan layak ke perlawanan separuh akhir bagi penentuan tempat ke akhir. h. Cara pemberian mata adalah seperti berikut: Menang Kalah Seri - 3 mata - 0 mata - 1 mata

i. Keputusan seri; penentuan dibuat secara SUDDEN DEATH iaitu mengikut sepakan penalti. j. Jawatankuasa pertandingan adalah berhak meminda / mengadakan peraturan tambahan selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti.

7 k. Sebarang bantahan hendaklah dibuat

oleh pengurus pasukan sahaja dan hendaklah

diserahkan kepada jawatankuasa pengelola pertandingan futsal atau wakilnya dalam masa 15 minit berserta dengan bayaran RM5.00 selepas tamat perlawanan. l. Wang cagaran akan hilang sekiranya bantahan itu tidak diterima, wang cagaran akan dikembalikan sekiranya bantahan dan rayuan diterima.

8.8 8.8.1 8.8.2

Format pertandingan Pertandingan akan dilaksanakan dalam bentuk liga satu pusingan. Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan kedua. Pusingan kedua dan seterusnya akan dilaksanakan dalam bentuk kalah mati.

8.9 8.9

Yuran pertandingan Cadangan bagi yuran pertandingan Kejohanan Futsal Piala Pengetua 2012 (SMKJ3) adalah sebanyak RM 20.00 per kumpulan.

8.10

Jadual pertandingan

8.10.1 Cadangan jadual pertandingan adalah seperti berikut: TARIKH 14 Mei 2012 19 Mei 2012 9 pagi - 6 petang (Isnin-Jumaat) 20 Mei 2012 8.00 pagi MASA PERKARA Pendaftaran pasukan bertanding Perasmian pembukaan

8.30 pagi (Sabtu) 9.00 pagi 8.00 pagi 11.00 pagi 21 Mei 2012 (Ahad) 12.00 pagi

Taklimat kejohanan Pertandingan Pertandingan Perlawanan separuh akhir

Perlawanan akhir

01.00 petang

Majlis penutup dan penyampaian hadiah

*Sebarang perubahan tentatif akan dimaklumkan dalam mesyuarat pengurusan bagi penyelarasan program.

9. 9.1

ACARA SAMPINGAN Acara sampingan akan turut diadakan bagi memeriahkan program serta menarik kehadiran pengunjung. Antara acara yang dicadangkan ialah: a. Persembahan pentas b. Cabutan bertuah
c. Demonstrasi sukan ekstrem

d. Pertandingan ratu kebaya 10. 10.1 PAMERAN DAN JUALAN Dicadangkan agar gerai pameran dan jualan turut diadakan bagi menarik penonton ke kejohanan ini.

11.

PERLAKSANAAN PROGRAM a. Mengenal pasti peserta yang akan mengambil bahagian. b. Mengenal pasti tarikh dan tempat kejohanan. c. Mengenal pasti Pegawai Kejohanan. d. Menyediakan perbelanjaan Kejohanan. e. Mengenal pasti sumber kewangan. f. Menyediakan Jadual Kejohanan. g. Menghantar surat panggilan pegawai. h. Menghantar Surat jemputan kepada tetamu kehormat. i. Membuat tempahan padang yang akan digunakan. j. Menyediakan Hadiah dan Sijil kepada pemenang. k. Membuat pesanan makan dan minum kepada pegawai kejohanan. l. Menyediakan bahan-bahan untuk digunakan semasa kejohanan. m. Menyediakan borang-borang hakim , Penjaga Masa dan lain-lain yang diperlukan. n. Menyediakan Surat dan Sijil Penghargaan kepada pegawai kejohanan. o. Menyediakan peralatan yang akan digunakan semasa kejohanan. p. Menyediakan dan memastikan semua alat kegunaan kejohanan berfungsi dengan baik. q. Melantik AJK / Urus setia Kejohanan. r. Menyediakan bidang tugas Urus setia / AJK Kejohanan.

10

s. Menyediakan giliran urus setia bertugas. t. Menyediakan prosedur keselamatan semasa kejohanan. u. Menyediakan peraturan kejohanan. v. Mengenal pasti tempat letak kenderaan bagi pegawai dan tetamu. w. Menyediakan cenderamata kepada pegawai dan petugas. x. Mengenal pasti perasmi kejohanan. y. Menghantar surat jemputan kepada perasmi. z. Menyediakan cenderamata kepada perasmi.

12.

TINDAKAN PIHAK SEKOLAH


a.

Mencalonkan dan membenarkan pelajar serta memberi pelepasan kepada pelajar

untuk mengambil bahagian.


b. c.

Memberi kerjasama memberi galakan kepada atlet di sekolah. Menerangkan kepentingan dan keberkesanan kecemerlangan atlet dengan adanya

kejohanan sukan seperti ini. d.


e. f.

Memberi kerjasama dan bantuan memantapkan program yang dijalankan. Membantu meningkatkan kecemerlangan sukan khususnya melalui sekolah. Sentiasa memberi galakan dan dorongan serta semangat kepada atlet supaya

meningkat mutu sukan sekolah.

13.

TINDAKAN AHLI JAWATANKUASA BERSEKUTU

11

a.
b. c.

Memantau sepanjang perjalanan kejohanan diadakan. Menyediakan sijil kemenangan dan sijil penghargaan kepada yang terlibat. Memastikan segala peraturan kejohanan dipatuhi. Memastikan jadual kejohanan dipatuhi oleh semua peserta.

d.

14.

BELANJAWAN Rujuk Lampiran A

15.

SENARAI ALATAN KEPEERLUAN Rujuk Lampiran B

16. 16.1

PROMOSI / PUBLISITI / PENAJAAN Untuk memastikan program ini mendapat sambutan dari peringkat akar umbi, adalah dicadangkan promosi diadakan melalui media cetak dalam bentuk poster kejohanan atau kain rentang dan melalui pengumuman kejohanan di dalam perhimpunan rasmi sekolah.

16.2

Urus setia akan bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Sukan Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (SMKJ3) bagi penyelarasan program.

16.3

Sebarang bentuk penajaan daripada pihak sekolah amat dialu-alukan.

17.

JANGKAAN PROGRAM

12

17.1

Kejohanan Futsal Piala Pengetua 2012 (SMKJ3) ini merupakan satu aktiviti sukan yang sangat baik kerana dapat memberikan kesan yang positif. Berikut antara beberapa jangkaan daripada program yang berlangsung.

a. Masyarakat belia terutama golongan pelajar mampu membudayakan sukan. b. Pertandingan ini seterusnya mampu mencungkil bakat pelajar yang terpendam dalam

bidang sukan dan menjadi satu platform yang baik kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan bersukan. c. Merealisasikan dasar kerajaan Satu Murid Satu Sukan.

18. 18.1

KESIMPULAN Program pertandingan futsal ini diharapkan dapat memberikan pengalaman kepada kami (pelajar pembangunan manusia) dalam pembangunan aktiviti belia dalam komuniti. Diharap juga agar objektif yang diinginkan untuk penganjuran aktiviti ini tercapai selain selaras dengan hasrat UKM pelbagai aspek. yang ingin melahirkan mahasiswa/I yang mahir daripada

Lampiran A

BELANJAWAN

13

1.0 1.1

Pendapatan Berikut adalah anggaran pendapatan yang diperoleh dalam penganjuran kejohanan ini:

Butiran
a. Yuran Peserta b. Tajaan / Sumbangan c. Sumbangan Universiti d. Lain-lain (jualan tapak gerai dan pameran)

Pendapatan RM RM RM RM RM 400 1000 1000 200 2600

Jumlah Keseluruhan

2.0 2.1

Perbelanjaan Berikut adalah anggaran perbelanjaan yang digunakan dalam penganjuran sukan ini:

Butiran

Perbelanjaan

14 a. Pentadbiran

RM

600

Percetakan [Buku Cenderamata/Sijil/Kad Jemputan/Risalah/dll] Telekomunikasi Pentadbiran Urus setia


b. Logistik

- Pengadil kejohanan RM 300

Pengangkutan [tuntutan perjalanan] Sewaan dewan, siar raya, hiasan dll


c. Cenderahati

RM

1000

Cenderahati Perasmi Honorarium [sagu hati] Hamper Medal


d. Publisiti

RM

100

Banner Poster
e. Kontingensi

RM

100

(Kontingensi ini biasanya digunakan untuk tujuan kecemasan) - 5% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan.

Jumlah Keseluruhan

RM

2100

Lampiran B

SENARAI ALATAN KEPERLUAN

15

1.0

Berikut adalah senarai alatan keperluan untuk kejohanan ini:

Alatan

Kuantiti 4

a. Wisel b. Bola c. Payung Besar d. Meja e. Kerusi f. Stopwatch g. Bibs h. Kotak kecemasan (First aid kit) i. Walkie-talkie j. Khemah Urus setia

12

12

*Diharap pihak sekolah dapat menyediakan peralatan bagi menjayakan kejohanan ini.

You might also like