Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Superior Courts Of Malaysia The Court of Judicature Act 1964 and The Federal Constitution elaborate the composition

and jurisdiction of the Superior Court of Malaysia.

Federal Court

Court Of Appeal

High Court of the Federation Of Malaya

High Court Of Malaya

High Court of Sabah and Sarawak

High Court The High Court has jurisdiction to try all civil matters but generally confines itself to matters on which the Magistrate and Sessions Courts have no jurisdiction. These include matters relating to divorce and matrimonial cases, appointment of guardians of infants, the grating of probate of wills and testament and letters of administration of the estate of deceased persons, bankruptcy, civil claims where the amount in dispute exceeds RM 250,000.

Court of Appeal Malaysia Court of Appeal was established in 1994. Jurisdiction of the Court of Appeal are: (A) jurisdiction to decide the appeal against the High Court or a judge thereof (except the High Court decision rendered by the registrar or other officer of the Court and can be appealed to a judge of the Court under federal law) and (B) any other jurisdiction conferred by or under federal law. (Article 121 (1B) of the Constitution)

Starting from October 1, 2006 the number of Court of Appeal has now increased to 22 by order of the Yang di-Pertuan Agong (Article 122A (1) of the Constitution) Amendment of PU (A) 385/2006. Composition of the Court of Appeal Article 122A (1) of the Federal Constitution provides for the Court of Appeal shall consist of a chairman (who was called "President of the Court") and, fifteen of the other judges. Appointment of Judges Court of Appeal of Article 122B (2) and (4) of the Federal Constitution provides that the President of the Court of Appeal and Judges, the Court of Appeal shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong, acting on the advice of the Prime Minister, after consultation with the Conference of Rulers. Before giving advice the Prime Minister shall consult the Chief Justice and President of the Court. Composition of the Court of Appeal Every proceeding in the Court of Appeal shall be heard and disposed of by three Judges or by any odd number greater Judges as the President in any particular case. (Section 38 Courts of Judicature Act 1964). In Article 122A (2) of the Federal Constitution a judge of the High Court may sit as a judge of the Court of Appeal where the President of the Court of Appeal held that the interests of justice so require, and the judge shall be nominated for that purpose (as the case requires) by the President of the Court after consultation the Chief Justice of the High Court. Court Conference Court of Appeal sitting in the Palace of Justice, Putrajaya. However, the President of the Court of Appeal may, if considered expedient, direct that any appeal be heard at any time and any place in Australia (section 39 Courts of Judicature Act 1964).

Mahkamah Tertinggi Mahkamah Persekutuan merupakan otoriti kehakiman yang tertinggi sekali di Malaysia. Ianya ditubuhkan di bawah Perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya mengikat semua mahkamah. Sebelum 1hb. Januari 1985, sistem mahkamah atasan di Malaysia adalah sistem tiga peringkat iaitu

Majlis Privy Mahkamah Agung

Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo

Majlis Privy merupakan mahkamah rayuan tertinggi bagi Malaysia sehingga 31hb. Disember 1984. Pada 1hb. Januari 1985, semua rayuan dari Malaysia ke Majlis Privy telah dimansuhkan. Bagi menggantikannya, Mahkamah Agung Malaysia ditubuhkan menjadikannya mahkamah rayuan terakhir di negara ini. Pemansuhan rayuan ke Majlis Privy telah mengakibatkan perubahan sistem tiga peringkat mahkamah atasan kepada sistem dua peringkat iaitu Mahkamah Agung dan dua (2) Mahkamah Tinggi. Pada 1994, perubahan yang ketara berlaku kepada Badan Mahkamah Persekutuan Malaysia. apabila Parlimen meminda Perlembagaan Persekutuan. Melalui pindaan tersebut, Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan. Mahkamah Agung dinamakan semula sebagai Mahkamah Persekutuan. Oleh yang demikian sistem tiga peringkat mahkamah atasan dihidupkan semula. Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara. Sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan, jawatan tersebut dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai Lord President. Ahli-Ahli Mengikut Perkara 122(1) Perlembagaan Persekutuan Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan tujuh hakim lain. Pelantikan Hakim-Hakim Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan lain-lain hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah dilantik oleh Yang di Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Sebelum Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan mengemukakan nasihatnya, Perdana Menteri hendaklah, kecuali bagi pelantikan Ketua Hakim Negara berunding dengan Ketua Hakim Negara. Pelantikan Hakim-Hakim Tambahan Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan membolehkan Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Ketua Hakim Negara, melantik mana-mana orang yang telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan. Pelantikan ini boleh dibuat bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong. Komposisi Setiap prosiding Mahkamah Persekutuan hendaklah, mengikut seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 didengar dan dilupuskan oleh tiga hakim atau lebih yang bilangannya hendaklah ganjil dan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara. Semasa ketiadaan Ketua Hakim Negara, ahli mahkamah yang kanan sekali hendaklah mempengerusikan persidangan itu.

Perkara 122(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Ketua Hakim Negara boleh menamakan seorang hakim Mahkamah Rayuan selain daripada Presiden Mahkamah Rayuan untuk bersidang sebagai hakim Mahkamah Persekutuan sekiranya beliau berpendapat, demi kepentingan keadilan, ianya perlu. Persidangan Mahkamah ini bersidang pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara dari masa ke semasa. Pada kebiasaannya Mahkamah Persekutuan bersidang di Palace of Justice, Putrajaya. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan juga bersidang secara litar di bandar-bandar utama seperti di Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bharu, Johor Bahru, Alor Setar, Kuantan, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu (seksyen 75 Akta Mahkamah Kehakiman, 1964). Bidangkuasa Mengikut Perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa :

untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya; asal atau runding sebagaimana yang ditentukan mengikut Perkara 128 dan 130 ; dan lain-lain seperti yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

Rayuan Jenayah Mahkamah Persekutuan boleh, menurut seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, mendengar dan menentukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes-kes jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam bidangkuasa asalnya. Rayuan Sivil Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Persekutuan dengan kebenaran Mahkamah Persekutuan. Kebenaran itu boleh diberi jika : (a) keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai apa-apa kausa atau perkara sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan ianya melibatkan persoalan prinsip umum yang diputuskan bagi kali pertama atau sesuatu persoalan penting yang memerlukan penghujahan lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan di atasnya akan memberi manafaat awam; atau (b) keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan termasuklah kesahihan mana-mana undang-undang bertulis berhubung peruntukan Perlembagaan itu. (seksyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Hanya Mahkamah Persekutuan sahaja mempunyai bidangkuasa eksklusif untuk memutuskan :

(a) apa-apa persoalan samada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Negeri itu adalah tidak sah atas alasan bahawa badan itu membuat peruntukan berhubung sesuatu perkara yang mana Parlimen ataupun Dewan Negeri mengikut mana-mana yang berkenaan tidak ada kuasa untuk membuat undang-undang; dan (b) pertikaian atas apa-apa persoalan lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri. (Perkara 128(1) Perlembagaan Persekutuan). Rujukan Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Tanpa menjejaskan apa-apa bidangkuasa rayuan Mahkamah Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidangkuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah Pegawai dan kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan mahkamah yang mengawalselia penjalanan bidang kuasa itu) untuk memutuskan soal itu dan menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu. Nasihat Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka.

You might also like