Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tema 2 Pemerintahan dan Pentadbiran

Pemerintahan
Sebagai satu badan / organisasi yang dianggotai oleh sebilangan

individu yang dilantik mengikut prosedur-prosedur perundangan bagi menjawat jawatan-jawatan tertentu untk tujuan mentadbir dan menguruskan sesebuah negara. Pemerintahan adalah institusi yang menegakkan undang-undang, mewujudkan keamanan, mengadakan pendamaian dan menyelaraskan kehendak-kehendak rakyat. Pemerintahan-pemerintahan tersebut ialah pemerintahan beraja/monarki, republik, oligarki, aristokrasi, demokrasi, feudal, absolutisme, dan pelbagai lagi bentuk pemerintahan lain. Kerajaan dan pemerintahan sesebuah negara moden terdiri daripada tiga komponen penting iaitu perundangan (Parlimen), eksekutif (Kabinet), dan kehakiman. Komponen pertama, perundangan bertanggungjawab dalam membuat undang-undang. Komponen kedua, eksekutif pula adalah bahagian yang menjalankan undang-undang seperti menteri-menteri dan kakitangan kerajaan Komponen ketiga, bahagian kehakiman iaitu badan yang mentafsirkan undang-undang yang dibuat oleh bahagian yang pertama dan mengadili serta menghukum mereka yang melanggar undang-undang.

Pentadbiran
Ditafsirkan sebagai satu system yang melaksanakan dasar dan arahan eksekutif kerajaan untuk membawa pembangunan dan kemudahan serta perkhidmatan kepada rakyat. Ahmad Atory Hussain dalam bukunya Pengantar Pentadbiran Awam menganggap pentadbiran sebagai kerajaan dalam tindakan eksekutif yang beroperasi ( Ahmad Atory Hussain 1982 : 4 ) Jentera pentadbiran merujuk kepada peringkat-peringkat kerajaan yang terdapat dalam sesebuah negara. Bagi negara Malaysia moden, terdapat 3 tahap pentadbiran, pertama pentadbiran Kerajaan Persekutuan, kedua Kerajaan Negeri, dan ketiga Kerajaan Tempatan. Dalam jentera pentadbiran moden sesebuah kerajaan, terdapat komponen utama ; 1) Badan-badan kerajaan 2) Penjawat jawatan-jawatan awam yang terdiri daripada ahli-ahli politik yang dilantik untuk memegang jawatan-jawatan awam dan personel sector awam. 3) Sistem-sistem dan prosedur-prosedur untuk menentukan caracara pertalian serta perhubungan antara badan-badan kerajaan dan peringkat-peringkat kerajaan. Satu contoh jelas, perjalanan pentadbiran boleh ditujukan kepada pemerintahan kerajaan Melayu Melaka abad ke-15M. Walaupun pemerintahan Melaka ialah seorang pemerintah mutlak tetapi pemerintahnya mempunyai pentadbiran yang teratur dan kemas Sultan mempunyai beberapa jawatan tradisional seperti bendahari, penghulu bendahari, temenggung, hulubalang besar, laksamana, dan syahbandar yang mempunyai tugas-tugas khas untuk menolong sultan mentadbir dan mempertahankan negara. Kuasa sultan juga dijalankan oleh orang-orang besar jajahan (Teritorial Chiefs ), penghulu dan ketua kampong ( Negara Kita. 1982 : 207 )

You might also like