Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Hasil Kajian

1.MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN Produk tempatan berasaskan makanan telah banyak dipasarkan sehingga pasaran dunia.Saya memilih kerepok lekor sebagai bahan kajian saya untuk menyiapkan kerja kursus saya ini.Kerepok adalah salah satu produk tempatan yang sangat dikenali di pantai timur semenanjung Malaysia. Saya pergi bertemu ramah dengan Zuhaidi Abdul Ghani iaitu pengusaha kerepok dan satar. Kedai beliau terletak di Sebelah YB Timber Kg.Chendor,Jalan KemamanKuatan,26080 Kuatan,Pahang.

2.LATAR BELAKANG Encik Zuhaidi memulakan kerjayanya sebagai usahawan nya sebgai penjual kerepok dan satar bermula pada tahun 2004.Menurut Encik Zuhaidi,beliau menumbuhkan kedai itu dengan modal nya sendiri.Dengan simpanan yang banyak itulah beliau memulakan kerjaya nya dengan membina sebuah kedai di Chendor. Keistimewaan kerepok di kedai Encik Zuhaidi ialah siap untuk digoreng untuk disimpan dalam jangka masa yang lama dan untuk dijadikan buah tangan.Selain itu,mereka juga telah menyediakan kerepok yang telah digoreng dan sesuai untuk orang berjalan jauh.

3.KAEDAH PENGHASILAN Encik Zuhaidi mempunyai 4 orang pekerja termasuklah adiknya Puan Zaleha. Bahanbahannya adalah ikan untuk dijadikan kerepok,sagu bagi mengranggupkan lagi kerepok apabila digoreng,garam bagi menambahkan rasa,perasa bagi menyedapkan kerepok dan akhir sekali ialah air batu untuk memberi kerepok itu tahan lebih lama.Bahan yang penting bagi menyediakan kerepok lekor ialah mesin pengisar yang dicipta bagi menyenangkan untuk menghasilkan kerepok lekor dalam kuantiti yang banyak. Panghasilan kerepok lekor di kedai beliau ialah mereka memulakan dengan membuang dahulu tulang ikan dan kemudian nya dimasukan kedalam mesin pengisar.Selepas dikisar,adunan tadi akan dimasukan dengan air batu,sagu,garam dan perasa.Panghasilan ini akan bertambah ketika cuti sekolah kerana pengunjung ketika itu ramai.

4.PERKEMBANGAN PRODUK Menurut Encik Zuhaidi,beliau hanya memasarkan produk beliau melalui rakan-rakan sahaja dan tidak bergantung mana-mana pihak.Beliau bersyukur walaupun hanya melalui rakan-rakan kedai beliau dapat sambutan daripada ramai pengunjung. Beliau juga pernah mengatakan akan masalah beliau tentang mengurus kerepok lekor.Masalah utama ialah kondusi ikan yang dibeli kadang kala nya hanyir dan tidak sesuai untuk digunakan dalam penghasilan kerepok lekor.Selain itu,kuantiti ikan yang sukar untuk didapatkan ketika musim hujan bermula. Harapan beliau bagi memajukan kedai beliau dan memertabatkan produk tempatan iaitu kerepok ialah dengan memohon bantuan kewangan dan mengenalkan produk ini kepada semua status masyarakat pada masa kini.

You might also like