Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

PSZ 19:16 (Pind.

1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT

Authors full name : Date of birth Title : :

AHMAD SYUWARI BIN SALUDDIN 23 SEPTEMBER 1987 ENVIRONMENTAL SUSTAINABILITY: USAGE OF POLYSTYRENE AND PLASTIC BAGS 2009/2010

Academic Session :

I declare that this thesis is classified as :

CONFIDENTIAL RESTRICTED OPEN ACCESS

(Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)* I agree that my thesis to be published as online open access (full text)

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows: 1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose of research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

Certified by :

SIGNATURE 870923-29-5353 (NEW IC NO. /PASSPORT NO.) Date :

SIGNATURE OF SUPERVISOR PM. DR. JOHAN SOHAILI NAME OF SUPERVISOR Date :

NOTES :

If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, tesis ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Tandatangan

: ...........................................................

PM. DR JOHAN SOHAILI Nama Penyelia : ........................................................... Tarikh : ............................................................

KELESTARIAN ALAM SEKITAR: PENGGUNAAN POLISTERIN DAN BEG PLASTIK

AHMAD SYUWARI BIN SALUDDIN

Laporan dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

ii

Saya akui karya bertajuk Kelestarian Alam Sekitar: Penggunaan Polisterin dan Beg Plastik adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelas sumbernya.

Tandatangan Nama Tarikh

: ........................................................... : AHMAD SYUWARI BIN SALUDDIN : ............................................................

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Setinggi penghargaan saya tujukan kepada penyelia saya, PM. Dr. Johan Shaili atas tunjuk ajar serta kesabaran beliau membimbing saya dalam menyiapkan tesis ini.

Ucapan terima kasih juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu dalam proses menyiapkan tesis ini. Seterusnya, jutaan penghargaan juga saya utarakan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

iv

ABSTAK

Pada masa kini, penghasilan sisa pepejal meningkat hari demi hari. Secara purata boleh dikatakan, setiap individu menghasilkan 0.8 kilogram sampah setiap hari. Peningkatan penghasilan sisa pepejal ini menyumbangkan masalah pembuangan dan pencemaran sisa pepejal. Penghasilan sisa polisterin dan plastik adalah sangat membimbangkan. Penghasilan sisa polisterin dan plastik boleh munyumbangkan keburukan kepada alam sekitar dan hidupan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana penggunaan polisterin dan beg plastik di kalangan pengguna di kampus UTM. Skop kajian meliputi kawasan kafeteria, kedai serbaguna, asrama, bangunan pengajian dan pentadbiran. Siasatan ke atas kemudahan-kemudahan berikut dibuat bagi menentukan data yang munasabah bagi tempoh 1 tahun. Kajian dijalankan dengan melakukan pengumpulan data di kafeteria, kedai serbaguna, asrama, bangunan pengajian dan pertadbiran terhadap penggunaan polisterin dan beg plastik. Kajian mendapati, penghasilan sisa polisterin dan plastik adalah sebanyak 2029.23 kg/tahun dengan kos sebanyak RM35875.70/tahun. Langkah terbaik untuk mengurang penggunaan polisterin dan beg plastik ini adalah melalui konsep 3R ataupun kitar semula.

ABSTACT

Nowadays, solid waste production increased day by day. It can be said that each person produces 0.8 kilograms of garbage every day. Increased production of solid waste disposal problems can contribute solid waste pollution. Production polystyrene and plastic waste is very worrying. Production polystyrene and plastic waste can contribute dangers to the environment and wildlife. The purpose of this study is to determine the extent of the use of polystyrene and plastic bags among consumers in UTM campus. The scope of the study area includes cafeteria, multipurpose shops, hostels, building studies and administration. Investigation of the facilities made to determine the following data for a reasonable period of 1 year. Studies carried out by collecting data from cafeteria, multipurpose shops, hostels, building studies and administration of use polystyrene and plastic bags. This study found that, the generation of polystyrene and plastic waste is 2029.23 kg/year with a total of RM35875.70/year. The best option to reduce use of polystyrene and plastic bags this is through the concept of 3R or recycling.

vi

KANDUNGAN

BAB

PERKARA Pengakuan Penghargaan Abstak Abstact Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Simbol

MUKA SURAT i ii iii iv vi viii ix x

BAB 1

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Pendahuluan Pernyataan Masalah Objektif Kajian Skop Kajian Kepentingan Kajian 1 2 4 4 5

BAB 2

KAJIAN LITERATUR 2.1 2.2 2.3 Pendahuluan Sisa Pepejal Pengurusan Sisa Pepejal 2.3.1 Sistem Pengurusan Sisa Pepejal di Kawasan Bandar 2.3.2 Sistem Pengurusan Sisa Pepejal di Kawasan Luar Bandar Kandungan Sisa Pepejal Penghasilan dan Sumber Sisa Pepejal 2.5.1 Kawasan Kediaman 2.5.2 Kawasan Komersil 2.5.3 Institusi-Institusi 2.5.4 Kawasan Industri 2.5.5 Kawasan Pertanian Jenis-jenis Sisa Pepejal 2.6.1 Sisa Tidak Berbahaya 2.6.2 Sisa Berbahaya 6 7 8 9 10 10 13 15 16 16 16 17 17 18 19

2.4 2.5

2.6

vii

2.7

2.8

2.9 BAB 3

Punca Penjanaan Sisa Pepejal 2.7.1 Musim 2.7.2 Sikap Masyarakat 2.7.3 Gaya Hidup 2.7.4 Keadaan Ekonomi 2.7.5 Iklim Pengurusan Sisa Pepejal 2.8.1 Cleaner Production 2.8.2 Konsep 3R Kod Resin

21 21 22 23 23 23 24 26 28 29

METODOLOGI 3.1 Pendahuluan 3.2 Kajian Awal 3.3 Pengumpulan data 3.3.1 Tinjauan Kawasan Kajian 3.3.2 Mengumpul Data 3.4 Analisa Data ANALISIS DAN KEPUTUSAN 4.1 Pendahuluan 4.2 Kuantiti dan Kos Penjanaan PnBP 4.3 Analisa Kuantiti dan Kos sisa PnBP 4.4 Analisa Kesan Penggunaan PnBP Terhadap Kos Operasi 4.5 Analisa kuantiti dan Potensi Kitar Semula PnBP yang dilupuskan di Kampus 4.5.1 Proses Kitar Semula Sisa PnBP di Kent Soon KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Kesimpulan 5.2 Cadangan RUJUKAN LAMPIRAN A1 LAMPIRAN A2 LAMPIRAN B LAMPIRAN C LAMPIRAN D

31 33 33 33 34 34

BAB 4

35 35 48 49 50 51

BAB 5

54 55 56 58 60 61 62 64

viii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8

PERKARA MUKASURAT Kadar kekerapan pungutan sisa pepejal di kawasan MPJBT dan MBJB Kandungan tenaga yang terkandung di dalam setiap komponen sisa pepejal perbandaran Kandungan lembapan sisa bandaran Ketumpatan sisa bandaran Sumber dan jenis sisa pepejal yang terjana Kod Resin Bilangan penggunaan PnBP pada sesi pengajian untuk satu hari Bilangan penggunaan PnBP pada cuti semester untuk satu hari jumlah bilangan penggunaan PnBP pada sesi pengajian dan cuti semester Kuantiti dan kos penggunaan PnBP pada sesi pengajian untuk satu hari Kuantiti dan kos penggunaan PnBP pada cuti semester untuk satu hari Kuantiti dan kos penggunaan PnBP pada sesi pengajian untuk satu tahun Kuantiti dan kos penggunaan PnBP pada cuti semester untuk satu tahun Kuantiti dan kos PnBP untuk 1 tahun 10 11 12 12 15 30 37 39 42 43 43 44 44 47

ix

SENARAI RAJAH

PERKARA NO. RAJAH 2.1 2.2 2.3 3.1 4.1 4.2 4.3 4.4 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 Aliran penghasilan sisa pepejal dalam masyarakat Struktuk Polisterin Hirarki Pengurusan Sisa Pepejal Carta alir proses kajian penggunaan PnBP di kampus Peratusan bilangan penggunaan PnBP pada sesi pengajian pada seluruh kawasan kajian Peratusan bilangan penggunaan PnBP pada cuti semester pada seluruh kawasan kajian Perbandingan penggunaan PnBP untuk satu hari diantara sesi pengajian dan cuti semester Perbandingan penggunaan PnBP untuk satu tahun diantara sesi pengaji dan cuti semester Pengasingan secara manual Pemdatan polisterin Penghancuran plastik Kaedah Penyejukan selepas dipanaskan Penghasilan Resin Daripada Pemprosesan Semula Plastik

MUKA

14 20 27 32

40 41 46 47 51 52 52 53 53

SENARAI SIMBOL

PnBP

Polisterin dan Beg Plastik

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Mengikut bancian yang telah dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2009) populasi penduduk Malaysia meningkat daripada 6 278 000 orang pada tahun 1957 kepada 27 729 000 orang pada tahun 2008 mengikut perangkaan terbaru. Seiring dengan peningkatan penduduk, masalah pembuangan dan pencemaran sisa pepejal seperti polisterin dan beg plastik semakin rumit. Di Malaysia, secara purata setiap individu menghasilkan 0.8 kilogram sampah setiap hari. Oleh itu, penduduk Malaysia menghasilkan 7.6 juta tan sampah setahun. Daripada jumlah ini, 45% sisa buangan adalah berupa bahan makanan, 24% bahan plastik manakala yang selebihnya adalah bahan yang selain keduanya (Berita Harian, 2006). Masalah sisa pepejal ini biasanya meningkat sejajar dengan jumlah komuniti bersama-sama dengan perkembangan teknologi dan modenisasi. Jadi amat sukar untuk meramalkan dunia yang moden ini tanpa plastik dan ia merupakan bahagian penting dalam gaya hidup seseorang kerana penggunaannya yang pelbagai iaitu daripada peralatan dapur sehinggalah kepada peralatan perubatan dan sebangainya (Crawford,

1995). Permintaan yang tinggi terhadap bahan plastik, polisterin dan sebagainya menjadi punca terhadap masalah pembuangan dan pencemaran sisa pepejal. Di Malaysia, penggunaan polisterin dan beg plastik (PnBP) sangat meluas. Boleh dikatakan setiap kafetaria, kedai serbaguna, malah di pusat pengajian tinggi juga menggunakan bahan tersebut secara meluas. Kini, Malaysia merupakan negara yang membangun dari segi pembangunan dan ekonomi. Dalam era membangun ini, penghasilan sisa pepejal agak membimbangkan dan penjanaannya yang meningkat dari hari ke hari di kawasan bandar mahupu luar bandar. Pembangunan yang pesat ini dan pertambahan penduduk yang tinggi di Malaysia menjadi punca utama kepada permasalahan ini. Penjanaan sisa PnBP di kampus juga menghadapi masalah yang sama tetapi mungkin tidak semua penduduk di kampus UTM yang merasai masalah ini. Dengan purata penghasilan dan penjanaaan sisa pepejal yang banyak dalam sehari, pihak yang bertanggungjawab haruslah mewujudkan sistem pengurusan yang berkesan dan juga langkah-langkah terbaik untuk memelihara alam sekitar.

1.2

Penyataan Masalah

PnBP diperbuat daripada bahan yang berasaskan petroleum seperti styrene dan benzin yang mana bahan yang tidak dapat hancur dan reput tanpa dikenakan tindakan kimia terhadapnya. Oleh itu, jika polisterin dilupuskan di kawasan pelupusan sampah, ia akan kekal berada dalam bentuk asal sehingga beratus-ratus tahun. PnBP juga mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan ia mengambil masa 500 tahun untuk reput dan kemudiaannya akan bertukar menjadi toksik. Ia juga membawa

kesan buruk kepada alam sekitar melalui penipisan lapisan ozon dan ia tidak boleh dikitar semula (Berita Harian, 2008). Penggunaan PnBP semakin popular kerana kelebihan yang ada padanya iaitu tahan lama, teguh dan mudah digunakan. Tidak hairanlah jika kita banyak bergantung kepada PnBP sebagai satu bahan wajib dalam proses pembungkusan dan sebagainya walaupun kaedah tradisional menggunakan sumber alam lebih murah harganya sehingga kita tidak menyedari bahaya PnBP serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya (Utusan Malaysia, 2009). Penghasilan PnBP yang dijanakan oleh oleh setiap individu mahupun unit kediaman memberi kesan yang mendalam terhadap sosial mahupun ekonomi. Kebanyakan pengguna yang gemar membuang PnBP merata-rata tempat dan dibawa oleh angin meninggalkan pemandangan yang kurang enak di taman-taman, tasik, sungai dan sebagainya. Apabila hujan pula, ia akan menakungkan air dan menjadi tempat pembiakan aedes. Kini boleh dikatakan beribu-ribu tan PnBP bertebaran di dalam laut setiap tahun. PnBP yang berada di lautan akan terurai apabila ia terdedah pada hujan dan matahari serta kondisi-kondisi persekitaran sekali gus menunjukkan pencemaran global akan berterusan pada masa depan. PnBP yang terurai akan mengeluarkan kimia toksik seperti bisphenol A dan PS oligomer yang boleh menjejaskan fungsi hormon haiwan (Kosmo, 2009). Penghasilan sisa pepejal ini adalah berpunca daripada aktiviti harian dari satu komuniti penduduk. Dengan pertambahan penduduk setiap tahun, penghasilan sisa pepejal akan meningkat dari masa ke semasa. Dengan itu, Malaysia mengalami masalah untuk melupuskan sampah dimana kawasan pelupusan sampah sudah berkurang dengan penghasilan sampah yang meningkat setiap tahun. Disamping itu juga, masalah kewangan juga berlaku disebabkan oleh penghasilan sampah yang meningkat dan perlu menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk melupuskannya.

Sehubungan dengan itu, langkah-langkah perlu diambil untuk mengurang kadar penghasilan sisa pepejal terutama sekali PnBP yang memberi impak yang besar dan boleh menjejaskan alam sekitar.

1.3

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut : (i) Menentukan kuantiti sisa PnBP di kampus daripada aktiviti-aktiviti kafeteria, kedai serbaguna, asrama, bangunan pengajian dan pentadbiran, (ii) Menilai kesan penggunaan PnBP terhadap kos operasi kafeteria dan kedai serbaguna di kampus; dan (iii) Menentukan kuantiti dan potensi kitar semula PnBP yang dilupuskan dari kampus.

1.4

Skop Kajian

Kajian dijalankan terhadap kemudahan-kemudahan di dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Kawasan kajian ini meliputi kawasan kafeteria, kedai serbaguna, asrama, bangunan pengajian dan pentadbiran. Siasatan ke atas kemudahan-kemudahan berikut dibuat bagi menentukan data yang munasabah bagi tempoh 1 tahun.

Kawasan kajian ini dipilih untuk mengkaji dengan lebih terperinci terhadap kuantiti dan kos penggunaan PnBP disamping mengenalpasti kesan penggantian PnBP kepada tippin iaitu mankuk tingkat. Dengan mengetahui kos penggunaan PnBP, maka pengurangan harga terhadap makanan dikaji bagi mengurangkan penggunaan polisterin yang membahayakan alam sekitar. Kajian yang dilakukan berdasarkan tinjauan dan pengumpulan data PnBP di dalam kampus terhadap pengusaha kafeteria, kedai serbaguna, asrama dan pusat pengajian.

1.5

Kepentingan Kajian

Penggunaan PnBP boleh mengancam kualiti alam sekitar dan boleh menjejaskan kesihatan manusia. Penghapusan penggunaan PnBP dijangka dapat mengurangkan kadar pencemaran yang memberi kesan terhadap alam sekitar secara jangka pendek seperti meninggalkan pemandangan kurang enak jika dibuang merata-rata tempat manakala jangka panjang seperti memusnahkan hidupan akuatik jika dibuang ke dalam laut. Oleh itu, kajian ini adalah penting untuk untuk menentukan penggunaan PnBP di dalam kampus meliputi kafeteria, kedai serbaguna, asrama dan pusat pengajian. Boleh dikatakan penggunaannya sangat meluas. Sebagai contoh, penggunaan PnBP di kafeteria-kafeteria di Arked Cengal dapat dilihat dengan jelas. Kebanyakan pelajar tidak gemar makan dikafeteria tersebut malah gemar membungkus makanan dibawa balik. Jadi, jika keadaan ini beterusan ia boleh menyebabkan penggunaan PnBP tidak dapat dikawal. Oleh itu, kajian ini amat penting untuk dijalankan bagi mengawal dan menghapuskan penggunaan PnBP. Selain itu, ia dapat mengurangkan kos operasi kafeteria dan kedai serbaguna di kampus dan juga dapat selamatkan alam sekitar.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Secara lazimnya, sisa pepejal dikenali juga sebagai sampah. Sampah dibuang setelah tiada lagi nilai dan tiada tujuan untuk digunakan. Peningkatan penduduk setiap tahun menyebabkan penghasilan sisa pepejal meningkat hari demi hari. Penghasilannya agak membimbangkan dan penjanaannya yang meningkat dari hari ke hari di kawasan bandar mahupu luar bandar. Ada juga sesetengah masyarakat yang membuang sisa pepejal sesuka hati tanpa menyedari kesan terhadap alam sekitar. Tanpa kita sedari, penghasilan sisa pepejal tersebut boleh mengancam kita. Penjanaan sisa pepejal biasanya terhasil daripada aktiviti kita sendiri. Secara umumnya, penghasilan sisa pepejal boleh diklasifikasikan kepada bahagian mengikut sumber yang dihasilkan. Antaranya ialah kawasan kediaman, industri, pertanian, komersial dan perbandaran dan kawasan terbuka (Peavy et.al., 1985). Sisa pepejal merupakan bahan buangan daripada aktiviti seharian yang terdiri daripada sisa organik, kertas, surat khabar, plastik, botol, kaca dan lain-lain lagi (Peavy

et.al., 1985). Sisa pepejal terbahagi kepada dua iaitu bahan yang boleh reput seperti sisa makanan, kayu dan sebagainya dan bahan yang tidak boleh reput. Sisa pepejal yang tidak boleh reput terbahagi kepada dua iaitu toksik dan tidak toksik yang terdiri daripada tin, plastik, polisterin dan sebagainya. Terdapat pelbagai impak terhadap penjanaan sisa pepejal seperti kesan terhadap manusia,alam sekitar, ekonomi dan sebagainya. Jadi, kita haruslah mengambil jalan yang terbaik untuk memastikan penghasilan dapat dikurangkan ataupun dengan kaeadah lain supaya kesan penjaannya tidak membahayakan alam sekitar dan sebagainya. Pengurusan sisa pepejal yang betul merupakan langkah yang terbaik untuk memastikan impak dapat dikurangkan. Antaranya adalah konsep 3R, kitar semula dan sebagainya.

2.2

Sisa Pepejal Sisa pepejal merupakan bahan yang dilupuskan kerana tidak boleh digunakan

lagi ataupun tiada nilai dari segi ekonomi, hasil daripada aktiviti manusia atau binatang (Era Hijau, 1998). Secara tepatnya, sisa pepejal lebih dikenali sebagai Sisa Pepejal Perbandaran (SPP) yang merangkumi semua bahan pepejal dan separuh pepejal yang dibuang oleh masyarakat. Sisa pepejal juga adalah sebagai bahan sisa atau bahan buangan yang tidak dikehendaki lagi dan merupakan bahan buangan yang lain selain daripada air sisa atau sisa yang dilepaskan ke udara. Sisa pepejal adalah merangkumi sampah sarap perbandaran, enap cemar sisa industri dan sisa berbahaya (Fadil Othman,1996). Sisa boleh diklasifikasikan kepada pelbagai aspek. Jika berdasarkan kepada keadaan fizikal, sisa terbahagi kepada pepejal, cecair dan gas manakala jika berdasarkan penggunaan asalnya, sisa dapat dikategorikan sebagai sisa bungkusan dan sisa makanan.

Berdasarkan aspek bahan pula, sisa dapat dibahagikan kepada kaca, kertas, tin dan sebagainya dan jika dilihat dari aspek ciri fizikal, sisa boleh boleh dikenali sebagai sisa yang mudah terbakar, sisa yang mudah terurai dan juga sisa yang boleh dikitar semula. Meskipun begitu, lazimnya, sisa seringkali dikategorikan sebagai sisa domestik, komersil, sisa pertanian dan sisa industri. Ia juga boleh jadi samada sisa merbahaya atau sebaliknya (McDougall et al., 2001). Menurut McDougall et al. (2001) lagi, sisa domestik dan komersil boleh dirujuk sebagai Sisa Pepejal Perbandaran (SPP). Sisa domestik merupakan sisa yang sukar untuk diurus secara efektif. Ianya terdiri daripada pelbagai jenis komponen seperti kaca, logam, kertas, plastik dan organik yang bercampur antara satu sama lain. Komposisi SPP juga berbeza mengikut keadaan musim dan keadaan geografi dari suatu kawasan ke kawasan yang lain, dari kawasan bandar ke kawasan luar Bandar. Secara kontranya pula, sisa komersil dan industri adalah lebih homogen terhadap komposisinya.

2.3

Pengurusan Sisa Pepejal

Pengurusan sisa pepejal perlu diuruskan oleh satu organisasi yang beroperasi mengawal kebersihan kawasan alam sekitar samada di Bandar atau luar Bandar, kawasan perumahan, kawasan perindustrian, taman, hutan, jalanraya dan kawasan yang ada populasi. Pengurusan sisa pepejal yang berkesan akan mengurangkan pencemaran terutamanya pencemaran air, udara dan mewujudkan persekitaran yang sempurna. Dengan pengurusan bahan buangan yang sempurna dan masyarakat yang menyedari

kepentingan pengurusan bahan buangan yang sempurna, maka ia akan menjana suasana yang bersih, seamat dan terkawal.

2.3.1 Sistem Pengurusan Sisa Pepejal di Kawasan Bandar

Operasi pemungutan dan pengurusan sisa pepejal bergantung kepada perkhidmatan kepada perkhidmatan yang disediakan bagi sesuatu kawasan. Bagi mencapai tahap pengurusan yang optimum, beberapa aspek perlu diambil kira. Antara aspek-aspek yang perlu diambi kira ialah: (i) Penggunaan bekas penyimpanan yang seragam supaya pemungutan lebih efisyen (ii) (iii) Menggalakkan kitar semula bahan buangan Pemungutan dilakukan bergantung kepada jumlah janaan sesebuah kawasan (iv) Penggunaan system pemungutan yang sesuai dan mereka bentuk laluan bagi pemungutan optimum (v) Menyediakan pekerja yang secukupnya dan mengamalkan cara kerja secara giliran Bagi memastikan perkhidmatan mengangkut sampah yang dijalankan oleh pihak Southern Waste Management and Environment Sdn Bhd berjalan lancar, pihak Majlis Perbandaran Johor Bharu Tengah dan Majlis Bandaraya Johor Bharu telah menetapkan piagam pelanggan seperti Jadual 2.1.

10

Jadual 2.1: Kadar kekerapan pungutan sisa pepejal di kawasan MPJBT dan MBJB, (MPJBT, 2009)
Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) Jenis kediaman Rumah kediaman Kedai, kilang, kompleks membeli belah serta pasaraya Pemotongan rumput Pembersihan longkang Pembersihan kawasan Bandar dan jalan utama Rumah kediaman Rumah kedai Rumah pangsa Pemotongan rumput Pembersihan longkang Pembersihan kawasan Bandar dan jalan utama Kadar kutipan 3 kali seminggu Setiap hari waktu bekerja 2 kali sebulan 2 kali sebulan Setiap hari

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

3 kali seminggu 6 kali seminggi 6 kali seminggu 2 kali sebulan 2 kali sebulan Setiap hari

2.3.2 Sistem Pengurusan Sisa Pepejal di Kawasan Luar Bandar Sistem pengurusan sisa pepejal di kawasan luar bandar boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu kaedah pembakaran, penanaman dan pereputan. Sisa pepejal ini yang telah dikumpul dan dilupuskan melalui 3 kaedah tersebut. kaedah pelupusan yang dijalankan bergantung kepada jenis sisa yang dihasilkan.

2.4

Kandungan Sisa Pepejal Kandungan sisa pejal terbahagi kepada dua iaitu kandungan kimia dan

kandungan fizikal. Unsur-unsur yang terkandung dalam sisa pejal amat penting bagi

You might also like