AGAMA

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 53

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

DISEDIAKAN OLEH:
GERARD BELLA AIDA

AGAMA ISLAM DAN AGAMA-AGAMA LAIN DI MALAYSIA

Agama merupakan penanda jati diri masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Tercatat dalam baris pertama ideologi negara (rukun negara) Perkara 3 Ceraian (1) menegaskan agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi dan persekutuan namun agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini.

Perlembagaan juga memperuntukkan agamaagama lain berhak untuk menubuhkan dan menyelenggara hal-hal keagamaan bagi menyebarkan agama mereka kepada masyarakat. Dengan syarat tidak disebarkan dalam kalangan orang Islam atau berlawanan dengan undang-undang am negara.

AGAMA ISLAM

Islam adalah agama yang diturunkan di Mekah dan tersebar ke seluruh dunia termasuklah di Alam Melayu Islam berasal daripada perkataan Arab Salima yang bermaksud keamanan, ketulenan, penyerahan dan ketaatan Agama yang berpegang kepada kepercayaan bahawa Tuhan hanya satu yakni Allah SWT yang bersifat Maha Esa.

Islam telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW Al-Quran yang mempunyai konsep dan teori peraturan hidup dan juga praktikal menjadi panduan dan landasan untuk umat Islam menghadapi kehidupan. Agama Islam bukanlah agama yang dicipta oleh Nabi Muhammad atau manusia. Ia diturunkan melalui wahyu kepada baginda untuk disampaikan kepada umatnya.

Islam agama yang ditunkan untuk umat manusia seluruhnya. Al-Quran merupakan rujukan utamanya dan penting untuk memahami ajaran dan arahan yang terkandung di dalamnya. Segala jalan kehidupan dan perbuatan umat Islam berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah seperti yang diterapkan di dalam perkembangan Tamadun Islam itu sendiri

Orang Islam wajib percaya kepada 6 Rukun Iman dan juga 5 Rukun Islam 1)Rukun Iman a. Beriman kepada Allah b. Beriman kepada Rasul c. Beriman kepada kitab-kitab Allah d. Beriman kepada Malaikat e. Beriman kepada Hari Kiamat f. Beriman kepada Qada & Qadar

2) Rukun Islam
a. b. c. d. e. Mengucap dua kalimah syahadah Menunaikan sembahyang lima waktu Berpuasa di bulan Ramadan Menunaikan zakat Menunaikan haji jika berkemampuan

Kedua-dua jenis rukun ini ialah kesimpulan daripada keseluruhan ajaran dan perintah yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis. Orang-orang Islam wajib percaya kepada keenam-enam rukun iman tadi dan mengamalkan kelima-lima rukun Islam dalam melayari kehidupan sebagai seorang muslim.

AGAMA BUDDHA
Buddha dalam bahasa Sanskrit bererti Yang bebas daripada kejahilan. Pengasas agama Buddha ialah Siddartha gautama Buddha yang lahir di Nepal Merupakan agama yang terawal bertapak di Alam Melayu Antara agama utama kepada masyarakat Cina

Antara ajaran utama agama Buddha ialah yang disebut sebagai Empat Kebenaran Mulia mengenai alam :i. Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah lumrah alam ii. Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu untuk memperoleh kekayaan & keseronokan iii. Bagi menggelakkan penderitaan, manusia harus pandai mengawal nafsu iv. Bagi mengatasi nafsu, seseorang harus mempunyai mengikuti Jalan Berlapis 8 iaitu:-

a. b. c. d. e. f. g. h.

Pandangan yang betul Niat yang betul Pertuturan yang betul Tindakan yang betul Punca pencarian yang betul Usaha yang betul Tumpuan yang betul Pertimbangan yang betul

Sekiranya peraturan tersebut dapat difahami dan dipatuhi maka manusia dapat melepaskan diri daripada pengabdian kelahiran semula dan mencapai tahap nirwana. Keadaan roh mencapai ketenangan yang abadi

AGAMA HINDU
Bahasa sanskrit disebut sbg Sanatana Dharma bermaksud undang-undang abadi Pengaruh sangat kuat di alam Melayu dari pelbagai aspek. Tidak mempunyai pengasas atau satu kitab suci Ada 4 kitab terawal iaitu :-Rig Veda, Sama Veda, yajur Veda, Atharva Veda

Menyembah pelbagai dewa penjelmaan satu Tuhan yang sama 3 Tuhan utama: Brahma (pencipta) Vishnu (Pelindung) Siva (pemusnah)

Konsep utama agama Hindu ialah:

1. Dharma (tugas dan tanggungjawab setiap insan) 2. Samsara (putaran kehidupan) 3. Karma (perbuatan semasa hidup yang menentukan kehidupan di akhirat) 4. Mokhsa (kebebasan daripada putaran kelahiran)

Matlamat untuk mencapai Mokhsa dengan 4 jalan iaitu :

1. Raja Yoga (tafakur mengenai Tuhan) 2. Jnana Yoga (melalui ilmu suci kebenaran Alam) 3. Bhakti Yoga (rasa cinta dan kasih terhadap Tuhan) 4. Karma Yoga (perlakuan sempurna)

AGAMA KRISTIAN
Hadir bersama kedatangan orang Barat ke Alam Melayu Portugis bawa mazhab katolik semenjak pada zaman semenjak 1511 Belanda bawa mazhab protestan pada awal abad ke 17 Percaya kepada Jesus Christ sebagai Tuhan Kitab Suci adalah Bible 4 prinsip utama dalam agama Kristian :

i)

Terdapat satu Tuhan yang merupakan pencipta seluruh alam ii) Berpegang kepada konsep trinity iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan holy spirit iii) Ajaran Jesus hendaklah dipegang. Manusia harus mencintai tuhan dan berbaik dengan semua orang secara adiol dan aman iv) Setiap orang akan diadili oleh Tuhan

PENDEKATAN ISLAM HADHARI

Diperkenalkan pada 23 September 2003 di Perhimpunan Agong UMNO kali ke 55 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Ia bukan satu mazhab atau ajaran baru tetapi satu pendekatan bagi menjelaskan kepada masyarakat tentang kesempurnaan ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW Pendekatan Islam Hadhari menitikberatkan keharmonian hubungan etnik, malah ia wujud sejak zaman Nabi SAW

KONSEP DAN TUJUAN


Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyah), sesuai dengan tuntutan agama Islam.

Ia selaras dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilainilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk.

PRINSIP-PRINSIP
Prinsip 1 : Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah SWT o Prinsip keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT merupakan teras kepada Pendekatan Islam Hadhari. o Umat Islam hendaklah mengamal serta menunjukkan kemurnian ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

o Prinsip ini bertujuan membentuk sebuah negara yang rakyatnya mempunyai akhlak luhur. o Prinsip ini ingin memastikan kemantapan akidah umat Islam direalisasikan dalam bentuk amalan-amalan yang bersifat produktif dan mampu membawa kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara.

Prinsip 2 : Kerajaan Adil dan Beramanah


Adil ialah memberi hak kepada yang berhak. Pelaksanaan keadilan tidak melihat kepada keturunan, warna kulit, bangsa dan kedudukan, miskin ataupun kaya, atau perbezaan agama. Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diberikan.

Pendekatan Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus (good governance ) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan Negara yang cekap, adil, amanah dapat melahirkan negara yang maju dan makmur.

Prinsip 3 : Rakyat Berjiwa Merdeka


Antara faktor kejayaan sesuatu bangsa ialah sejauh mana minda, sikap dan budaya masyarakat tersebut terikat dengan pemikiran dan amalan negatif, tanpa berusaha melakukan sesuatu anjakan paradigma. Setiap rakyat perlu bersedia untuk berubah dan memerdekakan pemikiran serta budaya yang positif dan melihat ke hadapan.

Masyarakat yang berjiwa merdeka adalah masyarakat yang kreatif dan inovatif serta dapat melahirkan idea-idea bermanfaat untuk membangun diri dan masyarakat. Namun pada masa yang sama setiap anggota masyarakat masih terikat dengan peraturanperaturan dan undang-undang serta etika yang luhur.

Kesan penjajahan yang membelenggu semangat, pemikiran dan budaya perlu dipulihkan dengan semangat jati diri. Semangat berjiwa merdeka sangat diperlukan bagi mengangkat martabat harga diri dalam menghadapi sebarang situasi. Rakyat perlu konsisten dalam menghadapi apa jua cabaran dari dalam dan luar, serta tidak taksub dengan budaya dan tradisi lama yang bertentangan dengan nilai-nilai tamadun yang luhur.

Prinsip 4 : Penguasaan Ilmu Pengetahuan


Ilmu merupakan asas untuk mencapai kemajuan. Bangsabangsa yang berjaya dan maju adalah mereka yang menguasai ilmu. Pendekatan Islam Hadhari menyeru rakyat Malaysia supaya menjadi umat peneroka ilmu dalam pelbagai bidang. Tujuan penguasaan ilmu adalah bagi mewujudkan umat yang bertamadun.

Rakyat Malaysia perlu menjadi umat peneroka ilmu, umat yang mampu berdikari, serta berupaya menangani cabaran semasa dalam kehidupan. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.

Melalui sistem pendidikan dwipengkhususan yang saling melengkapi antara penguasaan ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah kita boleh melahirkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang seperti: a) Ibnu Sina b) Al-Khawarizmi c) Ibnu Khaldun.

Prinsip 5 : Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif


Membangun kekuatan ekonomi merupakan suatu tuntutan fardhu kifayah, serta memenuhi konsep jihad dalam bidang tersebut. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan di peringkat global.

Pendekatan Islam Hadhari menekankan pembangunan ekonomi yang seimbang dan menyeluruh dalam masyarakat. Kerjasama yang baik antara agensi Kerajaan dengan sektor swasta sangat diperlukan bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan, serta memberi keutamaan kepada ekonomi yang berkait dengan keperluan asasi rakyat.

Prinsip 6 : Kehidupan Berkualiti


Pendekatan Islam Hadhari menekankan aspek kualiti hidup secara kolektif. Kita hendaklah menjadi umat yang berkualiti dari aspek pemikiran, tingkahlaku dan cara hidup. Umat yang berkualiti mampu melahirkan ideaidea yang positif serta membentuk masyarakat yang sejahtera.

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan asas kehidupan seperti meningkatkan kualiti penghayatan kehidupan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman damai, peluang dan hak memiliki harta, serta jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Prinsip 7 : Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita


Islam melindungi hak dan kebajikan semua peringkat masyarakat khususnya kaum wanita. Kedudukan kaum wanita adalah sangat mulia.

Peranan mereka amat penting dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Kedudukan mereka akan terus dimartabatkan berdasarkan hak dan peranan yang bersesuaian. Pendekatan Islam Hadhari juga ingin memastikan supaya tidak wujud pengabaian dari segi kebajikan serta hak kumpulan minoriti dalam masyarakat, tanpa mengira bangsa ataupun suku kaum untuk menjadi anggota masyarakat yang bahagia dan berjaya.

Prinsip 8 : Keutuhan Budaya dan Moral


Dalam usaha meningkatkan kemajuan Negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan moral perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat.

Dengan demikian, kemajuan ekonomi dan teknologi akan berkembang seiring dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Cabaran-cabaran semasa berkaitan dengan kepincangan moral hendaklah diatasi secara bersepadu dan bijaksana oleh setiap anggota masyarakat.

Prinsip 9 : Pemuliharaan Alam Semulajadi


Pendekatan Islam Hadhari menekankan kesedaran tentang tanggungjawab dan kepentingan hubungan antara manusia dengan alam. Alam semulajadi atau alam tabie merupakan pinjaman daripada Allah SWT untuk keperluan manusia dan makhluk-makhluk lain.

Justeru alam tabie perlu dimakmurkan secara bijaksana untuk kesejahteraan sejagat secara berterusan. Pendekatan Islam Hadhari menekankan aspek pemuliharaan alam semulajadi untu kehidupan kini dan generasi akan datang melalui pengurusan sumber alam yang seimbang dan terancang.

Prinsip 10 : Kekuatan Pertahanan


Islam mengambil berat aspek keselamatan dan pertahanan Negara. Pendekatan Islam Hadhari menekankan supaya negara memiliki kekuatan pertahanan terbaik dan disegani serta mampu berdikari dalam urusan penyediaan alat dan teknologi pertahanan.

Di samping itu Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada usaha untuk membangunkan teknologi pertahanan yang sesuai dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan. Keselamatan sistem maklumat dan kerahsiaan negara perlu dipertingkatkan. Pendekatan Islam Hadhari berusaha menerapkan semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan rakyat bagi mewujudkan sebuah negara yang aman damai dan berdaulat.

ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS AGAMA

1. BERKENAL-KENALAN
Asas pertama dalam membina kehidupan sosial masyarakat islam Manusia dijadikan paras rupa dan warna kulityang berbeza supaya mereka berbaik antara satusama lain dan hidup bersama dalam keadaanaman dan sejahtera Berkenalan bukan sahaja pada nama & tempat tinggal tetapi lebih jauh dari itu seperti corakkehidupan seharian, budaya dan sebagainya

2. PERSEFAHAMAN
Asas kedua dalam hubungan bermasyarakat Untuk mencapai kehidupan yang harmonis dan sejahtera Diamalkan melalui cara mengenali antara satu dengan lain & berpegang teguh kepada ajaran agama & mengamalkan nilai-nilai hidup murni Amalan dilaksana melalui program gotongroyong atau bersukan

3. BEKERJASAMA
Asas ketiga dalam mewujudkan hubungan sosial yang memantapkan kehidupan bermasyarakat Bertujuan ke arah kebaikan, mengelakkanmusibat demi mencapai kepentingan bersama Pertolongan dalam pelbagai bentuk seperti tenaga,masa dan harta

4. PERSAUDARAAN
Persaudaraan bermaksud perhubungan bersaudara atau pertalian yang rapat Ianya lebih bernilai Abdullah Nasih Ulwan menyifatkan persaudaraan sebagai suatu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri seseorang tentang belas kasihan, cinta kasih & penghormatan diri.

5. BERKASIH SAYANG
Berkasih sayang adalah sifat yang wajar disemaidan dibajai dalam sanubari setiap masyarakat Kesannya lahir perasaan cinta terhadap diri dan masyarakat walaupun berlainan kaum dan agama

6. SALING MENJAMIN
Melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat untuk membantu ahli masyarakat lain Disempurnakan melalui zakat,nafkah,sedekah dankerjasama yang erat dalam masyarakat Melibatkan tiga peringkat utama iaituindividu,keluarga dan masyarakat.

You might also like