Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PENGENALAN

Kertas kerja ini telah dijalankan oleh Syed Abdul Razak B. Sayed Mahadi daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang bertajuk Perubahan Struktur Umur Penduduk : Impak dan Cabarab Kepada Pembangunan Negara. Malaysia sememangnya sebuah negara yang sedang membangun yakni semakin mengalami proses pembangunan yang pesat khusunya kepada perkembangan sosio-ekonominya. Hal ini tentu sahaja telah memberi impak kepada profil demografi penduduk yang dirasakan semakin hari akan mengalami perubahannya. Terdapat pelbagai faktor yang telah mempengaruhi keadaan ini. Keadaan ini mempunyai beberapa faktor penyebabnya seperti penurunan dalam kadar mortaliti yang pesat serta kadar fertiliti yang sederhana akibat dari peningkatan kualiti hidup masyarakat yang sekaligus memberi kesan kepada populasi penduduk. Umur bagi setiap manusia itu sememangnya sukar diramal namun ia sangat mempengaruhi kadar kependudukan penduduk di sesebuah kawasan tersebut. Jelasnya, perubahan dalam struktur umur penduduk dari segi umur median dan jangka hayat merupakan salah satu dari kesan perubahan yang berlaku. Di Malaysia, jumlah penduduknya dijangka mencecah 28.9 juta orang pada tahun ini berdasarkan kadar pertumbuhan kira-kira 2.1 peratus pada setiap tahun. Berasaskan kepada perubahan ini, Malaysia dikatakan berada di fasa kedua iaitu kesuburan semakin menurun manakala dalam peratusan penduduk umur bekerja dan warga tua mengalami peningkatan. Selain daripada itu, kajian ini akan melihat secara terperinci faktor-faktor serta kesan daripada perubahan struktur umur. Hasil kajian ini, boleh memberi input yang berguna kepada pengubal dalam merencana pelaksanaan pembangunan yang bakal dilakukan selari dengan perubahan transisi penduduk . Oleh yang demikian, melalui kertas kerja ini dikenalpasti mampu membantu setiap penduduk di sesebuah kawasan tersebut khususnya di Malaysia melalui menyelidik sendiri berkaitan cabaran-cabaran yang akan berlaku rentetan dari perubahan struktur umur bagi penduduk. Keadaan ini seharusnya difahami oleh setiap penduduk bagi mempelajari apa yang dikatakan telah membawa kepada perubahan kependudukan di Malaysia. Dengan ini pasti

pembangunan yang akan dilaksanakan dapat mempertingkatkan kadar pertumbuhan ekonomi serta taraf kesejahteraan rakyat amnya. Seperti yang diketahui umum, kependudukan merupakan hal yang berkaitan dengan jumlah ciri utama seperti pertumbuhan, penyebaran, mobiliti, kualiti, keadaan dan kesejahteraan yang mempunyai kaitan terhadap politik, ekonomi, serta sosial yang melibatkan budaya dan agama masing-masing. Perubahan demografi akan memberi kesan kepada kemampuan sesebuah negara menepati hala tuju yang dirancang. Ia amat sensitif kepada perubahan yang berlaku di sekitarnya, seperti perubahan corak dan tempoh pembangunan, perubahan alam sekitar dan ekosistem serta perubahan dalam cara gaya hidup dan aspirasi individu. Dalam usaha mencapai matlamat Dasar Wawasan Negara, Malaysia mementingkan kualiti daripada kuantiti penduduk. Setiap individu memerlukan keperluan asas seperti makanan, air dan lain-lain untuk hidup yang akan memberi tekanan kepada alam sekitar. Cabaran utama adalah untuk memenuhi kehendak penduduk sekarang yang semakin bertambah tanpa menjejas keperluan generasi masa hadapan. Cabaran ini dapat dipenuhi dengan mengambil kira dari setiap sudut sama ada makro mahu pun mikro. Pada peringkat makro misalnya, cabaran yang dihadapi mungkin sahaja disebabkan oleh pengintegrasian faktor-faktor kependudukan dalam proses perancangan. Manakala pada peringkat mikro pula, pemahaman mengenai hubung kait di antara penduduk, alam sekitar dan pembangunan mapan di semua peringkat sangat dititikberatkan bagi memahami struktur kependudukan di negara ini. Sehubungan dengan itu, pemantauan berkaitan dengan aliran pertumbuhan penduduk negara adalah dititkberatkan. Di samping itu juga, perubahan terutama dari aspek struktur umur, kesuburan dan taburan adalah perkara yang harus di pandang serius disebabkan ia dapat memberi implikasi yang besar kepada pembangunan negara secara menyeluruh. Berasaskan kepada maklumat dan indikator mengenai isu-isu semasa berkaitan kependudukan turut dapat membantu dalam perancangan pembangunan negara di masa hadapan.

KANDUNGAN JURNAL

Dalam kajian ini, banci penduduk telah dijalankan yang dikutip dari tahun 1991 sehingga 2020. Berdasarkan bancian ini, penduduk Malaysia dianggarkan sebanyak lebih kurang 18juta pada tahun 1991. Keadaan telah mengalami perubahan apabila pada tahun 2000 pertumbuhan penduduk telah mengalami peningkatan kepada 23 juta dan keadaan ini dijangka akan mengalami perubahan kepada 35 juta pada tahun 2020 kelak. Malaysia umumnya mempunyai populasi penduduk muda yang tinggi. Hal ini menunjukkan menjelang 2020 penduduk Malaysia masih lagi akan dikategorikan sebagai penduduk muda di mana 10.59 juta orang atau 30.4 peratus daripada 34.87 juta penduduk yang berumur kurang dari 15 tahun. Pada masa yang sama, peratusan penduduk dalam kumpulan umur bekerja juga meningkat hasil dari perubahan dalam komposisi umur dan Malaysia akan mendapat keuntungan dari perubahan demografi ini. Jika dilihat, pada tahun 2005, kumpulan umur di antara 15 hingga 59 tahun adalah 60.7 peratus dengan andaian kesuburan akan menurun seperti yang diramalkan. Peratusan kumpulan ini masih terus bertambah kepada 59.7 peratus pada tahun 2020. Walaupun berlaku penurunan dalam kumpulan ini, tetapi ia masih dianggap sebagai satu bonus demografi. Hal ini adalah disebabkan oleh kumpulan umur ini memberi pengaruh yang cukup besar kepada pertumbuhan sosio-ekonomi negara. Melalui jumlah penduduk produktif yang masih lebih separuh dari populasi keseluruhannya ia juga turut akan membantu kepada keperluan sumber tenaga kerja menjelang 2020, yakni Malaysia menjadi sebuah negara maju yang berteraskan perindustrian. Bagi membicarakan perubahan struktur umur penduduk Malaysia dengan lebih terperinci, pembahagian kepada empat kumpulan umur telah dilakukan. Kumpulan setiap umur telah diasingkan seperti kumpulan umur kanak-kanak 0 hingga 14 tahun, kumpulan umur remaja dari 15 hingga 24 tahun, kumpulan umur 25 hingga 59 tahun dan kumpulan 60 tahun ke atas. Dengan membahagikan kepada empat kumpulan umur ini kita dapat melihat isu serta persoalan yang berbeza yang wujud dari setiap kumpulan umur tersebut. Hal ini adalah disebabkan oleh ia akan memberi suatu keperluan yang berbeza terutama dari aspek pembangunan yang berlaku di Malaysia. 3

Beberapa pembahagian telah dikenalpasti seperti trend nisbah kanak-kanak dan remaja, trend penduduk yang berumur 25 hingga59 tahun, dan trend penduduk berumur 60 tahun ke atas bagi membicarakan cabaran yang dihadapi dalam menahami kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia menurun. Berdasarkan kajian yang dijalankan, nisbah kanak-kanak telah merosot dari 36.5 peratus dalam tahun 1991 kepada 33.3 peratus pada tahun 2000. Keadaan ini telah merosot sebanyak 3.2 peratus dalam 9 tahun. Penurunan dalam nisbah kanak-kanak 0 hingga 14 tahun menunjukkan kemerosotan fertiliti semenjak 15 tahun yang lalu. Nisbah ini dijangkakan akan mengalami penurunan sehingga tahun 2020 dan seterusnya pada kadar kemerosotan 0.8 peratus dalam tempoh lima tahun . Sementara itu, bagi nisbah remaja berusia 15 hingga 24 tahun juga mengalami kemerosotan daripada tahun 1991 hingga 2005. Kemerosotan tersebut adalah disebabkan kemerosotan fertiliti yang berlaku 15 hingga 25 tahun sebelumnya. Keadaan ini mempunyai faktor penyebab sendiri yang mendorong kepada penurunan fertiliti kedua-dua kumpulan ini. Ini termasuklah pengenalan kepada kaedah perancangan keluarga yang dilaksankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara pada tahun 1966 di mana ia bertujuan untuk menurunkan kadar fertiliti dari 3.0 peratus kepada 2.0 peratus menjelang tahun 1980-an. Satu kajian juga telah mendapati bahawa antara tahun 1970 dan 1977, 51 peratus daripada susutan kesuburan dalam kalangan kaum wanita yang sudah berkahwin adalah disebabkan oleh program perancangan keluarga, manakala 49 peratus lagi adalah disebabkan oleh perubahan keadaan sosio-ekonomi. Dengan penurunan kadar fertiliti, nisbah remaja dijangkakan akan menurun di masa hadapan. Ia juga dijangkakan akan mencecah 17 peratus pada tahun 2020 dan mungkin akan mencapai 14 peratus. Pada tahap ini, dirasakan ia akan menberi kesan yang ketara pada kebanyakan negara maju menjelang tahun 2050 kelak. Walaupun penduduk kumpulan umur muda akan melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan dalam pembangunan insane misalnya, tetapi ia juga boleh dianggap sebagai suatu pelaburan yang berfaedah. Melalui kumpulan ini, mereka adalah aset negara yang akan menjadi sumber tenaga kerja di masa hadapan. Mereka juga dapat membantu dalam meningkatkan produktiviti negara dengan syarat mereka diterapkan dengan nilai-nilai murni serta diberikan pendidikan dan kemahiran yang bertepatan dengan keperluan negara pada masa hadapan.

Seterusnya adalah pada peringkat trend berumur 25 hingga 59 tahun di mana penduduk yang terdiri dalam trend ini merupakan orang dewasa yang paling produktif dari segi ekonomi. Mereka merupakan golongan yang telah pun mempunyai pekerjaan yang tersendiri di mana mampu untuk menyara kehidupan sendiri mahu pun keluarga yang didirikan. Kesan kemerosotan kadar fertiliti telah mempengaruhi proses perubahan demografi negara. Hal ini terjadi apabila nisbah penduduk yang berumur 25 hingga 59 tahun di Malaysia ini telah mengalami peningkatan dari 38.6 peratus pada tahun 1991 kepada 42 peratus pada tahun 2005 dan dijangkakan akan terus meningkat kepada 42.8 peratus pada tahun 2020. Oleh yang demikian, perancangan kepada kumpulan umur ini harus diberi perhatian terutama dari aspek pendidikan dan peluang-peluang kerjaya. Perhatian yang menyeluruh bagi kumpulan umur ini sememangnya dirasakan perlu bagi memelihara penduduk negara yang tidak mampu untuk bersaing dengan sumber manusia yang selebihnya. Justeru itu, melalui perancangan yang strategik, pastinya kumpulan ini mempunyai keperkasaan dalam membantu kerajaan ke arah satu matlamat menjadi sebuah negara maju melalui tenaga kerja yang berkualiti seterusnya dapat memgembangkan ekonomi negara. Sementara itu, peratus penduduk warga emas yang kian meningkat juga perlu diberi perhatian dalam perancangan pembangunan negara. Nisbah penduduk warga emas di Malaysia telah meningkat dengan kadar yang sekata. Pada tahun 2000 misalnya, hanya 6 peratus daripada penduduk berumur 60 tahun ke atas. Melaui nisbah ini dianggarkan ia akan mencapai 10 peratus menjelang 2020. Walaubagaimanapun, kadar ini masih rendah berbanding kadar 21 peratus di negara-negara maju ketika ini. Peningkatan penduduk tua disumbangkan terutamanya oleh kadar mortaliti yang menurun. Pertambahan bilangan warga tua ini akan memberi kesan kepada beban tanggungan. Hal ini adalah disebabkan oleh setiap sepuluh orang penduduk dalam kumpulan umur bekerja iaitu 15 hingga 64 tahun akan menanggung seorang warga tua dalam tahun 2020 berbanding dengan 15 orang pada masa geriatrik. Penjagaan warga ini. Selain daripada itu, kos bagi penyediaan keperluan kesihatan juga akan meningkat di mana lebih kepakaran diperlukan dalam bidang tua juga akan menjadi agenda utama yang perlu ditangani disebabkan oleh peningkatan bilangan keluarga nuklear (keluarga asal) dan juga akan bertambahnya penglibatan wanita dalam tenaga buruh khususnya.

Kajian ini juga menjelaskan tentang impak yang bakal dihadapi akibat perubahan daripada struktur umur oleh penduduk di Malaysia. Berdasarkan daripada hasil bancian yang diperolehi pada tahun 1991 dan 2000 serta hasil dapatan kajian daripada Servei Penduduk dan Keluarga Malaysia pada tahun 1994 dan 2004, menjelaskan bahawa transisi telah berlaku dalam struktur umur penduduk. Perubahan ini tentu sahaja akan memberi impak yang cukup besar kepada proses pembangunan negara kita. Malahan, profail demografi penduduk juga turut akan menerima implikasinya. Dalam setiap keluarga dikenalpasti mempunyai jumlah tanggungan yang tersendiri. Di Malaysia jumlah tanggungan untuk golongan 60 tahun ke atas telah meningkat. Keadaan ini menjelaskan bahawa kadar fertiliti negara semakin menurun di mana trend kumpulan umur yang lain tidak mampu untuk bersaing dengan kumpulan warga emas ini. Nisbah tanggungan yang dihadapi untuk kmupulan 60 tahun ke atas ini dilihat telah meningkatkan lagi jumlah tanggungan dalam sesebuah keluarga tersebut. Senario ini seharusnya dititikberatkan melalui perubahan dasar dalam ekonomi negara. Umum mengetahui bahawa penjawat awam di Malaysia yang telah pencen atau bersara hanya bergantung kepada hasil pancen dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi menyara hidup mereka di masa hadapan. Anak-anak mereka misalnya mempunyai peranan yang cukup besar dalam memastikan golongan kumpulan ini memperolehi kemudahan yang sewajarnya dan bukan hanya bergantung kepada bantuan daripada kerajaan sahaja. Seterusnya, kajian ini telah memfokuskan kepada perubahan struktur umur yang berlaku dalam pola kependudukan Malaysia yang sebenarnya memerlukan perhatian yang serius. Pembangunan yang dilakukan tanpa melihat kepada dimensi perubahan ini sudah pasti gagal memenuhi keperluan kumpulan umur penduduk tertentu. Dalam persoalan ini, cabaran kepada pertumbuhan negara perlu dititikberatkan dengan mengupas beberapa isu dan persoalan. Antara cabaran ynag dihadapi adalah seperti penetapan polisi kependudukan, perkembangan pendidikan, perkahwinan dan fertility, isu umur persaraan dan penjagaan warga emas.

CABARAN DAN IMPAK


Polisi kependudukan merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh negara melalui perubahan struktur umur oleh masyarakatnya. Hal ini seterusnya tentu sahaja akan memberi implikasi yang cukup besar dalam pembangunan negara melalui tindak balas terhadap perubahan penduduk, perkembangan ekonomi dan seterusnya mempengaruhi integrasi ekologi serta keadilan sosial masyarakat sejajar dengan pengenalan kepada polisi Wawasan Negara yang menekankan pembangunan sumber tenaga sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi dan komuniti. Matlamat utama polisi kependudukan adalah untuk mengekalkan pertumbuhan penduduk yang seimbang antara sumber-sumber dan pembangunan yang dikecapi oleh negara. Perkara ini adalah selaras dengan usaha-usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industry dan pada masa yang sama mengekalkan kualiti populasi yang disemai dari sistem kekeluargaan yang sihat, teguh serta stabil. Pastinya, pada tahap makro ia memerlukan integrasi faktor-faktor kependudukan yang lebih baik dalam keseluruhan proses perancangan pembangunan, dan pada tahap mikro, ia memperteguhkan keluarga sebagai asas kepada pembangunan populasi berkualiti. Melalui cabaran perkembangan dalam pendidikan pula, Malaysia mempunyai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2001-2010) di mana dasar ini telah digubal sejajar dengan usaha untuk mengaspirasikan Wawasan 2020 di mana Malaysia ingin membina sebuah negara yang maju, teguh serta adil kepada setiap golongan umur khususnya. Setiap rakyat Malaysia berpeluang mendapatkan pendidikan secara percuma selama 11 tahun iaitu dari pendidikan rendah hingga ke peringkat menengah yakni pendidikan ini adalah diwajibkan kepada mereka bagi melahirkan modal insan yang berjaya kelak dan mampu bersaing dengan sumber manusia dari luar misalnya. Kemudian adalah melalui perkahwinan yang mencakupi kepada kadar fertiliti penduduk Malaysia. Hal ini dilihat melalui kemerosotan kadar fertiliti yang merosot telah dialami oleh penduduk di Malaysia. Perkahwinan lewat misalnya dipercayai penyebab kepada penurunan kadar fertiliti negara. Umur min perkahwinan pertama bagi wanita telah meningkat daripada 23.5 peratus pada tahun 1980 kepada 25.1 peratus pada tahun 2000. Jelas di sini dilihat bahawa perkahwinan lewat telah memberi impak yang cukup besar dalam melambatkan 7

kelahiran anak sekaligus merendahkan kadar pertumbuhan penduduk. Isu lambat berkahwin dan kemerosotan fertiliti disumbangkan oleh faktor-faktor seperti tahap pendidikan penduduk yang lebih tinggi, peningkatan dalam penglibatan wanita ke dalam tenaga kerja, peningkatan kadar urbanisasi, dan pembaikan dalam taraf hidup. Di sebalik cabaran-cabaran yang ada, penuaan penduduk juga telah mempangaruhi kepada perubahan struktur umur penduduk. Hal ini adalah disebabkan oleh bilangan warga tua yang ramai di mana mereka juga adalah merupakan sumber manusia bagi pembangunan negara. Golongan ini lebih terlatih disebabkan tahap pendidikan yang telah meningkat. Banci populasi tahun 2000 menunjukkan bahawa dua pertiga daripada pekerja yang bekerja di sektor-sektor formal akan bersara dan meninggalkan pasaran buruh setelah mencapai umur mandatori persaraan. Pada tahun 2001 misalnya, kerajaan Malaysia telah menambah umur bersara daripada 55 kepada 56 tahun. Namun, ia masih terlalu rendah berbanding negaranegara membangun dan maju yang lain. Bilangan kumpulan umur 60 tahun ke atas seterusnya tentu sahaja akan menyebabkan penjagaan warga emas yang semakin meningkat. Dalam sesebuah keluarga akan berhadapan dengan penjagaan warga emas yang seterusnya akan meningkatkan lagi tanggungan mereka di samping bebanan dalam keluarga akan dirasai. Dengan ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa polisi kepada golongan warga emas ini seperti Polisi Kebajikan Sosial Negara (1990) yang menyeru agar kebajikan warga emas terus dibela melalui sokongan keluarga dan masyarakat. Beberapa kemudahan diterima oleh golongan ini seperti pusat jagaan dan pemotongan cukai bagi anak-anak untuk membayar kos perubatan merawat ibu bapa mereka. Jika dilihat pada hari ini, terdapat lebih 18 buah pusat jagaan yang dibina untuk golongan ini di samping Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Gerontologi Malaysia dan Persatuan Kebajikan USIAMAS yang memperkenalkan home help bagi membantu warga emas ini yang tinggal secara bersendirian.

KRITIKAN
Struktur umur penduduk dalam sesebuah negara merupakan salah satu asset yang amat bernilai daripada segi mengklasifikasi stok kuantiti dan kualiti manusia berdasarkan pendidikan tertinggi, perkahwinan, bandar, luar bandar, pekerjaan, golongan kanak-kanak dan orang tua dan sebagainya. Kajian ini lebih memfokuskan kepada golongan 25 tahun ke atas dengan tidak menitikberatkan dengan golongan sebelumnya seperti 0 hingga 14 tahun ke atas. Walaupun pada keseluruhannya penduduk dalam kumpulan umur 0 hingga 14 tahun semakin berkurangan tetapi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan golongan kumpulan ini mendapatkan pendidikan yang sempurna adalah perkara yang mustahak. Perbelanjaan negara yang lebih besar perlu disediakan bagi tujuan memberikan kemudahan-kemudahan asas dalam bidang pelajaran, kesihatan, perumahan dan kebajikan. Masalah pembangunan yang dialami oleh setiap kawasan atau negeri mestilah diselesaikan secara sistematik agar dapat memberikan manfaat kepada semua penduduk yang terlibat. Masalah dalam pembangunan sumber manusia mestilah diutamakan kerana kegagalan mewujudkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran akan menimbulkan pelbagai masalah sosial yang berpunca daripada keciciran murid sekolah, prestasi pelajaran yang lemah, ibu bapa yang kurang berpendidikan, kemiskinan, buta huruf dan sebagainya. Seterusnya, kajian ini juga tidak menjelaskan bahawa perubahan struktur umur penduduk yang melibatkan antara kawasan bandar dan luar bandar. Penduduk di kawasan bandar telah bertambah pada kadar purata 4.6 peratus setahun iaitu melebihi purata negara sebanyak 2.2 peratus. Pertambahan ini telah meningkatkan peratusan penduduk bandar daripada 51.1 peratus kepada 61.8 peratus dalam tempoh tersebut. Perluasan kawasan bandar serta pertumbuhan bandar baru dan bandar perindustrian satelit telah juga menyumbang kepada proses pembandaran ini. Pertumbuhan yang pesat ini memberi kesan kepada pertumbuhan penduduk di luar bandar di mana keseimbangan tidak mampu diselaraskan. Momentum dalam pertumbuhan penduduk di Malaysia amat bergantung kepada interaksi antara pola kesuburan dan mortaliti dengan struktur umur. Terdapat dua jenis momentum pertumbuhan penduduk iaitu positif dan negatif. Faktor penting dalam momentun positif adalah struktur umur yang sangat dititikberatkan oleh golongan muda. Oleh itu, ramai wanita dalam

kumpulan umur yang boleh melahirkan anak (15-49 tahun) akan diserapkan dalam penduduk bagi beberapa tahun yang akan datang.

SARANAN PENYELESAIAN
Kajian ini seharusnya memberi langkah penyelesaian yang sewajarnya bagi mengatasi masalah penuruna fertiliti dalam kalangan penduduk di Malaysia. Terdapat beberapa langkah yang dapat diambil dalam mengatasi permasalahan ini. Antaranya adalah pengenalan kepada Dasar Perancangan Keluarga oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Pertama. Kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di negara ini terhadap keperluan merancang keluarga telah membuktikan bahawa proses perkahwinan adalah sangat dipandang serius bagi menjamin kestabilan sistem kekeluargaan yang sekaligus memberi sumbangan yang baik kepada perkembangan sosial negara. Perkahwinan di usia yang muda juga membantu dalam membantu meningkatkan lagi kadar fertiliti di Malaysia. Dalam hal ini, usia yang muda bagi seseorang wanita mempunyai kelebihan yang tersendiri di mana tahap kesuburan wanita dapat membantu meningkatkan lagi kadar fertiliti negara apabila wanita yang memiliki kesuburan mampu melahirkan anak yang ramai. Seterusnya, pengenalan kepada teknologi yang terkini dan mantap juga dirasakan mampu menjana keberlangsungan peningkatan fertiliti di Malaysia. Pengenalan kepada perubatan kepada wanita yang sukar memperolehi zuriat mampu menjamin kepada peningkatan pertumbuhan penduduk di Malaysia. Sumber ubat-ubatan dan kaedah perubatan yang canggih mampu merealisasikan impian wanita untuk mendapatkan cahaya mata yang seterusnya dapat menjadi penyumbang kepada peningkatan pola penduduk di Malaysia. Sokongan dan dorongan kepada keluarga yang ingin mempunyai jumlah anak yang ramai juga perlu ditingkatkan dan dibentuk. Hal ini adalah bertujuan bagi memberi motivasi kepada setiap golongan untuk membina keluarga yang ramai bagi membentuk modal insan pada masa hadapan kelak. Penubuhan pusat jagaan anak-anak bagi wanita bekerjaya di tempat kerja mereka misalnya mampu menjamin keselesaan mereka sekaligus delima untuk mempunyai keluarga yang besar mampu dielakkan. 10

Begitu juga halnya melalui peranan kerajaan dalam meningkatkan kadar fertiliti di Malaysia. Seperti sedia maklum, pengenalan kepada Dasar Kependudukan Ke Arah 70 juta orang Penduduk merupakan antara pengaris kepada matlamat memperolehi penduduk yang ramai. Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk September

sebanyak 70 juta. Rasional untuk mencapai matlamat kependudukan 70 juta adalah untuk menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri-industri tempatan. Ini akan mewujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan seterusnya akan meningkatkan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara disamping dapat meningkatkan daya pengeluaran ekonomi. Kerajaan dalam usaha mencapai dasar kependudukan telah memperkenalkan beberapa langkah diantaranya adalah dasar percukaian dan faedah-faedah bersalin yang akan memberi munafaat kepada keluarga yang besar. Kerajaan juga telah mengkaji semula dan menyelaraskan fungsi-fungsi dan peranan Lembaga dalam mencapai matlamat dasar ini. Kependudukan dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan lembaga ini diharap dapat memainkan peranan yang penting

11

KESIMPULAN

Kesan daripada perubahan demografi, terdapat perubahan struktur dalam penduduk. Nisbah penduduk muda di Malaysia akan merosot sementara nisbah mereka yang berumur 2559 tahun akan meningkat sedikit dan nisbah mereka yang berumur 60 tahun ke atas akan mengalami peningkatan yang drastik. Di antara tahun 2005 dan 2020, bilangan warga berumur 60 dan ke atas di Malaysia dijangkakan akan menjadi lebih dua kali ganda sehingga mencecah 3 juta orang pada tahun 2020. Pertumbuhan penduduk akan terus meningkat dalam masa 20 tahun lagi. Cabaran utama yang akan dihadapi oleh Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun adalah untuk membantu penduduk yang berkembang ini agar dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara untuk menjadi sebuah negara industri yang membangun. Banyak isu demografi yang akan dihadapi termasuklah perubahan struktur penduduk dan penuaan penduduk. Pembangunan sosio-ekonomi yang pesat akan menyediakan sumber-sumber tambahan bagi menghadapi pelbagai isu yang timbul daripada pertumbuhan populasi dan perubahan strukturnya. Ia akan juga menyediakan pelbagai sumber untuk mendidik dan melatih generasi baru di samping mewujudkan peluang pekerjaan bagi kemasukan baru ke dalam pasaran buruh. Bukan itu sahaja, keperluan warga emas juga perlu dipenuhi dan peningkatan kadar keselamatan masyarakat perlu dipandang serius bagi persediaan untuk menghadapi isu-isu lain yang timbul akibat pertumbuhan populasi dan peningkatan taraf hidup. Oleh yang demikian, semua pihak harus bekerjasama dalam meyelesaikan permasalahan yang berlaku menerusi kadar fertiliti yang menurun dalam kalangan penduduk di Malaysia. Sesungguhnya, pertumbuhan penduduk umumnya mempunya peranan yang penting dalam memberi keberlangsungan perjalanan sesebuah negara dalam melahirkan modal insane yang cemerlang dan seterusnya mampu membawa Malaysia standing dengan negara lain melalui peningkatan ekonomi, sosio-budaya mahu pun keamanan politiknya.

12

You might also like