Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Cara Membuat Tugasan

Pengenalan
Erti maksud istilah kata (perkataan) tajuk Asal kata Variasi maksud dan perkembanganya Tesis Stement - Dapatkan berapa rujukan asas dan utama - Pelajari konsep yang berkaitan - Ketahui teori dan pendapat yang ada tentang tajuk
-

Intisari daripada definisi konsep Apa yang bakal dikeluarkan dalam isi (idea-idea)

ISI

Latarbelakang pertumbuhannya Perkembangan isi tajuk dan perubahannya Penerapan dalam amalan dan perlaksanaan Hasil dan kesanya
Fakta Bukti Contoh Huraian

Kesimpulan

Analisis pendapat-pendapat keseluruhan Nyatakan dapatan kajian daripada pembacaan Rumusan kesimpulan dan buah fikiran sendiri

Nota Kaki

Nota kaki yang digunakan dalam penulisan akademik bertujuan untuk memberi maklumat tentang asal-usul sumber yang telah dirujuk untuk menulis sesuatu esei atau latihan ilmiah. Walaupun terdapat pelbagai kaedah penulisan nota kaki tetapi kesemuanya mempunyai peranan yang khusus seperti di bawah:

Untuk memberi maklumat lengkap tentang sumber yang telah dijadikan bahan rujukan. Ia mungkin buku, majalah, tesis, makalah dan bahan dari internet.
Ianya juga termasuk nama penulis, judul buku, jurnal dan sebagainya, nama penerbit, tahun terbit, tempat terbit dan halaman

Untuk membuat rujukan silang, iaitu memaklumkan kepada pembaca bahawa perkara yang sama dibincangkan dalam halaman atau bab lain dalam buku yang sama.

Untuk memberi komen dan pandangan Untuk memberikan rujukan tambahan tentang isu yang dibincangkan dalam teks Untuk memindahkan petikan langsung dari bahagian teks ke bahagian catatan kaki. Ini dilakukan untuk mengelakkan gangguan penceritaan dalam teks

Stail Chicago

Nota kaki ditulis dengan nama penuh pengarang Bahan yang telah diterbitkan diitalik Diletakkan di bahagian bawah setiap halaman Disusun mengikut nombor Dimulai agak kedalam sedikit seperti paragraf Kebanyakan maklumat dalam nota kaki dipisahkan oleh koma Huruf pertama dalam setiap perkataan tajuk buku haruslah dieja dalam huruf besar, kecuali kata penghubung Nota kaki ditulis dalam langkau satu baris (single space) tetapi dalam teks adalah langkau dua baris Tidak perlu menggunakan singkatan op.cit dan loc. Cit Jika terdapat pengarang yang sama menulis dua buah buku, ringkaskan tajuk buku.

Contoh

Nama penulis Tajuk buku (diitalikkan) Tempat terbit (bandar) Nama penerbit Tahun terbit Halaman

Satu penulis Dua penulis

BUKU

Abdullah Zakaria Ghazali, Pasir Salak, Ipoh:Yayasan Perak, 1999, hlm. 2. Azhar Harun dan Nawi Abdullah, Metodologi Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial, Kuala Lumpur: Thomson Learning, 2004, hlm. 9. G.H., Nadel, P., Curtis dan P. Hall, Imperialism and Colonialism, London: The Macmillan Co., 1964, hlm. 5. Roll, E.et al., A History of Economic Thought, London: Faber and Faber Ltd., 1953, hlm. 4.

Tiga penulis

Lebih daripada Tiga penulis

Buku (Pengarang merupakan Penyunting)


Khoo Kay Kim (ed), Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm. 12.

Nama penulis tidak disebut


Meaning of Imperialism, London: Wonder Press, 1977, hlm. 3.

Seorang penulis yang menghasilkan beberapa jilid


C., Briton, et.al., A History of Civilization, Vol. 1: Prehistory to 1715, New Jersey: Prentice-Hall, Inc, 1967, hlm. 3.

Penulisan seseorang pemulis dalam sebuah buku yang diedit


Ahmad Kamal Arrifin, Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, dalam Jendela Masa, Ketua Editor, Mohammad Redzuan Othman et.al., Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya, 2001, hlm. 332.

Penyusun

T.H., Silcock, Penyusun, Reading in Malaysian Economics, Singapore:Donald Moore for Eastern Universities Press, 1960,hlm. 22.

Terjemah

Zulkifli Ahmad, Sejarah India, Terjemahan Ahmad Alias, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 3.

Suratkhabar
Masalah Pendatang Tanpa Izin, Utusan Malaysia, 12 Julai 2004, hlm.10.

Jurnal Akademik
Mardiana Nordin, Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis, Malaysia Dari Segi Sejarah, Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia, Bil.29, 2001, hlm. 45-65.

Laporan dan dokumen


Laporan Tahunan Universiti Malaya, Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya, 1990, hlm. 3.

Laporan Jawatankuasa
Malaya (Persekutuan), Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran Kebangsaan, Pengerusi: Abdul Rahman Haji Talib, Penyata, Kuala Lumpur:Pencetak Kerajaan, 1975, hlm. 3.

Latihan Ilmiah
Khoo Kay, The Beginning of Political Extremism in Malaya, 1915-1935, Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Sejarah: Universiti Malaya, 1974, hlm. 67.

Temuduga atau wawancara


Hassan Ibrahim, Ketua Kampung Peserai, Batu Pahat Johor, Wawancara, 20 September 2002.

Bahan internet

Nama pengarang dengan lengkap dan diikuti dengan koma Tajuk dokumen/ bahan dalam tanda kutipan Tajuk lengkap penerbitan (jika ia berkaitan) dalam italik dan diikuti oleh koma Tarikh penerbitan bahan yang diikuti dengan koma Alamat laman web dalam tanda kurung (<) Tarikh bahan diakses dalam kurungan Contoh: Tom Wilson, In The Beginning Was The Word:Social and Economic Factors in Scholary Electronic Communication, Kertas Kerja Elvira, 10 April 1995, <http:/www.shef.ac.uk/~is/wilson/publication/elvira. html>(23 Mei 2000)

You might also like