Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

GEJALA PONTENG SEKOLAH

Persada Pendidikan Tanah Air pada waktu ini dihangatkan dengan isu Pelajar Ponteng , Sebenarnya isu Pelajar Ponteng ini bukan isu baru sebenarnya ia sudah berlaku sejak bertahun-tahun dulu tetapi dulu tidaklah seburuk Pencegahan kajian sekarang. Jenayah Kementerian Malaysia dan Pelajaran dengan kerjasama Yayasan Universiti Malaya akan menjalankan terperinci mengenai masalah ponteng sekolah, kata Timbalan Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata isu ponteng sekolah masih menjadi penyumbang terbesar kepada masalah disiplin pelajar. Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, di sini Wee berkata, kajian yang dijangka mengambil masa enam bulan itu akan berusaha mengenalpasti punca sebenar ponteng sekolah. Beliau berkata, jumlah murid yang terlibat dengan masalah disiplin pada tahun lepas didapati telah menurun kepada 2.05 peratus daripada 2.06 peratus pada 2010. Kadar purata salah laku disiplin murid yang direkodkan oleh pihak kementerian dalam tempoh lima tahun (2007 hingga 2011) adalah pada kadar 2.07 peratus setahun. Sementara itu, Wee berkata pelaporan dan tindakan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) 1:3:7 akan dilaksana bagi menyelesaikan sebarang kes disiplin sekolah dalam masa tujuh hari saja. Wee berkata melalui prosedur itu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah perlu menyelesaikan sesuatu masalah dalam tempoh yang ditetapkan. Katanya, menerusi prosedur tersebut sesuatu masalah disiplin yang berlaku dalam sekolah mesti dilaporkan kepada pihak kementerian dalam masa satu hari. Surat arahan untuk pematuhan SOP ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat, kata beliau. Beliau berkata,

prosedur tersebut secara tidak langsung tidak akan memberi ruang kepada pihak sekolah untuk menyembunyikan sebarang kes disiplin. Wee berkata Bilik Gerakan Disiplin akan diwujudkan di peringkat kementerian dan JPN untuk proses analisis dan tindakan terhadap sebarang masalah disiplin pada setiap minggu BERNAMA. Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berbentuk formal dimana ia boleh membentuk pemikiran, tingkahlaku dan sikap murid-murid bagi melahirkan generasi yang seimbang baik dari segi mental dan rohani (Mohd Salleh Lebar, 1997). Selain itu, sekolah juga akan berperanan membentuk pola budaya generasi pada masa akan datang. Ini kerana sekolah merupakan wadah pendidikan yang sentiasa berusaha untuk memperkembang potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta dapat memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Semua pelaksanaan pendidikan yang mencakupi bidang kurikulum, kokurikulum, khidmat tolong bantu, profesionalisme guru, pengurusan tenaga kerja, kebajikan disiplin pelajar serta yang berkaitan adalah berpusat kepada institusi pendidikan. Untuk merealisasikan harapan, cita cita dan matlamat negara iaitu untuk membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral, institusi pendidikan perlu menyediakan landasan disiplin yang berkesan kepada pelajar kerana pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif dikalangan pelajar sekolah. Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. Jika dilihat antara idealisme masa depan negara dengan realiti masa kini, wujudnya jurang yang besar di mana jumlah kes jenayah dikalangan pelajar kita pada hari ini yang bakal menerajui negara kita adalah semakin meningkat. Nampaknya semakin maju dan membangun negara kita, semakin luntur pula nilai moral masyarakat.

Justeru itu, dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek raksasa agar negara kita seiring dengan era ledakan informasi dan pembangunan industrialisasi yang mantap, kita seharusnya tidak meminggirkan projek raksasa dalam pembinaan insan. Secara umum, kita mengetahui bahawa persekolahan, pembelajaran dan pendidikan adalah rangkaian gerak kerja yang tidak boleh dipisahkan. Menurut Hussein Hj Ahmad (1993) peranan sistem persekolahan sehingga akhir tahun 1980-an bermotifkan 3 perkara utama, Pertama pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara, kedua pendidikan sebagai asas perpaduan kaum, ketiga pendidikan adalah untuk pembinaan displin dikalangan rakyat berbilang kaum. Pada masa ini masalah displin pelajar peraturansekolah seperti ponteng, merokok, dikatakan semakin meruncing melawan guru dan

bilamanaterdapat banyak laporan mengenai para pelajar yang seringkali melanggar vandalisme, sebagainya. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar seramai 2,332 pelajar dibuang sekolah diseluruh negara dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini kerana pelbagai kesalahan displin, dan dalam tempoh yang sama 3,184 lagi pelajar digantung sekolah ( Harian Metro : 30 Julai 2006 ). Sejak Januari hingga Mei 2005, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima 31 aduan adalah mengenai disiplin murid. Daripada 31 aduan ini, 30 telah selesai dan telah diambil tindakan. Hanya satu yang masih belum diambil tindakan kerana turut melibatkan siasatan pihak polis. Sejak Januari hingga Mei 2005 juga, KPM telah melakukan pemantauan disiplin di 1,366 buah sekolah di seluruh negara. Jumlah ini merangkumi 718 sekolah rendah dan 648 buah sekolah menengah. Pemantauan ini dilakukan bagi memastikan pihak sekolah mengambil langkah yang telah disarankan bagi mengatasi masalah salah laku disiplin di kalangan murid mereka (Berita Harian : 20 Mei 2003). Di antara masalah dan isu yang mendapat perhatian hangat pada masa sekarang ialah masalah ponteng dikalangan pelajar. Masalah ponteng adalah satu fenomena yang tidak dapat diketepikan dalam sistem pendidikan negara. Laporan salahlaku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salah laku yang tertinggi peratusan penglibatan dikalangan pelajar ( Surat pekeliling Ikhtisas Bil 6 / 1995 ) . Menurut Ismail (1980), perbuatan ponteng bukan

masalah baru. Ia penyakit lama yang masih wujud di sekolah. Ia telah berlaku sejak masyarakat mula mengenal alam persekolahan. Masalah ponteng sekolah boleh memberi kesan kepada masalah masalah disiplin yang lainnya dan ia adalah petanda awal seseorang pelajar sebelum terbabit dalam masalah disiplin yang lebih serius. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir, isu ponteng sekolah kini berada pada tahap yang kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia penuh masalah (Utusan Malaysia: 17 Oktober 2005). Jika tidak dikawal, gejala ponteng akan terus menjadi satu fenomena yang biasa dikalangan pelajar dan kemungkinan gejala ini akan terus member kesan yang lebih buruk kepada pelajar, masyarakat dan negara. Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah. Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian. Dalam kajian yang dijalankan oleh Letchumy (2005), beliau berpendapat bahawa ponteng juga akan mendorong kepada pembentukan peribadi pelajar yang suka menipu, berpeleseran, penglibatan dalam pergaulan bebas dan sebagainya. Keadaan ini akan membawa kepada kemerosotan disiplin pelajar dan juga pelajaran mereka. Menurut Hamdan Bin Mis (1999) pula dalam kajiannya, gejala ponteng juga boleh menggagalkan sistem persekolahan dan memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar tidak hadir ke sekolah dan tidak menyertai segala aktiviti yang dilakukan oleh rakan, guru dan pihak sekolah. Contohnya, ponteng kelas.

Apabila pelajar tidak masuk ke kelas, mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah, tidak mendapat nota edaran daripada guru dan akan tercicir dari mengambil ujian dan peperiksaan. Ponteng daripada menjalani aktiviti kokurikulum yang dibuat oleh pihak sekolah juga akan menyebabkan pelajar tidak dapat menyertai rakan rakan mereka menyertai aktiviti di luar bilik darjah dan ini seterusnya akan mendedahkan pelajar tersebut kepada gejala negatif. Hal ini akan menyebabkan prestasi akademik pelajar itu merosot malahan dikhuatiri pelajar akan terjebak dalam salah laku yang lebih serius seperti merokok, membuli, mencuri dan sebagainya sehingga kadangkala akan mengakibatkan kecederaan kepada pelajar lain. Dan ini secara tidak langsung ia telah menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan kerana sekolah tidak lagi dianggap sebagai tempat yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran dan tempat untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah. Gejala ponteng ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh mewujudkan ancaman yang besar terhadap aset yang tidak ternilai itu. Dan lambat laun ia boleh meruntuhkan keagungan sistem pendidikan negara kerana tidak dapat melahirkan generasi yang berkualiti secara berterusan. Sungguhpun pelbagai langkah telah diambil, tetapi masalah ini masih berterusan dan semakin bertambah. Oleh itu, gejala ponteng harus ditangani dari semasa ke semasa kerana gejala ponteng memberi sumbangan kepada perbuatan salah laku yang lain juga. MENGAPA INI BERLAKU? Isu ponteng sekolah ini berlaku disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhi remaja pada masa kini untuk menghindar daripada menghadiri aktiviti pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah. Faktor-faktor yang memberikan impak yang sangat tinggi boleh dikategorikan kepada empat aspek utama iaitu faktor individu, faktor keluarga faktor sekolah dan faktor persekitaran.

Sebenarnya,

punca

utama

wujudnya

amalan

ponteng

sekolah

adalah

disebabkan oleh keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin di kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka. Selain itu, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktiviti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiran menjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anakanak tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak

efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan daripada ibu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mempengharuhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut. Selain daripada itu, terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh suasana persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses pembandaran. Pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan yang terlalu hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah. Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar (Tan , 2006). Dari aspek yang lain, pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan tentang gejala ganas dan kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala ponteng. Manakala kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin tahu serta desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh menjadi penyebab terjadinya masalah ponteng yang kian sukar dibendung lagi. Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada permasalahan ponteng dan mengganggu suasana pembelajaran. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar. Kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor utama yang mendorong para pelajar melakukan kegiatan ponteng. Dalam

kajian ini, penyelidik akan menyelidik menggunakan soal selidik bagi mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng iaitu faktor sikap pelajar, suasana sekolah, guru, rakan sebaya, keluarga dan media elektronik dengan pendapatan keluarga. BOLEHKAH MASALAH INI DIATASI? Masalah tingkah laku ponteng sekolah ini boleh diatasi melalui kemahiran kaunseling iaitu menggunakan terapi tingkah laku atau dikenali juga sebagai teori behavioris.Melalui prinsip penyesuaian Skinner iaitu peneguhan operan, personaliti seseorang itu terbentuk disebabkan oleh peneguhan-peneguhan. Disamping peneguhan utama, seperti makanan, air dan udara, peneguhan-peneguhan positif tertentu yang terlazim seperti wang ringgit dan pujian masyarakat, akan membantu membentuk personaliti.Maka, bagi masalah ponteng ini,peneguhan boleh dilakukan oleh pihak sekolah melalui pemberian penghargaan dan ganjaran yang setimpal kepada para pelajar yang tidak pernah ponteng sekolah sebagai motivasi atau galakan kepada mereka untuk meningkatkan kehadiran ke sekolah. Guru kaunseling berperanan menjadi penasihat kepada guru besar atau pengetua sekolah untuk mewujudkan suatu anugerah atau sijil kehadiran penuh bagi pelajar-pelajar yang dapat menghadirkan diri ke sekolah untuk setahun. Majlis tersebut boleh diadakan bersamasama dengan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah.Hal ini secara tidak langsung telah memotivasikan mereka untuk tidak ponteng sekolah apabila melihat rakan-rakan lain mendapat penghargaan daripada sekolah. Selain itu, komponen ketiga dalam teori behavioris iaitu terapi tingkah laku kognitif menyatakan kita tidak dapat menjelaskan kejadian atau tingkah laku manusia dari perspektif ketingkahlakuan sahaja, tetapi kita juga perlu mengambil kira proses pemikiran. Proses pemikiran itu adalah proses kognitif.Maka guru kaunseling perlu mencadangkan kepada pihak sekolah dengan mempamerkan analisis pelajar ponteng secara individu untuk mendapatkan kesan psikologi di kalangan pelajar berkenaan khasnya dan pelajar-pelajar lain amnya. Pelajar yang telah dipamerkan namanya akan merasa malu dan berfikir untuk tidak ponteng sekolah lagi selepas nama mereka

dipamerkan. Bagi pelajar lain,kesan kognitif berlaku apabila melihat nama-nama rakan yang lain dipamerkan dan membuat diri mereka sedar bahawa jika ponteng nama mereka turut ditayangkan seperti yang berlaku. Pihak sekolah juga perlu mengambil langkah mengadakan perjumpaan dengan para waris pelajar ponteng untuk menuntut tanggungjawab mereka dan menerangkan implikasi tindakan cuai terhadap gejala ponteng ini. Ibubapa juga perlu sedar bahawa ponteng boleh mengakibatkan anak-anak mereka gagal dalam pelajaran.Proses kognitif ini juga boleh diaplikasikan kepada ibubapa dan penjaga bukan sahaja para pelajar.Seandainya perlu,pihak pentadbir dan kaunselor boleh juga membuat lawatan ke rumah pelajar yang berkenaan jika perlu.Pendekatan ini bertujuan untuk mendatangkan kesan psikologi kepada waris agar mereka lebih prihatin terhadap perkembangan anak mereka. Di dalam teori behavioris komponen kedua,pelaziman operan ada menyatakan Hukuman dan pelupusan (extinction) mengurangkan tingkah laku berulang. Hukuman ialah menambahkan rangsangan yang menyakitkan atau yang tidak selesa. Pelupusan ialah untuk mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak dikehendaki seperti menyampuk apabila orang tua bercakap. Untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak dikehendaki ini memadai dibiarkan sahaja atau tidak diberi sebarang respon pada orang yang menyampuk.Dalam hal ini, pihak sekolah boleh mengenakan hukuman dalam bentuk menyaring dan menyingkirkan pelajar ponteng yang telah melebihi bilangan hari ponteng yang dibenarkan oleh pekeliling kementerian.Tindakan pembuangan ini mesti mematuhi prosedur sedia ada dan surat pembuangan mesti ditandatangani oleh guru besar atau pengetua. Pihak sekolah juga boleh menggunakan pendekatan pesalah buang daerah dengan mengarahkan pelajar ponteng menandatangani pengesahan kehadiran mereka dengan pihak sekolah selama 20 hari berturut-turut tidak termasuk hari cuti.Pendekatan ini mungkin wajar bagi kes pelajar yang menipu waris.Mereka keluar dari rumah berpakaian uniform tetapi tidak ke sekolah.Mereka perlu dipaksa sebagai hukuman kerana kesalahan ponteng yang dilakukan.Selain itu teknik hukuman juga boleh dilakukan dengan menggiatkan usaha menghantar surat amaran setelah semua

prosedur dipenuhi termasuk jumlah hari,jenis ponteng dan kaedah menyampaikan surat berkenaan. Satu teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau pemberian hadiah.Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk benda seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau ditebus dengan barang-barang bernilai atau kemudahankemudahan tertentu. Bagi kes ponteng ini, guru kelas perlu bertindak lebih agresif dengan mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah ponteng ini dan mendekati dengan lebih rapat. Melalui penggunaan token hadiah,guru boleh membuat perjanjian dengan murid berkenaan jika dapat menghadirkan diri ke sekolah dalam masa sebulan dengan penuh maka akan mendapat token tertentu.Setelah bilangan token tersebut cukup,boleh ditukar dengan hadiah tertentu.Hal ini akan meningkat motivasi pelajar bermasalah berkenaan untuk menghadirkan diri ke sekolah. Kesimpulannya, pendekatan bimbingan dan kaunseling sangat berperanan dalam institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahupun Institut pengajian tinggi.Kemahiran bimbingan amat membantu pihak yang terbabit dalam menangani masalah-masalah yang berkaitan yang mana semakin hari semakin bertambah.

You might also like