Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

FIZIK KBSM UNIT 1-1-1 KUANTITI FIZIK ================================================================= 1.

Kuantiti-kuantiti asas Satu kuantiti fizik ialah satu kuantiti yang boleh diukur. Misalnya, bilangan murid, panjang seutas benang, berat seseorang, dsb. Kuantiti-kuantiti yang tidak dapat diukur bukan satu kuantiti fizik. Misalnya, kepandaian, kecerdikan otak dsb. Ahli-ahli sains sudah bersetuju untuk memilih lima kuantiti di bawah sebagai kuantiti-kuantiti asas. Kuantiti-kuantiti asas ini mempunyai dua sifat sepunya yang penting:1-1Setiap kuantiti asas adalah bebas daripada empat kuantiti asas yang lain. Iaitu, setiap kuantiti asas tidak dapat disebutkan sebagai ungkapan kuantitikuantiti asas yang lain. 1-2Semua kuantiti fizik yang lain mestilah diasaskan pada lima kuantiti asas ini. Ini bererti bahawa, kuantiti- kuantiti lain mesti ditakrifkan dalam sebutan kuantiti- kuantiti asas ini. Kuantiti-kuantiti yang dipilih sebagai kuantiti-kuantiti asas ialah:(1)Panjang (termasuk lebar, tinggi, tebal, diameter, jejari, lilitan dsb.) (2)Jisim (sebagai ukuran kandungan jirim atau bahan di dalam sesuatu jasad) (3)Masa. (4)Arus elektrik. (5)Suhu. 2.Kuantiti-kuantiti terbitan Kuantiti-kuantiti yang selain daripada kuantiti-kuantiti asas dinamakan kuantiti-kuantiti terbitan, kerana mereka diterbitkan daripada kuantiti-kuantiti asas. Kuantiti- kuantiti terbitkan boleh diterbitkan daripada kuantiti- kuantiti asas melalui tiga operasi 2-1pendaraban 2-2pembahagian.

Contoh 1 Laju ialah satu kuantiti terbitan yang diterbitkan melalui takrif laju = jarak/masa. Kuantiti-kuantiti asas yang terlibat ialah panjang dan masa, dan operasi yang digunakan ialah pembahagian.

Isipadu ialah satu kuantiti terbitan yang diterbitkan daripada panjang x lebar x tinggi (iaitu, panjang x panjang x panjang). Operasi yang digunakan ialah pendaraban. Ketumpatan = jisim/isipadu. Kuantiti-kuantiti asas yang terlibat ialah dan panjang, dan operasi yang terlibat ialah pendaraban dan pembahagian. 3.Unit-unit asas Supaya mengukur satu kuantiti fizik, satu saiz piawai yang dinamakan unit digunakan. Misalnya, unit atau saiz piawai bagi masa ialah saat, dengan simbolnya s. Panjang benang yang disebutkan sebagai 2 adalah tidak bermaksud, kerana ia boleh bermaksud 2 cm, yang pendek, atau 2 km, yang panjang. Jadi, unit adalah penting untuk menyebutkan sesuatu kuantiti fizik. Unit-unit yang digunakan dalam sistem S.I. dinamakan unit-unit S.I.. Unit- unit S.I. untuk kuantiti-kuantiti asas dinamakan unit-unit asas:Kuantiti Unit asas simbol ------------------------------------panjang jisim masa arus elektrik suhu meter kilogram saat Ampere Kelvin m kg s A K jisim

------------------------------------*Perhatikan bahawa setiap kuantiti asas hanya mempunyai SATU unit S.I. sahaja. 4.Unit-unit terbitan Unit-unit untuk kuantiti-kuantiti terbitan dinamakan unit- unit terbitan. Misalnya, unit bagi laju ialah m s-1, yang diterbitkan dengan membahagikan unit jarak, m, dengan unit masa, s. Unit untuk isipadu ialah m3 manakala unit untuk ketumpatan ialah kg m-3. 5.Imbuhan (awalan) Untuk nombor-nombor yang terlalu besar atau terlalu kecil, imbuhan digunakan. Ini menyenangkan tulisan juga. Jadual di bawah memberi saiz bagi imbuhan-imbuhan ini:Imbuhan Simbol Nilai Contoh ------------------------------------------------------Giga Mega Kilo desi senti mili mikro nano G M k d c m u n 109 106 103 10-1 10-2 10-3 10-6 10-9 5 4 3 2 6 7 8 8 Gm Mg km dm cm mm um nm = = = = = = = = 5x109 4x106 3x103 2x10-1 6x10-2 7x10-3 8x10-6 8x10-9 m g m m m m m m

piko p 10-12 8 ps = 8x10-12 s ------------------------------------------------------Contoh 2 Jejari bumi = 6370 km = 6370x103 m = 6.37x106 m Jisim sekeping daun emas = 5 ug = 5x10-6 g = 5x10-9 kg 6.Bentuk saintifik atau bentuk piawai Jisim satu elektron ialah 0.000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 91 kg. Adalah susah untuk menuliskan siri sifar ini. Bentuk piawai digunakan dalam sains untuk tiga tujuan berikut -Tulisan lebih ringkas; -Tulisan lebih kemas dan dapat mengelakkan kesalahan dalam menulis nombor yang panjang; -Memudahkan pembacaan nombor-nombor. Sebarang nombor boleh ditulis dalam bentuk piawai A x 10n, dengan 1 < A < 10 dan n ialah satu integer ( +if atau -if). Dengan bentuk piawai ini, jisim elektron di atas ditulis sebagai 9.1x10-31 kg. 7.Tukaran unit Contoh 3 Luas 5.0 cm2 = 5 cm x 1 cm = 5x10-2 m x 1 x 10-2 m = 5x10-4 m2. 72 x 103 m -1 Laju 72 km j = -------------- = 20 m s-1. 60 x 60 s 13.6 x 10-3 kg Ketumpatan 13.6 g cm-3 = ----------------- = 1.36x104 kg m-3 (1 x 10-2)3 m3 HAK CIPTA TERPELIHARA Copyright Reserved Chuah/Edisi pertama/01-01-1993.

You might also like