F1 Bab 2 Hi Kepatuhan Malaikat2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TINGKATAN 1 PELAJARAN 2 MENCONTOHI KEPATUHAN MALAIKAT 2.

(a) Ayat 34 37 surah al-Baqarah menjelaskan tentang kepatuhan malaikat dan kederhakaan iblis terhadap perintah Allah SWT. (i) (ii) Nyatakan dua sifat yang perlu dicontohi oleh setiap mukmin. [2 markah]

Nyatakan dua sebab syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. [2 markah] Bagaimanakah sikap mereka yang terpedaya dengan pujukan syaitan? [4 markah] Bagaimanakah syaitan memperdaya Nabi Adam dan Hawa di syurga? [2 markah]

(iii)

(iv)

(b) Taubat ialah menyesali segala perbuatan dosa yang telah dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi. (i) (ii) Apakah yang dimaksudkan dengan taubat nasuha? [2 markah]

Mengapakah umat Islam disarankan supaya segera bertaubat apabila melakukan dosa? [4 markah] Senaraikan dua sifat yang perlu dicontohi dan dijauhi oleh setiap mukmin berdasarkan kisah nabi Adam A.S.? [4 markah] Terangkan dua kesan terhadap orang yang bertaubat kepada Allah SWT. [4 markah]

(iii)

(iv)

Dua sifat yang perlu dicontohi oleh setiap mukmin ialah: Sentiasa beribadat kepada Allah SWT. Sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah SWT.

2 isi x 1m = 2m

ii

Dua sebab syaitan sentiasa menyesatkan manusia ialah:

berusaha

untuk

Benci kepada umat manusia yang berketurunan daripada nabi Adam. Supaya manusia menjadi teman syaitan di neraka.

2 isi x 1m = 2m

iii

Sikap mereka yang terpedaya dengan pujukan syaitan ialah: Suka melanggar perintah Allah SWT. Suka melakukan maksiat.

2 isi x 1m = 2m

iv

Syaitan memperdaya Nabi Adam dan Hawa di syurga ialah: Dengan menghasut Nabi Adam dan Hawa supaya memakan buah dari pohon yang dilarang oleh Allah daripada memakannya.

2 isi x 1m = 2m

Yang dimaksudkan dengan taubat nasuha ialah: Kembali pada jalan yang diredhai setelah melakukan kesalahan dengan melakukan suruhan dan meninggalkan-Nya. 2 isi x 1m = 2m

ii

Umat Islam disarankan supaya segera bertaubat apabila melakukan dosa, kerana: Seseorang itu tidak tahu bila dia akan mati. Untuk menyucikan diri daripada segala dosa. Ibadat orang yang berdosa tidak diterima oleh Allah SWT. Mereka yang berdosa tidak akan masuk syurga. Untuk mendapat petunjuk dan hidayat Allah SWT.

2 isi x 2m = 4m

Orang yang berdosa jauh daripada rahmat dan berkat Allah SWT.

iii

Dua sifat yang perlu dicontohi dan dijauhi oleh setiap mukmin berdasarkan kisah nabi Adam A.S. ialah: Sifat yang perlu dicontohi : Sentiasa bertaubat. Sentiasa mematuhi perintah Allah. Sifat yang perlu dijauhi : Ingkar perintah Allah Suka melanggar perintah Allah. 2 isi x 2m = 4m

iv

Dua kesan terhadap orang yang bertaubat kepada Allah SWT ialah: Bersih daripada segala dosa. Dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna. Jiwa dan perasaan beroleh ketenangan dan ketenteraman. Mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Lahir individu yang berakhlak mulia, beramal soleh, dan sentiasa melakukan amal kebajikan. Mendapat balasan syurga pada hari akhirat kelak.

2 isi x 2m = 4m

You might also like