Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPE LAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANNEGERISABAH JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPE LAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISAB AHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJAR ANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJA BATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERIJABATANPELAJARAN BAHASA MELAYU NEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABAT ANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJAR ANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJA KERTAS 1 BATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANN EGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATA

(Dua jam) NPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGER ISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJAB ATANNEGERISABAHJABATANNEGERISABAHJABATANNEGERISAB

910/1

STPM 2009

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH EXCEL 1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang tepat sekali dan menandakan jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti. Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah: jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 16 halaman bercetak. JPN SABAH 2009

Soalan-soalan 1 hingga 4 berdasarkan petikan di bawah ini. Kawalan biologi dalam kegiatan pertanian bermaksud penggunaan organisma, seperti parasit, pemangsa, dan patogen secara sengaja bagi mengurangkan populasi haiwan perosak. Dari satu segi, kawalan biologi dilihat sebagai satu bentuk pengurusan populasi yang menggunakan organisma berfaedah untuk menangani organisma perosak. Kawalan biologi adalah kekal-termandiri (selfperpetuating) dan bakal menjadi salah satu kaedah kawalan perosak yang paling murah, selamat, dan berkesan dalam jangka panjang. Kelebihannya yang ketara ialah udara, tanah, sungai, atau laut tidak dicemari dengan bahan-bahan beracun kerana kaedah ini hanya menggunakan organisma hidup. Kaedah ini juga tidak memusnahkan hidupan liar. Satu lagi tarikannya ialah kaedah ini memberikan daya pilihan. Kumpulan bukan sasaran tidak menghadapi risiko kemusnahan, di samping itu, haiwan perosak umumnya lambat atau tidak berupaya membentuk daya tahan terhadap kaedah kawalan sedemikian. Pada masa lalu, kebanyakan program kawalan biologi melibatkan serangga perosak pertanian dan rumpai tetapi dalam lingkungan dua puluh tahun kebelakangan ini, asas penyelidikan telah diperluas lagi meliputi perosak vertebrat dan patogen tumbuh-tumbuhan yang membawa kerosakan. Jenisjenis agen kawalan biologi bukan sahaja telah diperluas bagi meliputi mikroorganisma dan invertebrat, malah vertebrat. Kawalan biologi berfungsi mengikut peraturan alam semula jadi. Dalam persekitaran semula jadi, terdapat beberapa sekatan yang membendung pertambahan tanpa had populasi organisma. Musuh semula jadi bertindak sebagai pengehad penting dan boleh menyumbang untuk mengawal jumlah musuh masing-masing pada tahap yang rendah. Persaingan dalam kumpulan dan antara kumpulan juga memainkan peranan utama bagi mengehadkan pertumbuhan populasi. Walau bagaimanapun, apabila tanah dibersihkan dan ditanam dengan tumbuh-tumbuhan, habitatnya akan berubah dengan mendadak. Banyak spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan musnah, manakala yang lain mendapat ruang dan sumber makanan yang banyak secara tiba-tiba dan ditambah pula oleh ketiadaan musuh semula jadi. Persaingan yang berkurangan menyebabkan populasinya berkembang dengan banyak. Kadangkala sesuatu perosak secara tidak sengaja dapat memasuki habitat baru. Dalam situasi begini, tanpa kewujudan musuh semula jadi seperti yang terdapat di kawasan habitat asal, populasi perosak ini mungkin meningkat ke tahap yang mencemaskan. Oleh sebab itu, tujuan kawalan biologi adalah untuk menerapkan semula faktor pemusnah yang menyebabkan populasi perosak kembali ke paras yang terdahulu, iaitu paras yang tidak merosakkan. Hal ini dilakukan melalui cara pemuliharaan. Dalam usaha pemuliharaan, pemangsa dan parasit yang hidup secara semula jadi digalakkan pembiakannya dengan meningkatkan kesesuaian persekitaran. Hal ini boleh dilakukan dengan membuat sedikit pengubahsuaian persekitaran melalui penyediaan tempat perlindungan dan tapak sarang yang sesuai, mempelbagaikan tanaman dan haiwan serta menyesuaikan amalan penanaman. Usaha pemuliharaan juga boleh dilaksanakan dengan melindungi musuh semula jadi semasa mengaplikasikan pestisid atau dengan

menggunakan racun serangga yang lebih sesuai. Penyelidikan terkini membuktikan bahawa daya suai manipulasi genetik musuh semula jadi dan juga penggunaan bahan penarik akan dapat

3 merangsang haiwan ini kepada mangsa sasaran yang sebenar. Dengan erti kata lain, pemuliharaan bertujuan menggalakkan keberkesanan serta meningkatkan aktiviti-aktiviti musuh semula jadi. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Kosmik, September 1994) 1 Fokus petikan di atas ialah A teknik kawalan biologi. B kepentingan kawalan biologi. C fungsi kaedah kawalan biologi. D kaedah kawalan biologi terhadap organisma perosak. Penulis berpendapat bahawa keistimewaan kawalan biologi ialah A bebas cemar. B kekal termandiri. C hidupan liar terjamin. D haiwan perosak tidak berdaya tahan. Agen kawalan yang digunakan dalam kaedah kawalan biologi sebelum dua dekad ini ialah I parasit. II rumpai. III vertebrat. IV mikroorganisma. A I dan II B II dan IV C I, II, dan III D I, III, dan IV Antara berikut, yang manakah cara pemuliharaan musuh organisma perosak? I Menggalakkan pembiakan pemangsa dan parasit. II Menyediakan tempat perlindungan dan pembiakan. III Membendung pertambahan tanpa had populasi organisma. IV Mempelbagaikan tanaman dan haiwan serta amalan penanaman. A I dan II B II dan III C I, II, dan IV D I, III, dan IV

Soalan-soalan 5 hingga 7 berdasarkan petikan di bawah ini. Aku harus membangkitkan resahku yang terkapar, dibentur oleh kebencian cinta, pilu, dan kasih menggelepar dalam kehidupanku yang tidak pernah pudar. Dia terpegun sebentar. Kata-kata itu bagaikan terbentur dalam dadanya. Wajahnya itu direnung lama-lama. Wajah yang dahulunya seperti laut madu, tasik susu, dan berpantaikan sakar, yang cahayanya bagaikan bulan purnama, permata indah dalam jambangan, punya jiwa merana tetapi cekal mencengkam segala kini kelihatan lesu dan tidak bermaya. Aku tidak faham sesungguhnya Tun, dia akhirnya meleraikan kekusutan di dada, meleraikan juga rambutnya yang kusut. Rambut hitam lebat membiaskan haruman jasmin kering itu, menusuk hidung. Kakinya yang masih kebas dan sengal, dilunjurkan lurus-lurus. Aku tidak faham sesungguhnya. Dendammu bagaikan mati. Apakah kau seorang perempuan yang diumpamakan orang hanya sebagai kerak nasi? Begitu mudah membuang derita setelah melihat longgokan emas di depan mata? Ah, kau terlalu materialistik Tun sungguh aku kesal Dia membiarkan rambutnya yang kusut masai itu dijamah angin luar. Dibiarkannya juga angin itu menampar-nampar pipinya yang masih basah. Tun terus menyesali dirinya sendiri. Perempuan berwajah cahaya bulan itu hanya tersenyum. Matanya yang bersinar itu menatap dalam-dalam wajah perempuan berwajah sendu itu. Kata-kata itu cukup meluluhkan hati, namun apalah yang ada pada kata-kata seorang perempuan yang tidak mengerti apa-apa, berbanding peritnya tatkala kasih yang sedang mekar disentap rakus. Kenapa kau tenung aku begitu Tun? Kau menyaksikan lukaku ini seperti kau menyaksikan luka dada suamimu yang dirobek rakus oleh suamimu sekarang? tanya Tim. Sungguh aku tidak faham, kaubisa menerima kasih seorang lelaki yang telah merampas segala-galanya daripadamu. Suamimu, ayahmu dan saudaranya masih lagi kau mahu melupakan segala-galanya itu? Tun hanya menyeringai. Perit. Kesakitan mula membenih dalam dadanya. Betapa tidak, seenaknya sahaja perempuan ini menuduhnya demikian. Bangkitlah Tim, kauharus bangun dan melangkah. Barangkali kalau aku sepertimu sekarang, negeriku akan hancur. Kau harus membina kekuatan, seperti aku membina kekuatan daripada penderitaan dahulu. Aku sedar bahawa air mata bukan penyudah segala-galanya. Berair mata darah sekalipun, aku tidak akan dapat mengembalikan keluargaku, suamiku, ayahku, dan saudaranya aku sedar bahawa dalam keseorangan, aku harus korbankan diri bukan untuk aku, tapi untuk tanah tumpah darahku. Perempuan berwajah sendu itu hanya menyeringai. Tim kau dengarkah? (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Mingguan Malaysia, Disember 1997) 5 Tun digambarkan dalam petikan di atas sebagai seorang yang A tabah. B pasrah. C pendendam. D materialistik. Persoalan pokok petikan ini ialah A dilema seorang wanita. B kecekalan seorang wanita. C perjuangan seorang wanita. D penindasan terhadap kaum wanita.

7 Apakah kau seorang perempuan yang diumpamakan orang hanya sebagai kerak nasi? Frasa kerak nasi dalam petikan ini bermaksud A cepat berubah. B mudah terpedaya. C mudah berputus asa. D lemah dan mudah mengalah. Soalan 8 hingga 10 berdasarkan carta di bawah ini. TEKANAN PSIKOLOGI PENGASINGAN SOSIAL KEADAAN PERSEKITARAN ( kimia, agen jangkitan, bahaya fizikal) PERLAKUAN INDIVIDU (merokok, salah guna alkohol, pemakanan yang tidak seimbang) (X) (pendapatan kecil, kurang berpendidikan, pekerjaan berbahaya) PENJAGAAN KESIHATAN YANG TIDAK MENCUKUPI Kekurangan penjagaan/pencegahan Perubahan fisiologikal Mengubah ketahanan Keuzuran STATUS KESIHATAN

Kurang terdedah kepada penjagaan teraputik

Dalam carta di atas, petak yang bertanda X ialah A kelas sosial. B perubahan sosial. C jenis masyarakat. D penjagaan kesihatan. Antara berikut, yang manakah bukan faktor penyebab keuzuran? A Kemiskinan. B Gangguan fikiran.

6 C Bahan-bahan kimia. D Keseimbangan makanan. 10 Tajuk yang paling sesuai bagi carta ini ialah A Penjagaan Kesihatan. B Manusia dan Kesihatan. C Keuzuran dan kemiskinan. D Kemiskinan dan Kesihatan. Konsep Austronesia merujuk kepada A kawasan penutur asal bahasa Melayu. B golongan penutur asal bahasa Melayu. C cara kedatangan penutur-penutur bahasa Melayu. D kebudayaan Melayu kuno yang berasal dari Yunan. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri bahasa sekeluarga? I Sistem bunyi. II Pembentukan kata. III Pembentukan ayat. IV Penjenisan sintaksis. A I dan II B I dan III C II dan III D II dan IV Antara berikut, pernyataan manakah yang merujuk kepada definisi Melayu? I Suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei, dan beberapa tempat yang berdekatan dengannya. II Golongan yang dipercayai berasal dari daerah Yunan dan berpindah mengikut teori gelombang pergerakan manusia sejak tahun 2,500 Sebelum Masihi. III Suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu termasuk orang Melayu di negara Thai, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. IV Bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di gugusan Kepulauan Melayu. A I, II, dan III B I, II, dan IV C I, III, dan IV D II, III dan IV

11

12

13

14

Huruf Palava terdapat pada batu-batu bersurat berikut, kecuali A Talang Tuwo, Palembang. B Batu Kapur, Pulau Bangka. C Kedukan Bukit, Palembang. D Karang Brahi, Maringin Ulu Jambi.

15 Swasti Shri Shakawarsatita 605 ekadashi Shuklapaksa wulan Waishakha dapunta Hiyang naik disambau mangalap siddhayatra Ciri-ciri bahasa Melayu kuno yang terdapat dalam petikan di atas ialah I menggunakan ayat pasif. II terdapat penggunaan kata pangkal ayat. III pengaruh bahasa Sanskrit amat ketara dari segi kosa kata. IV menggunakan huruf w untuk perkataan yang mengandung konsonan [b]. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 16 Bahasa Melayu dikatakan mengalami evolusinya yang pertama melalui pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh bahasa Sanskrit terhadap bahasa Melayu begitu penting kerana melalui bahasa Sanskrit A bahasa Melayu menjadi mudah dipelajari. B bahasa Melayu mengalami perubahan kepada bahasa sarjana. C bahasa Melayu menjadi bahasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. D bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca (bahasa perantaraan). Dalam aksara Jawi, kekurangan huruf Arab untuk mewakili semua fonem bahasa Melayu diatasi dengan A mencipta huruf baharu berasaskan huruf Rumi. B menghapuskan fonem Melayu yang tidak terdapat dalam abjad Arab. C mencipta huruf baharu berasaskan abjad Arab dengan menggunakan tanda diakritik. D menggabungkan dua huruf Arab untuk melambangkan fonem Melayu yang berlebihan. Antara fungsi bahasa Melayu moden adalah menjadi I bahasa kesusasteraan. II bahasa pentadbiran. III bahasa ilmiah di sekolah. IV bahasa pengantar di sekolah swasta. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Dalam usaha memodenkan bahasa Melayu, unsur penyerapan bahasa asing yang paling dominan ke dalam bahasa Melayu ialah A bahasa Arab. B bahasa Jawa. C bahasa Inggeris. D bahasa Sanskrit.

17

18

19

20

Antara berikut, faktor manakah yang menyebabkan bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan? I Pernah menjadi lingua franca. II Berperanan sebagai bahasa pentadbiran. III Pengaruhnya yang luas melangkaui nusantara. IV Penutur majoritinya terdiri daripada orang Melayu. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Pengekodan melibatkan hal yang berikut, kecuali A pembakuan ejaan. B peluasan kosa kata. C penyeragaman gaya. D standardisasi sebutan. Berikut merupakan 3 pedoman pembentukan istilah pada zaman antara tahun 1960-1975, kecuali A Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baharu DBP. B Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk Istilah Baharu Bahasa Melayu DBP. C Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya yang disusun oleh Asmah Hj. Omar. D Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI) dihasilkan oleh Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM). Dalam proses perancangan bahasa, aktiviti yang termasuk dalam perancangan korpus bahasa ialah I penciptaan istilah dalam pelbagai bidang ilmu. II penyeragaman tatabahasa dan ejaan. III pembakuan sebutan dan dialek. IV pembentukan kosa kata. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Yang manakah antara pernyataan tentang bahasa baku ini tidak benar ? A Bahasa baku digunakan apabila penutur pelbagai dialek berkumpul. B Bahasa baku biasanya mengalami proses pengekodan. C Ciri-ciri umum dalam bahasa baku amat sedikit. D Bahasa baku digunakan dalam tulisan formal. Antara berikut, maklumat manakah yang tidak terdapat pada kata masukan dalam kamus?
A B C D Etimologi. Sinonim. Ilustrasi. Tesaurus.

21

22

23

24

25

26

Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa ilmu apabila I diwujudkan Kerusi Pengajian Melayu. II kursus Melayu ditawarkan di universiti luar negara. III banyak buku sastera dikarang dalam bahasa Melayu. IV buku akademik bahasa Melayu diterjemahkan ke dalam bahasa asing. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Antara berikut, yang manakah ciri bahasa bebas? I Mementingkan sebutan. II Tatabahasa tidak dipentingkan. III Budaya bahasa dikesampingkan. IV Mengutamakan mesej yang disampaikan. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Pilih ayat-ayat yang menggunakan bahasa halus. I Intan Idayu berhenti menyanyi sejak hamil. II Nabi telah mangkat, tetapi ajarannya masih hidup. III Maimunah tidak menyahut panggilan ibunya kerana sedang ke sungai besar. IV Penoreh itu dibaham Pak Belang ketika sedang menoreh getah di ladangnya. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Antara ciri bahasa formal termasuklah I tidak menggunakan nama sendiri, nama ringkas, atau nama timangan. II memperlihatkan pola intonasi yang jelas untuk pelbagai jenis ayat. III tidak mementingkan peraturan bahasa. IV menyebut gelaran dengan singkatan. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV I: Saya tetap membantah keputusan pengerusi tadi. II: Wang itu telah aku kirim dua minggu yang lepas. Penggunaan kata ganti nama diri saya dan aku dalam pertuturan di atas ditentukan oleh faktor A tempat dan masa. B suasana dan gaya. C suasana dan hubungan. D taraf akademik dan status sosial.

27

28

29

30

10 31 Panggilan seperti Pak Busu, Pak Andak, Mak Ngah dan Mak Teh dapat dikategorikan sebagai A gelaran panggilan biasa. B gelaran pergaulan tak bersahaja. C jenama kekeluargaan pertalian darah. D jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan. Yang manakah antara yang berikut benar tentang bahasa istana? I Unsur pemulukan dan pendinaan tidak ketara. II Jarang-jarang menggunakan imbuhan per- dan kan-. III Mempunyai kosa kata khusus dan sistem sapaan yang tersendiri. IV Memperlihatkan pengucapan yang lembut, lunak, beradat dan terhormat. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

32

Soalan 33 berdasarkan petikan berikut: Hah ...berbalik cerita kita tadi, apa hal sebenarnya kau nak jumpa dia? tanyanya serentak. Begini...aku tau satu tempat ada rusa besar... 33 Bahasa dalam petikan di atas ialah A bahasa formal. B bahasa mesra. C bahasa istana. D bahasa halus.

34 Lazimnya menggunakan binaan ayat yang panjang Menggunakan istilah khusus Makna kosa katanya terbuka kepada interpretasi

Laras di atas merujuk kepada A laras sains. B laras ekonomi. C laras media massa. D laras undang-undang. 35 Yang manakah ayat laras iklan? A Kami sedia membantu anda. B Taman Kingfisher baharu sahaja siap pembinaannya. C Kenaikan harga minyak mempengaruhi harga barangan harian. D Harga sebuah bunglo di lereng bukit tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit.

11 36 Bila kau balik? Malam tadi.Lebai dari mana? Beli barang sedikit. Kau balik mau menetap di sini? Haji Mat tidak menjawab segera. Apakah jenis laras yang digunakan dalam petikan di atas? A Agama. B Sastera. C Cerpen. D Akademik. 37 Berikut merupakan ciri-ciri laras bahasa rencana, kecuali A bersifat umum. B kepelbagaian idea. C bersifat separa ilmiah. D menggunakan nota kaki. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri utama laras ilmiah? I Menggunakan nota kaki. II Menggunakan ayat majmuk. III Mementingkan istilah umum. IV Menggunakan kata pinjaman. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Dalam penggunaan bahasa secara lisan, unsur-unsur yang mempengaruhi sesuatu laras bahasa ialah I tujuan. II peserta. III latar suasana. IV gaya pertuturan. A I, II dan III B I, II, dan IV C I, III dan IV D II, III, dan IV Pilih pernyataan yang paling tepat tentang laras bahasa. I Mementingkan ungkapan khusus dengan maksud yang tersendiri. II Ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang. III Penyampaian fakta yang menarik dalam bahasa persuratan. IV Mementingkan diksi, frasa, dan susunan ayat. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

38

39

40

12 41 Antara berikut, ayat manakah mengandung penanda wacana yang berfungsi sebagai unsur tautan? A Oleh sebab mereka mengamalkan dasar aparteid, negara itu dahulu dikenakan sekatan ekonomi. B Dengan menggunakan sebatang besi, Ali memecahkan tingkap depan rumah itu. C Sesekali kami tidak pernah membencinya, sebaliknya kami sentiasa memujinya. D Kami telah meneliti kertas kerja ini dan telah bersetuju untuk meluluskannya. Gempa bumi di tempat itu sudah pun berakhir. ...(1)..., penduduk tempatan berasa bimbang kalau-kalau bencana tersebut berulang kembali. Mereka gagal menawan puncak gunung itu kerana keletihan. ...(2).., cuaca pada sepanjang minggu itu kurang baik. Pilih penanda wacana yang sesuai untuk tempat kosong dalam ayat-ayat di atas. (1) (2) A Dalam hal ini Sehubungan dengan itu B Oleh sebab itu Situasi ini disebabkan C Walau bagaimanapun Lagipun D Sehubungan dengan itu Dalam hal ini 43 Kementerian Pengajian Tinggi wajar mempertingkatkan keupayaan program Pendidikan Jarak Jauh yang telah pun diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu. Kita yakin bahawa program ini mampu menawarkan kursus dalam bidang sains sosial dan sains dan teknologi kerana kita sudah mempunyai infrastruktur asas yang baik dalam pendidikan tersebut. Petikan di atas ialah retorik A pemerian. B pemujukan. C penceritaan. D penghujahan. 44 Tiada unsur ulasan, pandangan atau penilaian S Bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas dan tepat tentang sesuatu Penutur terikat kepada sesuatu yang diperihalkan S dalam carta di atas merujuk kepada retorik A B C D pemerian. pemujukan. penceritaan. penghujahan.

42

13 45 Antara berikut, yang manakah menggambarkan retorik penceritaan? I Bersifat naratif. II Memperincikan sesuatu secara objektif. III Bertujuan untuk mempengaruhi pendengar/pembaca. IV Memanfaatkan unsur-unsur stilistik dan keindahan bahasa. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Soalan 46 berdasarkan petikan di bawah ini. Produk herba untuk kesihatan kini semakin diminati oleh masyarakat kita. Produk herba ini diperbuat daripada ramuan semula jadi yang dijamin tidak mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan. Ramai pengguna produk kami mengakui hakikat ini. Kami yakin anda tidak akan ragu-ragu untuk mengambilnya secara berterusan selepas mencubanya. Jadi, tunggu apa lagi? Buktikanlah kebaikan produk kami!

46

Petikan di atas merupakan retorik A penghujahan. B pendedahan. C penceritaan. D pemujukan. Yang manakah antara pernyataan tentang retorik penerangan ini tidak benar? A Pembaca dibiarkan untuk memperkembang imej-imej gambaran umum dengan lebih jelas. B Bertujuan untuk memindahkan pemerhatian atau pengalaman penulis kepada pembaca. C Biasanya mengandungi bahagian permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. D Mengandungi maklumat dan menerangkannya dengan lebih mendalam Kesantunan berbahasa sangat penting dalam kalangan masyarakat Melayu. Kesantunan berbahasa merujuk kepada A pemilihan kata gelaran yang betul. B pengucapan bahasa secara lembut dan berkesan. C pengucapan sesuatu yang kurang manis dengan cara mengiaskannya. D penggunaan kata ganti nama diri dan ungkapan yang betul dan bersopan.

47

48

14 Soalan 49 berdasarkan carta yang berikut Suami bergelar Tun Y Telah mengerjakan ibadat haji Norhazlina 49 Rujukan hormat bagi Y ialah A Yang Amat Berbahagia Toh Puan Hajah Norhazlina. B Yang Amat Berhormat Toh Puan Hajah Norhazlina. C Yang Berbahagia Hajah Toh Puan Norhazlina. D Yang Amat Berbahagia Toh Puan Norhazlina. Bunyi-bunyi manakah di bawah ini menggambarkan bunyi-bunyi bahasa? I Suara orang bertengkar. II Suara orang berdengkur. III Suara ibu memarahi anak. IV Suara artis mendendangkan lagu. A I, II dan III B I, II, dan IV C I, III dan IV D II, III, dan IV Apakah kepentingan anak tekak dalam proses menghasilkan bunyi bahasa? A Mengawal udara yang keluar dari paru-paru. B Menentukan bersuara atau tidaknya sesuatu bunyi. C Menentukan jenis konsonan dan vokal yang dihasilkan. D Mengawal udara daripada memasuki rongga hidung apabila menghasilkan bunyi.

50

51

Soalan 52 54 berdasarkan carta yang berikut: P Q X R S 52 P ialah A vokal hadapan luas. B vokal hadapan sempit. C vokal hadapan separuh luas. D vokal hadapan separuh sempit. W T V

15 53 Vokal [o] harus ditempatkan pada petak yang ditandai oleh huruf A P. B T. C V. D W. Vokal pada tempat S terdapat pada tempat awal perkataan A angkasa. B emping. C engkar. D insang. Konsonan [b,d,g,m,n,] mempunyai ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Apakah ciri persamaan paling jelas dapat dilihat pada konsonan ini? A Daerah artikulasi yang hampir sama. B Cara pengeluaran yang hampir sama. C Kesemuanya bunyi tidak bersuara. D Kesemuanya bunyi bersuara. Pilih frasa yang mematuhi Hukum D-M. A Cili sos. B Mini bas. C Restoran Ali. D Mohammad Klinik. Antara perkataan berikut, yang manakah dieja dengan betul? I Kerjasama. II Warganegara. III Ko-kurikulum. IV Jawatan kuasa. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Antara berikut, yang manakah bukan simpulan bahasa? A Anak tut. B Anak ayam. C Anak gahara. D Anak kandung. Menyuruh seseorang melakukan sesuatu dengan betul, tetapi dirinya sendiri tidak mampu berbuat demikian Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah A cakap tak serupa bikin. B bagai aur ditarik songsang. C umpama menulis di atas air. D seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

54

55

56

57

58

59

16 60 Peribahasa manakah mempunyai makna yang hampir sama? I Tinggal sehelai sepinggang. II Kain basah kering di pinggang. III Kalah jadi abu, menang jadi arang. IV Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. A I dan II B II dan IV C II dan III D III dan IV

-KERTAS SOALAN TAMAT-

You might also like