Laksa JML

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

HASIL KAJIAN A. MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN i.

Nama produk Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah Laksa Segar . Pengusaha ini juga memproses laksam, mee kuning , kueh Tiaw, bebola ikan dan kiub ikan bagi aktiviti pengilang makanan.

i. Kategori Produk tempatan yang dikaji ialah Makanan iaitu Laksa. Selain itu pengusaha ini turut mengusahakan pemasaran makanan basah, sayuran dan buah-buahan . ii. Nama Pengusaha Produk laksa ini telah diuasahakan oleh Tn. Hj Jaafar bin Yusoff dan Pn. Hjh Halimah binti Omar dan anak-anak. Beliau telah menubuhkan syarikat atau perusahaan ini bermula. 1999. sehingga sekarang. Syarikat ini menggunakan nama Koperasi JML Bhd . Perusahaan ini dikenali sebagai Koperasi Industri Kecil Laksa Hj. Jaafar . (Rujuk Lampiran). iii. Lokasi Lokasi tempat kajian yang saya lakukan adalah beralamat di No 368 Depan Sek. Men. Chabang Empat, 16210 Tumpat, Kelantan Lokasi tempat kajian boleh dikatakan strategik kerana boleh dihubungi oleh seluruh kawasan sekeliling. Malah syarikat ini

terletak kira-kira 3 kilometer dari Pekan Chabang Empat, Tumpat. . (Rujuk Lampiran , peta ke lokasi) B. LATAR BELAKANG i. Sejarah Kewujudan. Sejarah kewujudan perusahaan laksa pada tahun 1999. Perusahan ini merupakan keporasi keluarga yang menjadi koperasi 100 peratus milik Bumiputera Islam . Mereka mengilang dan mengedar bahan makanan seperti Mee Kuning, Kuey Tiaw, Bebola & Kiub Ikan, Laksa segar, Laksam dan Keropok.. Koperasi JML Berhad memproses Mee Kuning, Kuey Tiaw, Laksa, Laksam dan Bebola/Kek Ikan Pada peringkat permulaan koperasi JML dapat menyelaraskan aktiviti keluarga agar lebih cekap dan berkesan. Kemudiannya Koperasi JML menawarkan peluang perniagaan dan kerjasama dalam melunaskan fardhu kifayah kepada pengusaha kantin,

usahawan pasar tani/pasar malam, usahawan mini market bagi memasarkan produk kami serta produk usahawan kecil dan petani-petani dari Kelantan ii. Punca dan Jumlah Modal Dalam usaha menjalankan perusahaan laksa dan laksam ini Koperasi JML menggunakan modal ........................................... Pada permulaan modal yang digunakan pada peringkat permulaan adalah sebanyak RM. ................... sahaja.Jumlah modal yang kecil ini tidak memadai kerana peralatan dan bahan-

bahan yang diperlukan untuk meningkatkan mutu dan keluaran sangat besar. Oleh itu, untuk memperkembangkan perusahaan , beliau

telah ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,..............................................................................

iii.

Pendaftaran peniagaan/Lesen Perniagaan Perusahaan Koperasi JML telah mendaftarkan perniagaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Peniagaan 1956. Nombor pendaftaran perniagaannya ialah D-3-0248 (rujuk Lampiran) yang beralamat di no 368, Depan Sek. Men Chabang Empat, 16210 Tumpat, Kelantan.

iv.

Tujuan/ Kepentingan produk Produk tempatan laksa adalah sejenis makanan yang popular dan digemari oleh semua lapisan masyarakat. Produk ini sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat setempat.Permintaan daripada orang ramai meningkat apabila musim cuti persekolahan dan hari perayaan kerana banyak majlis diadakan menggunakan laksa. Koperasi JML turut menawarkan peluang perniagaan dan kerjasama kepada pengusaha kantin, ushawan pasar tani atau pasar malam, mini market serta produk usahawan kcil. Selain itu, produk laksa dan laksam turut dijual secara runcit dan borong. Malah produk laksa di sini juaga menyebabkan Chabang Empat terkenal

dengan penghasilan produk yang di minati oleh masyarakat. Seterusnya dapat menambahkan pendapatan Koperasi JML. C. KAEDAH/ CARA PENGHASILAN i. Tenaga kerja Koperasi JML merupakan kopersi keluarga dan anak-anak yang mempunyai ramai pekerja untuk setiap bahagian. Mereka juga telah membuka beberapa cawangan di tempat lain seperti di Lembah Klang . Oleh itu koperusi JML telah membuka peluang pekerja kepada banyak golongan. ii. Senarai Bahan Bahan-bahan mentah utama yang digunakan untuk menghasilkan laksa ini adalah beras, air, dan kanji. iii. Senarai peralatan Antara peralatan utama yang diperlukan dan digunakan dalam proses penghasilan laksa ini antaranya mesin pengisar, mesin pengaul, mesin pembentuk mesin penekan, kawah, kebok, dan mesin memproses laksam. iv. Proses/peringkat Penghasilan Pada peringkat pertama pemprosesan laksa ini ialah, beras dibersihkan dan direndam selama satu malam. Pada hari kedua, beras yang direndam dibasuh hingga bersih dan dimasukkan dalam mesin pengisar. Beras dikisar untuk menjadikan tepung basah.

Tepung basah disejat selama satu malam. Kemudian ketulan tepung tadi diuli dalam mesin penguli untuk dijadikan doh.Doh dimasukkan dalam acuan untuk dijadikan ketulan kecil, kemudian doh tersebut dimasukkan ke dalam air panas selama satu minit. Ketulan tadi disejat untuk dimasukkan ke dalam mesin penekan untuk menjadi uraian laksa. Uraian tersebut disalurkan ke dalam periuk air mendidih. Selepas itu, ditoskan dan sedia untuk dibungkus untuk pasaran. D. PERKEMBANGAN PRODUK i. Rangkaian Pemasaran Perusahan laksa Koperasi JML ini dipasarkan secara borong dan juga runcit. Tempahan juga diterima daripada pelbagai pihak, tidak kira sama ada penduduk tempatan atau penduduk dari luar kawasan seperti Pasir Mas, Pengkalan Kubor dan juga Kota Bharu. Jumlah tempahan meningkat sewaktu musim perayaan terutama pada hari raya Aidilfitri, musim cuti persekolahan untuk kenduri bagi mempelbagaikan makanan.Laksa juga dijual bersama dengan kuahnya jika dikehendaki oleh pembeli. Pada pertengahan 2007 mereka telah membuka cawangan di sekitar bandar Baru Bangi, Putrajaya, Seri Kembangan, Kajang, Petaling Jaya dan Puchong. 2010 pula melangkah pula ke Shah Alam, Klang dan kawasan sekitar. ii. Sambutan daripada Pengguna Perusahaan laksa telah dan sentiasa mendapat sambutan daripada pengguna. Mereka terdiri daripada penduduk sekitar dan luar kawasan. Hal ini disebabkan promosi telah dilakukan

oleh pihak syarikat . Begitujuga perancangan mengadakan JML Delivery terus kepada pengguna turut menarik lebih ramai mengenali dan meminati keluaran Koperasi JML. iii. Cabaran dan masalah yang dihadapi Pemasalahan yang dihadapi dalam perniagaan laksa ini adalah memerlukan modal yang besar, lebih-lebih lagi pada masa kini segala bahan-bahan mentah meningkat harganya. Di samping itu, kami juga menghadapi proses pemasaran yang sukar.Malah, peralatan yang digunakan juga ketinggalan dan tidak produktf. Seterusnya masa proses yang lama dan

bilangan pekerja tidak mencukupi. Begitu juga, persaingan dengan perusahaan laksa lain yang berhampiran. iv. Perancangan masa hadapan Perusahaan Koperasi JML merancang untuk meningkatkan teknologi pengeluaran laksa dengan menggunakan mesin yang lebih baik. Malahan , cuba meningkatkan kualiti produk laksa syarikatnya. Pihak syarikat jugamemulakan perusahaan pemeprosesan mee dan kuay tiau bagi pasaran di Lembah Klang untuk menambahkan pengeluaran koperasi JML .

You might also like