Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Implikasi kepelbagaian budaya

Zulkurnain bin Mohd Noor


Jabatan Ilmu Pendidikan,

IPGM Kampus Batu Lintang,


Kuching, Sarawak

Aspek aspek:
1)
2)

Sekolah Murid

Sekolah

Pengenalan

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat.

Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan.

Pengenalan

Sekolah seringkali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi segolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu.

Peranan utama sekolah adalah mensosialisasikan kanak-kanak mengikut kehendak dan aspirasi masyarakat, khasnya pengekalan budaya kumpulan etnik mereka.

Pengubahsuaian Kurikulum Berpusat Berdasarkan Ciri Sekolah

Laporan Razak 1956: Pemikiran dan tujuan sistem pendidikan pada awal kemerdekaan. Laporan Rahman Talib 1960 Pengubahsuaian Sistem Pendidikan di Semenanjung Malaysia 1957-1967. Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Pengubahsuaian Kurikulum Berpusat Berdasarkan Ciri Sekolah


Sistem pendidikan Semenanjung Malaysia 1963-1982 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979: Perakuan dan perubahan yang disyorkan Kurikulum Pra Sekolah: Pengelolaan dan Perkembangan Pendidikan Prasekolah: Akta Pendidikan 1996: Pindaan 2002 Pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah : rasional, faktor-faktor dan matlamat KBSR. Pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Perakuan, Falsafah dan Matlamat, Dasar dan Keperluan, Pendidikan Umum dan Kewarganegaraan.

Laporan Razak 1956


Jawatankuasa

Pendidikan mengemukakan laporannya, yang dikenali sebagai Laporan Razak 1956, pada April 1956, di antara cadangancadangan penting ialah:
Keempat-empat

sistem persekolahan dalam peringkat sekolah rendah akan diteruskan, kurikulumnya akan dipinda dan disesuaikan dengan menerapkan unsur-unsur kebangsaan ke dalamnya. Sistem persekolahan akan dikategori kepada dua:
Sekolah

umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah jenis umum meliputi Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Tamil dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Bahasa Melayu dan Inggeris menjadi matapelajaran wajib bagi semua sekolah.

Laporan Razak 1956

Murid-murid Cina dan Tamil boleh mempelajari bahasa ibunda mereka (aliran Inggeris), jika terdapat permintaan daripada ibu bapa dan dengan jumlah 15 orang murid. Satu sukatan pelajaran yang sama harus digubal bagi semua sekolah rendah. Isi kandungan bukubuku teks haruslah mengandungi unsur-unsur kehidupan di Persekutuan Tanah Melayu. Dicadangkan penubuhan satu jenis sekolah menengah sahaja di mana bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan untuk dipelajari.

Laporan Rahman Talib

Matlamat: Menjadikan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah.


Menetapkan semua peperiksaan awam untuk murid-murid sekolah menengah menggunakan bahasa rasmi.

Akta Bahasa Kebangsaan 1967

Menetapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal.


Fasal 3: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diberi kuasa untuk menggunakan bahasa yang lain dalam penterjemahan dokumentasi rasmi atau komunikasi sekiranya terdapat keperluan dan kepentingan awam.

Akta Bahasa Kebangsaan 1967

Mulai 1968, Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah kerajaan.

Dalam tahun yang sama, semua pelajaran Tahun 1 SRJK (I), kecuali BI dan bahasa ibunda, diajar dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Lembaga Peperiksaan mengambil beberapa langkah untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam peperiksaan LCE, MCE, dan HSC.

Sistem Pendidikan di Semenanjung Malaysia 1963-1982

Sistem SRJK (aliran Inggeris) diteruskan sehingga 1969. Bahasa pengantar di SRJK (BI) ditukar kepada bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1970.

Sistem Pendidikan di Semenanjung Malaysia 1963-1982

Semua sekolah menengah kerajaan mula menggunakan BM sebagai bahasa pengantar sehingga Tingkatan 6 pada tahun 1982.
Mulai tahun 1983, BM menjadi bahasa pengantar dalam semua kursus di peringkat universiti.

Pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

Cita dan ideologi Malaysia adalah mewujudkan perpaduan rakyat berbilang bangsa berpandukan prinsip - prinsip Rukun Negara.

Sekolah Wawasan

Sekolah Wawasan

Konsep Sekolah Wawasan adalah bertujuan menyatukan masyarakat Melayu, Cina dan India melalui satu sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa dan diletakkan di satu kawasan. Semua murid dari ketiga-tiga aliran sekolah kebangsaan, Cina dan Tamil dapat menyesuaikan diri apabila berkongsi kemudahan dalam satu kompleks Sekolah Wawasan. Untuk menggalakkan lagi perpaduan antara kaum, sekolah wawasan diseru untuk mengadakan acara tahunan secara bersama seperti Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan, dan Hari Kantin.

Murid

Dalam konteks Malaysia, murid murid di sekolah terdiri daripada berbilang kaum dan latar belakang yang berbeza. Mereka bergaul antara satu sama lain tanpa mengenal perbezaan kaum. Semasa interaksi / komunikasi berlaku, pelbagai jenis bahasa dipraktikkan.

Secara langsung ataupun tidak langsung, mereka akan mempelajari dialek dan bahasa yang berbeza.

Murid

Murid murid berasa seronok kerana dapat mempelajari bahasa yang baru. Selain itu, perbezaan kaum juga akan mewujudkan budaya terutamanya dari segi adat resam.

Mereka berpeluang menghormati dan mempelajari pelbagai adat resam kaum kaum seperti Melayu, Cina, India dan etnik etnik yang lain.
Contohnya, kaum Melayu akan menunaikan sembahyang selama lima kali sehari pada masa masa yang ditentukan bagi agama mereka. Oleh itu, kaum kaum lain akan menghormati mereka dan tidak akan mengganggu masa masa tersebut.

Murid

Di samping itu, murid murid juga mempelajari pakaian kaum kaum lain. Contohnya, pada Hari Kebangsaan, mereka akan berpakaian tradisional pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Murid murid turut mempelajari dan menghargai permainan tradisional yang diwarisi secara turun temurun. Misalnya, congkak merupakan permainan tradisional Melayu. Murid murid Cina dan India turut bermain bersama sama.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kepelbagaian budaya mempunyai impak yang ketara dari pelbagai aspek khasnya aspek sekolah dan murid. Walaupun murid murid mengamalkan budaya kaum kaum lain, mereka masih mengekalkan identiti sendiri yang unik. Pendek kata, kerajaan telah berusaha dengan bersungguh sungguh untuk menjamin kesejahteraan kehidupan semua rakyat bagi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dengan keamanan dan keharmoniannya.

Kesimpulan

Justeru, semua lapisan masyarakat harus bertoleransi, bersatu - padu dan hormat menghormati antara satu dengan yang lain untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei daripada berulang.

Yang pentingnya, murid murid haruslah dididik sejak dari kecil lagi tentang kepentingan menghormati kaum kaum lain.

You might also like