Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN LARIAN RIA IPG KSAH 2012 [PERTOLONGAN CEMAS & KESELAMATAN]

Pada 5 Mac 2012, Larian Ria telah diadakan bagi peringkat IPG Kampus Sulatan Abdul Halim. Bagi menjayakan program tersebut, kelas Pengajian Sains telah diberi amanah untuk menguruskan bahagian Pertolongan Cemas dan Keselamatan. Selain itu, kami juga bertugas sebagai penjaga checkpoint untuk laluan larian ria tersebut. Beberapa kali perjumpaan telah diadakan bagi memaklumkan tugas dan peranan setiap individu di dalam kelas kami. Mesyuarat juga telah dijalankan untuk pembahagian tugas dan isu berbangkit berkaitan acara ini.

Pada pagi hari kejadian, kesemua urusetia telah berkumpul pada jam 7.45 pagi. Kami diberi taklimat ringkas mengenai laluan dan lokasi checkpoint oleh Muhammad Hasansyukri B Md Saad. Setelah itu, kami bergerak ke lokasi checkpoint masing-masing. Pada jam 8.30 pagi, kesemua guru pelatih lelaki memulakan larian mereka. Di samping itu, larian oleh guruguru pelatih perempuan dimulakan selepas 15 minit kemudian. Larian oleh guru pelatih lelaki tamat lebih awal berbanding larian guru perempuan disebabkan jumlah mereka yang lebih sedikit.

Untuk pengurusan pertolongan cemas, kami telah meminta bantuan daripada ahli persatuan bulan sabit merah IPG KSAH untuk bertugas pada hari kejadian. Mereka telah ditempatkan di beberapa kawasan sepanjang laluan larian tersebut. Sepanjang program ini, tiada kemalangan atau kecederaan teruk yang berlaku. Segalanya berjalan dengan lancar.

Manakala bagi pengurusan checkpoint pula, kami telah bekerjasama dengan pelajar lelaki kelas Matematik. Setiap checkpoint dijaga oleh dua

orang pelajar. Kami menyediakan penanda arah pada setiap checkpoint. Ini bagi memastikan peserta larian mengikut laluan yang betul. Tiada masalah yang timbul berkaitan dengan laluan. Sepanjang acara ini berlangsung, kami sebagai ahli kelas pengajian Sains tidak mendapati sebarang masalah semasa menjalankan tugas. Kesemua guru pelatih memberi kerjasama yang baik dan acara ini telah berjalan dengan lancar.

Yang menjalankan tugas, . (AMIRATUL IQAMAH NASUTION BINTI LUKMAL HAKIM) Setiausaha Larian Ria, Kelas Pengajian Sains (IP5J), IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

You might also like