Professional Documents
Culture Documents
Info Gasing
Info Gasing
Komponen
• Pertandingan Gasing
Kejohanan ini akan melibatkan 14 buah negeri di Malaysia dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
• Demonstrasi Permainan Gasing
Selain daripada Demonstrasi Gasing Uri, demonstrasi juga akan
melibatkan penyertaan Kumpulan Pemain Gasing Kaum Cina dan
Kumpulan Pemain Gasing Kaum India.
AKTIVITI SOKONGAN
• Persembahan Kesenian
Persembahan kesenian ini akan melibatkan persembahan kesenian
setempat seperti Baba Nyonya, Dondang Sayang dan sebagainya
terdapat juga artis jemputan bagi menarik khalayak.
Hanya asal usul permainan ini yang belum dapat dipastikan hingga ke hari
ini. Terdapat berbagai-bagai cerita yang berbeza tentang asal usul
permainan ini, mengikut daerah dan kampung. Ini menjadikan faktor
mengapa permainan gasing antara negeri berbeza antara satu dengan
yang lain.
Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah
berembang. Buah berembang yang mudah diperolehi di tepi-tepi pantai
berbentuk bulat, licin dan agak leper. Ia pula mudah dipusingkan dengan
tangan. Buah yang ligat dan lama pusingannya dikira menang. Bagi ahli
silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah
berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan
diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan
tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut ”gah”, yang bermakna
tegak dan kuat semasa berpusing. Daripada istilah inilah dikatakan
bermulanya permainan gasing.
Menurut seorang tua dari Kulim, Kedah. Permainan gasing berasal
daripada permainan ”laga telur” yang dimainkan oleh kanak-kanak.
Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan
melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan
dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya kerana
memusingkan dengan tangan kurang ligat dan pusinganya tidak tahan
lama.
FISIOLOGI GASING
Bentuk Gasing
Terdapat tiga asas bentuk asas gasing iaitu gasing telur, gasing jantung dan
berembang. Daripada bentuk-bentuk ini, pelbagai rekaan telah dicipta oleh
pemain gasing di seluruh Negara berdasarkan keperluan dan keligatan gasing
itu. Gasing telah diberikan nama berdasarkan sifatnya yang berbeza. Nama ini
kadangkala berlainan antara satu dengan yang lain biarpun sifat dan bentuknya
sama.
Tali Gasing
Tali gasing diperbuat daripada beberapa jenis benang, sama ada benang kapas,
nilon atau jerami daripda kulit kayu seperti kulit pokok. Panjang tali ini pula
berbeza mengikut bentuk tali dan gasing yang digunakan. Panjang tali yang
biasa digunakan biasanya mengikut negeri dan keselesaan pemain.
Paksi Gasing
Paksi gasing merupakan tapak utama pusingan sesebuah gasing. Sifat paksi ini
mestilah keras, kuat, tahan karat dan diperbuat daripada bahan logam. Kayu
kempas, cengal dan eranan bukan logam. Paksi juga mesti mampu menahan
beban geseran, tindakan kimia dan tidak mudah karat.
Terdapat banyak bentuk paksi gasing, ada yang pendek, membulat dan
sebagainya. Bentuk bentuk ini pula sesuai untuk tujuan tertentu. Bentuk pendek
dan membulat sesuai untuk memusing, terutama di gelanggang kering dan
berdebu. Paksi mestilah sesuai dengan keperluan gelanggan, pemain, bentuk
gasing, fungsi dan kemahiran pemain mengendalikan gasing.
Paksi Gasing
Temin
Turap
Labu
Labu ialah bahagian antara bahu dengan patak. Ia juga merupakan bahagian
lilitan. Di bahagian labu ini selalunya dipasangkan simpai sebagai langkah
mengelakkan gasing daripada pecah dan berfungsi sebagai pemberat gasing.
Bahu
Bahu gasing ialah bahagian yang terletak antara leher dengan labu gasing. Bahu
mmerupakan bahagian yang sering mengalami kecederaan kerana ia
merupakan sasaran pemangkah.
Leher
Leher gasing terletak di antara kepala dengan bahu gasing. Leher berfungsi
sebagai tempat menetapkan tali gasing semasa melilit tali.
Kepala
Kepala gasing sangat kecil. Ia dilindungi dengan menggunakan turap yang
terletak di bahagian atas gasing. Ada juga pemain yang menggantikan kepala
gasing ini dengan besi.
Patak
Patak gasing ialah bahagian bawah gasing iaitu bahagian labu ke bawah.
1. Gasing Begelen
Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper
Johor dan gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau
gelam tetapi telah disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga
terdapat di Sabah dan Brunei. Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh
digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan
untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja.
2. Gasing Toyol
Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering
mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang
digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah
bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah
dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain. Sekarang
pemain Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai
pengacau.
3. Gasing Tanjung
Gasing tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan
oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Fungsinya sebagai gasing pengacau dan
untuk memangkah. Di negeri Selangor gasing ini dinamakan gasing labu lemak.
Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.
4. Gasing Kuno
5. Gasing Pacitan
Gasing ini berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini hanya boleh diperoleh di kalangan
pemain Jawa dari Pacitan. Di Selangor pula, gasing ini banyak terdapat di
kawasan Lembah Kelang, tetapi disini mereka menamakannya gasing bunut.
Gasing jenis ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi,
mudah mencelah dan melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai
binaan yang kukuh dan agak melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di
Pahang, gasing jenis ini banyak didapati di Kuala Lipis, terutama di mukim –
mukim pedalaman di sepanjang Sungai Jelai.
Pada masa dahulu gasing jenis ini banyak terdapat di Johor, kini ia lebih mudah
di Selangor. Bentuk gasing ini tinggi sementara patak pula meruncing dan rata
dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang
menyambar dari atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.
7. Gasing Uri
Bentuk : Rendah / leper
Berat : 6 kg
Lilitan : 60m
Tinggi : 8 cm
Gasing jenis ini banyak terdapat di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja
dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai dengan menggunakan timah, besi,
atau plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk
memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.
Dipetik daripada ”Gasing Melayu” Ditulis oleh Yunos Pipet, cetakan pertama
tahun 1993, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Sumber : Unit Dokumentasi Bahagian Kebudayaan dan Kesenian.