Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pergerakan Negara- Negara Berkecuali (NAM) 1.

Ditubuhkan dengan rami pada bulan September 1961, semasa kemuncak Perang Dingin 2. Ahli-ahli pertubuhan terdiri daripada Negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan. 3. Keanggotaan NAM 113 buah Negara dengan 16 buah negara lagi menjadi pemerhati dan 28 buah negara lagi menhadi tetamu jemputan. 4. Matlamat mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok barat atau blok komunis. 5. Malaysia mmenyertai NAM pada tahun 1970, selepas pertukaran dasar luar Malaysia daripada pro-Barat dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara. 6. Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal Prinsip perjuangan sesebuah negara NAM Menghormati kedaulatan sesebuah negara Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman Menghormati hak asasi manusia 1. Pada Sidang Kemuncak Ketujuh NAM di New Delhi tahun 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara sedang membangun. 2. Antaranya:
Usul Malaysia dalam NAM ke-7

Isu Palestin

Kerjasama ekonomi

Isu benua Afrika

3. Pada Sidang Kemuncak NAM Kelapan di Harare (Zimbabwe), Malaysia telah mengemukakan cadangan bagi menghapuskan Dasar Aparteid di Afrika Selatan. 4. Pada tahun 1989, Malaysia diberi penghormatan apabila dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia. 5. Malaysia jiga dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu-isu kerjasama politik negara anggota.

6. Pada tahun 2003, Malaysia telah diberi penghormatan manjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke- 13. a) Sidang ini mencatatkan penyertaan tertinggi dangan kehadiran 63 negara ahli, iaitu 31 ketua negara dan 32 ketua kerajaan. b) Berjaya mendaftaerkan dua negara baru, iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina. c) Sidang ini Berjaya menganjurkan mesyuarat tidak rasmi OIC. d) Deklarasi Kuala Lumpur telah menekankan untuk menghidupkan semula NAM. e) Pernyataan bersama tentang isu kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq telah dikeluarkan.

Negara-Negara Selatan 1. Negara-negara selatan juga dikenali sebagai Negara- negara Dunia Ketiga. 2. 2. Kebanyakan negara ini mempunyai persamaan sama ada segi latar belakang ekonominya ataupun pernah dijajah oleh kuaa Barat. 3. Negara-negara ini juga masih bergantung pada negara maju dalam pemasaran bahan mentahnya. 4. Pergantungan ini disebabkan Negara-negara Selatan tidak mempunyai kepakaran dan modal memproses bahan mentah untuk menjadi barangan siap. 5. Akibat pergantungan ini telah membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil, iaitu seperti kawalan terhadap harga bahan mentah dan pengenaan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan. 6. Malamat Negara-negara Selatan ialah: Untuk mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah
Matlamat Negaranegara Selatan

Untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara maju.

7. Malaysia memainkan peranan penting dalam penubuhan Suruhanjaya SelatanSelatan kerana idea penubuhan suruhanjaya tersebut adalah daripada Tun Dr. Mahatir bin Mohamad, Iaitu semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe pada tahun 1987. 8. Berikutan dengan itu, pada tahu 1989 Kumpulan 15 atau G15 telah ditubuhkan. 9. Sidang Kemuncak G15 yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990.

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

1. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah ditubuhkan pada tahun 1971 daripada cetusan idea Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman. 2. Ibu pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi dan keahliannya terdiri daripada 57 buah negara dan tiga buah negara lagi sebagai pemerhati. 3. Matlamat utama penubuhan OIC: a) Untuk mengeratkan hubungan sesame negara Islam dalam segala bidang. b) Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam c) Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam. d) Bersama-sama memastikan tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari. 4. Antara peranan yang dimainkan oleh OIC ialah: a) Memberi bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah sepeti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan. b) Memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad. c) Menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara-negara anggota.

Tunku Abdul Rahman diberi penghormatan menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama

Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq

Memberi biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara-negara Islam pada tahun 2002.

Peranan Malaysia dalam OIC

Memberi sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel. Mengesyorkan penggunaan mata wang dinar di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain

Pernah menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003

5. Selain itu, Malaysia juga memperoleh faedah lain apabila menyertai OIC, iaitu dengan mendapat beberapa pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. 6. OIC juga telah menyumbangkan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 7. Malaysia juga mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota OIC yang lain kerana amat serius dalam memperjuangkan hak serta kebajikan negara-negara Islam.

You might also like