Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Latihan Ulang Kaji 1. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum persekolahan. Aktiviti kokurikulum menekankan A.

Pelaksanaan di dalam dan di luar bilik darjah B. Pembelajaran lebih mementingkan ke arah kendiri C. Pengajaran yang dilaksanakan secara tidak langsung D. Perkembangan nilai, bakat, peranan, kepimpinan dan sosial pelajar 2. Kementerian Pendidikan Malaysia menyarankan penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan kokurikulum dengan andaian bahawa A. masyarakat perlu mendidik ahlinya dengan andaian bahawa B. pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan C. semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri D. Sekolah bertanggungjawab melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyrakat 3. Objektif kokurikulum dilaksanakan bertujuan untuk membentuk pelajar yang mempunyai sifat-sifat seperti A. Percaya kepda Tuhan B. Beradab dan bertatasusila C. Sayangkan diri sendiri D. Dapat mengawal diri dan emosi 4. Antara faktor berikut, yang manakah tidak mempengaruhi penglibatan pelajar secara aktif dalam kokurikulum? A. Sikap dan sokongan ibu bapa B. Sikap pelajar keranan tidak meminati akademik C. Galakan dan dorongan daripada pihak sekolah D. Guru yang terlatih dalam gerak kerja kokurikulum 5. Kejayaan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah bergantung pada A. kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah atau Negeri B. komitmen, kesungguhan dan kerjasama daripada masyarakat setempat C. polisi dan pemantauan daripada Pejabat Pendidikan Daerah atau Negeri D. pemantauan, polisi dan sokongan moral serta kewangan daripada pentadbir sekolah 6. Antara persatuan berikut yang ditubuhkan di sekolah, yang manakah tidak didaftarkan di bawah Akta Parlimen? A. Kadet Remaja Sekolah B. Persatuan Pengakap Malaysia C. Persatuan Pandu Puteri Malaysia D. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

7. Pertubuhan kurikulum yang mempunyai badan induk di luar institut pendidikan ialah A. Puteri Islam B. Kelab Bola Sepak C. Persatuan Pengguna dan Koperasi D. Persatuan Persuratan dan Penulisan 8. Pilih urutan langkah yang terlibat dalam penubuhan persatuan yang tidak mempunyai badan induk di sekolah. I. Perundingan antara pengetua/guru besar yang terlibat II. Menyediakan borang keahlian dan pengambilan ahli III. Menyediakan draf perlembagaan dan undang-undang IV. Merancang dan melaksanakan aktiviti V. Mengadakan mesyuarat agung penaja dan pemilihan Jawatankuasa Kerja A. I, II, III, IV dan V B. I, II, IV, III dan V C. I, II, III, V dan IV D. I, III, II, V dan IV 9. Salah satu tujuan utama diadakan sistem fail adalah untuk A. menyenangkan urusan tadbiran persatuan B. memudahkan pengkelasan aktiviti C. menyimpan maklumat dan rekod dengan selamat D. menyenangkan pemantauan dan penyeliaan aloh pengetua/guru besar 10. Salah satu fungsi perlembagaan dan undang-undang persatuan ialah A. pemantauan dan rujukan oleh pentadbiran sekolah B. penyelarasan untuk menggerakkan sesuatu persatuan C. dokumen bertulis mengenai perjalanan sesuatu persatuan D. menetapkan bidang tugas atau tanggungjawab setiap jawatankuasa Soalan 11 berdasarkan maklumat dibawah. Jawatan ini disandang oleh pelajar. Antara peranan dan tanggungjawabnya ialah: Menyimpan rekod harta atau peralatan kumpulan seperti khemah, periuk, parang, pisau dan sebagainya. Mengemas kini dan mengawal pergerakan keluar/masuk harta atau peralatan kumpulan. 11. Berpandukan senarai tugas di atas, jawatan tersebut ialah A. Setiausaha B. Bendahari C. Quarter Master D. Penolong Setiausaha

12. Wujud perbezaan antara sistem fail yang diamalkan oleh agensi kerajaan atau swasta serta sekolah atau persatuan. Sistem fail utama yang digunakan di sekolah ialah A. pengkelasan fail mengikut perkara B. pengkelasan fail mengikut angka C. pengkelasan fail mengikut urutan peristiwa D. pengkelasan fail mengikut tempat atau kawasan 13. Sampul kecil dalam sistem fail bermaksud A. satu fail baharu diadakan bagi kegunaan pengerusi atau ketua B. satu fail sementara dibuka apabila fail asalnya tidak ditemui C. satu fail baharu dibuka setelah fail asal melebihi 100 dokumen D. satu fail sementara diadakan bagi mengendalikan satu aktiviti khas 14. Kesilapan yang biasa dilakukan semasa menulis surat rasmi ialah A. tidak menulis perkara/per pada bahagian tajuk surat B. pembukaan surat dan peranggan pertama ditulis nombor C. tidak menulis perkataan kepada di bahagian alamat penerima D. menulis perkataan melalui pengetua apabila surat dihantar kepada agensi luar sekolah dan surat tersebut ditandatangani oleh guru 15. E-mel bermaksud A. penggunaan mel elektronik B. penggunaan mesej elektronik C. penggunaan dokumen melalui komputer D. penggunaan mesej melalui komputer 16. Mesyuarat pertubuhan yang diadakan setahun atau dua tahun sekali ialah A. Mesyuarat Agung B. Mesyuarat Ad Hoc C. Mesyuarat Tergempar D. Mesyuarat Luar Biasa 17. Kebanyakkan persatuan menetapkan korum sesuatu mesyuarat agung dengan cara A. pecahan, bilangan dan dif yang hadir B. pecahan, peratusan dan dif yang hadir C. peratusan, bilangan dan dif yang hadir D. pecahan, peratusan dan bilangan ahli yang hadir

18. Semasa mengendalikan sesuatu mesyuarat, peranan pengerusi ialah A. sentiasa menjadi pemidato yang baik B. menjadi orang yang pasif dan mengeluarkan pendapat jika perlu sahaja C. mengemukakan perkaran-perkara yang ingin dibincangkan secara terbuka D. bercakap dengan ringkas, padat, jelas dan dalam bahasa yang mudah difahami 19. Peranan dan tanggungjawab seorang setiausaha dalam sesuatu mesyuarat sangat penting. Antara tugas setiausaha sebelum diadakan sesuatu mesyuarat ialah A. meneliti kehadiran jawatankuasa pada waktunya B. mengawasi sistem siar raya supaya berfungsi dengan baik C. menghantar surat jemputan atau notis mesyuarat lebih awal D. mencatat perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat dengan ringkas, tepat dan padat 20. Maksud perkara berbangkit dalam agenda sesuatu mesyuarat ialah A. perkara atau isu yang tidak disentuh dalam sesuatu mesyuarat B. perkara atau isu yang utama perlu dibangkitkan dalam sesuatu mesyuarat C. perkara atau isu yang baharu, tetapi berkaitan dengan keputusan mesyuarat lepas D. perkara atau isu yang ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut hasil mesyuarat lepas 21. Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam sesuatu persatuan. Antara aktiviti berikut, yang manakah mewakili skim lencana bagi Pandu Puteri? A. Kelas Dua B. Kawad Kaki C. Ujian Perlantikan D. Tingkatn Tengah 22. Tujuan pertandingan dan aktiviti diadakan diadakan dalam persatuan kokurikulum adalah untuk A. memastikan dasar pelaksanaan kokurikulum di sekolah tercapai B. menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam bidang yang diceburi C. memantapkan pengurusan pentadbiran kokurikulum sekolah dan PPD D. membentuk sikap ingin bertanding di kalangan jurulatih atau pentadbir sekolah 23. Jawatankuasa Kerja persatuan perlu membuat perancangan sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti. Tujuan mengadakan perancangan aktiviti ialah A. aktiviti lebih menarik dan menghasilkan kejayaan maksimum B. jawatankuasa dapat membuat pemantauan dengan lebih berkesan C. jawatankuasa dapat memikirkan alternatif pilihan yang lebih berkesan D. aktiviti lebih selaras dengan matlamat penubuhan persatuan berkenaan

24. Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti, beberapa tindakan perlu dilaksanakan oleh urusetia atau jawatankuasa pengelolaan. Antara tindakan berikut, yang manakah tidak perlu dilakukan sebelum melaksanakan aktiviti? A. Mengedarkan borang permakarhan kepada pengadil atau hakim B. Memastikan tempat dan perlatan aktiviti selamat digunakan C. Menyediakan senarai semak berlandaskan aktiviti yang yang dilaksanakan D. Menyediakan peralatan pertandingan atau aktiviti yang secukupnya bagi setiapa acara 25. Penilaian secara normal sesuatu dan aktiviti perlu dilaksanakan oleh persatuan. Penilaian secara formal boleh dilaksanakan melalui A. soal selidik B. catatan berkala C. temu bual berstruktur D. catatan berekod dan berstruktur 26. Berbagai-bagai jenis pertandingan boleh dilaksanakan dalam aktiviti kokurikulum bagi menentukan kemenangan. Jenis pertandingan yang dilaksanakan oleh sesuatu persatuan di peringkat sekolah bergantung kepada A. masa pertandingan dan keputusan pentadbir sekolah B. masa pertandingan dan keperluan mendapat keputusan segera C. peraturan-peraturan asas persatuan dan keputusan pentadbir sekolah D. peraturan-peraturan asas persatuan dan jumlah kumpulan yang menyertai pertandinan Soalan 27 berdasarkan jadual di bawah. Susun atur Kumpulan 25% Kebersihan 20% Pagar/Pintu gerbang 30%

Hiasan 25%

Jumlah

A B C D 27. Jadual di atas menunjukkan kriteria dan markah yang diberikan bagi pertandingan dalam aktiviti kokurikulum. Jenis pertandingan tersebut ialah A. pertandingan liga B. pertandingan sekali gus C. pertandingan kalah mati D. pertandingan bentuk piramid

28. Perbezaan yang wujud antara pertandingan liga dengan pertandingan kalah mati A. sistem pertandingan liga dilaksanakan apabila masa pertandingan panjang B. sistem pertandingan kalah mati dilaksanakan apabila masa pertandingan panjang C. sistem pertandingan liga dilaksanakan apabila kumpulan yang menyertai pertandingan adalah genap (4, 6 dan seterusnya) D. sistem pertandingan kalah mati dilaksanakan apabila kumpulan yang menyertai pertandingan adalah genap (4, 6 dan seterusnya) 29. Apakah faktor yang perlu diambil kira semasa pembentukan jawatankuasa kecil pertandingan? A. Jenis pertandingan dan sistem pertandingan B. Jenis pertandingan dan peraturan persatuan C. Jenis pertandingan dan keperluan keputusan D. Sistem pertandingan dan peraturan persatuan Soalan 30 berdasarkan jadual di bawah. Memastikan jumlah peserta dengan tepat. Memastikan hakim dam pegawai yang mencukupi dengan aktiviti dan bilangan peserta. 30. Dalam sesuatu pertandingan, beberapa langkah perlu dilaksanakan. Langkah-langkah di atas perlu dilaksanakan A. sebelum pertandingan B. semasa pertandingan C. selepas pertandingan D. sepanjang masa pertandingan 31. Antara sumber kewangan yang boleh diperoleh bagi melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum ialah A. tajaan, sewaan dan akaun SEPADU B. Akaun Wang SUWA, tajaan dan sewaan C. sewaan, akaun SEPADU dan bayaran peserta D. Akaun Wang SUWA, tajaan dan bayaran peserta 32. Antara penyata kewangan berikut, yang manakah perlu dicatat dalam buku persatuan? I. Kenyataan yuran keahlian II. Kenyataan wang keluar masuk III. Resit-resit perbelanjaan IV. Resit-resit terima wang V. Senarai nama jawatankuasa A. I, II, III dan IV C. I, II, IV dan V B. I, II, III dan V D. I, III, IV dan V

33. Antara punca kewangan yang boleh diperoleh hasil usaha ahli sesebuah persatuan ialah I. kad derma II. pestaria atau pasaria III. minggu kerja IV. pajakan kantin V. menjual pakaian terpakai A. I, II, III dan IV C. I, II, IV dan V B. I, II, III dan V D. I, III, IV dan V 34. Protokol mempunyai beberapa komponen terpenting. Komponen tersebut ialah A. susunan keutamaan, susuanan tempat duduk dan susunan bendera B. susunan keutamaan, susunan bendera dan anugerah darjah kebesaran C. susunan tempat duduk, susunan bendera dan anugerah darjah kebesaran D. susunan keutamaan, anugerah darjah ebesaran dan susunan tempat duduk 35. Pegawai protokol perlu menyusun keutamaan pegawai-pegawai perkhidmatan kerajaan berpandukan beberapa asas, iaitu: I. gaji II. gred jawatan III. kedudukan dalam masyarakat IV. darjah kebesaran V. jenis jwatan A. I, II, III dan IV B. I, II, III dan V C. I, II, IV dan V D. II, III, IV dan V Protokol dalam mengendalikan majlis Protokol dalam menghadiri pelbagai majlis

36. Senarai di atas merujuk dau aspek protokol dalam mengendalikan sesuatu majlis. Majlis tersebut ialah A. majlis rasmi B. majlis tidak rasmi C. majlis separuh rasmi D. majlis penuh istiadat 37. Apakah jenis pakaian yang paling sesuai dipakai menghadiri satu majlis rasmi makan malam? A. Lounge suit B. Pakaian kerja C. Pakaian batik lengan panjang D. Baju kebangsaan dan songkok

38. Susunan keutamaan perlu diteliti semasa menyusun tempat duduk di atas pentas. PIlih susunan keutamaan yang betul bagi empat orang tetamu kehormatan. A. 3, 2, 1, 4 B. 4, 1, 2, 3 C. 3, 2, 1, 4 D. 3, 1, 2, 4 39. Fungsi utama juruacara dalam sesuatu majlis rasmi dan tidak rasmi adalah untuk A. mengurus perjalanan majlis supaya berjalan mengikut perancangan B. menjemput dan mempersilakan tetamu kehormat memberi ucapan dan menyampaikan hadiah C. memaklumkan kepada hadirin apa yang akan berlaku dalam sesuatu majlis mengikut urutan yang telah ditetapkan D. memaklumkan tetamu kehormat apa yang akan berkau dalam majlis mengkut urutan yang telah ditetapkan 40. Hasil daripada kepimpinan demokratik akan melahirkan A. ahli yang dapat membina disiplin yang harmonis B. interaksi dua hala antara ketua dengan orang bawahan C. emosi semua ahli berada dalam keadaan tegang dan resah D. orang bawahan bekerja bersungguh-sungguh semasa ketua atau pemimpin berada bersama mereka

Jawapan: 1. D 2. B 3. C 4. C 5. D 6. A 7. A 8. D 9. C 10. D 11. C 12. A 13. B 14. B 15. A 16. A 17. D 18. D 19. C 20. D 21. B 22. B 23. A 24. C 25. A 26. D 27. B 28. A 29. A 30. B 31. D 32. A 33. B 34. D 35. C 36. A 37. C 38. B 39. C 40. B

You might also like