Tugasan PK Sem Mei 2011

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

PENGENALAN

Brosur merupakan media promosi berupa kertas yang mengandungi maklumat mengenai produk yang akan dipromosikan atau diperkenalkan samada berupa gambar ataupun tulisan. Brosur yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bertajuk The 3 Fives adalah brosur yang mengandungi maklumat tentang penjagaan ataupun amalan kesihatan yang baik. Brosur ini lebih kepada menyampaikan mesej kesihatan kepada masyarakat di seluruh dunia yang mana mengandungi lima kunci atau cara untuk kearah makanan yang selamat, lima cara kearah pengamalan diet yang sihat dan lima cara kearah pengamalan aktiviti fizikal yang betul. Brosur ini merupakan satu brosur yang amat praktikal dan mudah untuk difahami oleh semua golongan lapisan masyarakat. Ianya ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah serta disediakan secara ringkas dan amat praktikal. Pada tahun 2001, Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) telah memperkenalkan satu konsep mengenai penjagaan dan keselamatan dalam pemakanan yang dikenali sebagai Five Keys to Safer Food . Ianya telah disebarkan ke seluruh dunia dan ditulis dalam hampir 50 bahasa. ini telah dijadikan sebagai landasan kepada program-program pendidikan di seluruh dunia serta diguna pakai oleh masyarakat dan sektor swasta untuk tujuan latihan ataupun panduan kepada pengendalian makanan. Sasaran utamanya ialah kepada penjaja makanan, kaum ibu, pelajar sekolah dan sebagainya. Berdasarkan kepada kejayaan dan maklumbalas yang positif dari pelbagai pihak mengenai konsep ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa amatlah perlu menyebarkan maklumat tentang kesihatan ini dalam bentuk yang lebih ringkas dan mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat dunia dan menggunakan bahan yang mudah digunakan. Pertubuhan ini juga menyedari tentang betapa pentingnya untuk menyebarkan konsep ini kepada masyarakat dunia supaya mereka dapat menikmati hidup yang lebih sihat dengan hanya mengamalkan diet yang seimbang dan akitiviti fizikal yang betul disamping makanan yang selamat. Berdasarkan kepada kajian dan pengamatan WHO tentang konsep ini, maka wujudlah satu lagi konsep yang baru yang lebih sesuai dan efektif dalam menyampaikan maklumat kesihatan ini iaitu The 3 Fives. Konsep The 3 Fives ini iaitu; Five Keys to Safer Food, Five Keys to a Healthy Diet, Five Keys to Appropriate Physical Activity merupakan tiga perkara dengan lima maklumat yang ringkas mengenai bagaimana cara penyediaan makanan yang lebih selamat, apa yang perlu dimakan untuk sihat dan bagaimana untuk mengekalkan bentuk tubuh badan dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Konsep The 3 Fives ini mula diperkenalkan pada 10 Mac 2008 di Beijing China oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Pentadbiran Keselamatan Makanan Beijing dan Jawatankuasa penganjur Sukan Olympik Beijing (BOCOG). Ianya diperkenalkan pada masa tersebut adalah untuk menimbulkan keprihatinan masyarakat Beijing tentang keselamatan makanan, nutrisi dan kelebihan melakukan aktiviti fizikal.

2.0

ULASAN 1

Lima Cara/Kunci ke arah Makanan Yang Selamat ( Five Keys to Safer Food )

Jaga Kebersihan

Gunakan air yang selamat

Lima cara/kunci kearah makanan yang selamat

Asingkan makanan mentah dan yang telah dimasak

Simpan makanan pada suhu yang selamat

Masak dengan sempurna

i.

Jaga Kebersihan - Basuh tangan anda dengan sabun sebelum mengendalikan dan semasa meyediakan makanan. - Basuh tangan anda dengan sabun selepas menggunakan tandas. - Basuh dan gunakan bahan anti kuman pada semua permukaan dan peralatan memasak - Pastikan kawasan dapur dan makanan bebas daripada serangga dan binatang Asingkan mentah dengan makanan yang telah dimasak - Asingkan daging mentah, dan makanan laut daripada makanan-makanan yang lain - Gunakan peralatan berasingan seperti pisau dan papan memotong dalam mengendalikan makanan mentah - Simpan makanan dalam bekas makanan bertutup untuk mengelakkan sentuhan diantara makanan mentah dengan makanan yang telah dimasak

ii.

iii.

Masak Dengan Sempurna - Masak makanan dengan sempurna terutamanya daging, telur dan makanan laut -

You might also like