Perbincangan Interaksi Exp1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERBINCANGAN Berdasarkan hasil yang diperolehi dalam kajian ini, didapati bakteria boleh hidup/berproliferasi dalam kedua-dua jenis

media dalam piring petri iaitu PDA dan NA. PDA(potato dextrose agar) , NA(nutrient agar).Manakala kulat hanya dapat diperhatikan hidup dalam media RBC (Rose bengal Chloramphenicol).Medium agar boleh terdapat dalam dua keadaan iaitu media yang mempunyai bahan-bahan kimia tertentu dan media agar yang terdapat bahan-bahan organik.Mikrob yang hidup dalam media tersebut akan membentuk kultur mikrob.Kultur asli diperolehi apabila hanya terdapat sejenis organisma yang wujud manakala populasi mikroorganisma yang pelbagai wujud dalam media tersebut adalah kultur campuran. Mikroorganisma boleh hidup dalam jenis-jenis media yang tertentu seperti PDA, NA dan RBC. Sebagai contoh, mikroorganisma seperti anaerobik yang hanya boleh hidup dalam media yang bebas daripada gas oksigen. Didapati kebanyakan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria lebih banyak didapati dalam tanah yang mempunyai tumbuhan yang berakar berbanding tanah yang tiada akar.Ini kerana struktur akar yang terdapat dalam tumbuhan kaya dengan sumber nutrien seperti gula, asid amino, vitamin dan asid organik yang diperlukan oleh mikroorganisma tersebut. Selain daripada itu, komuniti mikroorganisma juga didapati bahawa lebih banyak dalam tanah yang mempunyai tumbuhan kerana biasanya akar-akar tumbuhan akan merembeskan satu bahan yang akan menarik bakteria-bakteria baik dan tidak membahayakannya yang akan melindunginya daripada patogen-patogen yang membawa kesan negatif. Hal ini menjelaskan juga mekanisme pertahanan tumbuhan yang unik di bahagian tanah yang membawa kepada kawalan biologi. Kawasan tanah yang mempunyai akar juga mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Akar- akar yang telah reput akan menjadi sumber untuk mendapatkan nutrien bagi bakteriabakteria nekrotrofik. Ia akan menguraikan bahan-bahan reput dan seterusnya mendapatkan nutrien. Bakteria yang hidup dalam bahagian akar tumbuhan iaitu rhizosfera dikenali sebagai rhizobakteria. Rhizobakteria yang wujud akan membentuk hubungan simbiosis ataupun hidup secara bebas di dalam tanahdengan tumbuhan dan wujud dalam pelbagai jenis tumbuhan. Antara

komuniti rhizobakteria yang wujud dalam kawasan rhizosfera adalah terdiri daripada Streptomyces sp, Pseuodomonas sp dan Agrobacterium sp. Terdapat juga mikroorganisma lain yang wujud dalam rhizosfera seperti kulat dan protozoa. Koloni bakteria yang berjaya dipencilkan daripada tanah tersebut diceraap dengan pewarnaan Gram. Pewarnaan Gram dilakukan adalah bertujuan untuk membezakan koloni bakteria bakteria yang dipencilkan melalui morfologinya. Hasil cerapan daripada pewarnaan Gram terhadap koloni bakteria yang telah dipencilkan menunjukkan keputusan positif. Ia menunjukkan warna biru setelah diajalankan pewarnaan Gram. Hal ini berlaku kerana bakteria Gram-positif mempunyai lapisan dinding peptidoglikan yang lebih tebal. Oleh itu, ia akan menyerap warna kristal iodin-violet yang dikenakan ketikan pewarnaan. Keadaan dinding peptidoglikan yang tebal ini menyebabkan warna tersebut tidak luntur walaupun dikenakan dengan etanol. Menerusi kajian yang dijalankan juga, koloni kulat hanya dapat dipencilkan daripada tanah yang mempunyai tumbuhan. Hal ini menunjukkan bahawa, kawasan tanah yang mempunyai tumbuhan akan menjamin bekalan nutrien dan membolehkan koloni

mikroorganisma berproliferasi dengan baik. Sebagaimana dengan bakteria, kulat juga berproliferasi di kawasan berakar bagi mendapatkan nutrien serta menguraikan bahan-bahan reput bagi tujuan itu. Koloni kulat membentuk hubungan simbiosis dengan tumbuhan. Kulat dapat mengawal patogen-patogen yang membahayakan tumbuhan dengan merembeskan enzimnya. Selain itu, ia turut membolehkan bakteria yang membawa kebaikan kepada tumbuhan seperti Rhizobia dapat berpfoliferasi dengan baik. Rhizobia penting bagi pengikatan sumber nitrogen kepada tumbuhan. Semasa berlakunya pengurangan air di dalam tanah, hifa kulat akan terus membekalkan sumber air kepada tumbuhan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

You might also like