Fol Geo Form 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Penghargaan

Saya bersyukur terhadap Illahi kerana telah dapat menyiapkan kerja kursus Geografi ini.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Roszita Binti Salleh,pemangku pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah kerana telah memberi saya kebenaran untuk membuat kerja kursus ini.

Saya juga merakamkan penghargaan kepada guru geografi saya iaitu Puan Radziah Binti Haji Abu Sadin yang banyak membantu saya untuk menyiapkan kajian ini.

Selain itu,saya berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa yang amat saya sayangi kerana memberi sokongan moral dan bantuan kewangan kepada saya.

Tidak lupa juga kepada responden-responden yang telah membantu saya dan sesiapa sahaja yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pendahuluan
Laporan kajian saya adalah tentang jaringan sistem pengangkutan di Taman 7/5, Seksyen 7,Bandar Baru Bangi.Saya memilih kawasan ini kerana saya tinggal di sini.Saya telah mengambil masa selama 4 minggu untuk menyiapkan laporan kajian ini.

Objektif Kajian
1. Memenuhi keperluan mata pelajaran geografi sebagai sebahagian komponen wajib. 2. Mengkaji dan menghuraikan jenis pengangkutan yang terdapat di Bandar Baru Bangi. 3. Mengkaji dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Bangi. 4. Mengkaji dan menghuraikan langkah-langkah penyelesaian jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Bangi.

Kawasan Kajian
Bandar Baru Bangi terletak dalam daerah Hulu Langat,Selangor Darul Ehsan. Bandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit yang dikenali sebagai West Country Estate. Ianya mula dibangunkan pada tahun 1972-1978 dan keluasannya adalah sebanyak 5,118 ekar. Proses pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat. Proses ini dimulakan dengan mewujudkan seksyen 1 yang melibatkan kos pembinaan rumah yang agak rendah dan sederhana tinggi yang berjumlah 200unit. Kerja-kerja kawasan ini berakhir pada tahun 2007. Bandar Baru Bangi merupakan bandar satelit kedua yang terbesar selepas Shah Alam. Perancangan bandar ini adalah berdasarkan perancangan yang bersepadu yang dijangka akan mampu meneruskan pembangunan yang bukan sahaja dapat menampung jumlah penduduk yang seramai 60,000,malah ianya mampu menyediakan aktiviti komersial, perindustrian, perniagaan, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan. Bandar Baru Bangi yang berkonsepkan Bandar Taman ini dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan sektor-sektor yang lain. Bandar Baru Bangi telah dibahagikan kepada 16 Seksyen. Bandar Baru Bangi terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Kajang dan 6 kilometer dari Bangi Lama.

Kaedah Kajian
Saya menggunakan beberapa kaedah kajian dalam kajian ini,seperti :-

a) Soal Selidik: Meminta responden-responden mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat. b) Temu bual: Menemu bual 20 orang responden untuk mengumpulkan maklumat tentang kajian ini. c) Rujukan: Merujuk kepada beberapa bahan media seperti buku,internet dan sebagainya.

Rumusan
Daripada kajian ini,saya dapati bahawa telah berlaku peningkatan dan penurunan jumlahjumlah penumpang yang menggunakan pengangkutan awam yang tertentu.Walaupun wujudnya persaingan daripada kemudahan pengangkutan lain seperti kereta,motor dan lain-lain lagi,tetapi pengangkutan awam seperti bas,teksi dan LRT tetap menjadi pengangkutan yang penting kepada orang-orang awam.Saya dan keluarga bersyukur kerana mempunyai pelbagai kemudahan awam di sini tanpa perlu bersusah payah pergi ke tempat yang jauh.

Dapatan Kajian
A) Jenis sistem pengangkutan di Bandar Baru Bangi
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada pemerhatian dan rujukan, terdapat beberapa sistem pengangkutan yang selalu digunakan di sini. Sistem pengangkutan yang dapat saya pastikan ialah bas, teksi, LRT dan keretapi. Terminal bas terdapat di Hentian Kajang yang mengendalikan perjalanan bas dari kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya. Terdapat juga perkhidmatan teksi di Hentian Kajang. Pengangkutan keretapi pula boleh didapati di Stesen keretapi Kajang. Stesen keretapi ini mengendalikan perjalanan komuter dan Keretapi Tanah Melayu(KTMB). Stesen komuter UKM ialah sebuah perhentian tren komuter yang terletak berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Stesen ini juga merupakan stesen kereta api ke utara (Tanjung Malim) dan ke selatan (Seremban). Arah utara ialah stesen komuter Kajang. Sementara di arah selatan pula ialah stesen komuter Bangi.

B) Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan.


-Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi di Bandar Baru Bangi ialah tanah pamah yang rata dan beralun. Bentuk muka bumi yang sebegini telah menggalakkan pertambahan sistem jaringan pengangkutan.

-Kegiatan dan Kemajuan Ekonomi Kawasan kajian saya mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi iaitu perindustrian, perkhidmatan, perdagangan, pendidikan dan pengangkutan. Kawasan kajian saya mempunyai banyak kegiatan ekonomi kerana bentuk muka buminya yang rata. -Keselesaan Pengguna Kawasan kajian saya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan awam untuk kegunaan penduduk di sini. Antaranya ialah kemudahan bekalan elektrik dan air, kemudahan tempat untuk berekreasi, pusat kesihatan, pusat pendidikan dan juga tempat beribadat seperti masjid. Terdapat juga kedai-kedai yang berdekatan supaya penduduk dapat membeli barangan runcit dengan hanya berjalan kaki.

C) Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan.


Jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Bangi dapat memudahkan semua urusan dan perkhidmatan yang dilakukan oleh penduduk. Kemudahan sistem pengangkutan ini menyebabkan kawasan di sini berkembang pesat dari segi ekonominya terutama dalam sektor perkilangan. Sistem pengangkutan yang baik juga memudahkan mobiliti penduduk ke mana-mana destinasi yang hendak dituju.

D) Kesan-kesan Perkembangan Jaringan Sistem pengangkutan terhadap alam sekitar.


Perkembangan jaringan sistem pengangkutan telah menyebabkan kadar pencemaran udara meningkat. Asap kenderaan telah mencemarkan udara akibat pembakaran bahan api petrol dan diesel. Asap kenderaan yang mengandungi gas toksik seperti karbon monoksida dan nitrogen oksida boleh menyebabkan peningkatan suhu atmosfera,penipisan lapisan ozon dan menyerang tisu pernafasan manusia, haiwan dan tumbuhan. Perkembangan pengangkutan juga telah menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Kesan ini lebih dirasai oleh penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan alternatif untuk kenderaan. Keadaan bising ini boleh menganggu ketenteraman dan emosi penduduk. E) Langkah-langkah Penyelesaian Bagi mengurangkan kesan negative perkembangan jaringan pengangkutan terhadap alam sekitar, beberapa langkah perlu diambil. Langkah pertama ialah dengan menggalakan masyarakat sekitar menggunakan pengangkutan awam seperti LRT dan bas terutama pada waktu sesak. Hal ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, dapat mengurangkan bunyi bising dan pencemaran udara dapat dikurangkan. Langkah kedua adalah dengan menggalakkan penggunaan api yang lebih mesra alam. Dengan cara begini, kita mampu menjaga kualiti udara kepada keadaan yang paling terbaik dan bersih.

Langkah terakhir ialah dengan menggalakkan pemilik-pemilik kenderaan supaya memasang alat catalytic converter pada ekzos kenderaan supaya dapat menukarkan gasgas beracun yang dikeluarkan oleh kenderaan kepada gas yang tidak memudaratkan.

Rujukan
1) Buku teks Geografi Tingkatan 2 KBSM, Percetakan Saufi, Chong Mui Sen, Azizan Bin Haji Abu Samah, 2003 2) http.//www.wikipedia.org

Lampiran

Senarai Kandungan:
NO. Tajuk Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Muka Surat

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2

Kajian Mengenai Jaringan Sistem Pengangkutan di Bandar Baru Bangi.

Nama: Anas Luqmanul Haqeem Bin Zulkifli Tingkatan: 2 Hamzah Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang Guru Penilai: Puan Radziah Binti Haji Abu Sadin

You might also like