Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Cetakan

Cetakan Timbulan 1. Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak.

2. a. b. c.

Antara jenis cetakan timbulan ialah : cetakan lino cetakan blok kayu cetakan timbul/kolograf/kolaj

3. Bahan-bahan yang digunakan dalam seni cetakan timbulan dan kegunaannya: - Kepingan linolium - Blok kayu - Bahan yang mempunyai jalinan seperti daun kering atau kertas dilekatkan di atas kadbod untuk diletakkan warna cetakan ke atas Cetakan kolograf dan kolaj - Set alat ukiran Mengukir imej yang dikehendaki (lino & blok kayu) - Penggelek warna / roller Meratakan warna pada blok yang hendak dicetak - Kepingan kaca (digunakan untuk menggelek warna dan meratakan warna) - Dakwat cetakan lino atau blok kayu (- untuk mendapatkan imej yang dikehendaki) - Minyak linsid (untuk mencairkan dakwat cetakan)

- 'Newsprint' (untuk mendapatkan imej cetakan) 4. Proses penghasilan cetakan blok kayu i) Selepas melakar di atas sekeping blok kayu, alat pengukir digunakan untuk mengukir corak atas lakaran pada blok tersebut. ii) Bahagian yang dibuang atau diukir tidak akan menerima dakwat. Ia akan meninggalkan kesan putih pada permukaan cetakan. Bahagian blok yang timbul pula akan disapu dakwat cetak dengan menggunakan penggelek. iii) Dakwat akan digelek dipermukaan cermin sehingga tiada kesan 'bubble' dan kemudian penggelek berdakwat itu akan digelek ke atas permukaan blok kayu yang siap diukir. iv) Sehelai kertas akan diletak di atas permukaan blok kayu dan digosok dengan belakang lengkungan sudu untuk meratakan dakwat. Kertas diangkat daripada blok kayu. Kesan cetakan terhasil. Bahagian yang timbul pada blok kayu dicetak secara terbalik dan bahagian yang tenggelam kekal kosong. Jika menggunakan lebih daripada satu warna, blok yang berasingan akan digunakan untuk setiap warna.

Alatan dan Bahan Yang Diperlukan untuk cetakan.

Alat pengukir.

Dakwat cetakan.

Penggelek.

Kepingan Blok kayu.

Kepingan Linoleum.

Proses cetakan timbulan menggunakan blok kayu.

Proses mengukir imej pada permukaan blok kayu.

Menggelek dakwat ke atas permukaan blok kayu yang telah diukir.

Mengosok belakang kertas cetakan menggunakan lengkungan sudu untuk memastikan dakwat benar-benar rata pada kertas cetakan.

Imej cetakan yang terhasil.

Beberapa siri cetakan asli yang dipanggil 'Edisi'.

Proses cetakan timbulan menggunakan blok atau kepingan linoleum.

Beberapa mata pisau pengukir berlainan bentuk memberi kesan yang berbeza.

Proses mengukir atas blok/kepingan linoleum menggunakan pisau pengukir.

Contoh imej yang siap diukir atas linoleum.

Proses menggelek dakwat pada permukaan linoleum.

Hasil cetakan.

Proses menggunakan beberapa kepingan lino sekiranya menggunakan lebih dari satu warna untuk cetakan.

Beberapa 'edisi' cetakan lino.

You might also like