Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Membangunkan perancangan teknologi adalah sebahagian daripada rancangan penambahbaikan pembangunan sekolah secara menyeluruh.

Sesuatu perancangan teknologi yang tidak bersepadu dengan Rancangan Pembangunan Sekolah (School Improvement Plan) tidak akan bertahan lama.

Menurut laporan dari Office of Educational Technology, yang dipetik dari North Central Regional Educational Laboratory (1998):

Technology is neither an end in itself nor an add-on. It is a tool for improving and ultimately transforming teaching and learning. To accomplish that job, technology must be an integral part of the school or communitys overall plan to move all children toward high academic standards.

Langkah-langkah di dalam perancangan amat penting untuk memastikan perancangan teknologi berjaya dilaksanakan.

Berikut merupakan langkah-langkah yang terlibat:

Membina visi

Mengenalpasti matlamat

Membangunkan langkah-langkah bagi melaksanakan matlamat

Satu pasukan perancang berperanan dalam melaksanakan tiga (3) fungsi utama iaitu membina visi, mengenalpasti matlamat dan membangunkan langkah-langkah bagi pelaksanaan matlamat yang telah dikenalpasti.

LANGKAH PERTAMA

Menubuhkan satu jawatankuasa atau pasukan perancang untuk melihat semula perancangan pembangunan sedia ada di sekolah dan membuat penyelidikan terhadap keperluan-keperluan baharu. Sebuah pasukan yang efektif untuk menghasilkan perancangan teknologi seharusnya terdiri daripada ahli akademik dan juga ahli komuniti yang berpengetahuan, mempunyai pengalaman dan boleh menjangkakan peranan teknologi sekolah mereka. Sokongan daripada pihak pentadbir utama di sekolah seperti pengetua dan guru-guru pakar juga turut mempengaruhi pelaksanaan dan kejayaan perancangan teknologi terbabit. Secara keseluruhan, sesebuah pasukan perancang bertanggungjawab untuk membina visi bagi rancangan tersebut, mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan membangunkan langkah-langkah.

LANGKAH KEDUA

Pasukan perancang memulakan tugas dengan membina asas pengetahuan dalam proses pembelajaran. Ahli pasukan mesti memahami bagaimana murid belajar, apakah kemahiran yang murid perlukan untuk berjaya, dan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk meningkatkan tahap pendidikan. Melaksanakan teknologi dalam pendidikan memerlukan ahli pasukan perancang membiasakan diri bukan sahaja dengan penyelidikan tentang pembelajaran tetapi juga dengan penyelidikan lain yang berkaitan seperti keadaan kemudahan, teknologi sedia ada (termasuk kos), dan peluang-peluang pembangunan profesional dan keperluan.

a) b)

Selepas ahli pasukan perancang mengumpul maklumat dan membangunkan asas pengetahuan, mereka akan mampu menjana visi-visi untuk teknologi tersebut. Visi-visi yang dibina seharusnya:
Menyokong pembelajaran yang bermakna dan menarik untuk semua murid. Menggariskan matlamat-matlamat pembelajaran yang bersesuaian dengan teknologi untuk digunakan oleh guru dan murid. Menyokong matlamat-matlamat kurikulum sekolah.

c)

LANGKAH KETIGA

Membandingkan perancangan teknologi belanjawan sekolah atau daerah.

dengan

Perancangan yang berkesan contohnya untuk sesuatu peralatan sepatutnya untuk jangkamasa pendek sahaja. Teknologi berubah dengan pantas dan kita tidak selalunya dapat menjangka teknologi baru yang akan muncul dalam masa lima (5) tahun akan datang. Rancangan teknologi ini patut dikaji semula setiap tahun semasa proses belanjawan bagi memastikan pihak sekolah mahupun daerah membeli peralatan teknologi yang terkini dan murah.

LANGKAH KEEMPAT

Pembangunan profesional dan sokongan untuk guru-guru adalah satu lagi komponen penting. Guru mesti diberi latihan dan dilatih untuk membantu mereka membiasakan diri dan cekap menggunakan teknologi serta memberi mereka peluang untuk mencari inisiatif bagi menggunakannya di dalam bilik darjah. Guru mesti mempunyai alasan untuk menggunakan teknologi dan seharusnya terlibat dalam pembangunan bahan bantu mengajar yang akan digunakan untuk pembelajaran.

Teknologi yang akan digunakan juga mestilah mudah untuk dicapai dan dilaksanakan.
Latihan ini dapat diklasifikasikan kepada dua (2) bahagian iaitu latihan pra dan juga latihan pos. Latihan pos amat diperlukan sebagai lanjutan kepada latihan pra yang telah diberikan bagi memastikan guru dapat memahami dan mengaplikasi apa yang telah dipelajarinya.

You might also like