Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

PENGAMBILAN CALON LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA UNTUK BERKHIDMAT DI DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (menggunakan keputusan percubaan SPM tahun 2011) dan warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). SEKSYEN A SYARAT KELAYAKAN AM 2. Jantina. Lelaki dan Wanita. 3. Umur. 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 31 Mei 12. Calon-calon yang berumur di antara 17 tahun 6 bulan hingga 18 tahun perlu mendapat kebenaran dan kelulusan ibu-bapa/penjaga. 4. Fizikal. a. b. c. d. Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita). Berat minimum : 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita). Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 76sm. Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

5. Taraf Kesihatan. Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT - Forward Everywhere (FE). 6. Kriteria Pemilihan. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan. SEKSYEN B SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK 7. Kelayakan Akademik. a. Mendapat Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan serta sekurang-kurangnya DUA (2) A dalam mata pelajaran seperti berikut Fizik, Kimia atau Biologi dalam peperiksaan percubaan SPM tahun 2011. b. Calon-calon yang berminat mengikuti Program Asasi Perubatan Pertahanan perlu mendapat sekurang-kurangnya LAPAN (8) A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan termasuk mata pelajaran Sains. SEKSYEN C PELANTIKAN DAN PENTAULIAHAN 8. Pelantikan. Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pengajian ketenteraan. 9. Pentauliahan. Pegawai kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian akademik dan pengajian ketenteraan serta TERPILIH sahaja akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong. 10. Gaji. Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SPBA - ATM) yang sedang berkuatkuasa. 11. Calon-calon yang berjaya disenarai pendek dikehendaki membuat permohonan kemasukan Universiti secara rasmi melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU) selepas keputusan peperiksaan sebenar SPM diumumkan. CARA PERMOHONAN 12. Dokumen Sokongan. Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut: a. Butir-butir peribadi (resume) beserta no telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi. b. Salinan keputusan percubaan SPM 2011. c. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa. d. Salinan Sijil Berhenti Sekolah. e. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan bapa. f. Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum. g. Sekeping gambar berukuran pasport. h. Sekeping sampul Pos Ekspress berukuran 229 mm x 162mm, beralamat sendiri. 13. Alamat. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat: Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Cawangan Tenaga Kerja, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR (Untuk Perhatian: Sel C) ATAU Hadir ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumen seperti di atas. 14. Maklumat Permohonan. Sila berhubung dengan pegawai-pegawai seperti berikut: a. Mej Abdul Hamid bin Maarus b. Kapt Mohd Izham bin Ahmad Rashidi Kapt Ridzuan bin Abdullah Kapt Ezril Redzuan bin Hj Zainudin TUDM c. Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Dokumen d. Talian Bebas Tol e. Nombor Faks f. Email 15. Tarikh Tutup Permohonan. 31 Januari 2012 Maklumat Penting: Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran setelah DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. - 03-20712382 - 03-20712387 - 03-20714524 - 03-20714526 03-20712391 1-800-88-7588 03-26985340 03-26986235 ctk.mtk@mod.gov.my

You might also like