Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Soalan Struktur 1.

(a) Nyatakan dua jenis media dan berikan contoh bagi setiap jenis media yang dinyatakan. (4 Markah) (b) Nyatakan dan huraikan tiga fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran. (6 Markah) (a) (i) Sebelum membuat sebarang rakaman menggunakan kamera video, anda perlu mengenali bahagian-bahagian kamera video. Jelaskan salah satu daripada bahagian-bahagian kamera video berkenaan dan fungsinya. (2 markah) (ii) Anda ingin menerbitkan sebuah video temuramah dengan seorang tokoh pendidikan. Nyatakan jenis shot yang sesuai untuk digunakan? Jelaskan jawapan anda. (2 markah) (b) Rancangkan langkah-langkah yang sesuai untuk menerbitkan video berkenaan. (6 markah) BAHAGIAN C ( 40 markah) Jawab dua soalan sahaja (a) Nyatakan lima kepentingan menggunakan model rekabentuk pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Jawapan (10 markah) Proses membuat keputusan secara sistematik Arahan/strategi pengajaran yang telah dikaji Ekonomikal lebih ramai pelajar boleh mendapat manafaat boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Bahan yang disediakan telah dikaji dengan teliti Ruang untuk penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran. (b) Cik Alice bertujuan menggunakan rekabentuk pengajaran model ASSURE dalam menyediakan pengajarannya untuk pelajar Tahun Satu. Jelaskan kriteria pemilihan media, bahan dan kaedah yang sesuai digunakan untuk mengajar matapelajaran opsyen anda.. (10 markah) Jawapan Faktor objektif Kemahiran Motor alatan mudah alih/ perkakasan latihan Kemahiran mental carta/ filem/ ohp/ slaid/ kit latihan/ video Maklumat lisan - carta/ filem/ ohp/ alatan mudah alih/ slaid/ kit latihan/ video Sikap filem/ slaid/ pita video

Faktor pelajar Cirri-ciri umum Keperluan khusus Stail pembelajaran Faktor Kaedah Pengajaran beramai-ramai Pengajaran kendiri Pembelajaran berkumpulan Faktor praktikal Mudah diperolehi Mudah digunakan Kos dan masa diperlukan Kelulusan pihak pentadbiran Kriteria pemilihan adalah berdasarkan penjelasan anda serta alasan penggunaan media tersebut. Antara contohnya ialah nota edaran, perisian, perkakasan, pita video, peralatan electronik, laman web yang boleh dilawat dan sebagainya. (a) Terangkan langkah-langkah yang perlu untuk memasang kad suara ke dalam komputer sehingga selesai dan bunyi boleh dihasilkan. Jawapan (10 markah) Pastikan aliran letrik pada komputer di tutup dan tanggalkan penutup (casing) komputer meja anda. Ambil kad bunyi yang hendak dipasang dan pastikan slot kad bunyi pada papan ibu berpadanan dengan kad yang hendak dipasang. Hidupkan komputer dan teliti kotak dialog yang keluar seperti di bawah apabila sistem operasi dibootkan. Klik butang Next untuk memulakan proses instalasi. Masukkan perisian kad bunyi dalam CD atau disket yang datang bersama kad bunyi. Ikut arahan-arahan yang terdapat dalam perisian kad bunyi tersebut sehingga selesai. (b) Anda bercadang melukis sebuah mural di dinding perpustakaan sekolah. Berdasarkan pengetahuan tentang rekabentuk visual dan penghasilan transparensi anda bercadang menggunakan overhead projector (OHP) sebagai alat media untuk membantu anda. Terangkan langkah-langkah yang digunakan untuk membesarkan lukisan anda di dinding. Sertakan lakaran lukisan dan gambarajah untuk menyokong jawapan anda. OHP Letakkan Overhead Projector (OHP) di hadapan dinding. Letakkan transparensi contoh pada OHP dan paparan imej akan muncul di dinding. Sesuaikan jarak antara OHP dan dinding untuk membesarkan imej paparan. Selepas mendapatkan saiz yang sesuai di dinding, anda boleh melukis mural anda berdasarkan imej paparan tersebut. Boleh juga menggunakan panduan berdasarkan Heinich dan Molenda untuk mengukur saiz tulisan dan jarak pandangan seperti rajah dibawah. ( 10 markah)

(a) Tulis dengan betul mana-mana lima fungsi pada sel-sel D2, I2, J2, K2, L2, D9 atau D10 yang boleh menghasilkan satu helaian markah. (10 Marks) Jawapan D2 = LOOKUP(C2,A14:A19,B14:B19) I2 = SUM(C2:G2) J2 = AVERAGE(C2:G2) K2 = RANK(J2,J2:J6,0) L2 = COUNTIF(C2:H2,A) D9 = MAX(C2:C6) D10= MIN(C2:C6) (b) Banding dan bezakan penggunaan perisian alat pengarangan dan perisian multimedia. Jawapan (10 Markah) Alat Pengarangan Ada menggunakan bahasa pengaturcaraan Menyokong pelbagai jenis media dan fail, seperti teks, grafik, video dan audio. Termasuk fitur-fitur penilaian dan ujian. Integrasi satu susunan media untuk menghasilkan, melibatkan dan satu kandungan kursus yang interaktif dan professional. Objek asal yang analog boleh didigitalkan. Biasanya digunakan untuk membangunkan modul e-pembelajaran Fail audio boleh disunting. Boleh menyimpan pangkalan data maklumat pengguna Multimedia - Amat mudah dihasilkan. - boleh dipersembahkan oleh seseorang di atas pentas, menggunakan projektor, disalur atau dimainkan secara dalaman dengan pemain media. - persembahan secara lansung atau dirakam terlebih dahulu. - Boleh diubahsuai tanpa menggunakan bahasa pengaturcara. - Kurang cirri-ciri interaktiviti. Sekolah anda merancang untuk mengadakan satu program yang dapat memperkasakan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid dengan penggunaan bahan 2D dan 3D. Jelaskan empat kelebihan menggunakan bahan 2D dan 3D untuk menjayakan program tersebut. (8 markah) Lakar satu pentas boneka dan senaraikan dua bahan-bahan 2D dan 3D yang akan digunakan. Terangkan dua strategi bagaimana anda dapat menarik minat murid untuk menyaksikan persembahan boneka

tersebut. (12 markah)

You might also like