Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGENALAN Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd.

(SAKAN), nombor pendaftaran 550991-A yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965 telah ditubuhkan pada Jun 2001 merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera. Aktiviti perniagaan yang melibatkan jualan runcit dan borong menumpukan kepada jualan pakaian untuk semua peringkat umur, pakaian dan keperluan sekolah, pakaian dan peralatan bayi, barang-barang kelengkapan rumah merangkumi peralatan dapur, bilik tidur, permaidani, selimut dan set katil (toto, narita) sehingga kepada keperluan umrah dan haji. Pada masa ini, SAKAN mempunyai tujuh puluh lima (75) cawangan pasaraya di seluruh negara yang beribu pejabat di Kuala Kangsar, Perak. Dalam perniagaan ini, perancangan dilakukan berdasarkan analisa terhadap faktor kepadatan penduduk berbangsa Melayu, kuasa pembeli setempat, lokasi dan persekitaran perniagaan. Faktor harga dan pesaing merupakan faktor kedua kerana syarikat mampu bersaing dari sudut harga. Kejayaan SAKAN bergantung kepada matlamat dan objektif yang ditetapkan selain faktor pengurusan wang dan pentadbiran yang terancang. Sejak SAKAN ditubuhkan secara rasmi pada Jun 2001, sambutan pelanggan dan jualan syarikat amat memberangsangkan. Konsep jualan pada harga borong dalam strategi pemasaran kami mencapai sasaran dan dapat memperkukuhkan lagi prestasi kewangan syarikat. Dalam masa sepuluh (10) tahun ditubuhkan, kami mampu membuktikan bahawa kami antara peniaga Bumiputera yang mampu beroperasi dan bersaing sehingga mempunyai tujuh puluh lima (75) cawangan di seluruh negara dengan kakitangan melebihi 400 orang. Keperluan hidup manusia (pakaian, tempat tinggal dan makanan) adalah fokus barangan jualan SAKAN. SAKAN menyediakan pakaian untuk semua peringkat umur termasuk lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak dan bayi dalam berbagai jenis, corak, kualiti dengan harga rendah. Dewasa ini masyarakat lebih berhati-hati, prihatin dan mempunyai informasi yang luas terhadap harga barang keperluan dan di mana untuk membeli. Berdasarkan komen yang kami terima, pelanggan yang 95% terdiri dari masyarakat Islam mahu berbelanja di kedaikedai dan pasaraya milik bumiputera, tetapi memandangkan jumlahnya amat kecil dan kebanyakannya tidak mampu bersaing maka keinginan itu terkubur. Oleh itu, SAKAN yang mampu bersaing dari segi harga dan kepelbagaian barang, mendapat tempat di pasaran di samping dapat menunaikan fardhu kifayah. Kami mahu pelanggan merasakan bahawa
1

membeli belah di SAKAN bukan hanya dapat berjimat dengan harga borong yang ditawarkan malah mendapat layanan yang memuaskan. Menyedari hakikat di pasaran kini, maka kami telah merancang untuk memperluaskan cawangan yang sedia ada ke beberapa tempat yang telah dikenal pasti. Keyakinan serta kesungguhan pihak pengurusan dan semua kakitangan syarikat memberi keyakinan untuk mencapai matlamat syarikat di masa hadapan.

SEJARAH PENUBUHAN Nama SAKAN adalah ilham pemiliknya; Haji Umar Yatim sempena nama tempat kelahiran beliau di Kampung Sakan, Jalan Dato Kumbar, Alor Setar Kedah. Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikenali dengan nama Syarikat Sri Sakan telah beroperasi secara aktif pada tahun 1980 dan ditubuhkan secara rasmi pada April 1982. Perniagaan ini dimulakan dengan modal hanya RM200.00. Hj. Umar yang ketika itu bertugas sebagai Pengurus Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) telah melantik isterinya, Pn. Resnah Husin sebagai Pengurus syarikat. Perniagaan bermula dengan menerima pesanan dan menjual kepada kenalan sahaja. Pada tahun 1982, Syarikat Sri Sakan telah maju setapak lagi sebagai pemborong pakaian kepada peniaga-peniaga kecil, pasar malam, kedai-kedai pakaian, pasaraya ekonomi dan rangkaian Supermarket Berkat, Fajar dan Billion. Pada waktu itu, barang-barang yang dipasarkan merupakan produk keluaran Thailand. Dengan penuh keyakinan bahawa perniagaan yang diceburi mempunyai potensi besar dan mempunyai peluang yang cerah, maka Hj. Umar mengambil keputusan untuk bersara lebih awal pada tahun 1998 dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan. Walaupun dalam kemerosotan ekonomi pada waktu itu, beliau tetap yakin dan berusaha. Hasilnya amat membanggakan. Pada tahun 2000, dengan dibantu oleh tiga (3) orang anaknya yang baru tamat pengajian dalam Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari Kingston Universiti of London, Ijazah Ukur Bangunan dari Universiti Malaya dan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Politeknik Ungku Omar, maka pada Jun 2001 tertubuhlah Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. sehinggalah mempunyai 68 cawangan pada hari ini (2011). Kesemua saham syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Hj. Umar, isteri serta anak-anaknya. Tiga faktor yang membantu SAKAN bertahan dan berkembang ialah:

Pengetahuan dan pengalaman Pengarah urusan; Hj. Umar Yatim selama lebih 20 tahun dalam bidang ini sebagai pemborong sebelum terlibat dalam aktiviti peruncitan. Ini termasuk keupayaan mengharungi dua (2) kegawatan ekonomi (tahun 1983 dan 1997) dengan baik malah semakin berkembang.

Ketegasan dan sikap berhati-hati yang dibawa oleh Hj. Umar dalam membentuk anakanaknya, menjadikan perniagaan seperti yang ada pada hari ini.
3

Budaya kerja yang diamalkan.

MISI/VISI

Meluaskan perniagaan kepada yang perniagaan berkonsep ONE STOP CENTRE. Mengembangkan perniagaan yang ada sekarang kepada pasaraya besar dengan konsep tersendiri.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN Pasaraya Borong Sakan Sdn.Bhd menjalankan aktiviti perniagaan berupakan keperluan hidup manusia pakaian, tempat tinggal dan makanan secara runcit dan borong. SAKAN menyediakan pakaian untuk semua peringkat umur termasuk lelaki, wanita, remaja, kanakkanak dan bayi dalam pelbagai jenis, corak, kualiti dengan harga yang rendah.

Sejak ditubuhkan di Kuala Kangsar pada tahun 2001, PBSSB telah berkembang dengan begitu pesat dan kini terdapat 75 buah cawangan di seluruh negeri di Malaysia. Anak-anak Tuan Haji Umar Bin Yatim iaitu Puan Rosmariza Binti Hj Umar, En. Hairil Amri Bin Hj. Umar dan Puan Rosmarina Binti Hj Umar merupakan tulang belakang pembangunan syarikat yang sentiasa memastikan kelancaran urusan perniagaan syarikat ini. SAKAN memiliki kelebihannya tersendiri dan mempunyai daya saing yang kuat untuk terus lebih naju ke hadapan. Kelebihan yang ada pada SAKAN membolehkan memenuhi falsafah perniagaannya dalam menjual barangan pada harga borong kepada para pelanggannya. China, Thailand, Indonesia adalah negara asing yang menjadi punca barangan diperolehi selain daripada negeri-negeri dalam Malaysia.

STRUKTUR PERNIAGAAN Kumpulan Sasaran Tumpuan SAKAN adalah untuk memenuhi kehendak golongan pertengahan dan golongan berpendapatan rendah. Ini bertepatan dengan slogan syarikat iaitu Belilah Pada Harga Borong. Pelanggan utama kami adalah terdiri dari golongan masyarakat Melayu Islam. Selain itu, peruncit dan pemborong termasuk peniaga kecil-kecilan, peniaga pasar malam dan agensi-agensi kerajaan juga merupakan pelanggan tetap syarikat.

Penjualan Langsung Pada dasarnya penjualan barang-barang adalah secara langsung (terus dari pengilang) tanpa melalui orang tengah.

Pilihan /Pelbagaian Terdapat lebih dari 4,000 jenis barangan yang ditawarkan di rangkaian pasaraya kami. Antara barangan yang terdapat adalah barangan dari rangkaian muslim, pakaian untuk semua peringkat umur, kelengkapan rumah, alatan sekolah, alatulis, perkakasan dapur dan peralatan rumah. Jenis Barangan yang ditawarkan di setiap cawangan adalah berbeza bergantung kepada keluasan.

Konsep Islam SAKAN berpegang teguh kepada konsep fardhu kifayah di mana ia merujuk tanggungjawab dan kewajipan sebagai Muslim untuk menawarkan keperluan kepada saudara Muslim. Kami mempunyai pelbagai jenis barangan untuk keperluan pelanggan Muslim.

PENCAPAIAN ANUGERAH 1) Anugerah Kedai Harga Patut 2007/2008 dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna untuk cawangan:
Alor Setar, Kedah

Jasin, Melaka Semenyih, Selangor

2) Anugerah Kedai Harga Patut 2008/2009 dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan

Hal Ehwal Pengguna untuk cawangan: Kuala Kangsar, Perak Kampong Gajah, Perak Jengka, Pahang

3) Anugerah Enterprise Gemilang Parlimen Kuala Kangsar Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke- 50

4) Anugerah Harga Patut 2008/2009 dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal: Lampiran 1

5) Anugerah Jaksa Pendamai: Lampiran 2

BARANG-BARANG JUALAN 'Ingat Murah Ingat Sakan' Dengan slogan itu kami di Pasaraya Borong Sakan menyediakan pelbagai jenis barangan keperluan seisi keluarga dengan harga yang murah lagi berpatutan untuk semua peringkat umur termasuk lelaki,wanita,remaja,kanak-kanak dan bayi dalam pelbagai corak,jenis dan kualiti. Selain itu, kami menyediakan pelbagai jenis keperluan barangan rumah seperti barangan dapur, kelengkapan rumah, keperluan umrah dan haji serta pelbagai produk lain yang menarik. Dengan itu kunjungilah Pasaraya Borong Sakan berhampiran anda sekarang !! BELILAH DI PASARAYA BORONG SAKAN !!

You might also like