Surat Pelaksanaan PROTIM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT

SAUJANA IMPIAN, KM 22, JALAN CHERAS, 43000, KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN Ruj. Kami Tarikh Guru Besar, Sekolah-Sekolah Rendah, Daerah Hulu Langat. Tuan, PELAKSANAAN PRAUJIAN PROTIM KEMAHIRAN MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA BAGI MURID-MURID TAHUN 4, TAHUN 5 DAN TAHUN 6, 2012 Dengan hormatnya perkara di atas merujuk kepada surat daripada Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BPK) 900-1/1/4 Jld. 3 (70) bertarikh 21 Mac 2012. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Praujian PROTIM akan dilaksanakan di semua sekolah rendah pada tarikh seperti berikut : 2.1 Tarikh Ujian 2.2 Tarikh memasukkan data di PPD 2.3 Tempat : 1 April hingga 6 April 2012 : 10 April 2012 : Bilik Kiosk, Blok A, PPD Hulu Langat 8.30 am 10.00 am 10.00 am 11.30 am 11.30 am 1.00 pm 2.00 pm 3.30 pm 3.30 pm 5.00 pm : : : : : Zon Kajang Zon Semenyih Zon Cheras Zon Ampang Zon Bangi : PPDHL.PA 700-2/2/2/2 ( 21 ) : 28 MAC 2012

3. Bersama-sama ini disertakan kertas soalan Praujian PROTIM Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira bagi Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 serta Borang Analisis Pencapaian Individu (Borang API), Borang 1, Borang 2 dan Borang 3. Borang-borang tersebut juga boleh dimuat turun dari laman web www.ppdhl.net atau www.moe.gov.my/bpk. 4. Tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah ialah memperbanyakkan kertas soalan mengikut bilangan murid PROTIM di sekolah dan melengkapkan Borang API, Borang 1, Borang 2 dan Borang 3 bagi Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 sebelum tarikh pengisian data di PPD. 5. Sehubungan dengan itu juga kami memohon pelepasan seorang guru penyelaras PROTIM Kemahiran Mengira untuk hadir bagi mengisi data PROTIM secara berpusat pada tarikh dan tempat seperti yang telah ditetapkan. 6. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, bolehlah berhubung dengan Cik Rabiatul Nazuha Bt. Mohd di talian 03-87381100 sambungan 137. 7. Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

( sila catatkan rujukan pejabat ini bila berhubung )

Telefon : 03-8738 1100 Faksimili : 03-8739 0144 Website : www.ppdhl.net

You might also like