Contoh Piagam Pelanggan Ubk

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PIAGAM PELANGGAN Setiap klien akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa dan bersopan santun tanpa

mengira umur, jantina, kaum atau darjat. Setiap klien akan dibantu dengan perkhidmatan sewajarnya, berkualiti dan professional. Setiap klien akan memerlukan bantuan khusus yang tidak terdapat di sekolah ini akan dirujuk kepada agensi atau pihak yang sesuai. Setiap klien akan diberikan penerangan yang jelas mengenai prosedur sesi kaunseling termasuk peranan klien dan risiko pilihan penyelesaian masalah. Setiap klien akan diberikan perkhidmatan sekurang-kurangnya satu sesi selama 30 minit atau bergantung kepada keperluan dan keselesaian klien.

VISI Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan B&K berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah. MISI De ngan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu dari aspek pengkayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri yang perlu dalam menghasilkan masyarakat MADANI melalui perkhidmatan B&K yang berkesan, beramanah berteraskan falsafah pendidikan Negara. FALSAFAH Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyelamat perkhidmatan bimbigan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh

You might also like