Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan 2 : Sesi 2001/2003 Terangkan prinsip undang-undang yang terpakai dalam menentukan kewujudan tugas berhati-hati dalam tort

kecuaian di mana plaintif mengalami kerosakan psikiatrik.

Apabila kecuaian defendan menyebabkan plaintif mengalami kerosakan psikiatrik semata-mata, defendan boleh dikenakan tanggungan tertakluk kepada prinsip-prinsip dalam kes McLoughlin v OBrian dan Alcock v Chief Constable Of Yorkshire Police. Kes McLoughlin merupakan perintis kepada undang-undang semasa dalam tuntutan untuk kerosakan psikiatrik dan prinsip-prinsip dalam kes ini telah disahkan dalam kes Alcock yang merupakan kes yang lebih terkini. Untuk berjaya dalam kausa tindakan undang-undang kecuaian bagi menuntut pampasan kerana kerosakan psikiatrik , faktor yang penting sekali dalam menentukan wujudnya tugas berhati-hati terhadap plaintif ialah prinsip kebolehramalan munasabah. Melalui prinsip utama ini, dilihat sama ada kejutan itu sesuatu yang dapat dipralihat secara munasabah akibat daripada kecuaian defendan. Dalam kes Dulieu vs White, plaintif telah mengalami kejutan apabila defendan dengan cuai melanggar sebuah bangunan dan kenderaan mereka terperusuk masuk ke dalam bangunan tersebut. Plaintif yang berada dalam bangunan itu telah jatuh sakit dan kemudian telah melahirkan kandungan awal dari tarikh yang sepatutnya . Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif kerana kerosakan fizikal dalam bentuk ini adalah akibat daripada sesuatu yang dapat dipralihat dalam keadaan tersebut. Prinsip seterusnya yang digunakan ialah klasifikasi mereka yang boleh menuntut iaitu termasuk mereka yang tidak berada di tempat kemalangan tetapi berada dengan mangsa kemalangan sejurus selepas kemalangan tersebut berlaku. Mereka juga perlulah mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan mangsa. Prinsip ini telah dijelaskan dalam kes McLoughlin v OBrian Dalam kes ini , seorang ibu telah diberitahu bahawa suami dan anak-anaknya terlibat dalam satu kemalangan . Plaintif berkejar ke hospital dan sesampainya di sana, beliau telah melihat ahli keluarganya yang cedera serta diberitahu mengenai kematian anak perempuannya. Plaintif mengalami kerosakan psikiatrik yang berterusan . Dia membuat tuntutan terhadap defendan yang menyebabkan kemalangan tersebut dan tuntutannya dibenarkan oleh House Of Lords . Akan tetapi wujud kekecualian terhadap klasifikasi ini iaitu seseorang yang melakukan kerja-kerja menyelamat seperti ahli bomba masih boleh membuat tuntutan. Prinsip ini telah dijelaskan dalam kes Hale v London Underground Limited di mana defendan telah dipertanggungjawabkan atas kerosakan psikiatrik yang dialami plaintif ketika menjalankan kerja-kerja menyelamat semasa kebakaran di stesen keretapi bawah tanah London. Untuk menentukan tugas berhati-hati , kejutan psikiatrik juga mestilah diakibatkan oleh apa yang dilihat atau didengar oleh plaintif sendiri dan bukannya

melalui pihak ketiga. Cara bagaoimana plaintif mendapat tahu tentang kemalangan itu adalah amat penting. Dalam kes Alcock, sebahagian daripada sebuah stadium telah runtuh akibat daripada kecuaian pihak defendan yang telah membenarkan terlalu ramai penonton memasuki sebuah kawasan yang terhad tempat duduknya di stadium itu. Ramai orang terkorban serta mengalami kecederaan akibat kemalangan ini. Kemalangan ini telah disiarkan secara langsung dan seterusnya dilaporkan dalam saluran berita. Fakta-fakta dalam kes ini telah menidakkan tuntutan plaintif-plaintif kerana mereka tidak berada di kawasan kemalangan tetapi setakat mendapat tahu mengenai trajedi itu melalui siaran televisyen. Secara ringkasnya , untuk menentukan kewujudan tugas berhati-hati dalam tort kecuaian di mana plaintif mengalami kejutan psikiatrik , prinsip-prinsip berikut adalah terpakai: a) Kejutan itu mestilah dapat dipralihat secara munasabah akibat daripada kecuaian defendan. b) Mereka yang boleh menuntut ialah termasuk mereka yang tidak berada di tempat kemalangan tetapi berada dengan mangsa sejurus selepas kemalangan berlaku. Mereka perlu mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan mangsa tetapi kekecualian diberikan kepada ahli-ahli penyelamat contohnya ahli bomba. c) Kejutan psikiatrik mestilah diakibatkan oleh sesuatu yang dilihat atau didengar sendiri oleh plaintif dan bukannya melalui pihak ketiga. Selain daripada prinsip-prinsip di atas , kejutan psikiatrik yang dialami plantif juga mestilah sesuatu yang diperakui dari segi perubatan serta diakibatkan dari kecuaian defendan. Sekiranya kesemua prinsip-prinsip ini dipuaskan , maka tuntutan untuk kerosakan psikiatrik akan berjaya.

You might also like