Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Hari Raya Puasa Aidil Fitri

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Mengemukakan Lima pendapat bagi menjelaskan idea, tentang perbincangan mengenai sambutan Hari Raya.(4.1 aras 2(i)) 2. Membaca dan menyatakan lima fakta yang terdapat di dalam petikan.(6.3 aras 1(i)) 3. Menulis sebuah karangan yang mempunyai 120 patah perkatan mengenai pengalaman menyambut Hari Raya di kampong.(8.2 aras 3(i))

Hari Raya Puasa merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan di mana umat Islam akan berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Hari Raya Puasa bermula apabila anak bulan kelihatan. Perayaan Hari Raya Puasa juga merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Sembahyang sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat pula akan diadakan pada sebelah pagi, Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu, mereka yang muda akan memohon kemaafan daripada mereka yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara sesama mereka.
Tugasan 1: Di dalam kumpulan, sila bincangkan perkara-perkara yang sering dilakukan sebelum, semasa dan selepas perayaan. Tugasan 2: Sila baca petikan di atas, kemudian catatkan lima isi penting yang tedapat di dalam petikan di atas. Tugasan 3: Tuliskan sebuah karangan yang mengandungi 120 patah perkataan berkenaan Suasana Hari Raya di Kampung Saya.

You might also like