Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

NIAT MURAQABAH

1. Niat Muraqabah Ahadiyyat - Daerah Imkan "Limpahan Faidhz Rahmat Ilahi yang berasal dari Zat Maha Kekal yang terhimpun segala sifat kesempurnaan dan suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan, yang tidak setanding dengan apa yang diciptakan. Limpahan Faidhz Ilahi ini datang pada Latifah Qalbku dengan kehormatan Para Masyaikh Kibar Naqshbandiyah Mujaddidiyah hubungkanlah!"

2. Niat Muraqabah Tajalliyyat Af'aliyyahnLatifah Qalb Daerah Imkan Hendaklah membayangkan bahawa Latifah Qalb diri sedang berhadapan dengan Latifah Qalb Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah kemudian dengan suara batin di dalam hati ucapkan lafaz niat, "Latifah Qalbku bertawajjuh kepada Latifah Qalb Mubarak Hadhrat Nabi Muhammad Raulullah. Ya Allah, limpahan Faidhz Tajalliyat Af'aliyyah yang berasal dari Latifah Qalb Mubarak Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah pada Latifah Qalb Hadhrat Nabi Adam , mohon dilimpahkan dengan kehormatan Para Masyaikh Besar Piran Kibar Naqshbandiyyah Mujaddidiyyah hubungkanlah kepada Latifah Qalbku." 3. Niat Muraqabah Tajalliyyat Sifat Tsubutiyyah Latifah Ruh Daerah Imkan Hendaklah membayangkan bahawa Latifah Ruh diri sedang berhadapan dengan Latifah Ruh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah kemudian dengan suara batin di dalam hati ucapkanlah lafaz niat, "Latifah Ruhku bertawajjuh kepada Latifah Ruh Mubarak Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah .Ya Allah, limpahan Faidhz Tajalliyat Sifat Tsubutiyah yang berasal dari Latifah Ruh Mubarak Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah pada Latifah Ruh Hadhrat Nabi Nuh dan Hadhrat Nabi Ibrahim , mohon dilimpahkan dengan kehormatan Para Masyaikh Besar Piran Kibar Naqshbandiyah Mujaddidiyah, hubungkanlah kepada Latifah Ruhku." 4. Niat Muraqabah Tajalliyyat Shuyun Zatiyyah Latifah Sirr Daerah Imkan Hendaklah membayangkan bahawa Latifah Sirr diri sedang berhadapan dengan Latifah Sirr Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah , kemudian dengan suara batin di dalam hati ucapkanlah lafaz niat, "Latifah Sirrku bertawajjuh kepada Latifah Sirr Mubarak Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah. Ya Allah, limpahan Faidhz Tajalliyat Shuyun Zatiyyah yang berasal dari Latifah Sirr Mubarak Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah pada Latifah Sirr Hadhrat Nabi Musa , mohon dilimpahkan dengan kehormatan Para Masyaikh Piran Kibar Naqshbandiyah Mujaddidiyah , hubungkanlah kepada Latifah Sirrku."

5. Niat Muraqabah Tajalliyyat Sifat Salbiyyah Latifah Khafi Daerah Imkan Hendaklah membayangkan bahawa Latifah Khafi diri sedang berhadapan dengan Latifah Khafi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah, kemudian dengan suara batin di dalam hati ucapkan lafaz niat, "Latifah Khafiku bertawajjuh kepada Latifah Khafi Mubarak Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah. Ya Allah, limpahan Faidhz Tajalliyat Sifat Salbiyyah yang berasal dari latifah Khafi Mubarak Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah pada Latifah Khafi hadhrat Nabi 'Isa , mohon dilimpahkan dengan kehormatan sekelian Para Masyaikh Piran Kibar Naqshbandiyah Mujaddidiyah, hubungkanlah kepada Latifah Khafiku." 6. Niat Muraqabah Tajalliyyat Shan Jami' Latifah Akhfa Daerah Imkan Hendaklah membayangkan bahawa Latifah Akhfa diri sedang berhadapan dengan Latifah Akhfa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah , kemudian dengan suara batin di dalam hati ucapkan lafaz niat, "Latifah Akhfaku bertawajjuh kepada Latifah Akhfa Mubarak Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah _. Ya Allah, limpahan Faidhz Tajalliyat Shan Jami' pada Latifah Akhfa Mubarak Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah, mohon dilimpahkan dengan kehormatan sekelian Para Masyaikh Piran Kibar Naqshbandiyah Mujaddidiyah, hubungkanlah kepada Latifah Akhfaku." 7. Niat Muraqabah Ma'iyyat Wilayat Sughra Merenungkan makna dari ayat Al-Quran yang diberkati: Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dia bersemayam di atas Arash, Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naikkepadaNya, dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada, dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. [57:4] "Wa Huwa Ma'akum Aynama Kuntum" yang bererti "Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada". Dengan suara batin di dalam hati ucapkan niat, "Limpahan Faidhz datang kepadaku dari Zat yang beserta denganku dan beserta dengan sekelian zarrah dari zarrah-zarrah Kainat beserta segala Shan TindakanNya, bahawa hanya Dialah Zat Subhanahu Wa Ta'ala yang dikehendaki. Mansha sumber Limpahan Faidhz adalah dari Daerah Wilayat Sughra iaitu Wilayat Para Awliya 'Izham dan merupakan Bayangan Asma dan Sifat Muqaddasah. Mawrid jatuhnya Limpahan Faidhz adalah pada Latifah Qalb daku, dengan kehormatan Para Piran Kibar Naqshbandiyah Mujaddidiyah , hubungkanlah."

8. Niat Muraqabah Aqrabiyyat Daerah Ula Wilayat Kubra. [Wilayat Kubra terkandung tiga Daerah dan satu Qaus] Merenungkan pengertian makna dari ayat Al- Quran yang diberkati: "Wa Nahnu Aqrabu Ilaihi Min Hablil Warid", yang bererti "Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya sendiri". Seterusnya, dengan suara batin di dalam hati ucapkanlah lafaz niat seperti berikut, "Limpahan Faidhz datang melimpahiku yang berasal dari Zat Yang Maha Dekat padaku bahkan lebih dekat dari urat nyawaku sendiri, dengan segala keadaan KesempurnaanNya bahawa hanya Dialah Zat Haqq yang dikehendaki. Mawrid Limpahan Faidhz ini datang melimpah kepada Latifah Nafs dan Lima Lataif Alam Amar daku dari Mansha Limpahan Faidhz Daerah Pertama Wilayat Kubra yang merupakan Wilayat Para Nabi Besar dan asal bagi Daerah Wilayat Sughra, dengan kehormatan Para Piran Kibar Naqshbandiyah Mujaddidiyah, hubungkanlah." 9. Niat Muraqabah Aqrabiyyat Daerah Tsaniah Wilayat Kubra Merenungkan makna dari ayat Al-Quran yang diberkati, Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa diantara kamu yang murtad dari Agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah_ mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang Kafir, yang berjihad di Jalan Allah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui. [5:54] "Yuhibbuhum Wa Yuhibbunahu" bahawa "Dia mencintai mereka dan mereka mencintaiNya". Dengan suara batin di dalam hati ucapkan niat, "Limpahan Faidhz datang melimpahiku yang berasal dari Zat Abadi bahawa Dia adalah sebagai Temanku dan daku adalah sebagai temanNya. Mansha Limpahan Faidhz ini datang melimpah dari Daerah Kedua Wilayat Kubra yang merupakan Wilayat Para Nabi Besar dan Asal bagi Daerah Pertama Wilayat Kubra, Mawrid Limpahan Faidhz adalah kepada Latifah Nafs daku, dengan kehormatan Para Masyaikh Piran Kibar Naqshbandiyah Mujaddidiyah 10. Niat Muraqabah Aqrabiyyat Daerah Tsalitsah Wilayat Kubra Merenungkan makna dari ayat Al-Quran yang diberkati, Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari Agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang Kafir, yang berjihad di Jalan Allah dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui. [5:54]

"Yuhibbuhum Wa Yuhibbunahu" bahawa "Dia mencintai mereka dan mereka mencintaiNya". Dengan suara batin di dalam hati ucapkan niat, "Limpahan Faidhz datang melimpahiku yang berasal dari Zat Abadi bahawa Dia adalah sebagai Temanku dan daku adalah sebagai temanNya. Mansha Limpahan Faidhz ini datang melimpah dari Daerah Ketiga Wilayat Kubra yang merupakan Wilayat Para Nabi 'Alaihimussalam dan Asal bagi Daerah Kedua Wilayat Kubra, Mawrid Limpahan Faidhz adalah kepada Latifah Nafs daku, dengan kehormatan Para Masyaikh Piran Kibar Naqshbandiyah Mujaddidiyah , hubungkanlah!" 11. Niat Muraqabah Aqrabiyyat Daerah Qaus Wilayat Kubra Merenungkan makna dari ayat Al-Quran yang diberkati, Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari Agamanya, maka kelak Allah _ akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang Kafir, yang berjihad di Jalan Allah _ dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah _ Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui. [5:54] "Yuhibbuhum Wa Yuhibbunahu" bahawa "Dia mencintai mereka dan mereka mencintaiNya". Dengan suara batin di dalam hati ucapkan niat, "Limpahan Faidhz datang melimpahiku yang berasal dari Zat Abadi bahawa Dia adalah sebagai Temanku dan daku adalah sebagai temanNya. Mansha Limpahan Faidhz ini datang melimpah dari Qaus Wilayat Kubra yang merupakan Asal bagi Daerah Ketiga Wilayat Kubra, Mawrid Limpahan Faidhz adalah kepada Latifah Nafs daku, dengan kehormatan Para Masyaikh Piran Kibar Naqshbandiyah Mujaddidiyah , hubungkanlah!"

12. MURAQABAH ISIM AZ-ZAHIR Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat yang bernama Az-Zahir sedang terlimpah pada Latifah Nafs dan kelima-lima Lataif Alam Amarku.

13. MURAQABAH ISIM AL-BATIN Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat yang bernama Al-Batin terlimpah pada 3 anasirku yakni api, air, dan angin kecuali tanah.

14. MURAQABAH KAMALAT NUBUWAT Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat Mahadhz ( Zat yang semata-mata) iaitu Mansha Kamalat Nubuwat sedang terlimpah pada Latifah unsur Tanahku.

15. MURAQABAH KAMALAT RISALAT Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat Mahadhz yang menjadi mansha Kamalat Risalat sedang terlimpah pada Haiat Wahdani ku. 16. MURAQABAH KAMALAT ULUL AZMI Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat Bahat yang menjadi mansha Kamalat Ulul Azmi sedang terlimpah pada Haiat Wahdani ku. 17. MURAQABAH HAQIQAT KAABAH Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat Wajibal Wujud yang kepadanya seluruh mumkinat bersujud iaitu Hakikat Kaabah Rabbani sedang terlimpah pada Haiat Wahdani ku. 18. MURAQABAH HAQIQAT QURAN Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat tanpa missal yang sempurna keluasannya lagi tanpa bagaimana yang merupakan mansha Haqiqat Quran Majid sedang terlimpah pada Haiat Wahdani ku. 19. MURAQABAH HAQIQAT SOLAT Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat tanpa missal yang dan sempurna keluasannya lagi tanpa bagaimana yang merupakan mansha Haqiqat Solat sedang terlimpah pada Haiat Wahdani ku. 20. MURAQABAH MABUDIYAT SIRFAH Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat Mahadhz yang merupakan mansha Mabudiyat Sirfah sedang terlimpah pada Haiat Wahdani ku. 21. MURAQABAH HAQIQAT IBRAHIM Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat yang merupakan Haqiqat Ibrahimi sedang terlimpah pada Haiat Wahdani ku. 22. MURAQABAH HAQIQAT MUSA Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat yang merupakan Haqiqat Musawi terlimpah pada Haiat Wahdani ku.

sedang

23. MURAQABAH HAQIQAT MUHAMMAD Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat yang dirinya adalah Muhib dan dirinya adalah Mahbub dan Mansha Haqiqat Muhammadi sedang terlimpah pada Haiat Wahdani ku.

24. MURAQABAH HAQIQAT AHMAD Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat yang merupakan mansha Haqiqat Ahmadi sedang terlimpah pada Haiat Wahdani ku.

25. MURAQABAH HAQIQAT HUBBU SIRFAH Niatnya: Limpahan Faidhz dari Hadrat Zat yang merupakan ansha Hubbu Sirfah sedang terlimpah pada Haiat Wahdani ku. 26. MURAQABAH LA TAYYUN Niatnya: Limpahan Faidhz dari Zat Bahat yang merupakan mansha Faidhz Daerah La Tayyun sedang terlimpah pada Haiat Wahdani ku.

MURAQABAH AL KUBRA
Faqir Haqir Khaek Buzurgan La Shaik Miskin Yusoff Mat Hassan al-mujaddidi
2 mei 2012 gua musang kelantan

NAQSHABANDI YYAH MUJADDIDIYA H

You might also like