Sejarah Pengasas SMK Dato Mahmud Paduka Raja

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEJARAH PENGASAS SMK DATO MAHMUD PADUKA RAJA (1)

NAMA sebenar, Dato Haji Nik Mahmud bin Haji Nik Ismail. Beliau dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, pada tahun 1880 masihi iaitu dalam keluarga kenamaan. Pada masa kecil atau zaman kanak-kanak beliau menuntut pelajaran Melayu dan agama di Kota Bharu. Beliau menerima pendidikan awal dari ayahandanya yang merupakan seorang guru agama pada zaman itu. Haji Nik Mahmud pernah menuntut ilmu dengan Tok Kenali iaitu salah seorang tokoh agama yang terkenal di Kelantan. Selepas itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Mekah, Mesir dan ke beberapa buah negeri di Timur Tengah. Sekembalinya dari Mekah, beliau bekerja sebagai kerani di pejabat Balai Besar, Kota Bharu pada tahun 1908. Beliau juga merupakan seorang cendikiawan negeri yang berjiwa mulia kerana khidmatnya yang jujur dan penuh taat setia, beliau dikurniakan pangkat Dato Bentara Setia. Setelah Menteri Besar Kelantan pada masa itu meninggal dunia beliau dilantik menjadi Menteri Besar serta digelarkan Dato' Perdana Menteri Paduka Raja, serta diiringi dengan beberapa kurniaan Bintang Kebesaran Negeri Kelantan seperti Bintang Darjah Seri Mahkota Kelantan. Dato Haji Nik Mahmud bukan saja terkenal sebagai pegawai pentadbir yang cekap malahan beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu yang masih kekal sehinga ke hari ini. Setelah beliau menjadi Menteri Besar tanggungjawab yang dipikul terhadap negeri dan rakyat bertambah besar tetapi beliau dengan menggunakan segala kebijaksanaannya telah berjaya mengatasi segala kesulitan setiap masalah yang dihadapi. Beliau telah berkhidmat dalam jawatan kerajaan Kelantan selama 38 tahun iaitu daripada pemerintahan Almarhum Al Sultan Muhammad (IV). Al-Marhum Sultan Ismail sehingga Al-Marhum DYMM Al-Sultan Ibrahim. Dalam hidup berkeluarga, beliau dikurniakan oleh Allah seramai tiga orang anak. Antaranya ialah Tan Sri Nik Ahmad Kamil iaitu bekas ahli Parlimen Kota Bharu Hilir yang juga bekas Menteri Besar Kelantan dan Dato Nik Mustapha Fadzil (Dato Sri Amar Diraja) bekas Dato' Maharaja Lela,istana negeri Kuala Lumpur Ketokohan Haji Nik Mahmud pada masa hayatnya telah membawa banyak perubahan dan kemajuan pemikiran orang-orang Melayu di negeri Kelantan ini. Beliau banyak menyalurkan ilmu, pendapat dan idea-idea ini melalui bidang penulisan. Di antara buku-buku beliau yang terkenal ialah Kitab Pati Rahsia dan Tajuk Kemuliaan Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1964 di rumahnya di Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, sewaktu berusia 84 tahun. Beliau mempakan anak watan Kelantan yang telah banyak berjasa kepada negeri ini dan tercatat di dalam sejarah negeri Kelantan Darul Nairn. Pada 7 hb. April 1968 sebagai mengenangkan jasa-jasanya yang besar kepada negeri Cik Siti Wan Kembang ini, namanya telah diabadikan kepada sebuah sekolah menengah terbesar di jajahan Tanah Merah iaitu Sekolah Menengah Dato Mahmud Paduka Raja Tanah Merah yang kini berdiri megah di Tanah Merah sebagai sebuah institusi pendidikan yang penting di jajahan ini

Antara Jasa Haji Nik Mahmud 1. Menyedarkan rakyat supaya berlumba-lumba mengejar kemajuan pelajaran serta ilmu pengetahuan yang tinggi. 2. Menaja dan mendirikan perbadanan yang bergelar Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam tahun 1915. Badan ini menguruskan pelajaran Bahasa Melayu Arab dan Inggeris. 3. Menghapuskan sistem pengambilan bangsa asing ke dalam Pasukan Polis Kelantan (Kelantan Military Police) dan dikhaskan kepada orang-orang Melayu anak-anak negeri sahaja. 4. 5. Menaja dan mengasaskan Masjid Besar Muhammadiah, Kota Bharu.

Membuka jajahan baru dan membesarkan jajahan yang sedia ada di Kelantan.

6. Mengarang buku-buku, di antaranya Benih Agama, Kitab Pati Bahasa dan Kitab Perbendaharaan Mastika. 7. Membina masjid-masjid dan mendirikan sekolah-sekolah dalam jajahan di Kelantan

You might also like