Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

5.

0 PERBINCANGAN Bab ini menyentuh beberapa perkara iaitu mengenai ringkasan kajian, perbincangan hasil dapatan kajian, implikasi dapatan kajian, cadangan penambahbaikan serta kesimpulan hasil kajian.

5.1 RINGKASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan perisian multimedia yang dihasilkan bagi kanak-kanak bermasalah dalam pembelajaran iaitu masalah dalam bacaan seperti kesukaran belajar bahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak dan tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat.. Perisian multimedia ini merupakan salah satu kaedah pembelajaran dan pengajaran berpandukan komputer yang menggunakan elemen-elemen multimedia interaktif seperti perisian Microsoft Powerpoint, video, grafik, animasi, audio seterusnya mengkaji keberkesanan penggunaan perisian-perisian tersebut bagi membantu kanak-kanak lambat membaca agar dapat menguasai aspek membaca serta, menarik minat mereka untuk fasih membaca pada peringkat awal. Data-data yang diperoleh daripada maklum balas responden dianalisis untuk melihat keberkesanan perisian multimedia yang telah dibuat. Untuk melihat samada terdapat perbezaan tahap pencapaian penguasaan konsep, latihan atau ujian digunakan untuk menentukan samada responden memahami atau sebaliknya terhadap perisian multimedia tersebut. Seterusnya bagi mengetahui persepsi kanak-kanak terhadap kaedah pembelajaran berpandukan komputer iaitu yang menggunakan elemen-elemen multimedia interaktif seperti perisian Microsoft Powerpoint, video, grafik, animasi, audio, kami telah menumpukan kepada tiga aspek utama iaitu peningkatan pencapaian penguasaan konsep, minat dan prestasi akademik kanak-kanak.

5.2 PERBINCANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN Perisian multimedia yang telah dibuat yang menggunakan elemen-elemen multimedia interaktif seperti perisian Microsoft Powerpoint, video, grafik, animasi, audio mengandungi beberapa sub ujian seperti:

Menamakan abjad/huruf Mengenalpasti rima/sebutan huruf Menamakan huruf mengikut susunan Membezakan bunyi huruf Turutan bunyi

Semasa ujian dijalankan, abjad/huruf yang telah dikemukakan sebagai bahan ujian ialah huruf A hingga Z mengikut susunan. Namun, terdapat juga kanak-kanak yang gagal membacanya dengan susunan yang betul kerana kanak-kanak mendapat pendidikan menganal abjad melalui kaedah hafalan sahaja. Kemungkinan lain ialah kerana abjad seperti O, W, P, X, Y, Z merupakan abjad atau huruf yang terkebelakang kedudukannya mengakibatkan memori responden tidak berupaya memproses dan menyalurkan maklumat dengan segera. Hal ini diperakui oleh Miles (1983) mengatakan bahawa kegagalan semula sesuatu yang telah didedahkan atau diajar berpunca dari kelemahan bahagian memori pada otak menukar atau mengkodkan maklumat. Perkaitan kesukaran yang menjadi faktor kegagalan ini juga boleh dilihat dalam ujian membezakan bunyi dan turutan bunyi. Perkara ini memperlihatkan kesukaran kanak-kanak untuk mengingati semula bunyi yang pernah di dengar. Nocolson et al. (1994) mengaitkan permasalahan ini dengan keupayaan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang kanak-kanak disleksia yang sering menghadapi masalah terutama membezakan bunyi. Walaubagaimanapun, perisian multimedia yang telah dibuat menunjukkan respon positif daripada kanak-kanak kajian. Pada mulanya hasil yang diperolehi kurang memuaskan, namun selepas dilakukan beberapa ujian terhadap mereka, hasilnya perkembangan kanakkanak dalam masalah lambat membaca dapat diatasi dengan sebaiknya. Ini membuktikan bahawa, perisian multimedia ini dapat meningkatkan pencapaian penguasaan konsep membaca di kalangan kanak-kanak.

5.3 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN Dapatan daripada kajian dan analisa yang telah dibuat jelas menunjukkan pembelajaran berpandukan komputer yang menggunakan elemen-elemen multimedia interaktif seperti perisian Microsoft Powerpoint, video, grafik, animasi, audio dapat membantu kanak-kanak yang lemah dan sederhana meningkatkan pencapaian penguasaan konsep membaca. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak belajar secara individu dan mengulangkaji topic yang kurang difahami secara berterusan sehingga mereka faham.

Komputer berupaya memberi penerangan mengenai masalah pembelajaran kepada kanakkanak dengan adanya cirri-ciri penerangan ini, Pendidikan Pemulihan dapat dilakukan dengan segera (Rusdina, 1993). Aktiviti pengukuhan, latih tubi dan simulasi dalam perisian dapt mengukuhkan lagi penguasaan konsep pelajar. Selain itu, kaedah pembelajaran berpandukan komputer dapat menarik minat kanak-kanak dan meningkatkan motivasi kanak-kanak secara positif. Ini disebabkan pemaparan grafik berwarna-warni dapat menarik perhatian kanak-kanak dan penjelasan sesuatau konsep pelajaran yang lebih berkesan berbanding dengan cara melukis di papan hitam. Kajian daripada Gladwin, R.P. Margerison, D. & Walker, S. M. (1990), mendapati bahawa pembelajaran berpandukan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran membawa banyak kebaikan berbanding dengan cara tradisional.

5.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Walaupun perisian yang telah dibuat oleh kami menggunakan elemen-elemen multimedia interaktif seperti perisian Microsoft Powerpoint, video, grafik, animasi, audio, namun ada baiknya jika terdapat perisian pendidikan multimedia yang boleh digabungkan kesemua elemen-elemen multimedia dalam satu perisian. Hal ini kerana, kami mempunyai kekangan dari segi penyediaan bahan perisian, faktor tidak mahir untuk membuat perisian pendidikan berkonsepkan multimedia dan tiada bahan mencukupi untuk membuat perisian. Perisian multimedia yang kami buat belum mencakupi keperluan yang perlu ada dalam sesuatu perisian pendidikan berkonsepkan multimedia. Namun, hasil yang kami dapati daripada ujian-ujian yang dilakukan terhadap kanak-kanak, ianya menunjukkan maklum balas positif.

5.5 KESIMPULAN Kajian yang dijalankan ini merupakan satu bentuk kajian bertujuan meninjau keberkesanan kaedah pembelajaran berpandukan komputer yang menggunakan elemen-elemen multimedia interaktif seperti perisian Microsoft Powerpoint, video, grafik, animasi, audio. Merujuk kepada hasil analisi data kajian, dapat dirumuskan disini bahawa: 1. Pengajaran berpandukan komputer yang menggunakan elemen-elemen multimedia interaktif seperti perisian Microsoft Powerpoint, video, grafik, animasi, audio dapat mempengaruhi minat dan motivasi kanak-kanak dalam

perkembangan bahasa iaitu membaca dan boleh dijadikan sebagai satu strategi berkesan dalam mana-mana pengajaran dan pembelajaran. 2. Terdapat perbezaan penguasaan pencapaian di antara kanak-kanak yang didedahkan dengan pembelajaran berbantukan computer dan kanak-kanak yang diajar dengan kaedah tradisional. 3. Terdapat perbezaan penguasaan konsep membaca di antara kanak-kanak, pencapaian kefahaman kerana setiap kanak-kanak mempunyai tahap kefahaman yang berbeza. Kanak-kanak sebenarnya lebih tertarik kepada suasana pembelajaran yang berbeza daripada kaedah tradisional yang sering digunakan oleh guru-guru. Pembelajaran berpandukan komputer dapat memberikan suasana yang berbeza dan memberi variasi kepada kanak-kanak. Selain itu, ianya mampu memberi gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu konsep pembelajaran khasnya dalam bidang membaca dan juga dapat mempertingkatkan pemahaman serta motivasi, minat pelajar.

You might also like