Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Y.

A/B Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Kabinet pada 28 Januari 2004 telah menyatakan kebimbangannya terhadap bilangan jenayah yang semakin meningkat di negara ini. Lanjutan daripada mesyuarat tersebut, Jemaah Menteri mencadangkan supaya diwujudkan bandar dan pekan selamat di negara ini contohnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah pencegahan jenayah. Setiap pelan pembangunan pekan dan bandar baru hendaklah mengambil kira aspek-aspek keselamatan. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mencadangkan pelaksanaan Program Bandar Selamat yang mengandungi 23 langkah pencegahan jenayah yang melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan lain-lain agensi yang perlu memainkan peranan di dalam mencapai ke arah pembangunan bandar yang selamat. Program ini telah diperakui oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 11 Oktober 2004.

DEFINISI BANDAR SELAMAT Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.

PELAKSANAAN PROGRAM BANDAR SELAMAT Jemaah Menteri pada 28 Januari 2004 memutuskan supaya diwujudkan bandar dan pekan selamat misalnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah untuk mencegah jenayah.

4 MATLAMAT UTAMA MEWUJUDKAN BANDAR YANG SELAMAT 1. Bandar yang bebas dari keganasan (violence) merosakkan harta bendadan nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya. 2. Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. 3. Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral (social and moral decay) seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya. 4. Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti bangunan, kebakaran dan sebagainya. kemalangan jalan raya, jatuh dari

5 LANGKAH PELAKSANAAN SEGERA

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan 5 langkah segera daripada 23 langkah pencegahan jenayah seperti berikut : 1. Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor PBT akan mengenalpasti beberapa kawasan tumpuan awam seperti stesen bas dan rel disediakan bagi

mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor. 2. Penyediaan Bollard atau Pagar PBT akan menyediakan bollard atau pagar di tempat-tempat tertentu b mengasingkan laluan pejalan kaki

dengan laluan motosikal. 3. Mencuci / Mengemas Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung Meningkatkan pembersihan kawasan-kawasan kotor dan grafiiti khususnya, di tempat-tempat awam seperti di

sekitar laluan stesen bas, rel dan lorong-lorong tepi dan belakang premis perniagaan utama. Dengan demikian, tempat-tempat ini akan mudah diawasi oleh PBT dari aktiviti-aktiviti jenayah. 4. Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindun laluan dari pandangan awam. Ini

memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Sebarang iklan di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di paras bumbung). 5. Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran Atau Tumpuan

Penjenayah - Memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat sasaran bagi peragut.

23 LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH 23 langkah pencegahan jenayah adalah terkandung dalam kertas kerja Pelaksanaan Program Bandar Selamat di Negara Ini yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perbadanan Perbandaran-Perbandaran Malaysia (JKPPP) Bil. 2/2004 pada 10 Ogos 2004 di Sibu, Sarawak. 23 langkah pencegahan jenayah ini dibahagi kepada 3 strategi utama iaitu :A. 1. STRATEGI 1 : MEREKABENTUK PERSEKITARAN FIZIKAL (ENVIRONMENTAL DESIGN INITIATIVES) Pengasingan Laluan Pejalan Kaki Dari Jalan Bermotor

Pengasingan laluan pejalan kaki dan laluan bermotor melalui pembinaan konkrit dapat mengurangkan

risiko kegiatan jenayah ragut di kawasan ini. Perlu disediakan pemisah di antara laluan pejalan kaki dan laluan bermotor bagi kawasan laluan orang ramai

/pusat tumpuan. Penyediaan rel penghadang dan laluan pejalan kaki dengan perhentian bas.

2. Penyediaan Bollard Pembinaan bollard di kawasan laluan pejalan kaki dan jalan bermotor di Ipoh, Johor Bahru dan KLCC. 3. Mengawal Tanaman Landskap Di Laluan Pejalan Kaki Penanaman landskap di sepanjang laluan pejalan kaki memerlukan pengawalan yang sempurna. 4. Penyelidikan Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran Agensi terlibat : JPBD, PDRM (Jabatan Logistik) NGO, JKR, PBT dan sebagainya.Aktiviti Penyelidikan ini akan menghasilkan :: i. Reka bentuk umum konsep Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) ii. Garis Panduan Pencahayaan iii. Garis Panduan Penyediaan Landskapiv. Garis Panduan Penilaian Keselamatan Bangunan v. Garis Panduan Persekitaran Tempat Letak Kenderaan vi. Garis Panduan Pemasangan Kemudahan CCTV 5. Perkongsian Maklumat Jenayah Melalui GIS-based Mapping Contoh maklumat GIS Mapping berkenaan Jenayah Ragut di sebuah PBT. 6. Penyemakan Garis Panduan Susun Atur Perumahan Pihak Polis dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Jawatankuasa Pelan

Bangunan. Input polis dalam menyemak semula garis panduan susun atur perumahan dan keperluan Kemudahan Polis.

B. 7.

MEMPERKASAKAN KAWASAN SASARAN (TARGET HARDENING) Pondok Polis

Pondok Polis yang berperanan untuk mengawal kegiatan jenayah terutama di kawasan membeli belah dan kediaman. 8. Papan Tanda Peringatan Jenayah papan tanda peringatan jenayah yang berperanan memberi peringatan kepada orang ramai. penyediaan cermin keselamatan yang diletakkan di lorong atau celah bangunan bagi mengurangkan kadar

jenayah di kawasan-kawasan terlindung. 10. Penggera Keselamatan (Alarm) Pemasangan Alat Penggera Keselamatan di lokasi yang strategik dan di tengah-tengah laluan awam yang boleh digunakan oleh orang ramai apabila berlaku kejadian ragut.

11. Mencuci / Mengemaskan Kawasan-kawasan Semak Dan Terlindung PBT perlu memastikan kawasan-kawasan kediaman dan laluan utama penduduk berada dalam keadaan bersih dan selamat. 12. Tempat Letak Motosikal Berkunci Tempat Letak Motosikal berkunci yang disediakan di kompleks membeli-belah bagi mengurangkan gejala curi motosikal di kawasan ini. 13. Pemasangan Closed Circuit Television (CCTV) Pihak polis perlulah memastikan sistem pengoperasian CCTV dapat dikendalikan dengan cekap dan berkesan. 14. Pemasangan Lampu Di Kaki Lima Premis Perniagaan Kaki lima premis perniagaan perlu dipasang dengan lampu yang lebih cerah bagi mewujudkan suasana yang selamat di kawasan premis ini. 15. Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Menghalang Pandangan Awam Reka bentuk jejantas yang dibina perlulah tidak menghalang pandangan orang ramai. 16. Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-kawasan Yang Menjadi Sasaran Jenayah Kawasan pasar malam yang menjadi sasaran kecurian motosikal dan pecah kereta. 17. Tidak Membenarkan Perniagaan Dan Meletak Kenderaan Di Kaki Lima Dan Laluan Pejalan Kaki Laluan kaki lima yang terhalang dengan meletakkan barang-barang perniagaan. 18. Menjanakan Pelbagai Aktiviti Perniagaan

Kewujudan gerai-gerai di kawasan-kawasan tidak sunyi yang menjadi tumpuan ramai dapat mengurangkan risiko jenayah berlaku. 19. Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Swasta Penyediaan perkhidmatan kawalan keselamatan yang terdapat di kawasan perumahan.Perkhidmatan kawalan keselamatan juga penting di taman-taman awam bagi mengatasi kegiatan jenayah dan vandalisme.

C.

KEGIATAN SOSIAL / KEMASYARAKATAN DAN PENDIDIKAN / KESEDARAN AWAM

20. Pendidikan PBT dan lain-lain agensi memainkan peranan dalam mengedarkan risalah kepada orang ramai Perilaku membawa barang berharga khususnya beg tangan perlulah diberi perhatian terutama bagi kaum

wanita. 21. Pemasangan Lampu Di Lorong Tepi, Depan Dan Belakang Rumah Bagi kawasan yang kerap berlaku pecah rumah, PBT perlu memainkan peranan memberi kesedaran kepada pemilik rumah memasang lampu di depan, tepi dan belakang rumah bagi menghindarkan jenayah pecah rumah. 22. Penyediaan Risalah Jenayah Komuniti Contoh risalah mengenai Jenayah yang dikeluarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk Kawasan Bangsar. 23. Meningkatkan Rondaan Kawasan Perumahan Kewujudan Rukun Tetangga dan adanya rondaan di sesebuah kawasan perumahan dapat membantu mengawal kegiatan jenayah di kawasan perumahan tersebut.

You might also like