Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Saya berpendapat bahawa falsafah pendidikan kebangsaan di pengaruhi oleh falsafah pendidikan Barat samaada falsafah pendidikan tradisional

mahupun moden. Aliran falsafah pendidikan tradisional Barat merangkumi esensialisme dan parenialisme.Bukti nya dalam fahaman esensialisme, tumpuan utama kokurikulum ialah perkara-perkara yang dianggap penting dan benarbenar diperlukan sahaja.Contohnya, di sekolah rendah dilaksanakan KBSR yang menekankan konsep 4M ( Membaca, menulis, mengira dan menaakul ).Manakala di sekolah menengah, pelajar ditentukan pakej mata pelajaran yang bersesuaian melalui pelaksanaan KBSM. Guru sebagai pusat alam pendidikan dan inisiatif pendidikan terletak di bahu guru melalui kaedah pengajaran. Dalam teori parenalisme pula, kurikulum di Malaysia mengandungi subjek kognitif seperti moral dan pendidikan Islam untuk membentuk sikap dan melatih ciri-ciri rasional. Latihan vokasional diberikan kepada pelajar yang kurang pandai. Sekolah tidak melatih tugas-tugas pekerjaan . Pelajar disarankan belajar hasil-hasil orang ternama dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sejarah dan sains. Falsafah Pendidikan kebangsaan juga mempunyai persamaan dengan teori rekonstruksionisme yang menganggap bahawa sekolah berperanan menyediakan pelajar kepada perubahan untuk membentuk masyarakat supaya dapat disesuaikan dengan keadaan semasa. Teori ini juga memberi tumpuan kepada perkembangan ekonomi, kebajikan masyarakat dan membuat keputusan secara demokrasi. Melalui pernyataan ini, semangnya terbukti bahawa FPK dipengaruhi oleh Falsafah Barat dari pelbagai aspek seperti jenis kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid.

You might also like