Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi Di Malaysia

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumuhan semula jadi yang indah. Ke mana-mana sahaja kita pergi, kita dapat melihat pokok-pokok yang menghijau. Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar ini merupakan khazanah negara yang harus keta banggakan.

Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun telah menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi. Tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita ialah, (i) (ii) (iii) (iv) Hutan hujan tropika, Hutan paya, Hutan pantai Hutan gunung.

Contoh-contoh tumbuhan ialah pokok kayu keras, pokok renek, pokok menjalar, pokok memanjat, dan pokok palma.

Hutan Malaysia mempunyai kira-kira 15000 species pokok-pokok yang mengeluarkan bunga, 4200 species pohoh-pohoh kayu, 1500 species orkid, 500 jenis pohon palma, dan 800 species paku pakis serta tumbuh-tumbuhan peringkat rendah. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar di Malaysia, misalnya kira-kira 280 species mamalia, 730 species serangga.

1.

Hutan Hujan Tropika

1.1 Ciri-ciri Utama Hutan hujan tropika merupakan hutan yang terpenting dan paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 70 peratus daripada jumlah kawasan hutan di negara kita. Hutan ini merupakan habitat bagi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

Hutan hujan tropika mempunyai beberapa ciri yang unik. Antaranya ialah pembentukan empat lapisan yang nyata. Lapisan teratas yang dikenal sebagai renjung atau emergen terdiri daripada pokok-pokok yang sangat tinggi, iaitu melebihi 40 meter. Pokok-pokok ini tumbuh tinggi untuk mendapatkan sinaran matahari yang mencukupi. Pokok-pokok ini mempunyai akar banir yang berfungsi memberi sokongan dan menahan daripada tumbang. Di bawah emergan ialah pokok-pokok yang mempunyai ketinggian antara 20 hingga 40 meter. Pokok-pokok di lapisan ini tumbuh dengan rapat dan membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya matahari dari sampai ke lantai hutan. Di bawah kanopi adalah lapisan tengah, terdiri daripada pokok-pokok yang sederhana padat yang tumbuh 10 ingga 20 meter tinggi. Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan ini ialah epifit dan parasit. Apakah perbezaan antara epifit dengan parasit? Tumbuh-tumbuhan epitif tumbuh di batang ,ranting atau di daun pokok yang masih hidup. Contoh epitif ialah paku tanduk lapisan tengah .Tumbuh tumbuhan ini bergantung pada pokok besar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.

Lapisan bawah atau lantai hutan terdiri daripada pokok-pokok yang kurang 10 meter tingginya.Tumbuh-tumbuhan seperti cendawan,pokok renek, semak-samun dan pokok herba kecil didapati di lapisan ini. Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan tumbuh jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari.

1.2 Kawasan Hutan hujan tropika tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1000 meter. Hutan ini meliputi kaki bukit atau cerun gunung di bahagia tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak.

1.3 Jenis Tumbuhan Pokok-pokok dalam hutan hujan tropika ialah malar hijau. Batang pokoknya lurus dan dahannya tumbuh di bahagian atas pokok. Walaupun hutan hujan tropika hanya meliputi enam peratus daripada keluasan pemukaan bumi, tetapi hutan ini merupakan habitat bagi hampir dua pertiga daripada jumlah species tumbuh-tumbuhan di bumi. Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti, cengal, merbau, balau dan seraya.

1.4 Jenis Hidupan Liar Di bahagian bawah dan atas pokok terdapat habitat untuk haiwan seperti ;i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Harimau Gajah Beruang Musang Kera Burung Lebah Kelawar Tapir

1.5 Contoh tumbuhan dan hidupan liar Hutan Hujan Tropika

Akar Banir Pokok Tanduk Rusa

Bunga Refflesia

Musang Tapir

Gajah

2.

Hutan Pantai

2.1 Ciri-ciri Utama Tumbuh di kawasan pinggir laut yang rendah, berpasir, bersaliran baik dan terdedah kepada tiupan angin dari laut. 2.2 Jenis Tumbuhan Pokok-pokok yang biasanya tumbuh di kawasan ini ialah pokok ru, pokok kelapa, mengkuang laut, pokok renek, tapak kuda, rumput lari-lari, ketapang, kelat jambu air, bebaru, jemerlang laut, bintangor laut dan semak-samun.

2.3 Jenis Hidupan Liar Terdapat pelbagai haiwan di kawasan pantai antaranya ialah :i. ii. iii. iv. Ular Kera Tupai Serangga

2.4 Kawasan Hutan pantai terdapat di kawasan berpasir seperti di: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pantai Cahaya Bulan (Kelantan), Pantai Tanjung Rhu (Pulau Langkawi) Pantai Desaru (Johor) Pantai Batu Feringgi (Pulau Pinang) Pantai Pulau Talang-Talang (Sarawak) Pantai Pulau Sipadan (Sabah)

2.5 Kepentingan hutan pantai


Kayu daripada pokok ru biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api. Daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul. Kawasan rekreasi dan pelancongan

2.6 Contoh tumbuhan dan hidupan liar Hutan Pantai

3. 3.1

Hutan Gunung Ciri-ciri utama

Hutan gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1 200 meter dari aras laut

Tumbuh dengan subur di kawasan tanah laterit. Pokok-pokok semakin jarang apabila tanah semakin tinggi

3.2 Jenis Tumbuhan (Flora) Jenis Tumbuhan di hutan gunung berbeza mengikut ketinggian :

Ketinggian 1 200 - 1 800 meter (Terdapat hutan montane bawah atau dikenali juga hutan daun luruh (oak dan laurel), tumbuhan epifit (orkid, paku langsuyar) Ketinggian 1 800 - 2 900 meter (Terdapat hutan montane atas atau dikenali juga hutan poko tirus (pain, sprus, gelam gunung), epifit (liken, lumut), Rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron) Ketinggian 2 900 - 3 500 meter (Tumbuhan hampir alpain iaitu pokok kerdil dan rumput, pokok renek konifer, rumput jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera)) Ketinggian melebihi 3 500 meter (pokok renek, paku-pakis, lumut)

3.3 Jenis Hidupan (Fauna) Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juga mengikut ketinggian:

Di hutan montane bawah : Terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan serangga). Di hutan montane atas : Terdapat beruang, ferretbadger, tikus, burung dan serangga)

3.4

Kawasan Gunung Kinabalu (Sabah) Banjaran Crocker Banjaran Titiwangsa Pergunungan Iran Banjaran Tama Abu Banjaran Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron (Pahang) Gunung Jerai (Kedah)

3.5 Contoh tumbuhan dan hidupan liar Hutan gunung

Periuk Kera Dan Bungga Refflesia

Harimau Dahan

Kucing Batu

Beruang

4.0 Hutan Paya Tahukah anda bahawa terdapat dua jenis hutan paya di Malaysia, iaitu hutan paya air masin dan hutan paya air tawar.

Hutan Paya Air Masin

4.1 Ciri-ciri Utama Terdapat di kawasan pinggir pantai laut yang berlumpur ,terlindung daripada pukulan ombak dan sering mengalami air pasang dan surut. Mempunyai akar didalam lumpur untuk membantu proses pernafasan dan menyokong pokok daripada tumbang.

4.2 Jenis Tumbuhan Pokok Bakau, Gedabu, Perepat, Api-api, Berus atau Tumu, Berembang

10

4.4 Kawasan i. Sekitar muara Sungai Perak Dan Sungai Bernam ii. Kawasan Pinggir laut Johor, Pahang dan Melaka v. Sekitar muara Sungai Rajang dan Sungai Baram (Sarawak) vi. Kawasan pinggir laut pantai barat Sarawak. Kawasan pantai timur Sabah

4.5 Hidupan Air i. Ikan ii ketam iii. kerang iv. udang v. sotong vi. lokan vii. siput

Ketam

Kerang

Lokan

Ikan

11

Hutan Paya Air Tawar

4.6

Ciri-ciri Utama

Terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut dan bertakung air. Pokok yang tumbuh biasanya tinggi

4.7 Jenis Tumbuhan i. Pokok palma gelam ii. Nipah iii. Kempas iv. Keladi air v. Mengkuang.

Pokok Nipah

Pokok Mengkuang

12

4.8 Kawasan

i. ii. iii. iv.

Sekitar Dataran Johor (Johor) Sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang) Kawasan Delta Rajang (Sarawak) Kawasan Sabak Bernam (Selangor)

Terdapat juga kawasan paya yang ditebus guna menjadi kawasan pertanian seperti, tanaman padi (Dataran Kedah dan Delta Kelantan), tanaman nenas (Barat Johor) dan tanaman kelapa sawit dan padi ( Barat daya Johor)

4.9

Hidupan Air i. Ikan ii. Udang galah iii. Ular iv Biawak v. Katak

Biawak

Udang Galah

Katak 13

Ular

14

15

You might also like